You are on page 1of 1

Anda tentu biasa dengar, atau pernah bermain permainan

kerusi muzik.Ianya sangat popular dan biasanya dimainkan


dimajlis-majlis sambutan hari jadi atau seumpamanya.

Jika ada 10 orang pemain, maka diperlukan 9 kerusi untuk


menjadi rebutan.Pemain disuruh berjalan mengelilingi kerusi
yang diletakkan ditengah-tengah dengan iringan muzik yang
dipasang.

Apabila muzik dberhentikan, berebutanlah pemain untuk


duduk pada kerusi yang ada.Oleh kerana ada 10 pemain dan
9 kerusi, maka seorang pemain akan terlepas mendapat
kerusi dan dia akan terkeluar dari permainan seterusnya.

Bilangan kerusi dikurangkan dan proses permainan diulang


hinggalah hanya tinggal satu kerusi dan hanya dua pemain
sahaja yang tinggal.

Itulah sebuah senario yang kita perhatikan sejak setahun ini


– permainan kerusi muzik dan 2 pemain yang tinggal itu
ialah Dato’ Zambry dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan
kerusi yang jadi rebutan itu adalah kerusi MB Perak.

You might also like