You are on page 1of 6

PENGENALAN

Kepentingan membuat keputusan secara bersama telah mula diperkatakan satu dekad
yang lalu dan sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan secara dan sering dikaitkan
dengan gaya kepimpinan secara bersama (Schlechty, 1997). bersama (Schlechty, 1997).
Memandangkan tugas dan tanggungjawab pengetua Memandangkan tugas dan
tanggungjawab pengetua yang berat, seseorang pengetua mungkin menghadapi kekangan
masa dansangat berat, maka pengetua mungkin menghadapi kekangan masa dankepakaran
untuk membuat keputusan yang terbaik bagi melaksanakan aktiviti kepakaran untuk membuat
keputusan yang terbaik bagi melaksanakan aktivitiyang dirancang dan menyelesaikan
masalah yang timbul. yang dirancang dan menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah.
Oleh itu, untuk Oleh itu, untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengetua dan
menghasilkan suatu mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengetua dan menghasilkan
suatu keputusan yang berkesan, para guru wajar dilibatkan dalam proses membuat keputusan
yang berkesan, para guru wajar dilibatkan dalam proses membuat keputusan. keputusan.
Penglibatan guru-guru bukan sahaja dapat membantu meringankan Penglibatan guru-guru
bukan sahaja dapat membantu meringankan beban pengetua, malah keputusan bersama yang
diambil merupakan alternatif beban pengetua, malah keputusan bersama yang diambil
merupakan alternatif yang terbaik bagi menjamin pelaksanaannya. yang terbaik bagi
memastikan pelaksanaannya mengikut apa yang dirancang. Kajian-kajian lepas sering
mengaitkan pengurusan kolaboratif dengan variabel-variabel bersandar seperti keberkesanan
sekolah, kemajuan sekolah, kepuasan kerja guru, morale guru, komitmen guru, motivasi
guru, kualiti pengurusan, profesionalisme guru dan komunikasi. Dapatan-dapatan kajian telah
menunjukkan pengurusan kolaboratif berkorelasi positif dengan variabel-variabel tersebut.

Dalam kajian yang dibuat oleh Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keow Ngang (2006),
penulis jurnal ini ingin mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus
pendidikan wanita (pengetua) dan pengaruhnya terhadap motivasi guru. Penemuan penulis
berdasarkan kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan
menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan diadaptasi oleh Ng Kam Meng
(2002) daripada versi asal Gruenert dan Valentine (1998). Instrumen ini terdiri daripada 35
item dengan skala Likert 5 mata. Pemboleh ubah motivasi pula telah diukur dengan
menggunakan instrumen terjemahan Herzberg, Mauser dan Synderman (1959) oleh Che Noh
(1995). Semua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis peringkat
sekolah. Min, sisihan piawai, korelasi pearson dan hierarchical regression digunakan untuk
menganalisis data Dengan melakukan tinjauan terhadap 73 buah sekolah menengah harian
biasa yang di Pulau Pinang dan Kedah, data deskriptif telah dapat dihasilkan seperti berikut:-
1. Amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan wanita (pengetua)
diamalkan, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi
kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja
2. Wujud perhubungan yang signifikan antara budaya kolaboratif dengan motivasi guru
3. Hubungan budaya pengurusan kolaboratif kejelekitan dan keperluan bersatu
mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru.

APLIKASI PENGETAHUAN

Penulis mendapati cabaran pengurus pendidikan pada akhir-akhir ini adalah lebih
bertambah rumit. Harapan masyarakat dan tuntutan tanggungjawab pengetua semakin
meningkat dan pengurus harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang dalam
pengurusan agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi kerja warga organisasi
(sekolah). Senario yang wujud dalam profesion perguruan di Malaysia masa kini adalah
bilangan guru wanita dan pengetua wanita telah melebihi jumlah guru lelaki dan pengetua
lelaki. Justeru, pemilihan pengetua tidak hanya berdasarkan jantina, sebaliknya perlu
berlandaskan kriteria seperti kemampuan, kekananan, pengalaman dan tahap keilmuan
(Harvey & Donaldson 2003).

Sebagai pengetua wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualisma dalam


bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab
mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003). Keupayaan mereka menjalankan
tugas kepimpinan di sekolah mungkin diragui oleh guru-guru bawahan, terutama guru-guru
lelaki. Keraguan ini memberi kesan terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Di
samping itu, pengetua wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi, iaitu espektasi
masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang
(Langer & Boris-Schacter 2003). Di dalam kajian ini, penulis juga menyentuh tentang
dapatan kajian yang diperolehi daripada penyelidik luar yang mana sekolah yang
mengamalkan budaya kolaboratif menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

 Ciri sebuah organisasi yang sihat.

 Kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan
tindakan warga organisasi (Barth 2002).
 Menyuburkan amalan pedagogi guru-guru (Gable 2004).

 Meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003).

 Meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru


mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan meningkatkan produktiviti
(Cheng 1993).

 Kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare,
Caldwell & Milikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984).

 Membantu sekolah menghadapi cabaran dan kesulitan secara bersama (Deal &
Kennedy 1982, Schein 1992).

Daripada sorotan literatur yang dibuat oleh penulis, dapat dirumuskan bahawa guru
adalah tunjang dan pelaksana yang paling utama menjayakan reformasi pendidikan
pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, guru
sepatutnya didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif supaya dapat
menjalankan tugas dengan cemerlang dan motivasi yang tinggi (Wan Mohd Zahid ,1994).
Manakala Che Asiah (1998), menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan sekolah yang
menghala kepada gaya kerja kolaboratif mempengaruhi kesan positif dengan motivasi guru.
Oleh itu ini akan meningkatkan motivasi guru apabila mereka melihat pemimpin atau ketua
mereka mengamalkan pengurusan kolaboratif.

Dapatan Kajian:

1. Dapatan Deskriptif pengkaji:

 Pengurusan budaya kolaboratif memang diamalkan oleh pengurus wanita,


tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi
kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja.

 Ada hubungan antara kepimpinan dengan guru dan staf, menghargai idea guru,
melibatkan staf dalam membuat keputusan dan percaya terhadap guru serta
dilibatkan dalam perancangan sekolah, pemantauan dan perbincangan.

 Kurang memberi penekanan dalam membina budaya kolaboratif antara guru-


guru, ibubapa dan pelajar.
2. Anilisis Kolerasi:

 Wujudnya perhubungan yang signifikan, kukuh dan positif antara


pengurusan budaya kolaboratif guru dengan motivasi guru.

 Selari dengan dapatan kajian lepas seperti Che Asiah (1998), Ishak (1993)
dan Noor Hashimah (2000).

3. Dapatan Regresi:

 Pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan berterusan dan keperluan bersatu


mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru.

 Tetapi pengaruh tersebut berbeza berdasarkan tahap motivasi guru. Ini


bermakna kolaboratif guru lebih mantap apabila tahap motivasi guru tinggi.

PEMERHATIAN AMALAN

Dalam amalan sebenar disekolah, ada kajian yang pernah dilakukan berkaitan budaya
pengurusan kolaboratif oleh pengetua wanita. Dapatan Kajian Luar oleh Norhannan Ramli
dan Jamaliah Abdul Hamid melalui jurnal kajian mereka bertajuk Gaya Kepimpinan
Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah
Tahun 2006 mendapati ada hubungan signifikan terhadap budaya kerja pengurus atau
pengetua wanita terhadap tahap motivasi guru di sekolah. Mereka mendapati pengurus
wanita menumpukan hampir 85% kerja-kerja pengurusan di sekolah berdasarkan struktur
tugas semata-mata. Iaitu lebih mementingkan masalah disiplin guru-guru dan kepatuhan
kepada arahan serta undang-undang penjawat awam. Manakala kurang memberi penumpuan
dalam soal Pengajaran dan pembelajaran, pemantauan di kelas dan tidak mengajar subjek
beliau. Keadaan ini ternyata menyebabkan budaya kolaborasi dan motivasi guru-guru di
sekolah beliau kurang peningkatannya. Keadaan ini jika berterusan boleh menyebabkan
budaya kolaboratif dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang sihat di skeolah akan terabai
dan berkurangan.

Namun dapat juga dinyatakan disini ada sekolah yang dipimpin oleh pengetua wanita
yang mengamalkan budaya kolaboratif menunjukkan prestasi yang cemerlang dan
mempunyai kakitangan bermotivasi tinggi. Ini kerana beliau tidak hanya menumpukan
kepada struktur tugas tetapi juga aspek lain yang lebih penting seperti motivasi guru dan
penyeliaan pengajaran. Pengetua seperti ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang bersifat
tramsformasional. Kakitangan dan guru dibawah pimpinan sebegini dapat melaksanakan
tugas masing-masing tanpa mengharapkan ganjaran ekstrinsik tetapi atas kesedaran sendiri.
Keadaan akan bertambah baik bila budaya kolaboratif diamalkan dan menghasilkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang baik di sekolah. Amalan budaya pengurusan kolaboratif
masih lagi baru dan kurang diterapkan oleh pemimpin di sekolah. Masih banyak pengetua di
sekolah sama ada wanita atau lelaki masih mengamalkan pentadbiran transactional.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini ianya memberikan gambaran bahawa:

 Pengurus wanita mengamalkan budaya kolaboratif di sekolah tetapi, fokusnya


lebih kepada kolaboratif antara guru dan kepimpinan sahaja.

 Wujudnya hubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan kolaboratif


dengan motivasi guru.

 Pengurusan kolaboratif lebih bermakna sekiranya tahap motivasi guru tinggi.


RUJUKAN

Che Asiah Che Mohamed. 1998. Tingkah laku kepimpinan pengetua dan kesannya terhadap
motivasi guru: Satu kajian kes. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi

Che Noh Muda. 1995. Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi
guru berasrama penuh di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia,
Sintok

Gruenert, S. & Valentine, J.W. 1998. The school culture survey. Colombia, Montana:
University of Missouri-Columbia.

Schlechty, P. C. (1997). Inventing better schools action plan for educational reform. San
Francisco: Bass Publishers.

Sergiovanni, T.J. 1984. Leadership and excellence in schooling. Journal of Educational


Leadership 41 (5): 4-13.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 1994. Wawasan pendidikan : Agenda pengisian.
Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Ini kerana guru merupakan ahli

You might also like