You are on page 1of 11

Bahagian : Sirah dan Tamadun Islam

Tajuk : PENYEBARAN ISLAM ZAMAN ABBASIYYAH

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1
 Menjadi khalifah selama 22 tahun
 Saudara kandung kepada as-Saffah
 Menjadikan Baghdad sebagi ibukota
 Memperbaiki system cukai dan saliran

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada


A Abu Abbas As-Saffah
B Abu Jaafar al-Mansur
C Harun al-Rasyid
D Al-Makmun

2
 Berjaya merubah kepercayaan kebanyakkan masyarakat dari
menyembah berhala kepada mentauhidkan Allah
 Banyak masjid dan pusat dakwah dibuka
 Sarjana Islam telah berjuang memurnikan kepercayaan umat
daripada ideologi sesat

Perkara diatas adalah merujuk kepada kesan penyebaran Islam dari aspek
A Ilmu pengetahuan
B Kebudayaan
C Akidah
D Kemasyarakatan

3 Berikut adalah faktor luaran penyebaran Islam di zaman Abbasiyyah

I Penggunaan Bahasa Arab secara meluas


II Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar
III Galakan khalifah
IV Kedudukan Baghdad yang strategik

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

4 Berikut ialah system pemerintahan Kerajaan Abbasiyah


I Al-Wazir
II Al-Hijabah
III Al-Khalifah
IV Al-Munawarah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

1. Lengkapkan struktur organisasi Kerajaan Abbasiyah dibawah :

Khalifah

a)___________

b)____________

2. _______________ merupakan Khalifah Abbasiyah yang paling warak dan


terkenal.

3. Sistem pelantikan khalifah zaman kerajaan Abbasiyah ialah secara_________

4. Pengasas kepada kerajaan Abbasiyah ialah_______________.

5. Khalifah Jaafar al-Makmun telah menjadikan ____________ sebagai ibu kota


pemerintahan kerajaannya.

Bahagian B

1. (a) Terangkan kesan positif penyebaran Islam dari segi kemasyarakatan.


[ 4 markah ]
(b) Nyatakan sumbangan dan jasa Khalifah Harun al-Rasyid
[ 4 markah ]
(c) Pemerintahan kerajaan Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan
tamadun Islam.
Terangkan secara ringkas latar belakang penubuhan kerajaan ini.
[ 4 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

SKIMA JAWAPAN.
BAHAGIAN A :

1. B
2. C
3. A
4. B

Isi tempat kosong :

1. (a) Al-Wazir (b) Al-Dawawin

2. Harun al-Rasyid

3. warisan

4. Abu Abbas al-Saffah

5. Baghdad

BAHAGIAN B :

1. a : - menghapuskan sistem perhambaan


- mengajar konsep keadilan
- memberi peluang bukan Arab khususnya Parsi untuk memegang jawatan
utama negara
- Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing
(2x2=4 M)

b: Sumbangan dan jasa khalifah Harun:


- mewujudkan jawatan al-Qadi al-Qada
- menubuhkan Baitulhikmah
- menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu, kebudayaan dan
perdagangan
- membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian
(2x2=4 M)

c: Latarbelakang kerajaan Abbasiyah:


- nama kerajaan diambil daripada nama bapa saudara nabi-Al-Abbas
- penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang
dikatakan lebih banyak memerintah
- diasaskan Abu Abbas al-Saffah (2x2=4 M)
Bahagian : Sirah dan Tamadun Islam
Tajuk : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN ABASIYYAH

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1 Berikut ialah kegiatan Baitul Hikmah dalam bidang pendidikan kecuali..

A Pusat pertemuan para sarjana


B Pusat latihan para ilmuan
C Pusat perbendaharaan negara
D Pusat penyelidikan ilmiah

2 Sumber kewangan kebanyakan pusat pengajian ialah

A Hasil pertanian
B Harta zakat
C Harta rampasan perang
D Hasil tanah-tanah wakaf

3 Perpustakaan BaitulHikmah telah dibina pada zaman pemerintahan


A Khalifah Al-Makmun
B Khalifah Harun ar-Rasyid
C Khalifah Abu Abbas as-Saffah
D Khalifah Abu Jaafar al-Mansur

4 Institusi pendidikan yang terdapat pada zaman Bani Abbasiyyah


I Masjid
II Rumah-rumah ulama
III Perpustakaan
IV Pusat pengajian
A I dan II
B II dan III
C I ,III dan IV
D II ,III dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai:

1. ____________ ialah sebuah perpustakaan awam yang ulung di Kaherah, Mesir

2. Khalifah __________ menjadikan istana untuk para sarjana Islam menyampaikan


ilmu.
3. Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah:

Bidang Ilmu

a)___________ b)____________

4. Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah:


Tokoh Bidang Ilmu
Tahir b Hayyan a)________________________

Hassan b Khaitham b)________________________

As-syarif al-Idrisi c)________________________

5. Soalan 5 berpandukan rajah berikut:

Penemuan formula dalam


bidang Matematik

a)___________ b)____________

c)_________________

Bahagian B

1. (a) Nyatakan dua faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman


Abbasiyah.
[ 4 markah ]
(b) Terdapat pelbagai institusi pendidikan pada zaman Abbasiyyah.Jelaskan
tiga fungsi institusi tersebut [ 6 markah ]

(c) Terangkan bidang-bidang ilmu yang diterokai oleh umat Islam pada zaman
Abbasiyyah. [ 4 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
SKIMA JAWAPAN.

BAHAGIAN A :

1. C
2. D
3. B
4. C

Isi tempat kosong :

1. Darul Hikmah

2. Al-Muktadidu Billah

3. a) berteraskan wahyu b) berteraskan akal

4. a) Kimia b) Fizik c) Geografi

5. a) Algebra b) Geometry c) Logarithm

BAHAGIAN B :

1. a : Dua faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyyah:


- usaha dan galakan para khalifah
- aktiviti penterjemahan
- kestabilan politik dan kewangan
- kreativiti para ulama
- hubungan diplomatik dengan negara luar
- kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdagangan antarabangsa
(2x2=4 M)

b: Tiga fungsi :
Masjid : sebagai tempat ibadat dan penyebaran ilmu
Perpustakaan : tempat menyimpan khazanah karya ilmu dan tempat rujukan
Istana Khalifah : tempat perbincangan para ulama dan menyampaikan ilmu
pada masyarakat
Pusat pengajian : tempat rakyat mendapat pendidikan formal

(3x2=6 M)

c: Bidang ilmu:
- ilmu berteraskan wahyu- tafsir, fekah,hadis, tauhid
- ilmu berteraskan akal – Matematik, falak,kimia,fizik,geografi
(2x2=4 M)
Bahagian : Sirah dan Tamadun Islam
Tajuk : PERKEMBANGAN EKONOMI KERAJAAN ABASIYYAH

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

Pertanian

Sektor utama ekonomi


kerajaan Abasiyyah Y

Perdagangan

Apakah nama sektor Y di atas?


A Perlombongan
B Pelancongan
C Perkapalan
D Perindustrian

2 Diantara berikut yang manakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan


Abasiyyah untuk memajukan sector pertanian.
I Membina saliran
II Membina rumah api untuk panduan kapal
III Membuka tanah untuk kawasan pertanian baru
IV Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

3. Pelabuhan utama ekonomi zaman Abasiyyah ialah


I Baghdad
II Maghribi
III Basrah
IV Yaman
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai:

1. Jabatan pengairan dan saliran pada zaman Abasiyyah dinamakan ____________

2. _____________ berfungsi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan


Abasiyyah.
3. Soalan 3 hingga 5 berdasarkan rajah di bawah:
Hasil barangan Negara Pengeluar
Pinggan mangkuk 3.________________________

4._________________ Mesir, Andalus dan Maghribi

Perhiasan dan batu permata 5.________________________

Bahagian B

1. (a) Baitul Mal adalah salah satu institusi pengurusan ekonomi kerajaan
Abasiyyah.Apakah maksud Baitul Mal?
[ 2 markah ]
(b) Jelaskan dua peranan Baitul Mal pada zaman tersebut?
[ 4 markah ]

2. (a) Sumber kewangan kerajaan Abasiyyah terbahagi kepada enam antaranya al-
Kharaj dan Usyur. Apakah yang dimaksudkan dengan keduanya.
[ 4 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


SKIMA JAWAPAN.

BAHAGIAN A :

1. D
2. A
3. C

Isi tempat kosong :

1. Dewan al-Ma’

2. Diwanul Nafaqah

3. Mesir dan Syam

4. Barangan kulit dan senjata


5. Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan

BAHAGIAN B :

1. a : Maksud Baitul Mal: Institusi kewangan terbesar negara/ Bank


Negara/Perbendaharaan Negara
(1x2=2 M)

b: Dua peranannya :
- mengurus sumber pendapatan negara
- mengawal belanjawan negara

(2x2=4 M)

2. a: Kharaj- cukai tanah milik orang bukan Islam


Usyur- kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam
yang singgah di pelabuhan negara Islam untuk tujuan perniagaan.
(2x2=4 M)
Bahagian : Sirah dan Tamadun Islam
Tajuk : ZAMAN KEJATUHAN KERAJAAN ABASIYYAH

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1 Kerajaan Abasiyyah berjaya ditawan oleh tentera Monggol pada tahun 1258 M di
bawah pimpinan....
A Holagu Khan
B Genghiz Khan
C Kublai Khan
D Jabir Khan

2 Manakah diantara berikut adalah fenomena yang melemahkan institusi khalifah


kerajaan Abasiyyah?
A Pemimpin yang cerdik tetapi lemah mentadbir
B Pemimpin yang akur dengan kemahuan rakyat
C Pemilihan pemimpin dari berbagai bangsa
D Perebutan kuasa

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai:

1. Kerajaan Abasiyyah merosot semasa pemerintahan ____________

2. Kegawatan ekonomi di zaman Abasiyyah disebabkan oleh __________ dan


pemberontakan.
3. Soalan 3 hingga 5 berdasarkan rajah di bawah:

Penyerangan musuh luar ke atas pemerintahan Abasiyyah

Arah serangan Musuh Luar


Arah Utara 3.________________________

Arah Barat 4.________________________

Arah Timur 5.________________________

Bahagian B

1. (a) Kerajaan Abasiyyah telah memerintah lebih daripada lima abad.Jelaskan


tiga faktor kejatuhan kerajaan tersebut?
[ 6 markah ]
(b) Terangkan dua pengajaran yang dapat di ambil disebalik kejatuhan
Abasiyyah.
[ 4 markah ]

SKIMA JAWAPAN.

BAHAGIAN A :

1. A
2. D

Isi tempat kosong :

1. AL-Wasik Billah

2. rusuhan

3. tentera Georgia, Armania

4. tentera salib

5. tentera Mongol

BAHAGIAN B :

1. a : Tiga faktor kejatuhan:


- pemerintahan mengabaikan ajaran Islam
- pemerintahan lalai dari tanggungjawab kerana kemewahan hidup
- pilih kasih
- wujud semangat kabilah/ asabiyah
(3x2=6 M)

b: Dua pengajaran :
- sentiasa hidup bersatu padu
- setiap keputusan hendaklah dibuat secara mesyuarat
- elakkan daripada berlaku permusuhan diantara kaum
- jangan mudah percaya kepada musuh
- setiap pemimpin hendaklah mentadbir dengan ikhlas dan berwibawa

(2x2=4 M)

You might also like