You are on page 1of 1

Sinopsis

Tengku Mazran,Syafinaz, dan Syarifah Rozan dating menemui Azfa Hanani


di sekolahnya. Meraka memberitahu Azfa Hanani bahawa wajahnya seiras dengan
Tengkuu Murni. Tengku Murni telah meninggal dunia empat bulan yang lalu
kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tengku Murni dan isterinya,
Syafinaz ternampak akan gambar Azfa Hanani semasa datang ke rumah kawan
mereka, Syarifah Rozan. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai
adiknya, Tengku Murni. Sekiranya Azfa Hanani sanggup memenuhi
permintaannya, kos erubatan anak pak long Azfa Hanani yang lumpuh akan
ditangggung oleh Tengku Mazran. Azfa Hanani bersetuju untuk menerima
tawaran itu.

Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani mula berlakon sebagai Tengku Murni.
Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran dan
isterinya, Syafinaz. Azfa Hanani juga telah dihantar belajar di Sekolah Menengah
Taman Sari. Di situ dia mengenali kawan-kawan Tengku Murni.

Melalui diari Tengku Murni, Azfa hanani megetahui hubungan cinta antara
Tengku Murni dengan Ekran telah ter[utus disebabkan oleh bantahan abang
Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar mengakui bahawa dia
menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga yang
miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia bertikam lidah dengan Tengku Muzaffar.
Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila
mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. Datin Maziah
menampar Azfa Hanani dan menghalaunya dari rumah.

You might also like