You are on page 1of 12

AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

A lhamdullah,dengan limpah
dan kurnia Allah,persoalan
mengenai perakaunan
pengurusan.Dengan
ini,diharapkan dapat menjawab
segala persoalanSYAKIR
MUHAMAD mengenai SHUKOR
perakaunan pengurusan
A06

PERSOALAN
PERAKAUANAN
PENGURUSAN

Bil Persoalan m/s


1 Syarat kelayakan akauntan 3

1
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

pengurusan
2 Maksud belanjawan beserta 3
contoh
3 Kepentingan kawalan dalam 4
syarikat
4 Belanjawan tunai penentu 5
prestasi syarikat
5 Penentuan kos produk dan 6
perkhidmatan penting
6 Contoh ciri-ciri maklumat 6
perakaunan pengurusan
7 Gambarajah kawalan dan 7
penilaian prestasi
8 Ciri fleksibel dalam perniagaan 9 ISI
9 Perakaunan pengurusan tidak 9
terikat dengan akta KANDUNGAN
10 Belanjawan tunai dan 10
belanjawan kunci kira-kira
11 Varians dalam perniagaan 11
12 Kelebihan belanjawan fleksibel 11

1.Apakah syarat kelayakan akauntan pengurusan?

1.1.Warganegara dan berusia tidak kurang


dari 18 tahun

1.2.Mempunyai ijazah sarjana muda


perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
dari institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan setaraf dengannya (gred W41:P1T9)atau

2
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

ahli penuh badan-badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf kerajaan(gred


W41:P1T9) atau kedua-duanya(gred W41:P1T9)

2.Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan serta contohnya?

2.1.Sebagai satu langkah untuk menghadapi persaingan yang hebat pada


masa depan,syarikat perlu merancang,mengorganisasi,mengawal dan menilai
sumber yang ada.Segala aktiviti yang dirancang untuk mencapai objektif syarikat
boleh dicapai jika syarikat bijak menguruskan satu penyata iaittu satu penyata yang
dinamakan belanjawan.Menurut Institusi Akauntan-akauntan Kos Dan Pengurusan
di England dan Wales,belanjawan ialah “sebuah penyata yang kuantitatif dan
kewangan yang disediakan serta diluluskan sebelum sesuatu tempoh tertentu
tentang satu polisi yang akan diikuti sepanjang tempoh tersebut,bertujuan
untuk mencapai sesuatu objektif.

2.2.Belanjawan dapat dibahagikan kepada 2 iaitu belanjawan induk dan


belanjawan fleksibel.

2.3.Belanjawan induk merupakan satu belanjawan yang mengandungi


belanjawan-belanjawan yang meliputi keseluruhan aktiviti operasi syarikat.Ia
terbahagi kepada dua iaitu belanjawan operasi dan belanjawan kewangan.

2.3.1.Contoh belanjawan operasi ialah belanjawan jualan,belanjawan


pengeluaran,belanjawan belian bahan mentah,belanjawan buruh
langsung,belanjawan overhed kilang,belanjawan inventori akhir barang
siap,belanjawan kos barang dijual dan belanjawan penyata pendapatan.

2.3.1.Contoh belanjawan kewangan ialah belanjawan tunai dan belanjawan


kunci kira-kira.

2.4.Manakala belanjawan fleksibel ialah satu siri belanjawan yang disediakan


untuk beberapa tahap aktiviti tertentu

3.Apakah kepentingan kawalan dalam sesebuah organisasi?

3.1.Sebelum sesebuah projek atau aktiviti operasi dijalankan,pihak


pengurusan akan menyediakan satu piawaian yang menepati kebolehan syarikat
iaitu melalui proses perancangan.Semasa penetapan piawaian,pihak pengurusan

3
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

akan mengadakan analisis SWOT untuk mengetahui


kelebihan,kelemahan,halangan dan peluang yang syarikat ada.

3.2.Berikut adalah carta proses kawalan dalam sesebuah organisasi

Proses penetapan piawaian

Proses kawalan

Proses penilaian prestasi

Proses tindakan pembetulan


ataupun operasi diteruskan

3.3.Proses kawalan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kawalan


awalan,kawalan semasa dan kawalan akhiran.Secara keseluruhannya,kawalan
penting bagi memastikan piawaian yang ditetapkan oleh tercapai dan memastikan
tiada sebarang penyelewengan atau pembaziran berlaku bermula dari awal hingga
akhir proses pengeluaran.Terdapat beberapa alat-alat kawalan digunakan dan salah
satu daripadanya adalah belanjawan.

3.4.Pada peringkat kawalan awalan,pihak pengurusan akan memastikan


segala sumber-sumber pengeluaran mencukupi dan berkualiti tinggi.Pada tahap
ini,segala kos-kos perbelanjawan akan direkod menggunakan belanjawan induk
.Selain itu,pihak pengurusan harus memastikan sumber-sumber kewangan yang ada
mencukupi untuk keseluruhan proses pengeluaran.Jika sumber modal iaitu
mesin,kilang dan lain-lain tidak mencukupi,pihak pengurusan perlu menyediakan
belanjawan modal untuk memilih dan membiayai pelaburan aset tersebut.

4
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

3.5.Setelah menganalisis semua sumber yang ada,proses pengeluaran


dijalankan.Pada peringkat ini,segala perbelanjaan akan direkod pada setiap tahap
pengeluaran mengunakan belanjawan fleksibel.Kawalan penting pada peringkat ini
untuk memastikan tidak berlakunya penyelewengan dan pembaziran berlaku.Selain
itu,jika berlakunya sebarang kesilapan berlaku,pihak pengurusan haruslah segera
melakukan tindakan pembetulan.

3.6.Setelah proses pengeluaran selesai.proses penilaian prestasi iaitu


perbandingan antara prestasi akhir dengan piawian yang ditetapkan
diadakan.Tujuannya untuk memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti
tinggi dan sumber-sumber yang ada digunakan dengan cekap.Jika prestasi dicapai
terlalu rendah atau terlalu tinggi.tindakan pembetulan diadakan bagi memastikan
tahap pengeluaran adalah paling optimum.

4.Bagaimanakah untuk mengetahui prestasi syarikat melalui belanjawan tunai?

4.1.Belanjawan tunai disediakan oleh seorang akauntan untuk menunjukkan


jumlah wang yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti perniagaan pada tempoh
yang akan datang supaya syarikat tidak menghadapi masalah kekurangan wang.

4.2.Prestasi syarikat dapat dinilai dengan melihat kepada kecekapan firma


dalam menjangka sebarang penerimaan dan merancang sebarang
perbelanjaan.Selain itu,prestasi syarikat dapat dinilai dari segi kedudukan kewangan
semasa syarikat.Adakah syarikat mempunyai kedudukan yang kukuh atau syarikat
perlu membuat sebarang bentuk pinjaman.

4.3.Melalui belanjawan tunai juga,pemegang saham dapat mengetahui aliran


wang masuk dan keluar serta masanya.Mereka juga dapat mengetahui kadar
dividen yang akan diterima.

5.Mengapakah syarikat perlu menentukan kos produk atau perkhidmatan?

5.1. setelah selesai mengira kos kerja,kos bahan dan kos proses,pihak
pengurusan akan mengadakan analisis kos volum untung untuk mengkaji hubung
kait antara kos ,untung dan jualan bagi tujuan pembutan keputusan

5
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

5.2.Kos produk perlu ditentukan bagi mengetahui jualan dan harga minimim
yang perlu diletakkan bagi mendapat sekurang-kurangnya pulangan kos
pengeluaran

6.Apakah contoh bagi setiap ciri-ciri maklumat pengurusan?

6.1.Ciri maklumat pengurusan terbahagi kepada 5 iaitu relevan,boleh


difahami,tepat pada masa,boleh dibandingkan dan boleh dipercayai

6.2.Berikut adalah jadual berserta contohnya

Bil Ciri-ciri Contoh


1 Relevan Segala butiran yang digunakan
mestilah melibatkan keputusan yang
berbeza dan berkaitan dengan masa
depan.
Contohnya,jika syarikat memilih untuk
mengeluarkan 500 buah kereta
sehari,setiap butiran penerimaan dan
pembayaran mestilah melibatkan
pengeluaran 500 buah kereta
bukannya melibat perbelanjaan umum
syarikat
2 Boleh difahami Penggunaan istilah yang mudah
Contohnya,akauntan haruslah
merekodkan pembeliaan mesin
fotokopi sebagai pembelian mesin
fotokopi bukannya mesin rizo
3 Tepat pada masa Segala butiran yang direkodkan
haruslah tepat pada masanya
Contohnya transaksi yang berlaku pada
12 julai haruslah direkod sebagai
maklumat perakaunan pada 12 julai .
4 Boleh dibandingkan Segala transaksi mestilah boleh
dibezakan melalui lokasi,masa dan
fungsi.
Contohnya,transaksi pembelian bahan

6
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

mentah haruslah direkod secara


spesifik dan boleh dibezakan
5 Boleh dipercayai Segala transaksi yang berlaku mestilah
mempunyai dokumen-dokumen sumber
Contohnya,pembeliaan bahan mentah
mestilah mempunyai dokumen-
dokumen sumber bagi menyokong
transaksi tersebut

7.Bagaimanakah cara pihak pengurusan membuat kawalan dan penilaian prestasi?


beserta rajah.

7.1.Sebelum sesebuah projek atau aktiviti operasi dijalankan,pihak


pengurusan akan menyediakan satu piawaian yang menepati kebolehan syarikat
iaitu melalui proses perancangan.Semasa penetapan piawaian,pihak pengurusan
akan mengadakan analisis SWOT untuk mengetahui
kelebihan,kelemahan,halangan dan peluang yang syarikat ada.

7.2.Berikut adalah carta proses kawalan dalam sesebuah organisasi

Proses penetapan piawaian

Proses kawalan

Proses penilaian prestasi 7


AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

Proses tindakan pembetulan


ataupun operasi diteruskan

7.3.Proses kawalan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kawalan


awalan,kawalan semasa dan kawalan akhiran.Secara keseluruhannya,kawalan
penting bagi memastikan piawaian yang ditetapkan oleh tercapai dan memastikan
tiada sebarang penyelewengan atau pembaziran berlaku bermula dari awal hingga
akhir proses pengeluaran.Terdapat beberapa alat-alat kawalan digunakan dan salah
satu daripadanya adalah belanjawan.

7.4.Pada peringkat kawalan awalan,pihak pengurusan akan memastikan


segala sumber-sumber pengeluaran mencukupi dan berkualiti tinggi.Pada tahap
ini,segala kos-kos perbelanjawan akan direkod menggunakan belanjawan induk
.Selain itu,pihak pengurusan harus memastikan sumber-sumber kewangan yang ada
mencukupi untuk keseluruhan proses pengeluaran.Jika sumber modal iaitu
mesin,kilang dan lain-lain tidak mencukupi,pihak pengurusan perlu menyediakan
belanjawan modal untuk memilih dan membiayai pelaburan aset tersebut.

7.5.Setelah menganalisis semua sumber yang ada,proses pengeluaran


dijalankan.Pada peringkat ini,segala perbelanjaan akan direkod pada setiap tahap
pengeluaran mengunakan belanjawan fleksibel.Kawalan penting pada peringkat ini
untuk memastikan tidak berlakunya penyelewengan dan pembaziran berlaku.Selain
itu,jika berlakunya sebarang kesilapan berlaku,pihak pengurusan haruslah segera
melakukan tindakan pembetulan.

7.6.Setelah proses pengeluaran selesai.proses proses penilaian prestasi iaitu


perbandingan antara prestasi akhir dengan piawian yang ditetapkan
diadakan.Tujuannya untuk memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti
tinggi dan sumber-sumber yang ada digunakan dengan cekap.Jika prestasi dicapai

8
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

terlalu rendah atau terlalu tinggi.tindakan pembetulan diadakan bagi memastikan


tahap pengeluaran adalah paling optimum.

8.Bagaimanakah ciri fleksibel boleh berperanan dalam perakaunan pengurusan?

8.1.Fleksibel bermaksud maklumat yang digunakan tidak semestinya tepat


tetapi ia mudah disesuaikan mengikut keperluan keputusan yang dibuat.

8.2.Apabila sesebuah maklumat berbentuk fleksibel,maklumat tersebut


ramalan,dimana segala maklumat adalah tidak tepat tetapi hanyalah berbentuk
ramalan.Segala urusniaga dan aktiviti operasi syarikat berbentuk ramalan.Dimana
syarikat hanyalah menganggarkan penerimaan dan pembayaran pada masa
hadapan.Ia penting bagi memastikan syarikat dapat ditakbir dan diurus dengan
baik.Selain itu,ia akan membolehkan syarikat merancang kewangan masa depan
samaada untuk membuat keputusan pembiayaan atau keputusan pelaburan.

9.Apakah yang dimaksudkan dengan perakaunan pengurusan tidak terikat dengan


akta?

9.1.Skop bidang tugas akauntan pengurusan hanya melibatkan penyediaan


maklumat kewangan / kos kepada pengguna dalaman bagi membantu pihak
pengurusan membuat keputusan.Maka segala transaksi yang terlibat hanyalah
melibatkan urusan operasi harian syarikat.Segala butiran dan maklumat yang terlibat
tidak perlu melibatkan pihak luar organisasi.

9.2.Segala butiran dan maklumat perakaunan pengurusan tidak perlu


didedahkan kepada pihak luar organisasi.Ia hanya diperlukan oleh pihak
pengurusan sahaja bagi mengurus syarikat.Oleh itu,maklumat perakaunan
pengurusan tidak terikat pada mana-mana akta,piawaian mahupun takbir urus yang
tertentu.Ia berbanding perakauan kewangan yang perlu didedahkan kepada umum
untuk mengkaji kedudukan kewangan semasa sesebuah syarikat dan ia terikat
dengan akta kenyataan laporan kewangan 1965 ekoran maklumat yang diterima
umum haruslah seragam dan mempunyai piawaian antarabangsa.

10.Apakah kepentingan dan bagaimanakah menwujudkan belanjawan tunai dan


belanjawan kunci kira-kira.

9
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

10.1.Belanjawan tunai diwujudkan bertujuan untuk menentukan samaada


lebihan atau kurangan yang berlaku dalam urusan operasi syarikat.

10.2.Berikut adalah format belanjawan tunai:

Syarikat XXX
Belanjawan Tunai
Bagi Tahun Berakhir 31
Disember 200X

RM
Baki awal tunai
XX
+ tunai diterima
XX
Tunai
10.3.Belanjawan yang ada
ini mempunyai 3 syeksen iaitu penerimaan,pembayaran dan
pembiayaan. XX
- Tunai yang dikeluarkan
10.4.Belanjawan kunci kira-kira disediakan menggunakan kunci kira-kira
(XX)
tahun semasa dan tahun selepasnya.Dikenali juga sebagai belanjawan kunci kira-
Lebihan/(kurangan tunai)
kira proforma.
XX
10.5.Format Pembiayaan
belanjawan ini sama dengan format kunci kira-kira.
XX
11.Apakah yang dimaksudkan dengan sisihan atau varian dari aspek perniagaan?
Baki akhir tunai
XXantara kos piawaian dan kos sebenar.Kos
11.1.Varians ialah perbezaan
piawian adalah kos yang dijangkakan mankala kos sebenar ialah kos sebenar yang
dibelanjakan bagi setiap unit barang siap.

11.2.Varians digunakan untuk melakukan analisis varians.Kos piawai menjadi


satu kayu ukur atau alat untuk mengawal perbelanjaan operasi.Dengan
menganalisis varians,ia membantu pihak pengurusan untuk meminimumkan kos dan
membaiki belanjawan semasa..

11.3.Analisis varians terbahgi kepada 3 iaitu varians bahan langsung,varians


buruh langsung dan varians overhed.

10
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

12.Apakah kelebihan menyediakan belanjawan fleksibel?

12.1.Belanjawan fleksibel ialah satu siri belanjawan yang disediakan untuk


beberapa tahap aktiviti tertentu.

12.2.Dengan menggunakan belanjawan fleksibel.pihak pengurusan dapat


mengetahui hasil dan belanja sebenar yang terlibat pada setiap tahap aktiviti.Selain
itu,ia menunjukkan varian yang disebabkan oleh kawalan kos yang baik atau
sebaliknya.Pihak pengurusan juga dapat membuat perbandingan antara belanjawan
sebenar dengan belanjawan yang dibuat pada awal operasi.Oleh itu,tindakan
penilaian prestasi syarikat dapat dibuat.

12.3.contoh format

1.PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN,Low Joon Yean,Malaysian Commercial


Certificate(MCC), Federal Publication,1997.

2.PENGURUSAN PERNIAGAAN JILID SATU DAN ,Sabri Haji Hussin,Universiti


Malaya,Thomson,2005.

3.MODUL AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN,Unit Perakaunan Kolej Mara


Kuala Nerang.

11
AA025 PERAKAUNAN PENGURUSAN

Bibliografi

12

You might also like