You are on page 1of 15

HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.

YAZIH BIN MOHD JAHIRI

SOALAN 1

( a ) BAHASA KEDUA YANG DIPELAJARI

Pengkaji memilih Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua yang dipelajari. Respondan
ialah pelajar Tahun 6 A, Sekolah Kebangsaan Kabogan, Semporna berbangsa Bajau yang
pertuturan harian mereka menggunakan bahasa Bajau. Komunikasi mereka bersama rakan,
keluarga dan masyarakat juga menggunakan Bahasa Bajau. Justeru itu pengkaji memilih Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kedua yang dipelajari oleh pelajar kaum Bajau Semporna ini, walaupun
Bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara.

Kita mungkin tidak sedar dan terkejut jika diberitahu bahawa jumlah penutur bahasa
Melayu di dunia ialah 280 juta orang. Mohd Shukri Mohd Ariff dalam artikelnya “Bahasa
Melayu di Pentas Dunia” yang disiarkan dalam ruangan Catatan kepada Pembaca, majalah
Dewan Masyarakat ( Jun 2006) menyatakan bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa
kelima terbesar di dunia selepas bahasa Inggeris (1.4 bilion orang penutur),bahasa Cina (1.2
bilion orang penutur), bahasa Hindi (700 juta orang penutur), dan bahasa Sepanyol ( 300 juta
orang penutur).Ternyata bahasa Melayu bukan bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan
pengaruhnya. Jumlah penutur bahasa Melayu jauh mendahului beberapa bahasa lain yang
penting, antaranya bahasa Perancis, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Itali. Sejarah
kegemilangan zaman lampau Bahasa Melayu, kedudukannya sebagai bahasa pribumi, fungsinya
sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur dan senang dipelajari menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Oleh itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai
usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan.
tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah
Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang
mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan
moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih
perlukan pemantapan.

1
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Beliau berkata, kemajuan pendidikan dalam Bahasa Melayu telah berlaku dengan
pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Melayu dan
terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). ‘Setelah merdeka, melalui
usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perancangan yang tersusun telah dijalankan
terhadap Bahasa Melayu.“Fungsi utama DBP direalisasikan melalui dua program besar, iaitu
melalui pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. Namun begitu, terdapat masyarakat yang
mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah
yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu tetapi dalam kehidupan harian mereka
menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Bajau. Bahasa pertuturan di rumah juga tidak
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Pelajar-pelajar ini mengalami beberapa
kesukaran untuk mendalamu bahasa Melayu kerana pengaruh-pengaruh yang tertentu. Realitinya
kini, kata Wan Hashim, Malaysia sudah mengamalkan pendidikan dwi aliran pada peringkat
pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu aliran bahasa kebangsaan untuk Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan aliran bahasa asing terutama Bahasa Inggeris untuk Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS).

Di sektor swasta, kata beliau, penggunaan Bahasa Inggeris masih diutamakan dengan
alasan ia satu keperluan yang membabitkan perhubungan luar negara dan perdagangan
antarabangsa. Wan Hashim yang juga Ahli Parlimen Gerik berkata, kelahiran institusi
pendidikan swasta yang dibenarkan melahirkan dua aliran pendidikan yang menggunakan dua
bahasa pengantar yang berbeza.“Ia sekali lagi memulakan sejarah persaingan di antara Bahasa
Melayu dan bahasa-bahasa lain seperti Bahsasa Cina, Tamil dan Inggeris.
Mohd Shukri Mohd Ariff menyatakan bahawa banyak negara di dunia yang membuktikan
bahawa sesebuah negara hanya akan maju jika menggunakan bahasa ibundanya dalam arus
pembangunan perdana. Hal ini demikian kerana hanya melalui bahasa ibunda, sesuatu bangsa itu
mampu berfikir secara kreatif, kritis dan berupaya pula mencipta ilmunya sendiri. Oleh itu, sama
ada bahasa Melayu berupaya atau tidak menjadi “bahasa ekonomi” bagi memajukan
pembangunan ekonomi moden, semuanya terserah kepada penuturnya.

2
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

(B) HURAIAN KAEDAH KAJIAN

Pendahuluan
Perbincangan adalah berkisar tentang kaedah atau metodologi yang digunakan dalam
pelaksanaan kajian ini. Antara perkara yang disentuh dalam bahagian ini ialah reka bentuk
kajian, kaedah pengumpulan data, sampel kajian, dan kaedah analisis data bagi memperolehi
keputusan yang jitu berkenaan tahap keresahan yang dialami oleh pelajar kaum Bajau dalam
pembelajaran bahasa kedua iaitu Bahasa Melayu

Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian berbentuk tinjauan ke atas 10 orang pelajar Sekolah
Kebangsaan Kabogan, Semporna yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Pendekatan melalui borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada para
pelajar. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar berkenaan yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tahun 6.

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan persepsi
para pelajar tentang tahap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh mereka semasa
mengikuti kelas Bahasa Melayu. Ia juga berguna dalam mendapatkan maklumat serta gambaran
yang sebenar mengenai situasi, masalah dan penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut.

Kajian tahap keresahan pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu ini banyak
menyentuh tentang persepsi mereka berkenaan tahap keresahan secara menyeluruh termasuk
kebimbangan berkomunikasi, takut terhadap penilaian negatif, serta minat dan tujuan mereka
mengikuti kelas Bahasa Melayu tersebut. Setiap item yang terkandung dalam borang soal selidik
yang diedarkan akan dianalisis bagi melihat sejauh mana tahap keresahan dan kebimbangan yang
dialami oleh para pelajar sepanjang mengikuti mata pelajaran tersebut.

3
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Sampel Kajian
Sampel kajian ini melibatkan 10 orang pelajar tahun 6A Sekolah Kebangsaan Kabogan,
Semporna. Responden dipilih secara rawak tetapi hanya melibatkan tahun 6A sahaja. Senarai
pelajar ada disertakan dalam ruangan lampiran .

Kaedah Pengumpulan Data

Data-data yang didapati untuk tujuan kajian ini didapati dari pelbagai sumber.
Lazimnya terdapat dua jenis sumber yang digunakan iaitu data primer dan data sekunder

Data Primer
Data-data kajian didapati daripada soal selidik, temubual dan juga perbincangan yang
telah dijalankan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah hasil gubahan dan penyesuaian soalan
yang dipinjam dari kajian lepas.

Data Sekunder
Rujukan melalui buku yang berkaitan dan juga jurnal.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang dipilih ialah melalui pengedaran borang soal selidik kepada
respondan. Bentuk soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan objektif dan matlamat
kajian. Responden dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap, perasaan
resah dan bimbang yang dialami serta tugas yang diberikan
semasa mengikuti kelas Bahasa Melayu.

Di dalam borang soal selidik tersebut, respondan diajukan dengan soalan berskala Likert
melalui lima pilihan jawapan mengikut susunan ‘sangat setuju’ (skala 1) sehingga ‘sangat tidak
setuju’ (skala 5). Skala 3 yang merupakan skala pertengahan pula mewakili pilihan ‘tidak pasti’
sebagai persepsi yang neutral.

4
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Soal selidik menyentuh mengenai tahap keresahan yang dialami oleh pelajar semasa mengikuti
pembelajaran Bahasa Melayu. Soalan-soalan dalam bahagian ini merangkumi soalan berkaitan
dengan elemen kebimbangan untuk berkomunikasi, perasaan takut terhadap penilaian negatif
serta perasaan umum pelajar terhadap unsur keresahan dan kebimbangan tersebut. Skala Likert
digunakan sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan seperti yang ditunjukkan
seterusnya.

Skor Keterangan

1 Sangat setuju

2 Setuju

3 Tidak Pasti

4 Tidak Setuju

5 Sangat tidak setuju

( c ) MASALAH YANG DIKESAN DALAM MEMPELAJARI BAHASA KEDUA

Masalah yang dapat dikesan dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dapat
ditunjukkan melalui analisis data yang diperoleh melalui borang soal selidik di bawah.

Data Soal Selidik Masalah Yang Dapat Dikesan Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kedua Pelajar Tahun 6 A Sk. Kabogan Semporna.

STS = SANGAT TIDAK SETUJU, TP = TIDAK PASTI, TS = TIDAK SETUJU, S = SETUJU, SS = SANGAT SETUJU

Kenyataan STS TP TS S SS

5
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Saya sentiasa berasa kurang yakin semasa


1 2 1 4 2
menggunakan Bahasa Melayu di dalam kelas Bahasa
Melayu.
Saya berasa gugup apabila saya tahu yang saya akan
1 1 2 2 4
disoal oleh guru dalam kelas Bahasa Melayu.
Saya berasa gementar apabila saya tidak faham apa
6 4
yang dipertuturkan oleh guru dalam bahasa Melayu
Saya akan rasa panik sekiranya terpaksa bertutur
6 4
dalam Bahasa Melayu tanpa sebarang persediaan.
Saya malu untuk menjawab soalan secara sukarela
1 1 1 4 3
semasa di dalam kelas.
Saya berasa yakin apabila saya bertutur
4 1 3 1 1
menggunakan Bahasa Melayu ketika di dalam kelas.
Saya dapat merasakan jantung saya berdegup ketika
1 2 4 3
hendak pergi ke kelas Bahasa Melayu.
Saya berasa segan dan malu sendiri apabila bercakap
1 1 1 4 3
dalam Bahasa Melayu.
Saya berasa gementar dan keliru apabila bertutur
1 1 1 4 3
menggunakan Bahasa Melayu
Saya akan gementar apabila saya tidak faham setiap
1 1 1 3 4
butir perkataan yang dipertuturkan oleh guru Bahasa
Melayu
Saya menjadi gementar apabila guru bertanya soalan
1 1 3 5
dalam Bahasa Melayu untuk perkara yang saya tidak
bersedia.

Dalam usaha untuk membantu pelajar bangsa Bajau mempelajari Bahasa Melayu, adalah penting
bagi pengamal bahasa untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan keresahan yang
tinggi dan persepsi pelajar terhadap keresahan yang dialami.

Kajian yang telah dilakukan terdahulu menyatakan bahawa jika pelajar melihat situasi
pembelajaran sebagai mengancam, ia akan memberi kesan yang buruk terhadap pembelajaran itu
sendiri (Horswill, 2002 & Bandura 1991). Tahap keresahan yang tinggi yang dialami oleh

6
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

seseorang pelajar itu akan menyebabkan pembahagian antara tumpuan dan pemerhatian yang
mengakibatkan pembelajarannya terganggu.

Dalam erti kata lain, apabila pelajar Bajau itu sentiasa diganggu keresahan, mereka tidak
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Ini menyebabkan mereka
tidak dapat memberi reaksi yang berkesan kerana tumpuan mereka telah dialih arahkan kepada
tugas yang kurang memberi erti disebabkan oleh perasaan resah yang tinggi.

Pelajar berbangsa Bajau ini mestilah mendapat bimbingan, dorongan, galakan dan
motivasi agar mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari berjaya mencapai objektif
pembelajaran. Justeru itu, guru, ibubapa, pihak media, masyarakat dan kerajaan mesti membantu
pelajar ini agar cemerlang dalam peperiksaan, dapat bertutur dengan baik .

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang agak mencabar
terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai pendedahan dan asas bahasa ini ketika di rumah.
Cara pertuturan dan struktur ayat yang amat berbeza dengan Bahasa Bajau menjadikan
pembelajaran Bahasa Melayu satu perkara yang begitu mencabar. Kebimbangan yang melampau
akan memberikan kesan negatif terhadap keputusan pencapaian Bahasa Melayu pelajar tersebut
seperti analisis pencapaian peperiksaan berikut;

Analisis Peratus Kelulusan Peperiksaan Semester 1, Tahun 6 Amanah, Sekolah


Kebangsaan Kabogan, Semporna 2010

MATA PERATUS
PELAJARAN PENCAPAIAN

7
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

BM Kefahaman 49 %

BM Karangan 46 %

B. Inggeris 42 %

Matematik 48 %

Sains 58 %

(D) CADANGAN LANGKAH BERDASARKAN PENGETAHUAN PSIKOLINGUISTIK

Hasil kajian
menunjukkan bahawa
perasaan kebimbangan dan keresahan pelajar Bajau mempelajari Bahasa Melayu merupakan
penyumbang kepada kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran ini. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah keresahan tersebut, guru perlu memainkan peranan pro aktif bagi

8
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

menghilangkan rasa keresahan tersebut. Strategi pembelajaran masteri dan pembelajaran


kooperatif merupakan kaedah yang berkesan dalam menangani masalah ini. Secara psikologi,
kebimbangan akan dapat di atasi apabila pelajar dapat bekerjasama di antara satu dengan lain.
Apabila tahap kebimbangan dan keresahan dapat dikurangkan, maka mudahlah bagi guru untuk
menerapkan nilai-nilai murni serta memberikan ilmu yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar-
pelajar Bajau ini.

(E) KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil kajian ini telah membantu untuk menerangkan salah satu faktor yang
menyebabkan tahap ketidaksediaan pelajar Bajau untuk mempelajari Bahasa Melayu. Melalui
kesedaran ini, kita dapat membantu untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar tersebut bukan
sahaja dalam peperiksaan, malah juga dalam pertuturan mereka seharian.

SOALAN 2

PERISTIWA-PERISTIWA BAHASA

PENGERTIAN SEMANTIK

9
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Semantik dalam Bahasa Melayu berasal dari bahasa Yunani ‘sema’ (kata benda) yang
bererti ‘tanda’ atau ‘lambang’. Kata kerjanya adalah ‘semaino’ yang bererti ‘menandai’ atau
‘melambangkan’. Yang dimaksud tanda atau lambang di sini adalah tanda-tanda linguistik
(Perancis : signé linguistique).
Menurut Ferdinan de Saussure (1966), tanda lingustik terdiri dari :
1) Komponen yang menggantikan, yang berwujud bunyi bahasa.
2) Komponen yang diertikan atau makna dari komponen pertama.
Kedua komponen ini adalah tanda atau lambang, dan sedangkan yang ditandai atau
dilambangkan adalah sesuatu yang berada di luar bahasa, atau yang lazim disebut sebagai
referent / acuan / hal yang ditunjuk.
Jadi, Ilmu Semantik adalah :
 Ilmu yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang
ditandainya.
 Ilmu tentang makna atau erti.

PERISTIWA BAHASA

( CONTOH 1 )

Contoh perkataan “ular”

i) Niat pemakluman (Informative intent) adalah seekor ular.


Jika seorang bapa sedang menonton televisyen bersama anaknya yang berumur lima tahun ,
lalu melihat seekor ular di dalam siaran televisyen, bapa menyebut perkataan “ular”. Ini
membawa maksud lateralnya iaitu, bapa cuba memberitahu anaknya bahawa itulah binatang
yang dipanggil ular.

ii) Niat komunikatif (communicative intent) ialah mereka perlu berlari pantas untuk
menyelamatkan diri dari terkena patukan ular.
Jika pertuturan itu berlaku di tepi jalan ketika dua orang rakan sedang berjalan kaki sambil

10
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

berbual, kemudian tiba-tiba ular datang, salah seorang daripada rakannya menyebut “ular”,
ini memberi isyarat mereka perlu berlari dengan pantas untuk mengelak dari ular tersebut
agar tidak dipatuk oleh ular tersebut, dan bukannya merujuk secara langsung kepada maksud
ular itu.

( CONTOH 2 )
Contoh ayat “saya ada ayam tambatan”

i) Niat pemakluman (Informative intent) ialah orang ini mempunyai seekor ayam yang
dipelihara.
Lelaki ini berbual dengan rakannya yang bertanya punca kemenangan pasukan bola sepak
sekolahnya. Dia menjelaskan bahawa pasukannya memiliki ayam tambatan.
ii) Niat komunikatif (communicative intent) ialah jangan cuba mencabar pasukannya kerana
mereka memiliki pemain bola sepak yang handal.
Perbualan ini berlaku dalam pergaduhan di antara dua orang lelaki lalu salah seorang
daripada mereka menggertak rakannya agar jangan cuba tunjuk belang dengannya kerana dia
mempunyai pemain bola sepak handalan yang membantunya dalam perlawanan tersebut.

( CONTOH 3 )

Contoh dari segi intonasi “nenek jatuh”

i) Niat pemakluman (Informative intent) nenek jatuh


Apabila dituturkan secara biasa, maksud lateralnya menunjukkan bahawa nenek telah
terjatuh, sama ada jatuh daripada tangga dan sebagainya.

ii) Niat komunikatif (communicative intent) ialah nenek! Hati-hati, nanti terjatuh.
Terdapat hentian ketika menyebut opah sebelum menyambungnya dengan perkataan jatuh.
Intonasi yang berbeza menyebabkan makna yang cuba disampaikan juga berbeza.

11
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

( CONTOH 4 )

Contoh dari segi intonasi “di sana”

i) Niat pemakluman (Informative intent) ialah menunjukkan arah sesuatu tempat yang dekat
Apabila dituturkan secara biasa, maksud lateralnya menunjukkan bahawa sesuatu tempat itu
dekat sahaja dengan tempat penutur berada.

ii) Niat komunikatif (communicative intent) menunjukkan tempat yang lebih jauh.
Apabila dituturkan dengan intonasi yang agak panjang, contohnya di sa…....na,
menunjukkan jarak sesuatu tempat itu lebih jauh daripada lokasi penutur berada.

( CONTOH 5 )

Contoh dari segi ayat “Hamidah kucing” ujar Makcik Salmah, ibu Hamidah.

i) Niat pemakluman (Informative intent) ialah menunjukkan Hamidah ialah kucing.


Apabila dituturkan secara biasa, maksud lateralnya menunjukkan bahawa Hamidah ialah
seekor kucing.

ii) Niat komunikatif (communicative intent) menyatakan keinginan ibu Hamidah agar
anaknya itu segera menghalau kucing yang mencuri ikan di dapur rumah mereka. Ia
dituturkan oleh ibu Salmah dengan gaya intonasi bahasa.

FAKTOR MENYEBABKAN SALAH TAFSIRAN DALAM PERISTIWA BAHASA


Gaya Intonasi Bahasa
Penutur menjadi penentu tafsiran dalam peristiwa bahasa. Andainya ujaran yang dikeluarkan itu
sama, maksud ujaran tersebut akan berubah jika penutur menggunakan intonasi yang berlainan.
Ini dapat dibuktikan dalam dialog yang berikut :
“Di mana kau dapat mangga ni , pungut?”

12
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Tafsiran i) Meminta penjelasan lokasi mangga itu diperoleh


Tafsiran ii) Menyindir

- Persepsi
Penutur menjadi penentu tafsiran dalam peristiwa bahasa. Penutur dan pendengar sedapat
mungkin mentafsir lambang-lambang bahasa yang digunakan. Halangan yang wujud dalam
pemahaman boleh menjejaskan penafsiran terhadap maksud sebenar. Keadaan ini dapat dilihat
dalam contoh ayat berikut :
“P.Ramlee telah pergi”
Tafsiran i) P.Ramlee telah keluar
Tafsiran ii) P.Ramlee telah meninggal dunia

- Kepercayaan dan spiritual


Perbezaan makna juga terjadi di antara dua pihak sekiranya terdapat perbezaan makna frasa yang
berkonotasi akibat kepercayaan dan arah aliran pemikiran yang berbeza. Ini bermakna maksud
yang cuba disampaikan tidak kesampaian kepada pihak yang mendengar. Ini dapat digambarkan
dalam contoh pernyataan berikut ;
“Toyokono, apabila engkau meminum darah ini, roh tengkorak itu akan melindungi kau.”.
Masyarakat umum yang mendengar ungkapan ini, ia adalah ungkapan yang menjijikkan bahkan
ia melanggar kepatuhan kepada agama khususnya agama Islam. Namun, bagi masyarakat
tersebut, yang mempercayai animisme, paganisme dan kepercayaan turun-temurun dari nenek
moyang mereka maka ia merupakan perbuatan yang suci dan dihormati.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan, 1993.Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publications
& Distribution Sdn. Bhd.

Arbak Othman , 1985. Mengajar Tatabahasa , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

Asmah bt. Hj Ahmad,1989.Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Adenan Ayob & Nathesan Sellapan , 2010 .HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik, Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.

Ee Ah Meng, 1989.Pedagogi Satu Pengenalan, Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng,1987, Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya:Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin, 1988.Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur :Longman(M).

Kaye, Barrington,1970. Participation in Learning, London :George Allen &Unwin, London

Mok Soon Sang, 1994. Asas Pedagogi dalam Pengajaran-Pembelajaran,Kuala Lumpur:Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Sabran & Rahim Syam ,1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur:Fajar Bakti.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib,1996.Pengajaran Dalam Bilik Darjah ,Kajang:Masa
Enterprise

Zulkifley Hamid. (2006 ). Aplikasi Psikolinguistik. PTS Professional, Publishing Sdn.


Bhd. Kuala Lumpur.

14
HBML 3303 720522125077 ABDUL YAJIH @ ABD.YAZIH BIN MOHD JAHIRI

LAMPIRAN

15

You might also like