You are on page 1of 66

BAB 3

KREATIVITI & INOVASI DALAM


KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Komponen2 utama dlm proses kreatif,
cara membangunkan kreativiti
• Kaedah2 menjana kreativiti.
• 4 halangan kpd kreativiti serta jenis2
inovasi
• Mitos2 berkaitan inovasi & prinsip2
inovasi
• Konsep keusahawanan tekno & u’wan
tekno.
• Prospek bidang sains & teknologi kpd
u’wan
PENGENALAN
 DUNIA BIZ. PERSAINGAN SENGIT –
PERLU K & I
 Keupayaan berkreatif & inovatif harus ada
pd u’wan utk menjadikan biz beliau terus
beroperasi & berdaya saing. Lebih kreatif:
lebih kompetitif
 K&I – membolehkan u’wan berada
selangkah kehadapan berbanding pesaing
PENGENALAN
 KEUPAYAAN BERKREATIF & BERINOVATIF
MERUPAKAN KUNCI “SURVIVAL” SESEBUAH BIZ
– Eg. U’WAN BOLEH KALAH JIKA PESAING LEBIH
DAHULU MENGAPLIKASI KAEDAH2 BARU YG
LEBIH K & INOVATIF; JIKA PESAING MENJADI
LEBIH CEKAP,CEPAT & PRODUKTIF, JIKA
MEREKA LEBIH MAMPU MENGELUARKAN
PRODUK2 YG LEBIH MENARIK, BERMUTU &
MEMIKAT P’GUNA.
Definisi Kreativiti
 “Penghasilan idea yg dapat meningkatkan
keefisyenan & keberkesanan sesuatu sistem”
(K&H, 2004)
“ Kebolehan menjana idea yg baru serta dapat
menggunakan idea tersebut utk menyelesaikan
permasalahan yg dihadapi.” (Mohd Azhar, 2001)
EFISYEN (CEKAP) – EG. PENGGUNAAN SUMBER2, MASA &
RUANG SECARA OPTIMUM AGAR KOS JADI MINIMUM
SETERUSNYA DAPAT LEBIH OUTPUT DRP INPUT ;
EFEKTIF (BERKESAN)- BERUPAYA CAPAI SESUATU
MATLAMAT YG DITETAPKAN
Kreativiti
 2 Aspek utama kreativiti adalah proses & manusia.
Proses berorientasikan matlamat dan digunakan utk
mencari jalan penyelesaian kpd masalah. Manusia
pula adalah sumber yg boleh mengenal pasti jalan
penyelesaian tersebut.
 Kaedah yg guna utk menyelesaikan masalah adalah
pelbagai. Eg, manusia kadangkala mengadaptasikan
bentuk penyelesaian masalah drp pengalaman
lampau, tetapi adakalanya mereka sendiri yg
mencipta formula/kaedah yg baru
Proses Kreatif
 Idea jarang tercetus secara kebetulan,
selalunya idea terhasil melalui proses
kreatif. Proses kreatif biasanya melalui 4
fasa (Kuratko & Hodgetts, 2004) iaitu:
1. Pengumpulan pengetahuan atau latar
belakang
2. Proses inkubasi
3. Pengalaman idea
4. Penilaian & pelaksanaan
PROSES KREATIF
 Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan atau Latar
belakang
Proses kreatif bermula dgn menyelidik &
mengumpul maklumat berkaitan sesuatu masalah.
Ia boleh dilakukan melalui pemerhatian,
pembacaan, perbualan, menghadiri mesyuarat,
bengkel, seminar dll.
 TUJUAN: UTK MENYERAP SEBANYAK MUNGKIN
MAKLUMAT YG BERKAITAN, DARI PELBAGAI
SUDUT/PANDANGAN
PROSES KREATIF
 Fasa 2: Proses Inkubasi
 Proses inkubasi berlaku apabila u’wan cuba
merehatkan minda mereka drp proses persediaan di
fasa satu.
 Di dalam fasa ke 2 ini, u’wan akan cuba
menghabiskan masa dgn aktiviti2 yg tiada kaitannya
dgn permasalahan mereka. MEMBIARKAN MINDA
“SEPARA-SEDAR” BEKERJA MENGHUBUNG-KAIT
SEGALA MAKLUMAT YG TELAH TERKUMPUL
(WALAUPUN SEMASA TIDUR !!).
PROSES KREATIF
Contoh aktiviti2 yg boleh berlaku dlm proses
inkubasi:
 Perkara2 yg melapangkan fikiran seperti
berkebun, memasak, mengemas rumah,
memandu memancing dll.
 Bersenam, bersukan seperti bermain golf,
badminton dll.
 Berfikir & berangan2.
 Bermeditasi & beryoga.
PROSES KREATIF
 Fasa 3: Pengalaman Idea
Fasa ini adalah fasa yg paling
menyeronokkan apabila u’wan mula
mendapat idea & jalan penyelesaian masalah.
Proses ini juga dikenali sebagai faktor eureka.
Idea biasanya datang ketika u’wan melakukan
aktiviti2 inkubasi. Kadangkala, idea datang
secara tiba2.
 Namun, idea2 atau jawapan yg wujud ini masih
berbentuk kasar (RAW IDEA)
PROSES KREATIF
Eg. cara2 yg boleh dilakukan utk mempercepatkan
proses pengalaman idea (faktor eureka):
 Mempraktikkan hobi.
 Bekerja di dlm persekitaran yg menenangkan.
 Tidak terlalu memikirkan masalah.
 Meletakkan buku nota di sebelah katil utk

catatkan idea2 sebelum atau sesudah


bangun dari tidur.
 Berehat sebentar apabila penat bekerja.
PROSES KREATIF
 Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan
FASA INI ADALAH FASA PALING SUKAR &
MENCABAR BAGI U’WAN. PERLU DISIPLIN
DIRI, SABAR & KEYAKINAN.
 IDEA DINILAI, DIUBAH SUAI & DIUJI,
KEMUDIAN IDEA DILAKSANAKAN
 PERLU JUGA BERFIKIRAN TERBUKA &
FLEXIBLE UTK MENAMBAH BAIK IDEA
DGN MENGAMBIL KIRA FEEDBACK &
PANDANGAN2 BARU
KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF
 Kumpulan Fokus
Kaedah kumpulan fokus telah mula digunakan
sejak 1950an lagi.
Gunakan seorang moderator yg akan
melontarkan soalan2 mudah kpd peserta utk
meransang idea & mendapatkan tindak balas.
Biasanya, kumpulan perbincangan akan
dibahagikan kpd 8-14 peserta yg terdiri drp
pelbagai bidang kemahiran.
Setiap kumpulan akan membentangkan
pendapat mereka & kumpulan2 yg lain akan
memberi komen.
KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF
 Percambahan Fikiran (Sumbangsaran)
Kaedah percambahan fikiran membolehkan individu
meningkatkan kreativiti melalui pertemuan dgn
individu lain. Dijalankan secara berkumpulan di mana
idea2 baru akan dijana ke atas produk & pasaran
tertentu.
DIPERKENAL OLEH ALEX OSBORN “APPLIED
IMAGINATION” 1962.

.
Percambahan Fikiran
Kaedah percambahan fikiran perlu dijalankan di dlm
suasana yg menyeronokkan & bebas drp tekanan.
Terdapat 4 peraturan penting yg harus diingat apabila
menggunakan kaedah ini:
Tidak membenarkan komen2 negatif serta kritikan.
Kebebasan idea adalah digalakkan.
Lebih banyak idea adalah lebih baik.
Kombinasi idea adalah digalakkan
KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF
 Analisis Masalah Inventori
Teknik ini cuba menyelesaikan masalah dgn memfokus
kpd masalah yg wujud pd sesuatu produk. Individu yg
mewakili pengguna akan disediakan senarai masalah
produk secara umum.
Seterusnya, mereka dikehendaki mengenal pasti &
membincangkan produk yg mempunyai masalah
tertentu.
Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat
dikenal pasti & seterusnya idea2 baru berkaitan produk
tersebut akan dapat dijana dgn mudah.
Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan
untuk menguji idea produk baru.
HALANGAN KPD KREATIVITI
 Lambat Bertindak
Kehidupan pada masa sekarang penuh dgn
ketidaktentuan, ketidakjangkaan & memerlukan
manusia berfikiran pantas. Teknologi yg sering
berubah2 memerlukan manusia cepat bertindak
serta bersedia mempelajari sesuatu yg baru supaya
mereka tidak ketinggalan.
HALANGAN KEPADA KREATIVITI
 Pemikiran Stereotaip
Kebanyakan manusia tak berani melakukan
sesuatu yg berbeza & mengandaikan setiap situasi
perlu berlaku di dlm situasi & kaedah yg sama.
Mereka cenderung berfikiran stereotaip & takutkan
perubahan. Menurut Edward de Bono (1970),
manusia mesti mengubah pemikiran mereka utk
meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yg sedia
berubah sahaja akan dapat menjana idea & inovasi
baru. (ubah paradigma, think outside the box)
HALANGAN KEPADA KREATIVITI
Takutkan Risiko
 Terlalu takut kpd risiko kegagalan &
kerugian, bimbang dikritik, malu adalah
penghalang kpd daya kreativiti & inovasi
usahawan.
PERSEKITARAN YG KREATIF
 Diantara ciri2 persekitaran organisasi yg kreatif
adalah seperti berikut:
Pihak pengurusan yg memberi kepercayaan
kpd pekerja.
Tidak terlalu mengawal pekerja.
Saluran komunikasi organisasi yg terbuka.
Berkomunikasi dgn individu/kumpulan di
luar organisasi.
Pekerja yg mempunyai kepelbagaian
personaliti.
Bersedia menerima perubahan.
PERSEKITARAN YANG KREATIF
Seronok bereksperimen dengan idea.
Tidak takut menerima kesan drp kesilapan yg
dilakukan.
Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit.
Menggunakan teknik2 penjanaan idea seperti
kaedah percambahan fikiran & sebagainya.
Mempunyai sumber kewangan, pengurusan,
sumber manusia & masa yg mencukupi utk
mencapai matlamat yg ditetapkan.
INOVASI DLM KEUSAHAWANAN

Inovasi merupakan fungsi utama di dalam keusahawanan.


 Definisi Inovasi

“ Inovasi adalah proses di mana u’wan menukarkan


peluang2 perniagaan ke dlm bentuk idea yg boleh
dipasarkan ”
“ INOVASI ADALAH PROSES TRANFORMASI IDEA
KREATIF KE APLIKASI YG BERGUNA”
(K&H, 2004)
PERLU GUNA KEDUA2 BELAH OTAK
UTK INOVATE
Otak Kiri Otak Kanan
* Lisan * Bukan lisan
* Analitikal * Sintesis
* Abstrak * Melihat analogi
* Rasional * Tidak rasional
* Logikal * Gerak hati
* Linear * Imaginasi
JENIS2 INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
 Jenis2 Inovasi
a.Penciptaan
Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru
yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain.
Contohnya penciptaan kapal terbang (Adik beradik
Wright), Lampu mentol (Thomas Edison) dan
Telefon (Alexander Graham Bell).
JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
b. Pengembangan
 Pegembangan ialah penggunaan aplikasi yg
berbeza ke atas produk atau proses yang sedia
wujud. Contohnya KFC (drp ayam goreng kpd
pelbagai produk) , Telekom Malaysia (telefon
analog – digital – 3-G), Nokia (drp 1st generation
handphone hingga kini :pelbagai ciri inovatif)
JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
c. Duplikasi

Duplikasi ialah replikasi ke atas produk/proses


sedia ada. Ia bukanlah peniruan 100%, tetapi
penambahbaikan ke atas sesuatu produk dgn
sentuhan kreatif u’wan utk bersaing dlm pasaran.
Contohnya dulu Toyota meniru kereta US; Pepsi,
barangan elektrik ditiru drp jenama2 terkenal.
JENIS INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
d. Sintesis
Sintesis ialah gabungan konsep & faktor sedia ada
ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh
diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada.
Contoh: Tuku refleksi (haba & urutan), kertas
bersabun (kertas & sabun), internet (komputer &
sistem telekomunikasi).
Next Slides Sumber2 Inovasi
a. Situasi di luar Jangkaan
Inovasi boleh berlaku tanpa dirancang & dijangka. Inovasi
sebegini akan memberi kejutan kpd penciptanya.
Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah
untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar
jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat
untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur
(games, music, video), alat komunikasi, alat pengajaran &
pembelajaran dll.
Sumber2 Inovasi
b.Ketaksamaan (mencabar kebiasaan)

Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di


antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan
penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu
siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari. Namun
demikian, FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan
memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan
malam. FedEx pernah dijangka akan mengalami kerugian
dengan pertambahan kos yang dilakukan. Namun
demikian, jangkaan itu meleset sama sekali apabila FedEx
ternyata berjaya memberi inovasi kepada perkhidmatan
mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Sumber2 Inovasi
c. Keperluan Proses

Keperluan proses berlaku bila usahawan cuba untuk


memenuhi permintaan yg semakin meningkat. Usahawan
akan berinovasi selaras dengan kehendak pasaran.
Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan
organik dan penggunaan komputer akan turut
mengembangkan inovasi dlm industri makanan kesihatan
dan penggunaan komputer, mesin2 pengeluaran yg lebih
inovatif.
Sumber2 Inovasi
d. Perubahan Pasaran & Industri

Perubahan pasaran & industri berlaku bila sikap pengguna


berubah, teknologi bergerak pantas, pertumbuhan industri
dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan
berorientasikan kesihatan.Lahirlah Light Coke, susu
rendah lemak, minuman ringan rendah kalori, minuman
berasaskan herba dll.
Sumber2 Inovasi
e. Perubahan Demografi

Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya


perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan,
lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi
dapat memberi peluang2 perniagaan kpd usahawan.
Misalnya, peningkatan bilangan wanita yg bekerja
memberi peluang2 perniagaan kepada usahawan yg
mengusahakan pusat penjagaan kanak2, makanan segera.
Sumber2 Inovasi
f. Perubahan Persepsi

Lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu


fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat
terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan
penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat
terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah,
makanan rendah lemak “fat burner” dll.
Sumber2 Inovasi
g. Konsep Berasaskan Pengetahuan

Inovasi bersumberkan kegiatan R&D. Ia adalah


berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan
adalah daripada kajian, pemikiran baru, kaedah baru serta
pengetahuan yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan
jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia
memerlukan pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.
MITOS DALAM INOVASI
Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang & dijangkakan
 Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama organisasi di
mana sebarang keputusan berkaitan inovasi adalah
tanggungjawab jabatan R&D sahaja (yang telah membuat
perancangan rapi sebelum inovasi dilaksanakan)
 Fakta – Inovasi tidak boleh dijangka dan dirancang
kerana ia berlaku tidak kira masa dan buah fikiran untuk
berinovasi juga tidak terhad hanya kepada jabatan yang
bertanggungjawab kerana idea boleh dikeluarkan oleh
sesiapa sahaja.
MITOS DALAM INOVASI
Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi teknikal perlu
diberi keutamaan (utamakan dokumentasi &
prosedur)
 Fakta –Usahawan perlu sentiasa mementingkan
percubaan & pengujian terhadap produk yg akan
dipasarkan & tidak terlalu menghabiskan banyak
masa dengan penyediaan dokumentasi prosedur
dan sebagainya.
MITOS DALAM INOVASI
Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada mimpi
dan angan-angan
 Fakta – Penginovasi adalah individu2 yang
praktikal yang cuba membuat perubahan kepada
peluang2 yang ada di alam nyata. Mereka bukan
sekadar bermimpi dan berangan2, tetapi cuba
merealisasikan mimpi menjadi kenyataan.
MITOS DALAM INOVASI
Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam
kumpulan yang besar akan melahirkan inovasi
yang baik berbanding kumpulan yang kecil.
 Fakta - Mitos di atas adalah kurang tepat kerana
pada masa sekarang banyak syarikat besar
menggalakkan pekerjanya bekerja di dalam
kumpulan2 yang kecil di mana idea lebih senang
untuk dijana.
MITOS DALAM INOVASI
Mitos 5 – Teknologi adalah penggerak kepada
inovasi dan kejayaan syarikat.
 Fakta – Sebenarnya pengguna & pasaran adalah
merupakan penggerak inovasi yang utama. Kajian
menunjukkan, inovasi berasaskan pasaran dan
kehendak pengguna mempunyai kebarangkalian
yang tinggi untuk berjaya.
PRINSIP2 INOVASI
 Berorientasikan tindakan
Penginovasi mestilah aktif mencari idea baru, peluang dan sumber
inovasi
 Memastikan produk, proses serta perkhidmatan yang
dihasilkan adalah ringkas dan difahami
Pengguna sepatutnya memahami inovasi yang dilakukan ke atas
sesuatu produk.
 Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan yang
berasaskan pengguna
Penginovasi perlu mengaitkan pengguna dengan produk yang
diinovasikannya supaya konsep dan idea yang dihasilkan dapat
diterima oleh pengguna.
 Bermula dengan inovasi yang ringkas
PRINSIP INOVASI
 Jangkaan yang tinggi
Jangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan memfokuskan
kepada posisi di dalam pasaran.
 Cuba/uji/ulang semula
Inovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang semula.
Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan kelemahan di dalam
penghasilan produk, proses dan perkhidmatan.
 Belajar daripada kesilapan
Bukan semua inovasi akan menempa kejayaan. Banyak inovasi
yang gagal. Namun demikian, kegagalan daripada inovasi yang
pertama akan menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.
PRINSIP INOVASI
 Ikut jadual yang ditetapkan
Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan. Kadangkala,
projek yang dijalankan mungkin lambat atau melepasi jadual.
Walau bagaimanpun, jadual tetap penting sebagai aras perancangan
dan penilaian projek inovasi.
 Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti berinovasi
Prinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada individu
yang mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti berinovasi juga
perlu diberi ganjaran dan penghormatan. Ini bermaksud, pihak
pengurusan perlulah bertoleransi serta bersedia menerima kegagalan
di dalam inovasi.
 Kerja, kerja dan kerja
Prinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan ke
semua prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan tindakan dan
bukannya semata-mata bergantung kepada kebijaksanaan.
TEKNOUSAHAWAN
 Definisi Tekno Usahawan

keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan


yang mengaplikasi dan menggunapakai teknologi di
dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan
pembuatan keputusan berkaitan perniagaan.

Manakala usahawan tekno pula adalah usahawan yang


menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan
perniagaannya.
TEKNOUSAHAWAN
 Kerajaan Malaysia dengan bantuan Kementerian Sains,
Teknologi & Inovasi (MOSTI) banyak membuka peluang
kepada usahawan2 dan memberi galakan kepada
usahawan untuk menceburi bidang sains dan teknologi
untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Salah satu dasar
yang diperkenalkan oleh MOSTI adalah Dasar Sains dan
Teknologi Kebangsaan yang ke 2 dengan memberi fokus
utama kepada perkara-perkara berikut:
TEKNOUSAHAWAN

 Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di


dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan
pembangunan teknologi.
 Menggalakkan kerjasama di antara organisasi
awam dan industri serta di antara firma tempatan
dan firma luar negara di dalam kerjasama
teknologi.
TEKNOUSAHAWAN
 Meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk,
proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah
kepada industri.
 Memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di
dalam bidang bioteknologi, bahan berteknologi,
pengeluaran berteknologi, mikroelektronik, teknologi
maklumat dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa,
farmasi, teknologi nano dan fotonik (teknologi sains
pengcahayaan melibatkan transmisi maklumat melalui
cahaya, fiber optik dan teknologi laser).
Bidang Sains & Teknologi di dalam
Keusahawanan
a. Bioteknologi
Biologi membawa maksud kajian sains tentang benda
hidup, manakala teknologi adalah penggunaan sains utk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yg
bermanfaat utk manusia. Gabungan biologi & teknologi
menghasilkan bioteknologi yg bermaksud teknik atau
proses yg melibatkan penggunaan sains yg berkaitan dgn
benda hidup seperti mikro organisme, haiwan atau
tumbuhan utk menyelesaikan masalah atau menghasilkan
produk yg bermanfaat kpd manusia.
Kronologi Bioteknologi Moden
TAHUN PRODUK BIOTEKNOLOGI

1930an Antibiotik penisilin


1960an Teknologi molekul
1970an Teknik kejuruteraan genetik
1980an Hormon insulin manusia
1994an Tomato transgenik lambat masak
1997 Klon binatang pertama-kambing
biri-biri (Dolly)
Abad ke 21 Penjujukan DNA genom manusia
yang lengkap telah diperoleh.
Bioteknologi
Bioteknologi dalam Industri Permakanan
Bioteknologi dapat membantu penghasilan makanan yang
berkhasiat dan bervitamin. Misalnya, penghasilan beras
yang mengandungi beta-carotene adalah salah satu sumber
vitamin A.
Bioteknologi di dalam Bidang Perubatan
Bidang perubatan turut mendapat sentuhan bioteknologi.
Misalnya, penghasilan insulin melalui teknologi DNA
Rekombinan untuk merawat penyakit kencing manis.
Bioteknologi dan Alam Sekitar
Bioteknologi sangat berguna di dalam merawat dan
mengawal pencemaran alam sekitar yang terhasil melalui
bahan-bahan buangan dan industri yang bertoksik.
Bioteknologi
Bioteknologi dalam Pertanian

1. Pengklonan

Pengklonan melibatkan proses penghasilan anak-anak


pokok atau penghasilan haiwan daripada tisu pokok atau
haiwan berkenaan yang sama kandungan genetiknya
dengan induk, bertujuan untuk menghasilkan jumlah
pokok atau haiwan yang lebih banyak.
Bioteknologi
2. Kacukan atau Hibrid
Proses hibrid melibatkan pemindahan genetik secara
semula jadi drp dua organisme yg sama utk menghasilkan
anak baru. Eg. tumbuhan transgenik yg menggunakan
kaedah bioteknologi adalah:
 Tomato lambat masak
 Kacang soya yang menerima gen enzim drp bakteria
 Kapas B+ yg mempunyai ketahanan drp serangan larva
serangga.
 Betik yg mempunyai ketahanan drp serangan virus.
 Beras emas yg menerima enzim penghasilan beta karoten.
 Kambing polly yg menerima gen manusia utk membantu
pembekuan darah. Digunakan utk membantu pesakit
hemofilia.
Agro teknologi
 Agro teknologi merupakan penggunaan teknologi
di dalam pertanian yg berbentuk tanaman, haiwan
peliharaan & tenusu. Di Malaysia amnya,
perkembangan dapat dilihat dalam agro teknologi,
misalnya di dalam penghasilan padi yg dahulunya
hanya ditanam 2 kali setahun, tetapi dgn
penyelidikan & teknologi terkini, penanaman padi
telah dapat ditingkatkan kpd 3 kali setahun dgn
benih padi yg lebih baik & bermutu.
Agro teknologi
 Teknologi Nuklear dalam Pertanian
Bidang pertanian menggunakan teknologi
nuklear dlm menghasilkan kepelbagaian baka
baru yg lebih berkualiti melalui proses radiasi
bagi menghasilkan tumbuhan mutan yg lebih
berkualiti. Teknologi nuklear juga telah
digunakan utk mengenal pasti kandungan sisa
racun serangga & dlm industri asas tani utk
pemprosesan makanan.
Tekomunikasi & Teknologi Maklumat
 Bagaimana Telekomunikasi Bermula di Malaysia?
1870an, peralatan telegraf telah diperkenalkan sebagai
salah satu alat komunikasi. Telegraf digunakan bertujuan
utk membolehkan pegawai2 British berkomunikasi
dengan dunia luar. Alat ini telah telah diperkenalkan &
dipatenkan oleh Samuel Morse. Seterusnya, telegraf telah
diperkenalkan di Malaysia pada 1874 & dipasang buat
kali pertama di kediaman residen British di Perak.
Telekomunikasi & Teknologi
Maklumat
 Teknologi Komputer di Malaysia

Teknologi komputer mula dicipta oleh J. Presper Ecker Jr.


& John W. Mauchly. Teknologi komputer elektronik
pada ketika itu bersaiz besar menyamai saiz sebuah bilik.
Tetapi kini, komputer telah dibangunkan dengan teknologi
perisian & cip. Melalui teknologi komputer, banyak
permasalahan manusia dapat diselesaikan. Penubuhan
MSC telah mencetus pelbagai kemajuan seperti
penubuhan Bandar Cyberjaya pada tahun 1999 - sebuah
Bandar pintar.
Telekomunikasi & Teknologi Maklumat
 Manfaat kepada Usahawan
Teknologi komputer juga turut memberi manfaat kepada
bidang kesihatan apabila telekesihatan mula
diperkenalkan. Usahawan juga mendapat peluang2 biz
melalui teknologi perisian & perkakasan serta dapat
memberi peluang pekerjaan kepada 40,000 penduduk.
Malaysia juga telah dapat mengeksport produk ICT
berupa cip komputer yg bernilai RM1.5 bilion. Banyak
syarikat yg telah mendapat status MSC & telah berjaya
menjana pendapatan sebanyak RM7.21 bilion pada tahun
2004.
Automotif
 Sektor automotif merupakan industri penting kpd
ekonomi Malaysia.
Sumbangan sektor ini kpd ekonomi negara adalah
besar, serta berkait rapat dengan sektor
pembuatan & perkhidmatan. Penubuhan Proton
pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada
tahun 1993
bertindak sebagai pemangkin kepada
perkembangan sektor automotif. Turut
menyebabkan perkembangan industri komponen
automotif.
Automotif
 Sektor Automotif di Malaysia
Pada masa ini, sektor automotif di Malaysia terdiri
daripada beberapa pihak terbabit yang merentasi
keseluruhan rantaian nilai sektor ini. Terdapat
empat pembuat kenderaan penumpang &
komersial termasuk Proton dan Perodua.
Berdasarkan rekod prestasi perkembangan &
kestabilannya selama ini,
sektor automotif di Malaysia mempunyai potensi
yg besar untuk berkembang pada masa hadapan.
Automotif

 Program Pembangunan Vendor

Program Pembangunan Vendor (PPV) yang telah


dilancarkan pada tahun 1988 yang bermatlamat
membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)
sebagai vendor yang menjadi pengilang dan pembekal
komponen serta perkhidmatan kepada syarikat besar
tempatan dan syarikat multinasional (MNCs) dengan
kerjasama bank dan institusi kewangan.
Aeroangkasa

 Penglibatan Malaysia sebagai pengguna teknologi angkasa


bermula dengan pembinaan stesen bumi satelit yang
pertama pada penghujung tahun 60-an yang dikendalikan
oleh Jabatan Penyiaran Malaysia. Pada tahun 1995,
program mikrosatelit kebangsaan, TiungSAT-1, telah
dilancarkan dengan rasminya. Program ini merupakan
langkah penting bagi Malaysia berpindah daripada
pengguna kepada pengeluar teknologi angkasa sebagai
satu bidang strategik negara.
Aeroangkasa
 Usahawan dan Industri Aeroangkasa
Kebelakangan ini, beberapa syarikat Malaysia
sama ada di peringkat awal menubuhkan syarikat
usaha sama bagi pembuatan bahagian &
komponen bagi kontraktor utama ataupun telah
sedia menyerahkan beberapa set bahagian2 yg
dibuat di Malaysia bagi kontraktor2 utama. Oleh
itu, industri aeroangkasa Malaysia sememangnya
tidak asing lagi dgn pendekatan perkongsian
bestari, malahan boleh berbangga menjadi antara
yg pertama melaksanakan pendekatan tersebut di
negara ini.
BIODATA USAHAWAN TEKNO
MALAYSIA
 Suhaimi Sulaiman (Pengarah Urusan Suhaimi Sulaiman
Omnimedia)

Suhaimi Sulaiman adalah personaliti TV yang terkenal. Beliau mula


mempelajari kerja-kerja penyiaran di TV3. Di TV3 beliau
menyandang beberapa jawatan seperti wartawan penyiaran, editor,
penerbit, pengurus pembangunan dan pakar kandungan kreatif.
Selepas meninggalkan TV3, Suhaimi memulakan syarikatnya
sendiri yang diberi nama Suhaimi Sulaiman Omnimedia bersama-
sama dengan rakan-rakannya daripada TV3. Beliau turut
mengendalikan online talk shows untuk TV Cyberjaya secara
streaming. Beliau percaya bidang penyiaran pada masa hadapan
akan berkembang dengan menggunakan teknologi streaming.
BIODATA USAHAWAN TEKNO
MALAYSIA
 Mark Chang (Ketua Pegawai Eksekutif
JobStreet.com)

JobStreet.com adalah di antara syarikat dotcom yang


berjaya di Malaysia. Ia diasaskan oleh Mark Chang,
seorang jurutera mekanikal. JobStreet.com telah
dimulakan pada tahun 1997. Ia kemudiannya telah
berkembang denga meluas ke negara-negara Asia
Tenggara yang lain seperti Singapura, Filipina, India dan
Indonesia.
BIODATA USAHAWAN TEKNO
MALAYSIA
 Premesh Chandran (Ketua Pegawai Eksekutif,
Malaysiakini)

Malaysiakini adalah antara laman berita alternatif yang


telah dimulakan tahun 2001. Pengasasnya adalah Premesh
Chandran dan editor Steven Gan. Menurut Premesh, pada
awalnya adalah amat sukar untuk mengaut keuntungan
daripada perniagaan berasaskan kandungan secara online.
Walau bagaimanapun, beliau amat bersyukur kerana
laman Malaysiakini masih lagi utuh dan kekal sehingga
sekarang.
KESIMPULAN
 Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah
dinamik & u’wan terpaksa berhadapan dgn
perubahan teknologi yg begitu pantas. U’wan
perlu menghadapi cabaran2 ini utk menangani
ekonomi moden. Globalisasi, kemajuan internet,
era maklumat turut memberi cabaran kpd u’wan
di dlm persaingan pasaran. Persaingan yg ada
membuatkan u’wan perlu mempunyai kreativiti
& berinovasi bagi menyesuaikan diri dgn pantas
kpd perubahan pasaran.

You might also like