You are on page 1of 26

Kedudukan Wanita Menurut perspektif Islam Dan Barat

by Obey Allah and His Messenger on pada 14hb Julai 2010 pukul 7.26 pagi

Islam muncul ketika sebahagian besar manusia menolak keinsanan wanita, ketika sebahagian
manusia masih ragu-ragu terhadapnya dan ketika sebahagian manusia masih menganggap wanita
hanyalah sebagai makhluk yang dijadikan semata-mata untuk berkhidmat untuk lelaki. Apabila
Islam dibawa oleh Nabi Muhammad saw maka baginda berjuang untuk meletakkan wanita pada
tempat yang wajar, untuk menghapuskan segala bentuk kezaliman manusia sebelum Islam
terhadap kaum wanita yang lemah.

Masalah kedudukan wanita dalam perundangan Islam adalah masalah yang kerap disalahertikan
oleh sesetengah golongan dengan cuba menimbulkan satu dua persoalan yang agak
kontroversi,lalu dikatakan Islam tidak memberi tempat yang sewajarnya kepada kaum wanita
dalam perundangannya. Sedangkan masalah wanita dalam perundangan Islam tidak sekali-kali
boleh dilihat dari satu sudut sahaja atau dari satu dua masalah yang ditimbulkan. Masalah
mestilah dilihat dari segenap aspek dan liku-liku serta dinilai dari keseluruhan perundangan itu
sendiri di samping membandingkannya dengan beberapa perundangan yang lain, barulah dapat
diketahui di mana letaknya taraf wanita dalam perundangan Islam.

Untuk meninjau dan menilai kedudukan wanita dalam perundangan Islam, agak sukar untuk
mengukur apakah yang diberi dan dibela oleh Islam untuk kaum wanita, tanpa meneliti taraf dan
kedudukan wanita (pada umumnya) dalam perundangan-perundangan lain serta dalam
perundangan-perundangan yang wujud sebelum kedatangan Islam dan perundangan-
perundangan yang diciptakan selepas kedatangan Islam. Dengan mengetahui sepintas lalu
kedudukan wanita dalam perundangan-perundangan tersebutmaka jelaslah apa yang diberikan
oleh Islam untuk wanita. Apakah undang-undang yang ada dalam Islam merupakan penghinaan
kepada wanita ataupun penghormatan dan kemuliaan yang tidak ada tolok bandingnya dalam
perundangan-perundangan lain di dunia.

Wanita Dalam Perundangan Greek

Dalam sejarah tamadun manusia, tamadun Grek dianggap sebagai tahap tamadun yang boleh
dibanggakan pada zaman itu. Namun begitu wanita ketika itu menurut Profesor Dr Mustafa al-
Saba'i dalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Mar atu baina al-Fiqh wa al-Qanun' menyebutkan
bahawa wanita dikurung di dalam rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina
serta dianggap khadam yang najis. Wanita juga boleh dijual beli seperti barang=barang
dagangan. Tidak mempunyai hak untuk membantah malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup
selain dari makan minum, tempat tinggal dan pakaian. Pada kemuncak tamadun Greek pula
wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki, model-model perempuan bogel
dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang berakhir dengan keruntuhan tamadun
tersebut.
Wanita Dalam Perundangan Rumawi

Wanita dalam perundangan Rom lebih menyedihkan. Pada masa muda remaja, wanita
dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya, sama ada bapa atau datuknyaatau sebagainya yang
diistilahkan sebagai 'Peter Families'. Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan, malahan
boleh menghalau wanita itu keluar rumah, atau menjualnya tanpa pembelaan undang-undang
untuk mereka. Lebih dari itu, hak hidup bagi seseorang wanita boleh ditentukan oleh penjaganya.
Demikian menurut Profesor Dr Ali Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya 'Al-Mar atu fi al-Islam'
iaitu selepas berkahwin wanita berubah ilik daripada bapanya kepada suaminya dan terputuslah
hubungan dengan keluarga asalnya. Suami pula berhak mengisikan tempat yang dikosongkan
oleh bapanya dalam tindak tanduknya terhadap wanita itu.

Keadaan yang menyedihkan kaum wanita ketika itu telah cuba diselamatkan pada zaman
Justinian dengan suatu undang-undang yang dikenal dengan nama 'Justinian Law' tetapi tidak
berubah keadaan kecuali dalam beberapa hal sahaja. Sebelum 'Justinian Law' dilaksanakan,
terdapat undang-undang yang dikenal sebagai 'Undang-undang Dua Belas'. Dalam undang-
undang tersebut disentuh tentang kelayakan mendapat hak sivil. Kelayakan tersebut hendaklah
dengan tiga syarat iaitu cukup umur, siuman akal dan lelaki. Jelaslah di sini bahawa wanita pada
kedua-dua zaman tersebut berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Dalam kitab 'Safr al-Khuruf' iaitu kitab agama Yahudi menjelaskan : seseorang bapa yang susah
hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama dengan kumpulan hamba bagi mengatasi
kemiskinan. Dalam kitab suci agama Yahudi yang dikenali dengan nama 'Thalmud' pula ada
dicatat : Tidak boleh seorang perempuan Yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati bahawa
suaminya telah melakukan hubungan seks dengan perempuan lain walaupun di dalam rumah
mereka sendiri. Dimuka surat yang sama dalam kitab tersebut terdapat kenyataan : Lelaki Yahudi
boleh melakukan apa sahaja kepada isterinya, ia boleh menikmatinya sepertimana dia menikmati
seketul daging yang dibeli di pasar sama ada dengan merendam, membakar atau apa sahaja yang
digemarinya, atau melemparkannya sahaja.

Profesor Dr. Mustafa al-Saba'i dalam kitabnya yang tersebut tadi ada menyebut : Anak-anak
perempuan Yahudi tidak boleh mendapat sebarang pusaka daripada harta yang boleh
dipindahkan seperti wang ringgit dan emas perak jika ada di kalangan keluarganya itu seorang
lelaki, meskipun emas perak yang ditinggalkan itu berpikul-pikul. Jika harta benda yang
ditinggalkan itu harta benda tetap seperti tanah, rumah dan sebagainya, maka perpempuan-
permuan itu tidak boleh menerima pusaka. Cuma boleh menerima belanja hidup dari si lelaki
yang menguasai pusaka itu. Dalam kitab Taurat terdapat kenyataan : Wanita-wanita adalah lebih
bahaya atau lebih bala daripada lelaki. Sejahat-jahat lelaki dan sekurang-kurangnya seorang yang
baik dari satu ribu orang, sedangkan bagi perempuan tidak akan wujud perkara seperti itu.

Wanita Dalam Perundangan Barat yang lain

Dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805, seorang suami diharuskan menjual
isterinya. Undang-undang tersebut telah menetapkan harga minima bagi seorang wanita ialah 6
pence. Pernah berlaku pada suatu masa selepas undang-undang itu digantikan, seorang Inggeris
dalam tahun 1931 telah menjual isterinya dengan harga 500 paun. Peristiwa ini telah dibawa ke
mahkamah. Peguam lelaki tersebut dalam pembelaannya telah menyebut bahawa perbuatan
lelaki itu tidak salah kerana ternyata wujud undang-undang Inggeris yang mengharuskannya
pada suatu masa yang lalu.

Pendakwa telah berhujah dengan mengatakan : Walaupun benar undang-undang yang disebut
oleh peguam bela tersebut, tetapi sebenarnya undang-undang itu telah dimansuhkan pada tahun
1805. Akhirnya lelaki tersebut telah didenda dan dipenjara selama 10 tahun. Dalam majalah
'Hadrat al'Islam' (Tamadun Islam) keluaran 1916 ada memuatkan kisah seorang Itali yang
menjual isterinyakepada seorang lelaki dengan bayaran secara beransur. Apabila pembeli
tersebut enggan menjelaskan baki harga perempuan tersebut, maka berlakulah pergaduhan yang
menyebabkan pembeli itu terbunuh.

Apabila berlaku Revolusi Perancis, pengisytiharan mengharamkan penindasan sesama manusia


dibuat. Tetapi tidak termasuk penindasan terhadap wanita. Dalam undang-undang sivil Perancis
ketika itu ada dinyatakan bahawa wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya. Tidak boleh
menjual beli dan membuat kontrak tanpa keizinan penjaganya. Profesor Dr. Ali Abdul Wahid
Wafi dalam kitabnya berkata : 'Keadaan wanita di Perancis amat menyedihkan hingga ke zaman
akhir-akhir ini. Malah hingga sekarang masih tidak terbela sepenuhnya, mereka disisihkan
daripada undang-undang sebagai tidak layak mendapat sepenuhnya hak sivil'. Dalam undang-
undang sivil Perancis (Code Napoleon) ada tercatat : Perempuan yang telah berkahwin meskpun
perkahwinannya diasaskan di atas sesuatu persetujuan pengasingan hak milik harta suami isteri,
namun begitu tidaklah bererti membolehkan isteri tersebut menghibbah hartanya atau memindah
milik atau menggadaikannya, atau membelikan sebarang harta baru tanpa disertai dengan
suaminya di dalam kontrak atau persetujuan suami tersebut secara bertulis.

Satu hal yang lebih ketara, apabila seseorang perempuan telah berkahwin, maka secara tidak
langsung atau automatik namanya dan keluarganya hilang, ditukar dengan nama baru yang
dikenal sebagai Mrs .......(nama suaminya). Dengan kehilangan itu akan hilang namanya sendiri,
dan nama keluarganya, semuanya larut dalam nama suaminya.

Wanita Menurut Pandangan Islam

Dari gambaran sekilas pandang seperti yang digambarkan di atas, ternyata betapa rendahnya
kedudukan wanita dalam berbagai-bagai masyarakat di dunia. Kedatangan Islam telah mengubah
fenomena ini. Oleh kerana keadaan itu sengajadibuat-buat oleh manusia dan merupakan
penganiayaan manusia terhadap manusia cuma berlainan jenis, maka Allah swt telah mengutus
RasulNya Muhammad saw untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ke taraf
yang sewajarnya. Wanita tidak lagi diletakkan di tempat kedua hanya sebagai pengikut kaum
lelaki sahaja. Mereka mendapat hak dan status yang sewajarnya sesuai dengan fitrah
penciptaannya. Mereka dihargai dan dihormati sebagai seorang manusia. Nabi Muhammad saw
datang dengan ajaran yang benar dari Allah swt, memperbetulkan yang salah dan
mengangkatkan apa-apa yang sepetutnya diangkat, meletakkan wanita dalam perundangan Islam
kena pada tempat dan keadaannya. Al-Quran dan al-Hadith telah menentukan kedudukan yang
sewajarnya bagi wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.

Persamaan Taraf

Dari segi persamaan taraf, kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum
lelaki, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah ada ketikanya undang-undang
Islam memperlihatkan kaum wanita khususnya ibu-ibu lebih mulia daripada kaum lelaki jika
lebih taqwanya. Antara kelebihan Islam ialah menghormati wanita dan mengiktiraf keinsanan
serta keupayaannya untuk memikul tuntutan agama (tanggungjawa), kesaksamaan hukuman dan
peluang memasuki syurga sama seperti lelaki. Islam menganggap wanita sebagai insan yang mlia
dan mempunyai hak-hak keinsanan yang setaraf dengan lelaki kerana wanita dan lelaki adalah
cabang kepada pohonan yang satu dan saudara yang dilahirkan oleh bapa yang satu iaitu Adam
as dan juga dari ibu yang satu iaitu Hawa.

Mereka adalah setaraf dari aspek asal usul kejadian, setaraf dari aspek ciri-ciri umum keinsanan,
setaraf dari aspek tuntutan agama serta tanggungjawab dan setaraf dari aspek pembalasan dan
tempat kembali (setelah kematian) dan sebagainya. Dari aspek hak-hak pemilikan harta, Islam
telah menghapuskan tradisi umat-umat terdahulu ( sama ada Arab atau bukan Arab) yang telah
melarang wanita dari memiliki harta atau mengecilkan skop mereka. Islam telah menetapkan
bagi wanita hak pemilikan dengan pelbagai bentuk dan jenisnya serta hak pengurusan dalam
pelbagai cara yang disyariatkan.

Dari aspek ilmu, Islam juga memberikan kepada wanita hak untuk menuntut ilmu sepertimana
lelaki.

realitinya Islam telah menjadikan menuntut ilmu sebagai perkara fardhu ke atas mereka
sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 'Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas
setiap muslim'. Maksud 'setiap muslim' dalam hadith tersebut ialah sama ada lelaki atau
perempuan seperti mana yang telah diijma' atau disepakati para ulama.

Kelebihan-kelebihan Khusus

Dalam beberapa hal, Islam meletakkan wanita khususnya ibu-ibu ke suatu tempat yang lebih
mulia daripada kaum bapa. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa'i dan Muslim
bahawa seorang lelaki telah mengadap Rasulullah saw lalu bertanya : "Siapakah ya Rasulullah
yang paling berhak saya dampingi?" Jawab Rasulullah : "Ibumu". Bertanya lagi lelaki itu :
"Kemudian siapa lagi?" Jawabnya : "Ibumu." "Siapa lagi?" tanyanya. "Ibumu," jawab
Rasulullah. "Kemudian siapa lagi?" Baru diberi jawapan oleh Rasulullah saw, "Bapamu." Oleh
sebab itu Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : "Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu."
Hak-hak Sivil

Islam juga telah memberikan hak sivil kepada kaum wanita sesuai dengan tabiat semulajadi
mereka sebagai wanita dan telah meletakkan hak-hak tersebut di tempat yang betul. Kaum
wanita diberi kedudukan tersendiri dalam menentukan nasibnya. Tidak boleh dihina atau
diperlakukan seperti barang jualan. Mereka berhak ke atas diri mereka sendiri. Perempuan yang
telah sampai umur baligh berhak atas dirinya sendiri dalam segala hal sivil. Perkahwinan adalah
menurut kemahuannya. Dalam mazhab Hanafi, wanita yang baligh sama ada masih perawan atau
telah janda tidak boleh dikahwinkan melainkan dengan kemahuannya. Malahan ia sendiri boleh
berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia suka. Dalam mazhab Syafie, perempuan yang cukup
umur jika dikahwinkan oleh walinya dengan seorang yang tidak setara (kufu') dengannya maka
perempuan itu berhak membubarkan perkahwinan itu melalui kadhi. Manakala seseorang
perempuan yang telah janda sama ada kecil atau besar, ia berhak atas dirinya sendiri dan tidak
ada siapa yang boleh memaksanya berkahwin. Perlu juga disebut bahawa wanita-wanita dalam
perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar coraknya khususnya
namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan
Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and
so). Wanita-wanita Islam tetap dengan nama asalnya tanpa perlu digantikan dengan nama suami
yang hanya mendatang dalam hidupnya.

Tidakkah jelas bagi wanita Islam kini contoh yang telah ditunjukkan oleh wanita yang terdahulu
khususnya isteri-isteri Rasulullah saw seperti Khadijah, Aisyah, Hafsah dan sebagainya telah
berkahwin dengan seorang yang paling mulia dan paling tinggi darjat taqwanya tetapi mereka
tidak mengubah nama mereka. Itulah realiti taraf wanita dalam Islam bergantung kepada
keperibadiannya. Tidaklah kepada keperibadian suaminya seperti yang terdapat sekarang.

Tindakan sesetengah pejuang Women's Lib di Barat dan lain-lain masih menjadi tandatanya
apabila mereka dengan rela menghilangkan nama sendiri yang ditukar kepada nama suami
dengan menambahkan Mrs di hujungnya sedangkan mereka tidak mahu dianggap rendah dan
dibeza-bezakan dalam hidupnya. Tidakkah dengan hilangnya nama dan keturunan sebenarnya
telah merendahkan darjat yang seharusnya dipelihara? Dan apabila bertukar suami, bertukarlah
pla nama. Seolah-olah diri wanita itu hanya wujud dan teguh bila tidak bersuami. Apabila telah
bersuami telah larutlah nama dan hilanglah keturunannya. Dalam Islam seseorang itu hendaklah
dipanggil mengikut nama bapanya.

Selain soal perkahwinan dan taraf wanita dalam perkahwinan tersebut, Islam telah memberikan
hak-hak sivil kepada perempuan sesuai dengan sifat semulajadinya. Wanita yang telah genap
umurnya (baligh) boleh bertindak sendiri dalam urusan jual beli, mengadakan sebarang kontrak,
memiliki harta dan membelanjakannya, bertukar milik dan sebagainya, berkongsi dalam urusan-
urusan hidup, memberi, menghadiahkan atau mendermakan hartanya menurut sesuka hatinya
tanpa boleh diganggu gugat oleh keluarganya asalkan tindakannya itu tidak berlawanan dengan
hukum syarak.
Tegasnya, Islam tidak membeakan lelaki dan wanita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan
sebahagian masyarakat termasuk umat Islam sendiri. Antara soalan yang dikemukakan iaitu :
Jika Islam mengiktiraf kemanusiaan wanita menyamai dengan kemanusiaan lelaki, mengapakah
Islam melebihkan lelaki ke atas wanita dalam beberapa keadaan dan situasi? Umpamanya dalam
syahadah (penyaksian), pewarisan, kepimpinan keluarga, kepimpinan negara dan beberapa
hukum atau perkara yang lain?

Hikmah Islam membezakan antara lelaki dan wanita dalam sebahagian kecil Undang-undang
Islam (hukum)

Dalam syariat Islam ada beberapa hak yang berbeza di antara kedua-duanya, contohnya lelaki
boleh berkahwin lebih daripada satu sedangkan wanita tidak boleh. Ini kerana pada wanita ada
penghalang yang tidak ada pada lelaki. Iaitu janin akan terbentuk dalam tubuh wanita dan dia
yang akan mengandung. Sekiranyadibolehkan wanita kahwin lebih, maka bercampurlah benih
dan tidak diketahui kepada siapakah hendak dinisbahkan anak.

Hakikatnya perbezaan antara lelaki dan wanita di dalam hukum-hukum ini bukan kerana kaum
lelaki lebih dimuliakan oleh Allah atau lebih hampir kepadaNya berbanding kaum wanita.
Sebenarnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara mereka,
sama ada lelaki mahupun wanita, seperti firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya
yang paling mulia di sisi allah ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu." Tetapi perbezaan
ini disebabkan tuntuntan tugas yang bersesuaian dengan fitrah atau karaktor lelaki dan wanita.

a) Penyaksian Wanita dan Penyaksian Lelaki

Al-Quran menjadikan penyaksian seorang lelaki menyamai penyaksian dua orang wanita malah
majoriti ulama telah menetapkan bahawa penyaksian wanita tidak diterima dalam kes melibatkan
kesalahan hudud dan qisas. Namun begitu ada sesetengah pendapat ahli fiqh membolehkan
wanita menjadi saksi sekiranya jenayah yang berlaku di tempat-tempat yang kebiasaannya tidak
terdapat lelaki umpamanyadalam tandas wanita dan sebagainya yang disediakan khas untuk
wanita. Perbezaan ini bukanlah kerana kekurangan yang ada pada wanita sebaliknya adalah
kerana fitrah dan karaktor wanita yang kebiasaannya lebih sibuk dengan tugas-tugas wanita
seperti urusan rumah tangga, anak-anak, suami dan sebagainya. Justeru itu, pemikirannya
tentang asek muamalat adalah lemah berbanding lelaki. Pendirian yang diakui oleh kebanyakan
ahli fiqh yan tidak mengiktiraf wanitasebagai saksi dalam kes-kes kesalahan hudud dan qisas,
kerana kebanyakan wanita sebenarnya mudah panik dan tersentuh perasaan. Selalunya seseorang
wanita apabila melihat jenayah, dia akan memejamkan matanya dan melarikan diri dalam
keadaan menjerit. Ia akan menghadapi kesukaran untuk memberi keterangan dengan detail dan
jelas kerana kepanikannya. Namun begitu kesaksiannya boleh diterima sekiranya melibatkan
perkara yang telah disebutkan tadi tetapi hakim tetap juga memerlukan bukti atau bayyinah
untuk mensabitkan kesalahan tersebut.

b) Hak Pewarisan Wanita dan Hak Pewarisan Lelaki


Perbezaan yang berlaku antara lelaki dan wanita dalam masalah pewarisan sepertimana yang
telah disebutkan oleh al-Quran yang bermaksud : "Allah perintahkan kepada kamu mengenai
(pembahagian harta untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai
bahagian dua orang anak perempuan."

Apa yang jelas dalam masalah ini iaitu perbezaan yang berlaku antara wanita dan lelaki dari segi
bebanan dan tanggungan kewangan yang telah ditetapkan ke atas mereka berdua. Sudah menjadi
tanggungjawab bagi lelaki apabila berkahwin maka ia terpaksa memberikan nafkah terhadap
isteri serta anak-anaknya, sedangkan wanita apabila menjadi isteri, wanita tidak wajib melakukan
perkara tersebut malah isteri berhak pula mendapat nafkah dari si suami. Sekiranya wanita
mempunyai hak pewarisan yang sama seperti lelaki maka akan terdapat banyak keadaan di mana
kaum wanita mempunyai bahagian yang lebih daripada lelaki. Oleh itu, kerana lelaki memikul
tugas yang berat, maka ia berhak mendapat pusaka yang lebih.

c) Kepimpinan Keluarga

Berkenaan dengan kepimpinan keluarga, firman Allah yang bermaksud : "Kaum lelaki itu adalah
pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan Orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka."

Tujuan kelebihan kaum lelaki di sini ialah dari segi bakat semulajadi dan kebolehan danlam
pengurusan dan kepimpinan sebab lelaki diwajibkan mencari nafkah dan dialah yang
menghadapi pergolakan dalam masyarakat dan di luar rumah sedangkan kebanyakan prempuan
bertugas di rumah untuk mengasuh anak-anak dan mengurus rumah tangga. Allah swt telah
menjadikan kepimpinan kepada lelaki dengan nas-nas al-Quran di atas berdasarkan dua perkara :

Pertama : Anugerah - Dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah swt sseperti
berpandangan jauh tentang akibat sesuatu perkara dengan lebih rasional berbanding wanita
kerana kaum wanita telah dilengkapi dengan sistem emosi yang sangat halus sesuai dengan sifat
keibuannya.

Kedua : Usaha - Lelaki membelanjakan banyak harta untuk membina keluarga. Jika sesebuah
keluarga itu runtuh, maka ia akan dipertanggungjawabkan. Oleh itu, ia akan berfikir seribu kali
sebelum ia membuat sesuatu keputusan untuk menamatkannya.

d) Jawatan-jawatan Kehakiman dan Pemerintahan

Dalam jawatan kehakiman, Imam Abu Hanifah mengharuskan atau membenarkan wanita
mengadili kes-kes yang diharuskan bagi wanita untuk mengadili semua kes-kes yang diharuskan
bagi wanita kecuali yang melibatkan kes-kes jenayah. Keharusan di sini bukanlah bererti wajib
sebaliknya ia dibenarkan dalam lingkungan yang boleh memberi kemaslahatan kepada wanita,
keluarga, masyarakat dan agama Islam itu sendiri. Malah hendaklah dilakukan dengan membuat
pemilihan terhadap wanita yang mempunyai keistimewaan pada tahap umur tertentu untuk
mengadili kes-kes tertentu dalam suasana-suasana tertentu.
Manakala larangan wanita untuk menyandang jawatan 'Khilafah' atau ketua negara atau jawatan
yang seumpamanya ialah kerana tenaga wanita kebiasaannya tidak mampu memikul tugas-tugas
yang amat berat itu. Kita mengatakan 'kebiasaannya' kerana boleh jadi terdapat wanita yang lebih
mampu daripada lelaki seperti Ratu Saba (Balqis) yang telah diceritakan dalam al-Quran. Namun
bilangannya terlalu kecil untuk mendapatkan wanita yang hebat seperti itu. Akan tetapi untuk
menyandang jawatan sebagai penagrah, pengetua, ketua institusi, anggota Parlimen, Menteri atau
sebagainya, ia tidak dikira sebagai suatu kesalahan jika terdapat kemaslahatan.

Hak-hak Wanita Dalam Islam

Secara ringkasnya dapat dinyatakan bahawa Islam memberikan hak terhadap wanita antaranya :

1. Dalam bidang nilai kemanusiaan, Islam tidak membezakan antara wanita dan lelaki. Wanita
adalah manusia yang mempunyai martabat yang sama seperti lelaki di sisi Allah swt dan pada
pandangan manusia kerana lelaki dan wanita dijadikan dari satu jiwa yang sama. Firman Allah
swt yang bermaksud : "Wahai manusia, bertaqwalah kamu kepada Allah yang telah menjadikan
kamu daripada satu jiwa."

2. Islam menolak sikap agama Yahudi dan Nasrani yang hanya menyalahkan wanita (Hawa) dan
menganggapnya sebagai sebab Adam dan Hawa diusir dari syurga, malah ada yang menganggap
perempuan adalah makhluk yang suka membuat angkara sehingga lelaki terpaksa menanggung
beban padahal yang sebenarnya tidak begitu. Islam menganggap kedua-duanya iaitu Adam dan
Hawa sama-sama melakukan kesalahan seperti firman Allah swt yang bermaksud : "Maka
keduanya (yakni Adam dan Hawa) telah digoda oleh syaitan sehingga tergelincir dari syurga dan
dikeluarkan dari keadaan (nikmat) yang mereka telah berada di dalamnya..."

3. Dalam beragama dan beribadah, wanita sama seperti lelaki iaitu sekiranya melakukan amal
soleh maka akan dimasukkan ke syurga dan begitulah juga sebaliknya sekiranya ingkar dan
durhaka akan dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah swt yang bermaksud : "Barangsiapa
yang beramal sama ada dari lelaki dan perempuan sedang dia seorang yang beriman, maka kami
hidupkan dia dalam kehidupan yang baik, dan akan Kami berikan pahala yang lebih baik
daripada apa yang mereka kerjakan."

4. Islam membanteras pandangan atau anggapan sial terhadap anak-anak perempuan dan
perbuatan menguburkan mereka hidup-hidu yang ada pada bangsa Arab dan juga bangsa-bangsa
lain sebagaimana firman allah swt yang bermaksud : "Apabila bayi-bayi perempuan yang
dikubur hidup-hidup ditanya : kerana dosa apakah ia dibunuh?"

5. Dalam bidang hak milik, Islam memberikan kepada wanita hak-hak mempusakai harta
warisan sama ada sebagai anak, ibu, saudara atau isteri sebagaimana yang terkandung dalam
surah an-Nisa'. Wanita bebas membelanjakan hartanya dan sebagainya.

6. Islam memberikan hak mendapat nafkah kepada wanita sama ada sebelum kahwin (daripada
bapa) atau selepas berkahwin (daripada suami) atau daripada anak-anaknya sebagai ibu.

7. Islam memberikan hak perseorangan iaitu Islammemerintahkan supaya menghormati wanita


sama ada sebagai ibu kepada anak-anaknya atau sebagai isteri kepada suaminya sebagaimana
firman Allah swt yang bermaksud : "Dan Kami telah berpesan kepada manusia supaya berbuat
baik kepada kedua orang tuanya. Terutama ibunya yang mengandungkannya dengan kepayahan
dan melahirkannya juga dengan kepayahan."

8. Islam memberikan hak kepada wanita untuk menerima atau menolak lamaranlelaki untuk
menjadi suaminya berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tidak boleh
dikahwinkan seorang janda sehingga dimintakan pandangannya dan seorang dara sehingga
diminta keizinannya."

9. Islam memberikan hak kepada wanita untuk menuntut talak daripada lelaki dengan sebab-
sebab munasabah yang diterma oleh syarak seperti berpisah kerana kemudaratan yang
ditanggung oleh isteri atau masalah hubungan kelamin dan sebagainya dengan menggunakan
pelbagai kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.

Wanita dan Kerjaya

Bilakah wanita diharuskan bekerja? Adakah pernyataan ini bermaksud wanita haram atau
dilarang bekerja dari sudut syarak dalam apa jua situasi pun? Apa yang perlu dijelaskan di sini
ialah sejauh manakah dan dalam bidang apakah syariat Islam membenarkan wanita bekerja.

Sebenarnya tugas wanita yang utama dan teragung yang mana tidak dapat ditandingi serta
dicabar oleh sesiapa ialah mendidik generasi yang mana Allah telah menyediakan mereka
kesesuaian fizikal dan psikologi untuk melaksanakannya. Tiada seorang lelaki pun yang mampu
menggantikan wanita dalam tugas yang berat ini yang boleh mencorakkan masa depan ummah
dan merupakan harta yang paling bernilai. Ini tidak bermakna wanita diharamkan oleh syarak
bekerja di luar rumah. Seseorang itu tidak berhak mengharamkan sesuatu tanpa nas syarak yang
sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana yang kita maklumi dalam kaedah fiqh ada mengatakan,
'Asal perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan biasa (bukan ibadat) adalah harus.'

Wanita kini memberi sumbangan secara langsung kepada pendapatan keluarga. Bagi kebanyakan
wanita, bekerja menjadi satu keperluan apabila pendapatan suami tidak mencukupi untuk
menampung kepreluan keluarga. Begitu juga hasrat untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi
juga mendorong isteri untuk bekerja. Berdasarkan prinsip ini dapat kita katakan bahawa : wanita
berkerjaya adalah harus, bahkan kadang-kadang dituntut apabila terdapat keperluan yang
mendorongnya. Umpamanya jika ia janda, diceraikan atau tidak pernah berkahwin dan ia tidak
mempunyai sumber kewangan serta tidak mempunyai keluarga, sedangkan mampu melakukan
sesuatu kerja yang boleh menampung keperluannya.

Kadangkala keluarganya pula memerlukan ia bekerja mendapatkan pendidikan anak-anak atau


saudara maranya yang masih kecil mahupun untuk membantu bapanya yang sudah tua atau
sebagainya. Kadangkala masyarakat itu sendiri memerlukan agar wanita itu bekerja umpamanya
sebagai doktor, jururawat, guru dan seumpamanya yang berkaitan dengan wanita. Dan adalah
lebih baik jika wanita bekerja dengan wanita seumpamanya bukan bersama lelaki. Menerima
lelaki dibolehkan dalam keadaan tertentu yang termasuk dalam perkara darurat tetapi perlu
dihadkan batasannya serta tidak dijadikan sebagai satu kaedah yang kekal.

Sebagai contoh, jika pengurus pejabat memilih seseorang wanita cantik kerana kecantikannya
sedangkan berpuluh-puluh wanita yang kurang cantik tetapi lebih cekap dan lebih
berpengalaman dengan tujuan untuk menjamu selera mata ketika di pejabat, maka tindakan itu
tidak bijak dan tidak bertanggungjawab. Kalau seorang pengurus syarikat memilih wanita jelita
bertujuan untuk menarik pelanggan ke kedainya maka dorongan tersebut turut tidak baik sebab
ada tujuan seks dan cara melariskan perdagangan menurut cara yang salah.

Perkara-perkara yang disebutkan tadi sudah menjadi lumrah dalam tradisi moden. Inilah gejala-
gejala yang mesti disingkirkan dan dibendung untuk mengawal ketenteraman masyarakat dan
penting untuk mencari keredhaan Allah swt. Tradisi moden ini juga secara tidak langsung
memberi pengaruh yang kuat supaya wanita-wanita Islam itu lebih berani dan lebih tidak malu
untuk memasuki sebarang pertandingan yang merangkumi ratu cantik, ratu fesyen, ratu sukan,
menari, bintang itu dan bintang ini dan sebagainya yang berunsur tidak sihat. Apabila gejala
tidak sihat ini menular ke dalam masyarakat, tunggulah saat kehancurannya. Sejarah telah
membuktikan bahawa kejatuhan Empayar Rom adalah kerana seks dan kehancuran moral.

Islam tidak melarang kaum wanita keluar untuk bekerja asalkan memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Kerjaya tersebut mestilah dibenarkan oleh syarak dengan ertikata lain kerjaya tersebut tidak
haram atau mendorong ke arah melakukan yang haram.

2. Mendapat keizinan daripada suami atau bapa (jika belum berkahwin).

3. Menjaga diri dan menutup aurat.

4. Menghindari pergaulan yang membawa kepada perkara maksiat seperti berkhalwat dengan
lelaki yang bukan mahramnya.

5. Tidak mencuaikan tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya atau tugas ibu terhadap
anaknya.

6. Tidak menimbulkan keengganan mempunyai anak, seperti yang kita lihat dewasa ini yang
mana kebanyakan perempuan tidak mahu mengandung atau beranak kerana merasa anak akan
menyusahkan atau menghalangnya untuk bekerja.

Masalah Semasa Mengenai Hak dan Kewajipan Wanita

Pada abad ke21 ini telah menjadi perbincangan hangat terutama di kalangan negara-negara dan
masyarakat Islam yang sedang membangun dan maju seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan
negara-negara Arab. Di kalangan negara-negara Eropah, Amerika, Jepun, Russia dan China,
persoalan ini tidaklah begitu hangat kerana mereka telah menyamakan atau hampir menyamakan
dengan hak-hak, kedudukan dan kegiatan kaum lelaki. Tetapi perkara yang hendak dibincangkan
di sini ialah... patutkah negara dan masyarakat Islam meniru atau mencontohi langkah-langkah
negara barat dan sebagainya yang telah memberi hak begitu luas kepada wanita dalam segala
kegiatan?

Apakah kebebasan wanita di Eropah dan sebagainya itu benar-benar dan dapat memberikan
sumbangan kepada kemajuan dan keamanan di dunia atau sebaliknya? Dan adakah hak-hak
wanita yang diberi oleh Islam belum cukup untuk membangun kemajuan yang tulen? Inilah
pertanyaan yang belum diberi jawapan dengan tegas sebab tujuan kita ialah mencari kebenaran
dan mencari prinsip-prinsip yang sihat bagi pembangunan dan kesejahteraan umat manusia
seluruhnya.

Duni sekarang sangat berbeza dengan dunia 100 tahun yang lalu kerana wujudnya kemajuan
perhubungan kenderaan, sains dan teknologi yang menjadikan ratusan negara di dunia sekarang
memerlukan wanita untuk memenuhi kerjaya. Setelah kaum wanita di Barat dan negara-negara
yang sealiran dengannya keluar bekerjamencari sara hidup, pihak kapitalis mengambil peluang
menggunakan tenaga wanita di kilang-kilang perusahaan dan perindustrian, kerana tenaga
mereka lebih murah daripada tenaga lelaki sedangkan kaum lelaki meminta gaji yang lebih.

Wanita barat dan wanita timur menuntut hak demokrasi dan hak persamaan dengan lelaki dan
yang terpenting sekali ialah persamaan gaji untuk makan dan hidup. Di samping itu hendaklah
diinsafi bahawa barat mengutamakn perempuan dalam bidang-bidang pekerjaan yang tertentu
terutama di gedung-gedung perdagangan, kedai solek dan pakaian, di kedutaan, pejabat Konsul,
di gedung akhbar, radio dan televisyen, di syarikat iklan, bank dan sebagainya mempunyai tujuan
udang di sebalik batu iaitu hendak melariskan perniagaan dengan menggunakan tenaga wanita
yang murah.

Hakikat ini sama dengan sikap sesetengah akhbar atau majalah yang memuatkan gambar-gambar
perempuan yang jelita atau gambar yang bercorak seks bertujuan melariskan akhbar dan
majalahnya. Inilah taktik licik dan murah yang harus disedari oleh wanita-wanita Islam di dunia
hari ini. Perjuangan orang barat dan sesetengah golongan di negara kita untuk membuat revolusi
mental dan membebaskan kaum wanita yang pada dasarnya mendorong kepada gejala tidak sihat
dan merendahkan taraf wanita sendiri. Barat yang kononnya melaungkan memperjuangkan hak
wanita sebenarnya merekalah yang merendahkan martabat wanita. Mereka membiarkan
pelacuran berleluasa, wanita berkahwin dengan wanita, wanita dijadikan alat komersial, hiburan
dan sebagainya.

Negara-negara Komunis pula telah mencanangkan slogan iaitu menyamakan lelaki dan
perempuan dalam segala bidang. Wanita Islam hendaklah menyedari bahawa hak mereka telah
dijamin oleh Islam sejak 14 abad yang lalu tetapi Islam mengutamakan sesetengah pekerjaan
yang mempunyai matlamat yang sangat besar dan tinggi iaitu mencari kebahagiaan di dunia dan
akhirat dengan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah swt agar mendapat
keredhaan dan kesejahteraan dan matlamat inilah yang paling besar, lebih murni daripada harta
benda atau kebendaan yang dicari.
Pembentukan Wanita Solehah

"Dunia adalah tempatnya kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan (kesenangan) adalah wanita
solehah." Demikian hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Sabda Rasulullah yang
bermaksud : "Wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila
dia rosak, maka rosak pulalah negara itu."

Wanita adalah kunci yang digunakan oleh Syaitan untuk memperalatkan manusia terutamanya
lelaki. Sejarah telah membuktikan hal tersebut iaitu tatkala syaitan gagal menggoda Adam as,
secara langsung diperalatkan Hawa untuk merayu suaminya agar memakan 'Khuldi' buah
terlarang. Maka terjadilah pelanggaran terhadap larangan Allah. Dewasa ini anak cucu Adam-
Hawa berlumba-lumba menjadi pengikut syaitan, sering berlaku kejadian membunuh, merompak
atau menggelapkan wang amanah dan sebagainya kebanyakannya gara-gara memenuhi tuntutan
seorang wanita.Dari itu Islam mengarahkan kaum wanita dan meletakkan wanita sesuai dengan
kudratnya untuk melahirkan sifat mulia yang mempunyai identiti tersendiri yang dalam erti kata
iaitu memiliki ciri-ciri Wanita Solehah.

Siapakah Wanita Solehah Itu?

Wanita solehah adalah wanita yang cantik lahir dan batin, ia memiliki kecantikan yang asli atau
ideal iaitu secara fizikal, darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda-benda haram
sedangkan batinnya pula bersih dari kekotoran jiwa. Dalam hal ini kita perlu mengetahui
bagaimanakah ukuran kecantikan menurut Allah dan Rasul, bukan menurut penilaian kaum
wanita seperti dalam pertandingan ratu cantik yang pada hakikatnya adalah pertandingan wanita
buruk dan menjijikkan. Kecantikan versi ini namanya adalah kecantikan palsu, kecantikan yang
hanya membawa bencana terhadap diri mereka sendiri dan orang lain.

Islam mengukur kecantikan itu dari semua unsur iaitu unsur batiniah dan lahiriah. Batin wanita
cantik adalah apabila tersembunyi di sebalik fizikalnya, jiwa yang pasrah, taat dan tunduk
terhadap semua ketentuan Allah dan RasulNya dan bersih dari segala unsur yang bertentangan
dengan hukum Allah. Dalam hal inilah Islam meletakkan ukuran kecantikan wanita, bukan pada
raut wajahnya.

Manakala kecantikan yang ideal ialah kecantikan yang sempurna lahir dan batin. Bentuk fizik
yang menawan seperti yang dimiliki oleh Nabi Yusuf as atau nabi Muhammad saw atau para
isteri mereka seperti Zulaikha, Aisyah dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, setiap muslim harus
menghiasi diri dengan seindah-indah pekerti baik lahir mahupun batin untuk mengecapi nikmat
cantik ideal seperti Nabi Yusuf dan Zulaikha. Manusia cantik ideal ialah manusia yang secara
fizikal kelihatan demikian indah dipandang mata dan bersih darah daging dan tulang belulangnya
dari benda-benda yang haram, sementara jiwanya sentiasa disirami wahyu sehingga nafasnya
adalah zikrullah, pandangannya adalah pandangan wahyu dan jalan hidupnya bagaikan al-Quran
yang sedang berjalan.
Ciri-ciri Wanita Solehah

Istilah solehah adalah sebaik-baik jolokan terhadap wanita. Tidak sebarang wanita berhak untuk
menyandang sebutan tersebut. Firman Allah swt dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud :
"Kerana wanita yang solehah adalah wanita yang taat beribadah kepada Allah dan taat kepada
suaminya sebagaimana Allah telah menjaga dirinya..."

Berpandukan firman Allah tadi, gelaran wanita solehah hanya diberikan kepada wanita yang
mempunyai ciri-ciri wanita yang taat kepada Allah dan taat kepada suaminya. Namun begitu,
taat kepada Allah adalah ciri wanita secara umum manakala taat kepada suami merupakan ciri
khas bagi wanita yang telah bersuami.

a) Taat kepada Allah dan Rasul

Sebenarnya taat kepada Allah dan taat kepada Rasul bermaksud juga taat pada segala perintah
Allah dan RasulNya. Tentang taat kepada Allah juga iaitu mengakuiNya sebagai pencipta dan
mengakui sumber dari segala hukum yang diturunkan (al-Quran). Antara ciri taat kepada Allah
dan Rasul dapat dihuraikan seperti berikut :

1. Melebihkan cinta terhadap Allah dan Rasul lebih dari cintakan keduniaan. Firman Allah swt
yang bermaksud : "Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,
kaum kerabatmu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir
kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih dari kamu cintakan
Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusannya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

2. Menutup aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan melainkan dalam
kesederhanaan. Salah satu identiti ataupun ciri wanita solehah adalah berpakaian taqwa,
penampilannya sederhana, sopan, tidak sukakan glamour dan jauh dari sifat suka menunjuk.
Menutup aurat adalah wajib berdasarkan perintah Allah yang bermaksud : "Katakanlah kepada
wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan
kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera
mereka..."

Berdasarkan isyarat al-Quran dan Hadith serta pendapat ulama Islam menetapkan bahawa
pakaian muslimah harus memenuhi syarat-syarat berikut :

Pakaian itu harus menutup aurat


Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga nampak terbayang bahagian tubuh dari luar
Pakaian tidak ketat dan sempit tetapi longgar
Warna pakaian yang suram atau gelap seperti warna hitam, kelabu atau coklat
Tidak memakai haruman yang semerbak
Pakaian tidak menyerupai lelaki
Pakaian tidak menyerupai model pakaian kafir
Pakaian bukan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk
3. Tidak berhias dan bertingkah laku seperti wanita jahiliyyah. Maksud tersebut iaitu perempuan-
perempuan jahiliyyah Arab keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan keindahan tubuh
serta berjalan bergaya berlenggang-lenggok, bermegah-megah dan berpakaian yang menjolok
pandangan lelaki.

4. Tidak berkeliaran atau berjalan bersendirian dan tidak pula bersama lelaki yang bukan
mahramnya. Seseorang wanita tidak boleh keluar mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh
syarak seperti menuntut ilmu, menziarahi kaum kerabat, kawan dan sanak saudara (silaturrahim).
Dan mestilah keluar dengan mahramnya kerana untuk mengelakkan fitnah.

5. Selalu membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa. Maksud tersebut iaitu
berperanan dan membantu dalam perkara 'amar ma'ruf dan nahi mungkar'.

6. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa iaitu menunjukkan sikap sopan santun dan akhlak yang
mulia kepada keduanya, tidak menyinggung perasaannya, tidak menentangnya sekalipun
terhadap perbezaan fahaman. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Keredhaan
Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan
kedua ibu bapa."

7. Sentiasa berbelanja atau memanfaatkan rezeki ke arah yang baik sama ada dalam keadaan
sempit mahupun dalam keadaan lapang. Di dalam al-Quran ada menyatakan bahawa orang yang
bertaqwa adalah orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu sempit mahupun di waktu
lapang, dan begitulah seharusnya wanita yang solehah selalu menafkahkan harta dengan sedekah
walaupun di waktu sempit.

8. Tidak berduaduaan dengan lelaki asing (bukan mahram). Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud : "Janganlah sesekali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (di suatu
tempat) melainkan wanita itu harus ditemani oleh mahramnya."

9. Bersikap dan berbuat baik dengan tetangga. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tidak
seseorang itu dinamakan mukmin yang perutnya kenyang sedang tetangganya dalam kelaparan."

b) Taat kepada Suami

1. Menjalankan kewajipan dan tanggungjawab terhadap suami. Bagi wanita yang telah bersuami,
nilai ketaatannya kiukur oleh Allah swt mengikut seberapa banyak dia dapat menjalankan
kewajipannya terhadap suami. Menjalankan tugasnya dengan baik dan penuh keikhlasan, maka
itulah yang mendapat balasan baik sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jika
seseorang isteri menjaga kemaluannya dari yang haram serta taat kepada suaminya maka
dipersilakan masuk ke syurga dari pintu mana saja yang kamu suka." Dan dalam riwayat lain
"Tiap-tiap isteri yang mati diredhai oleh suaminya maka ia akan masuk syurga." Jadi seorang
wanita yang telah berkahwin maka yang paling berhak terhadap dirinya ialah suaminya melebihi
bapa dan ibu serta keluarga yang lain.

2. Sentiasa menyenangkan suami dan kasih sayang terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud : "Sukakah aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Jawab sahabat : "Baiklah ya
Rasulullah. Maka sabda Nabi saw : "Iaitu setiap isteri yang kasih sayang dan banyak anak, dan
bila ia marah, diganggu atau dimarahi suaminya, lalu ia berkata : inilah tanganku, terserah
padamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela padaku." Isteri yang solehah tidak akan
mengganggu suaminya yang mengakibatkan kesusahan, tetapi dia berusaha menghilangkan
kesusahan suami dan berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3. Menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya bila suami tiada di rumah. Sabda Rasulullah
saw yang bermaksud : "Sebaik-baik wanita ialah jika kamu pandang, ia menyenangkan kamu,
jika kau perintah, ia mentaatimu, jika kau tinggalkan ia menjaga hartamu dan menjaga dirinya."

4. Tidak membantah perintah suami dalam perkara kebenaran dan tidak menolak bila suami
mengajaknya tidur. Sabda Rasulullah saw yang bremaksud : "Demi Allah yang jiwaku di
tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba
ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada si isteri hingga
dimaafkan oleh isterinya."

5. Tidak keluar ruah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiap isteri
yang keluar rumah tanpa izin suaminya, tetap berada dalam kemurkaan Allah sehingga kembali
ke rumahnya atau dimaafkan oleh suaminya."

6. Tidak meremahkan pemberian suami dan menutup rapat rahsia keluarga serta tidak mencai-
cari alasan untuk bercerai. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiap isteri yang minta cerai
dengan suaminya (tanpa alasan yang dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga."

7. Tidak mengeraskan suara melebihi suara suaminya. Wanita yang solehah apabila berbicara
dengan suaminya ia akan menunjukkan sifat kasih sayang, dengan bahasa yang lemah lembut
dan sopan santun. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya apabila seorang
suami memandang isterinya dan isteri membalas pandangan dengan penuh kasih sayang dan
cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, jika suami membelai
tangan isterinya, maka dosa mereka berguguran di celah-celah jari tangan mereka."

8. Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya ke dalam rumah apa lagi bermesraan dengan
lelaki lain. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tidak dihalalkan bagi seseorang isteri yang
beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke ru mah suaminya padahal
suaminya benci dan tidak dihalalkan dia keluar padahal suaminya tidak senang."

9. Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
Semua suami pada umumnya sukakan kecantikan, kebersihan, kelembutan dan kesetiaan. Isteri
yang solehah juga adalah isteri yang dapat mempersembahkan keadaan-keadaan yang disebutkan
tadi terhadap suaminya.
UTAMA   Khutbah Jumaat   KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM


Khutbah Jumaat - 29 MEI 2009 

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah

    Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan marilah kita tanamkan dalam diri kita perasaan
taqwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala
larangannya.

Firman Allah SWT. dalam Surah An-Nisa' ayat 34:

Maksudnya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh ialah yang taat
kepada Allah lagi memelihara diri". 

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah

    Minbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai kedudukan wanita dalam Islam.
Tidak ada agama di dunia ini yang memberi perhatian dan mengambil berat terhadap  wanita
melainkan agama Islam. Malah al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya
dalam Al-Quran dengan nama Surah An-Nisa' dengan maksudnya wanita. Begitu juga dalam
kitab-kitab hadith terdapat satu bab yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik
terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadus al-Salihin oleh Imam al-
Nawawi.

    Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan
menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliah.   Hadith
nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa yang diuji dalam memelihara anak
perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak. Kesemuanya ini
membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita.

   Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat
dan keselamatan wanita.
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian

    Menyedari peranan wanita dalam pembinaan dan pembangunan umat Islam itu sangat penting,
musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk merosakkan wanita dengan pelbagai cara
dan strategi. Atas nama kebebasan mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan
pelbagai tipudaya dan godaan supaya mereka jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sedangkan
Islam meletakkan wanita dikedudukan yang tinggi dan mulia berbanding agama-agama yang lain
di dunia.Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan wanita Islam adalah semata-
mata untuk menjaga maruah dan kemuliaan mereka. Wanita  mempunyai hak dan dan harus
dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka. Layanan istimewa ini bukan sahaja terhadap
wanita Islam tetapi juga terhadap wanita bukan Islam

    Al-Quran sendiri mengambarkan wanita contoh dalam al-Quran ketika mengisahkan mengenai
isteri Firaun iaitu dalam Surah At-Tahrim ayat 11.

Maksudnya:

"Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia
berkata:ya tuhanku bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan
selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang
zalim".

   Walaupun isteri Firaun memiliki segala kemewahan di dunia, memiliki segala kemasyuran
apatah lagi beliau merupakan isteri kepada raja terkuat dan digeruni pada waktu itu namun
hatinya tetap beriman dan bergantung kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah

   Islam adalah sebuah agama yang memberi perhatian terhadap wanita sejak kecilnya, remajanya
sehinggalah memasuki alam rumahtangga, kewajipan dan tanggungjawab suami terhadap mereka
sehinggalah hak mereka dalam mewarisi harta pusaka.     

   Selain itu terdapat beberapa peraturan dan tuntutan kepada wanita Islam untuk dipatuhi demi
memelihara maruah,  kemuliaan dan keselamatan diri mereka. Di antaranya  adalah seperti
berikut:

Pertama: Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan mereka, memelihara kemaluan


mereka dan tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang diharuskan sahaja.

Ini ditegaskan oleh Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31:

Maksudnya:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan
memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali
yang biasa nampak daripadanya".

Justeru, bapa ataupun suami hendaklah memastikan perkara seperti ini difahami dan dipatuhi oleh
ahli keluarga kita yang perempuan.

Kedua: Tempat yang paling baik bagi wanita ialah di rumah sebagaimana firman Allah dalam
Surah Ahzab ayat 33:

Maksudnya:

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu".

   Namun Islam sama sekali tidak meghalang wanita untuk bekerja mencari rezeki, memberi
sumbangan tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan, menjadi pemimpin dan seumpamanya selagi
menjaga batasan dan sempadan yang ditetapkan oleh Islam. Islam juga melarang wanita berhias
secara keterlaluan seperti amalan wanita zaman jahiliah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan
oleh al-Nasaei, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Mana-mana wanita yang memakai
minyak wangi kemudian lalu di hadapan satu kumpulan untuk menarik perhatian mereka maka
dia boleh mendorong kepada kepada perlakuan zina.

Ketiga: Islam meletakkan peraturan dan tuntutan tertentu bagi menjaga hubungan antara lelaki
dan wanita. Antara peraturan yang ditetapkan oleh Islam bagi menjaga hubungan ini ialah
larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan wanita yang bukan mahram atau suami isteri
sehingga boleh mengundang fitnah atau membawa kepada perzinaan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Bermaksud:

"Tidak boleh seorang lelaki dengan seorang wanita bersunyian atau berdua-duaan melainkan
dengan mahram".

Keempat: Larangan bermusafir seorang wanita melainkan dengan mahram.Tuntutan ini juga
bukan untuk mengongkong atau menyusahkan kehidupan wanita tetapi dengan tujuan untuk
menjaga dan memelihara mereka daripada sebarang ganguan daripada pihak yang ingin
mengambil kesempatan ke atas mereka dan menjauhkan mereka daripada terjerumus ke lembah
kesesatan dan kemaksiatan.

Sidang Jumaat Yang Mulia,


 1.           Dari sudut hubungan kekeluargaan dan rumahtangga Islam meletakkan beberapa
tanggungjawab yang terletak di bahu para suami demi menjaga kemuliaan wanita antaranya:

      i  -   Dengan berbuat baik terhadap wanita.

      ii -   Melarang mendera kaum wanita.

      iii -  Melayani wanita dengan cara terbaik.

Oleh itu marilah kita berusaha membetulkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita
dengan kembali kepada ajaran Al-Quran dan al-Sunnah. Sedarilah bahawa wanita merupakan
ujian  yang paling besar bagi kaum lelaki. Justeru kita dituntut menjaga, memelihara dan
menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan
kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua.

Bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

 Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur khadratmu yang telah
mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapt meneruskan usaha kearah
memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju,
sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu, tetapkanlah iman kami, murahkanlah
rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi
pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah
kami daripada ujianmu yang berat, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan
dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Artikel Dr. Yusuf Qardhawi
Indeks Islam | Indeks Qardhawi | Indeks Artikel | Tentang Pengarang

ISNET Homepage | MEDIA Homepage | Program Kerja | Koleksi | Anggota

PERANAN WANITA DAN KEBANGKITAN UMMAT ISLAM MASA KINI


Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
PERTANYAAN
 
Apakah benar ada masa kebangkitan bagi ummat Islam?
 
Jika ada, bagaimana peranan wanita dalam Islam secara umum
dan pandangan terhadap wanita karier, dan bagi yang
berpendidikan tinggi pada khususnya?
 
JAWAB
 
Tidak dapat diragukan lagi, bahwa kita hidup dalam era
kebangkitan Islam, setelah sekian lama kaum Muslimin berada
dalam keadaan tidak sadar dan lelap dalam tidurnya yang
berkepanjangan, seperti halnya kaum Kahfi, dimana
musuh-musuh mereka mengintervensi dari Barat, Timur, Selatan
dan Utara. Kemudian menjajah dan menguasainya, sehingga
dengan mudah menjatuhkan mereka dari agamanya, yaitu Islam.
Lalu diganti secara paksa peraturan-peraturan baru,
hukum-hukum baru, baik dalam masalah politik maupun sosial.
 
Hal-hal yang demikian itu terjadi pada saat kaum Muslimin
dalam keadaan tidak sadar. Kemudian berkat perjuangan
ahli-ahli fiqih dan dakwah, maka terjadilah pembaruan untuk
membangun pusat dakwah Islamiah dan perorangan di mana-mana.
 
Dengan takdir Allah, maka terjadilah kebangkitan ummat
Islam. Hal ini sudah biasa bagi ummat Islam dan sesuai
dengan sifatnya, bahwa ummat Islam tidak mungkin mati
selamanya, tanpa bangkit kembali. Karenanya, agama yang
hidup mengharuskan ummatnya hidup; dan Allah swt. dalam
setiap masa selalu mengangkat seseorang, untuk membawa
keharuman agama bagi ummatnya.
 
Dalam setiap masa selalu timbul di tengah-tengah ummat
Islam, orang-orang yang membela kebenaran, walau bahaya
menentangnya, sampai datangnya hari Kiamat. Maka dari itu,
keluarlah suara-suara untuk mengajak bagi ditegakkannya
kebenaran dan dipraktekkannya agama Islam secara utuh serta
pembaruan, sebagaimana dapat dirasakan seperti sekarang ini.
 
Sebenarnya, kebangkitan ini meliputi semua aspek. Sebagian
orang mengira di saat permulaan hanya suara saja yang
timbul, disebabkan oleh perasaan dan semangat. Sementara
kenyataan menjadi sebaliknya, setiap waktu bertambah kuat
semangat yang menyala, perasaan yang hidup dalam kesadaran
pada agama tersebut, dan kebangkitan berdasarkan pikiran
yang sehat, setelah lama hidup jauh dari kemurnian dan
kebenarannya. Sadar akan akibat dan keadilannya di segala
bidang.
 
Sungguh telah berubah semua perasaan dan simpatik, yang
dulunya di bawah naungan gerakan Nasionalisme dan
Sosialisme, serta lain-lainnya, dari aliran yang
bertentangaan dengan agama. Maka, pikiran-pikiran yang
semula dipengaruhi oleh paham-paham yang bukan bersumber
pada Islam, karena belum paham terhadap Islam, sekarang ini
mereka sadar akan kebenaran dan kemurnian dari ajaran Islam.
Mereka paham bahwa Islam itu bukan ibadat saja, tetapi
menyangkut segi akidah, akhlak yang luhur, muamalah
(jual-beli) yang baik, dan hukum-hukum yang telah ditetapkan
Allah. Bahkan Islam itu adalah amanat dan risalah yang dapat
mengatur kehidupan manusia sebelum lahirnya manusia, sesudah
lahir, ketika masih berupa janin, di waktu hidup dan ketika
mati. Begitu juga di waktu bangkit kembali.
 
Kcbangkitan ini termasuk kebangkitan berpikir. Kita telah
melihat buku-buku yang telah ditulis oleh ahli-ahli pikir
dan penulis-penulis terkenal. Di mana-mana, terutama di
perpustakaan, penuh dengan bermacam-macam buku yang dibaca
para generasi muda Islam, mulai dari yang berpendidikan
rendah sampai yang berpendidikan tinggi, mereka
mempelajarinya secara mendalam.
 
Adapun masa kemunduran dan bekunya pikiran adalah disebabkan
oleh banyak hal, diantaranya ialah:
 
Pada masa itu banyak pikiran-pikiran yang condong dan
menganggap harus ikut peradaban Barat di segala bidang.
 
Tiada jalan bagi kemajuan, kecuali mengambil peradaban Barat
secara keseluruhan, baik, buruk, pahit dan manis. Sehingga
para simpatisan giat mencari dalil untuk menguatkan
kedudukan dan peradaban orang asing; bahkan hal-hal yang
tidak sesuai dengan peraturan mereka, dicela dan dianggap
tidak sempurna, misalnya dalam masalah talak, riba, poligami
dan sebagainya.
 
Sekarang ini lain halnya, semua masalah dihadapi dengan
bahasa ilmiah dan pikiran yang sehat, walaupun mereka dalam
masa kemajuan telah mencapai bulan dan dengan mudah manusia
dapat menikmati hidup yang mewah, tetapi mereka gagal dalam
membina ketenangan jiwanya. Mereka hanya memperhatikan
sarana bagi sesuatu, tetapi mereka mengabaikan tujuan luhur
dari kehidupan ini, dan itu hanya bisa diarahkan oleh Islam.
 
MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB
 
Peradaban masyarakat Barat tidak dapat menjawab pertanyaan
berikut ini: Untuk apakah manusia ini hidup, dari mana dan
hendak ke mana mereka pergi?
 
Peradaban Barat tidak dapat memberi kebahagiaan dan
kesejahteraan bagi manusia. Maka Islamlah satu-satunya agama
alternatif yang dapat mengungkapkan kelemahan dan
ketidakmampuan mereka dalam menghadapi tantangan kehidupan
yang menuju ke arah kesejahteraan di dunia maupun di
akhirat. Islamlah yang dapat menjawab dan memecahkan semua
permasalahan, baik masalah politik, sosial dan lainnya.
 
PERANAN KAUM INTELEKTUAL
 
Perhatian akan masalah-masalah Islam tidak saja terbatas
kepada orang-orang berusia lanjut, bahkan tampak lebih besar
perhatian semangatnya di kalangan para pelajar dan
ilmuwannya, baik laki-laki maupun wanita. Mereka giat
mempelajari masalah-masalah Islam dan mempraktekkannya di
masjid dan tempat-tempat ibadat lainnya yang selalu dipenuhi
oleh segenap lapisan ummat Islam.
 
PERANAN WANITA
 
Jika kita membaca Al-Qur'an, maka dapat kita ketahui bahwa
penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang
berfungsi sebagai istri dan kawan hidup beliau.
 
Kita mengetahui kisah istri Fir'aun, yang dapat mencegah
Fir'aun dalam niatnya untuk membunuh Nabi Musa as.
Sebagaimana tercantum dalam firman Allah swt.:
 
"Dan berkatalah istri Fir'aun, '(Ia) biji mata
bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya,
mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita
pungut menjadi anak, sedangkan mereka tidak
mzenyadari." (Q.s. Al-Qashash: 9).
 
Kita simak kisah dimana ada dua wanita di kota Madyan,
keduanya putri Asy-Syekh Al-Kabir, yang diberi air minum
oleh Nabi Musa as. Kemudian kedua wanita tersebut
mengusulkan kepada ayahnya, supaya memberi pekerjaan kepada
Nabi Musa as. karena beliau memiliki amanat (dapat
dipercaya) dan fisiknya kuat. Sebagaimana yang tertera dalam
firman Allah swt.:
 
"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata,
'Wahai Bapakku, ambillah dia sebagai orang yang
bekerja (kepada kita), karena sesungguhnya orang
yang terbaik, yang kamu ambil untuk bekerja
(kepada kita) ialah orang yang kuat dan dapat
dipercaya'." (Q.s. Al-Qashash: 26).
 
Kita simak lagi kisah ratu Balqis di negeri Yaman, yang
terkenal adil dan memiliki jiwa demokrasi. Ratu ini setelah
menerima surat dari Nabi Sulaiman as. yang isinya seruan
untuk taat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya, lalu dia
meminta pendapat kepada kaumnya dan bermusyawarah untuk
mengambil sebuah putusan bersama.
 
Firman Allah swt.:
 
"Berkata dia (Balqis), 'Hai para pembesar, berilah
aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak
pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu
berada dalam majelis(ku).'
 
Mereka menjawab, 'Kita adalah orang-orang yang memiliki
kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang luar hiasa
(dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka
pertimbangkanlah yang akan kamu perintahkan'." (Q.s.
An-Naml: 32-3).
 
Kemudian dia berkata, sebagaimana yang telah difirmankan
Allah swt.:
 
"Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu
negeri niscaya mereka membinasakannya, dan
menjadikan penduduknya yang terhormat jadi hina;
dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat."
(Q.s. An-Naml: 34).
 
Kesimpulan dari pendapat ratu tersebut ialah bahwa
penguasa-penguasa di dunia ini jika mereka hendak menguasai
suatu negeri, maka mereka akan merusak dua hal, yaitu
merusak negara dan moral penduduknya.
 
Oleh karena itu, di dalam Al-Qur'an telah disebutkan
nama-nama wanita selain wanita-wanita yang tersebut di atas,
yang ada hubungannya dengan kisahnya masing-masing.
Misalnya, ibu Nabi Isa as, Maryam Al-Batul.
 
PERANAN WANITA PADA MASA NABI MUHAMMAD SAW.
 
Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw.
yang kita kenal ialah yang memelihara Nabi saw, yaitu Aminah
ibu beliau; yang menyusuinya, Halima As-Sa'diyah; dan yang
menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari
Habasyah.
 
Nabi saw. telah bersabda, "Bahwa dia adalah ibuku setelah
ibuku sendiri."
 
Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a,
wanita pertama yang beriman dan membantunya, Siti Aisyah,
Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukmtniin
(ibu dari kaum Mukmin), istri-istri Nabi, dan istri-istri
para sahabat Rasulullah saw.
 
AKTIVITAS WANITA MASA KINI
 
Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas meliputi
berbagai bidang, terutama yang berhubungan dengan dirinya
sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah,
akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah
digariskan atau ditetapkan oleh Islam.
 
Wanita Muslimat mempunyai kewajiban untuk memperkuat
hubungannya dengan Allah dan menyucikan pikiran serta
wataknya dari sisa-sisa pengaruh pikiran Barat.
 
Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan
dan syubuhat terhadap Islam.
 
Harus diketahui dan disadari hal-hal yang
melatarbelakanginya, mengapa dia harus menerima separuh dari
bagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak
waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh
dari laki-laki? Juga harus memahami hakikatnya, sehingga
iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang
menyelimuti benak dan pikirannya.
 
Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan
perilakunya, sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam.
Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita
non-Muslim atau berpaham Barat. Karena mereka bebas dari
pikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada
agama Islam. Mereka tidak terikat pada perkara halal dan
haram, baik dan buruk.
 
Banyak diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta,
misalnya memanjangkan kuku yang menyerupai binatang buas,
pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah telanjang,
dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang
yang buta akan hal-hal terlarang.
 
Nabi saw. telah bersabda:
 
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai
pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja seperti
orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik;
jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.' Tetapi
teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika
orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan
mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan
kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."
 
PERANAN WANITA DALAM KELUARGANYA
 
Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan
perintah ditujukan kepada kedua pihak, laki-laki dan wanita,
kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka,
kewajiban bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah
menjalankan apa yang diwajibkan baginya.
 
Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah
satunya menyimpang dari batas yang telah ditentukan oleh
agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia harus
mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang
telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati
kedua orangtua.
 
Wajib bagi setiap wanita (para istri), yaitu membantu
suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki
yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan
penuh kesabaran, dan sebagainya.
 
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat
kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan
menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua
orangtuanya.
 
Kewajiban bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang
seagama, yaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan
tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi paham-paham
yang bersifat merusak dan menghancurkan sendi-sendi Islam
dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku,
majalah, film, dan sebagainya.
 
Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang
ditimbulkan oleh sebagian kaum Muslimin terhadap wanita yang
kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang menyebabkan
terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan
paham-pahamnya.
 
Harus diakui, bahwa hak-hak wanita di sebagian masyarakat
Islam belum diberikan secara penuh.
 
Harus diketahui pula, bahwa suara pertama dari kaum wanita
dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah
suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:
 
"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau
sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahmi,
menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat,
memberi kepada orang yang tidak punya, menerima
dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta
menolong orang-orang yang menderita."
 
Orang pertama yang berperan sebagai syuhada ialah Ummu Amr
binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama
suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam.
Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati
syahid bersama suaminya.
 
Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka
dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada
mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti
akan bertemu di surga."
 
Keterangan: Artikel ini merupakan artikel lepas yang ditulis
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Dikutip dari Majalah "Al-Ummah,"
no. 66, Pebruari 1986, hlm. 40-5. Dimuatnya artikel ini
menurut hemat kami amat layak. (Penerjemah).
 
---------------------------------------------------
Fatawa Qardhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Cetakan Kedua, 1996
Penerbit Risalah Gusti
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177

You might also like