You are on page 1of 13

DARULNAIM COLLEGE OF TECHNOLOGY

KOLEJ KERJASAMA:

SUBJEK:
ETIKA PROFESIONAL (UDP 2152)

TAJUK:
SOALAN NO : 4

DISEDIAKAN OLEH:
K.A.M.I

DISEDIAKAN UNTUK:
Jalan Padang Golf,
CIK AZLINA BINTI OTHMAN
16100 Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09 - 774 7200


09 - 774 9200 TARIKH:
Fax: 09 - 774 5044
Email: www.ktd.edu.my 30 SEPTEMBER 2010
info@ktd.edu.my

Profesional . Berketerampilan . Beretika


ISI KANDUNGAN
PERAKUAN……………………………………………………………………

PENGHARGAAN………………………………………………………………………

PENDAHULUAN……………………………………………………..

Hubungan ( model ) Agensi ………………………………………..

Hubungan ( Model ) Paternalistik………………………………………

Hubungan ( Model ) Kontrak………………………………………………

Hubungan ( Model ) Persahabatan (Affinity)……………………………….

Hubungan ( Model ) Fidusiari (Fiduciary)……………………………………

KESIMPULAN………………………………………………………………...……

LAMPIRAN………………………………………………………………………...
PERAKUAN
ADALAH DENGAN INI DIAKUI BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN ADALAH
BENAR

DISEDIAKAN OLEH:

_________________

HAIRUL BAKKARENG (DDG/3)

(911224-12-5767)

_________________

MUHD FAHMI MUHAMMADAM (DDG/3)

(910831-12-6441)

_________________

ARIEF PELIAQ ANG (DDW/3)

(911228-09-5083)
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya bagi ALLAH kerana masih memberikan kesempatan
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat akademik kami kerana banyak
memberikan sokongan dan kata-kata semangat yang mendorong kami untuk terus bekerja keras dalam mencapai
kejayaan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Azlina Binti Othman selaku pensyarah
Etika Profesional kerana sudi memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat sebilik mahupun sekelas kerana sanggup membantu dan
menyumbangkan idea yang bernas untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga semua sumbangan yang telah
diberikan akan dikira sebagai satu amalan disisi Allah S.W.T.
PENDAHULUAN

OBLIGASI TERHADAP KLIEN (OTC)

OTC menjadi persoalan pokok dalam membincangkan isu dan tanggungjawab profesional ketika memberikan
perkhidmatannya.

Profesional dikehendaki memenuhi beberapa obligasi. Doktor untuk berkhidmat kepada pesakit-pesakit mereka,
guru kepada pelajar, peguam – klien, wartawan-pembaca dan penonton.

Mungkin terdapat beberapa perbezaan antara satu profesion dengan profesion yang lain berhubung dengan
kewajipan-kewajipan spesifik yang perlu ditunaikan kepada klien ataupun tanggungjawab moral kewajipan-
kewajipan tersebut namun adalah lebih munasabah untuk menyatakan bahawa semua profesional mesti
memenuhi obligasi terhadap klien-klien mereka.

Terdapat 5 model hubungan profesional-klien, dimana ianya melibatkan Hubungan Profesional Dengan Klien.
Oleh itu kami telah mengemukakan isu-isu mengenai tanggungjawab professional ketika memberikan
perkhidmatannya.
Hubungan ( model ) Agensi

Andaikan ada pergi ke suatu pasaraya dan terdapat beberapa barangan yang diletakkan di rak atas yang anda
perlukan. Anda ingin membeli barangan tersebut. Daripada menghadapi risiko pada diri sendiri, anda meminta
jurujual untuk mengambilnya. Beliau mengambilnya dan menyerahkannya kepada anda. Anda ke kaunter
bayaran, menjelaskan bayaran dan membawanya pulang.

Transaksi inilah contoh hubungan agensi kerana jurujual sekadar menjadi agen kepada anda. Beliau hanya
bertindak atas arahan anda.

Daripada peristiwa di atas, ada beberapa ciri yang jelas.

1) Jurujual tidak bertanya mengapa anda perlukan barang tersebut.

2) Jurujual sebagai profesional dalam situasi itu tidak menyertai anda sebagai klien dalam menganalisis
keperluan anda atau masalah yang anda hadapi

3) Jurujual tidak mencadangkan alternatif lain atau mengemukakan kebaikan dan keburukan beberapa
alternatif lain. Tegasnya, profesional ini tidak membuat keputusan membeli barangan tersebut,
sebaliknya andalah sebagai klien yang membuatnya. Profesional di sini hanya melaksanakan sebahagian
daripada keputusan anda.

Maknanya, tanggungjawab-tanggungjawab disini menurut model agensi ialah:-

a) Tanggungjawab menganalisis masalah

b) Menimbangkan penyelesaian-penyelesaian alternatif

c) Memutuskan sesuatu alternatif

d) Memahami masalah dan penyelesaiannya


Hubungan ( Model ) Paternalistik

Berbeza daripada hubungan agensi dimana klien yang bertanggungjawab, dalam hubungan paternalistik,
profesionallah yang bertanggungjawab hampir sepenuhnya.

Profesional itulah yang mempunyai tanggungjawab untuk menganalisis masalah klien, untuk menimbangkan
penyelesaian alternatif dan memutuskan alternatif mana yang terbaik. Klien hanya akan dirujuk bagi sebahagian
daripada pelaksanaan dan mungkin juga profesional yang melaksanakan keseluruhan keputusan.

Oleh kerana klien tidak perlu menimbang alternatif-alternatif yang ada, maka klien tidak perlu memiliki
pengetahuan dalam bidang itu sama sekali.

Contoh:-

Apabila kanak-kanak dihantar ke TADIKA, dia tidak tahu dan tidak faham mengapa perlu belajar dan
bagaimana menggunting kertas boleh menyumbang kepada pembelajarannya. Dia tidak tahu menganalisis
keperluannya, memikirkan tentang alternatif, membuat keputusan dan melaksanakannya. Dia memerlukan
GURU.

Model ini menafikan kebebasan klien dalam menentukan sebarang pilihan yang melibatkan kehidupannya.

Kenapa model ini diutarakan?

1. Profesional dianggap pakar dan berpengetahuan untuk menentukan apa yang terbaik untuk kliennya.

2. Dalam keadaan tertentu klien tidak berkemampuan memberikan persetujuan atau buat keputusan sewajarnya
akibat tekanan psikologi misalnya. Hujah ini biasa digunakan oleh kalangan profesional guaman dan perubatan.

3. Terdapat andaian bahawa keputusan profesional adalah betul. Contohnya, mangsa kemalangan jalan raya
yang tidak sedarkan diri akhirnya menyetujui tindakan doktor memotong sebelah kakinya bagi menyelamatkan
nyawanya.
Hubungan ( Model ) Kontrak

1) Makna Kontrak
`A contract is a voluntary agreement between two parties or among
three or more parties’.( Sebuah kontrak adalah kesepakatan sukarela antara dua pihak atau di antara
tiga atau lebih pihak )

Katakanlah anda merancang untuk membina rumah idaman anda. Anda mendapatkan akitek & kontraktor anda
dan memikirkan siapa yang akan melakukan kerja apa. Mungkin anda mereka bentuk lakaran kasar rumah
sementara akitek akan memikirkan cara dan di mana sistem paip dan elektrik akan diletakkan.

Anda mungkin memutuskan bahawa ia menjadi tugas anda untuk mengetahui tentang sistem pemanasan
bantuan solar dan juga menimbangkan cara-cara alternatif untuk memasukkannya ke dalam reka bentuk anda.
Seterusnya menimbangkan satu alternatif tertentu. Kontraktor anda mungkin diberi tanggungjawab mereka
bentuk dalaman garaj. Kemudian kontraktor anda diarah melaksanakan cadangan anda dan akitek anda
termasuk keputusan-keputusannya sendiri dan membina rumah mengikut reka bentuk yang diputuskan.

Andaikata tanggungjawab-tanggungjawab ini di bahagikan menurut satu bentuk perjanjian maka hubungan
antara professional dan klien menjadi hubungan kontrak.

Kontrak ialah satu dokumen undang-undang dan jika dibuat untuk profesional-klien, kontrak tersebut boleh
dikuatkuasakan atas sistem undang-undang yang ada. Klien boleh mempercayai profesional untuk memenuhi
tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam kontrak kerana klien yakin bahawa profesional akan
melaksanakan sesuatu yang mengikatnya secara undang-undang dan yakin juga sistem undang-undang akan
menyelesaikan apa-apa pelanggaran terhadap kontrak.

Kepercayaan ini diasaskan kepada undang-undang. Pada zahirnya hubungan kontrak nampak agak ideal, namun
hubungan kontrak hanya sesuai ketika mana klien mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang
yang berkaitan.

Misalnya,

Dalam kes membina rumah di atas, ia adalah sesuai, tetapi tidak sesuai ketika seorang klien berjumpa
dengan doktor kerana sakit jantung serius yang dihidapinya. Klien ini tidak boleh membuat kontrak untuk
memperincikan siapa yang akan melakukan apa kerana dia sendiri tidak tahu hal-hal berkaitan penyakit
tersebut.

Apabila terdapat perbezaan besar pada tahap pengetahuan mengenai masalah yang hendak dihadapi antara
profesional dan klien, maka hubungan kontak tidaklah sesuai.
Hubungan ( Model ) Persahabatan (Affinity)

Katakanlah kita berada di perantauan iaitu di sebuah negara yang begitu asing kepada kita terutama dari segi
budaya dan bahasa. Namun anda bernasib baik kerana anda berjumpa dengan seorang pegawai bank yang
berasal dari daerah asal anda dan kini bekerja dalam sebuah bank di negara tersebut.

Hubungan mula terjalin kerana anda berdua berasal dari tempat yang sama. Status hubungan anda dengan
pegawai bank itu sentiasa berubah iaitu daripada meminta pandangannya tentang hal-hal umum sehinggalah
soalan mengenai pelaburan.

Dalam hubungan persahabatan, klien mempercayai profesional kerana terdapat sesuatu hubungan atau
keyakinan selain daripada hubungan klien-profesional yang biasa.

Hubungan seorang doktor dengan pesakitnya sepatutnya dilihat sebagai satu usaha sama memelihara
kepentingan di antara 2 kawan.

Bagaimanapun, analogi ini tidak tepat apabila di aplikasi dalam hubungan profesional-klien ini kerana:-

1) Hubungan profesional-klien adalah searah sahaja - iaitu professional mempunyai tumpuan terhadap
klien tetapi tidak begitu halnya kepada klien.
2) Dalam persahabatan, komitmen perasaan menjadi faktor untuk mewujudkan hubungan yang rapat.

Profesional menerima seseorang klien kerana bayaran dan bukannya kerana keprihatinannya kepada individu
(klien) berkenaan.
Hubungan ( Model ) Fidusiari (Fiduciary)

Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengadakan satu kontrak sebagai asas hubungan dengan seorang
professional. Begitu juga tidak mempunyai hubungan rapat dengan seseorang profesional yang menjadi asas
kepercayaan kita kepadanya. Namun kita mahu bergantung kepada kepakaran profesional tersebut tanpa
mengorbankan kebebasan diri kita sendiri.

Kita boleh mewujudkan hubungan fidusiari dengan profesional. Hubungan jenis ini adalah yang paling sesuai
bagi kebanyakan keadaan dan situasi.

Persetujuan dan penilaian klien diperlukan bagi membolehkannya


mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan.

Dalam proses ini, professional membekalkan maklumat dan


terpulanglah kepada klien untuk menerimanya ataupun tidak.

Klien mesti menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap maklumat yang dibekalkan yang seterusnya dianalisis,
dicari kemungkinan alternatifnya dan dijangka kesannya.

Klien bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan profesional


untuk digunakan bagi kepentingannya.

Disebabkan klien tidak dapat menguasai semua maklumat yang dibekalkan, maka professional tersebut
mempunyai obligasi untuk bersikap amanah dalam semua tindakannya.

Dalam hubungan ini, mestilah wujud suasana perbincangan yang


berterusan antara professional dan klien

Profesional membuat keputusan berdasarkan kepakaran teknikalnya tetapi tidak dapat membuat pilihan yang
membabitkan nilai untuk kliennya.

Contoh:-

Pesakit menyerahkan kepada doktor untuk menentukan jenis


ubat yang patut diambilnya.

Dalam hubungan fidusiari, profesional mempunyai tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang,
menunjukkan tentang kebaikan dan keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan. Klien pula membuat
keputusan samada menerima atau tidak cadangan itu.

Model ini sesuai diaplikasi kepada semua peringkat klien dan kelihatan jelas apabila semakin kurang
kemampuan dan kebolehan seseorang

klien membuat keputusan, semakin besarlah tanggungjawab profesional terhadap kliennya.


Dalam melaksana obligasi terhadap klien, seseorang profesional perlulah amanah, iaitu mempunyai sifat:-

1) Jujur

Contoh pelanggaran :

Seorang akauntan / peguam menggunakan wang kliennya tanpa izin bagi kegunaan peribadi.

2) Berterus-terang

Contoh pelanggaran:

Profesional tidak berterus terang ( katakanlah seorang peguam ) dan memanipulasi maklumat yang diberikan
kepada kliennya dengan tujuan memastikan penilaian yang akan dibuat oleh klien selari dengan kehendaknya.

3) Kompetensi

Contoh Pelanggaran:

Kecuaian seorang doktor pakar yang meninggalkan alat bedah


dalam tubuh pesakit.

4) Ketekunan

Contoh pelanggaran:

Satu draf perjanjian dibuat, tetapi ia tidak lengkap atau


penganalisisannya silap.
Satu projek yang tidak direka bentuk dengan sempurna.

5) Rahsia

Contoh pelanggaran:

Dalam usaha membantu seorang klien, profesional mungkin mencungkil sebanyak mungkin maklumat yang
bersifat peribadi dan lain-lain dan ini perlu dirahsiakan. Sekiranya maklumat ini didedahkan kepada pihak lain
ia melanggar etika.
KESIMPULAN
LAMPIRAN

You might also like