You are on page 1of 1

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada ................... (tarikh semasa)..........................


Antara Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh ...........................................
(kemudian dari ini disebut “Kerajaan”), bagi pihak yang pertama; dengan .......................................... (No.
Syarikat .....................) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan
mempunyai alamat berdaftar di .....................................................................
(kemudian dari ini disebut “Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA -

A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian bertarikh ............. (tarikh
Perjanjian Ibu) bagi Pengusaha Kantin berniaga bahan-bahan makanan dan minuman di premis
yang disediakan oleh ................................................................................... (kemudian dari ini disebut
“Perjanjian Ibu”); dan
B. Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk melanjutkan tempoh Perjanjian Ibu atas terma dan
syarat Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas Tarikh Tamat
Perjanjian yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian Ibu, iaitu dari ..... hingga ..... (kemudian
dari ini disebut “Tarikh Tamat Tempoh Lanjutan”).

2. Semua terma dan syarat Perjanjian Ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian Ibu, iaitu
peruntukan mengenai pelanjutan tempoh Perjanjian.

3. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada, Perjanjian Ibu.

4. Jika kesemua atau mana-mana bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 dan deposit bayaran
elektrik dan air di Fasal 7.2 Perjanjian Ibu telah digunakan dalam tempoh kuat kuasa Penjanjian Ibu,
maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan bagi deposit supaya amaun deposit adalah
seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1 dan Fasal 8.2 Perjanjian Ibu dalam tempoh tidak lewat dari tujuh
(7) hari selepas tarikh Penjanjian ini berkuat kuasa. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap
sebagai suatu pecah kontrak dan Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 17
Perjanjian lbu.

5. Perjanjian ini hendaklah ditafsir menurut, dan dikawal oleh, undang-undang Malaysia dan kedua-dua
pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang dlberi kuasa
untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang mula-mula disebut di atas.

Ditandatangani oleh : .........................................................................

Nama : .........................................................................

Jawatan : .........................................................................

bagi pihak Kerajaan Malaysia

di hadapan : ..........................................................................

Ditandatangani oleh : ..........................................................................

Nama : ..........................................................................

Jawatan : ..........................................................................

bagi pihak : .......................................................................... (nama Syarikat)

di hadapan : ..........................................................................

You might also like