You are on page 1of 3

Langkah :

1. Skim galakan.

Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak
kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru
menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai
untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak
kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing
memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat
menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar
pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala
keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur
asing.

2. Rombongan penggalakan pelaburan.

Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang


wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri.
Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar
pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga
disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan
kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan
galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di
kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang
menguntungkan.

3. Tapak perindustrian.

Kawasan perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak
untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak
perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan
juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik
dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustrian tersebut
demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mandin,
Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya
kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing
melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan
kemudahan asas yang diperlukan.
4. Teknologi dan kemahiran.

Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan


kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan
pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi
bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek
pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan.
Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga
pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi.
5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan
pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan
menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam.
Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil.
Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan
sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di
negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-
negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak
memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan
keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini.

Keburukan :
1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak
mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding
dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru
yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan.
2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri.
Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan
keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari
Malaysia.
3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini
bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan
kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah
merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa
buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih.
4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus
di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur-
pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang
dianggap kompleks dan “sophisticated”. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan
hubungan kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5.
Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini
boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing
kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya
Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh
mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan
ekonomi negara kita.

You might also like