P. 1
Folio Sejarah Tingkatan Dua : Tokoh Tempatan

Folio Sejarah Tingkatan Dua : Tokoh Tempatan

5.0

|Views: 26,166|Likes:
Published by Putri Aida Sofiea
So, this is basically the Sejarah Folio for Tingkatan Dua. Oh yeah, let me warn you, put lots of photos. Remember to have at least one document, and one map :) All the best !
So, this is basically the Sejarah Folio for Tingkatan Dua. Oh yeah, let me warn you, put lots of photos. Remember to have at least one document, and one map :) All the best !

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Putri Aida Sofiea on Nov 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2015

pdf

text

original

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Folio Sejarah Tingkatan Dua (KKS) TOkoh Tempatan Tan Cheng Lock

Nama: Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal Kelas: 2 Usaha Tahun: 2010 Nama Guru: Puan Dayang Melati Binti Abdullah
0

ISI KANDUNGAN :)

Bilangan 1.0 2.0 3.0 4.0 Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian y y y y y 5.0 6.0 7.0

Tajuk

Muka Surat

Latar Belakang Tokoh Pembentukan Persatuan Cina Melayu (MCA)

Meninggal Dunia Warisan Penghargaan dan Anugerah

Rumusan Lampiran Rujukan

1

Penghargaan :)

2

1.0) Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga saya atas sokongan dan tunjuk ajar. Terutamanya kepada bapa saya, Ritakamal Bin Sadiman, yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang jalan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya ingin mengucapkan kepada pengetua Sekolah Seri Puteri, Puan Hajah Rashidah Binti Mad Arif kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah 2010.

Saya juga ingin merakamkan ribu-ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Dayang Melati Binti Abdullah atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau telah berikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu, Reena Awliyatul Imani Binti Reezal Merican, Nurul Nabilah Binti Hazali dan Nur Shahirah Binti Mohd Ghazali yang turut sama-sama membantu saya melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2010.

3

Objektif Kajian :)

4

2.0) Objektif Kajian
Bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Dua, saya telah menetapkan satu objektif yang paling penting bagi saya, iaitu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tokoh tersebut, iaitu Tan Cheng Lock. Dengan melakukan sebegitu, saya telah sedar akan pengorbanan dan jasa beliau terhadap negara Malaysia. Tambahan pula, saya dapat menjadikan kegigihan tokoh ini dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai pedoman dan panduan untuk terus berjuang untuk negara saya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang kesalahan yang telah beliau lakukan dan mengambilnya sebagai pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi. Akhir sekali, saya dapat menanamkan rasa bangga terhadap negara Malaysia. Saya tidak akan melakukan apa-apa untuk menjejaskan nama baik negara ini. Sebaliknya, saya akan mengambil pengorbanan tokoh tersebut sebagai inspirasi untuk mengharumkan nama Malaysia dengan lebih lagi.

5

Kaedah Kajian :)

6

3.0) Kaedah Kajian
Bagi memperoleh maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Dua ini, saya telah menggunakan kaedah pembacaan. Saya telah membaca beberapa buku yang mengandungi informasi tentang tokoh ini, dan telah berjaya memperoleh maklumat yang banyak dan tepat. Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan kaedah lisan. Saya telah menemu ramah bapa saya, Ritakamal Bin Sadiman. Ternyata, beliau banyak mengetahui tentang tokoh ini kerana beliau telah pun lahir sebelum Malaysia mengalami kemerdekaan. Oleh itu, beliau telah banyak membantu saya dengan memberitahu saya tentang lebih lanjut tentang tokoh ini. Terakhir, saya telah menggunakan kaedah melayari internet. Saya telah berjaya menemui beberapa laman web yang mengandungi banyak maklumat tentang tokoh tersebut. Selain itu, saya juga menemui beberapa gambar yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini.

7

Hasil Kajian :)

8

4.0) Hasil Kajian
Tun Dato¶ Sri Sir Chen Lock Tan, DPMJ, KBE merupakan seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Beliau juga merupakan seorang pengusaha dan tokoh awam yang telah mengabdikan hidupnya untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan social masyarakat Cina di Malaya suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah salah satu ahli politik yang telah mendirikan Persatuan Cina Melayu (MCA), yang telah menganjurkan penyebabnya untuk penduduk berbangsa Cina di Malaysia. Latar Belakang Tokoh Tan Cheng Lock telah dilahirkan pada 5 April 1883 dan juga merupakan anak ketiga Tan Keong Ann, yang telah melahirkan 7 orang anak lelaki dan perempuan. Beliau juga merupakan salah seorang generasi kelima Peranakan Cina Malaysia. Semasa kecil, beliau tinggal di 111, Jalan Heeren yang terletak di Melaka. Tan Hay Kwan, moyang beliau,
Rumah Kediaman Tan Cheng Lock

merupakan seorang pedagang telah berimigrasi ke Melaka dari Wilayah Chiang Chiew di Wilayah Fujian, China, pada tahun 1771. Datuknya pula, Tan Choon Bok, sangat kaya tetapi beliau telah merasa bahawa keempatempat anak lelakinya tidak layak untuk mewarisi hartanya. Selepas itu, beliau telah mengunci
9

segala harta dan asetnya dalam kepercayaan keluarga yang kemudiannya tamat 84 tahun selepas beliau telah meninggal dunia, iaitu pada tahun 1964. Bahkan, pada saat itu Tan Cheng Lock sudah meninggal dunia selama empat tahun. Ayah kepada Tan Cheng Lock, iaitu Tan Keong Ann begitu patah hati dengan keputusan ayahnya itu dan akan mencaci maki potret ayahnya pada setiap hari, dan kemudiannya akan menegup sebotol minuman arak. Tan Keong Ann enggan mencari nafkhah bagi menyara keluarganya dan hanya hidup dari faedah yang diberikan kepadanya pada setiap tahun daripada kepercayaan keluarga yang dalam kemiskinan, iaitu hanya $130 (Straits Dollars). Tan Cheng Lock enggan menerima ayahnya sebagai contoh. Beliau telah menghadiri Malacca High School dan telah dianugerahkan Biasiswa Tan Teck Guan, yang hanya diberikan kepada murid yang cemerlang di sekolahnya. Beliau di kemudian Raffles
Malacca High School, Melaka

menyambung

pelajaran

Institution yang terletak di Singapura. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran ke Inggeris untuk belajar dalam bidang undang-undang disebabkan situasi kewangan. Namun, beliau telah mengambil keputusan untuk mengajar di Raffles Institution daripada 1902 hingga 1908. Walau bagaimanapun, beliau kurang senang hati dengan murid-muridnya dan beliau tidak mempunyai sikap penyabar yang cukup untuk menjadi seorang guru. Lantaran itu, ibunya, Lee Seck Bin berkeras kepala supaya beliau kembali ke Melaka untuk bekerja sebagai pembantu pengurus Kebun Getah Bukit Kajang Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh sepupunya daripada

10

pihak ibunya, Lee Chin Tuan. Bekerja di lading getah sepadan dengan diri beliau dan beliau telah mempelajari tentang selok-belok pekerjaan tersebut dengan cepat dan cekap. Dengan segera, beliau telah dinaikkan pangkat dan telah menjadi agen melawat untuk Kebun Getah Nyalas di Melaka, iaitu pada tahun 1909. Pada tahun 1910, beliau telah terlibat dalam tiga pendirian syarikat getah yang baru.Beliau telah memulakan United Malacca Rubber Estate Ltd. dengan usaha sendiri, dan beliau telah meminta bantuan para pengusaha untuk bersama-sama mendirikan Malacca Pinda Rubber Estate Ltd. dan Ayer Molek Rubber Company Ltd. Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan, Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi. Tiga tahun kemudian, pada tahun 1912, beliau telah dicalonkan sebagai salah satu Kounsil Komisaris Melaka dan juga salah satu Hakim Keamanan untuk Melaka oleh kerajaan British. Beberapa bulan kemudian, beliau telah dicalonkan sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar tertentu, termasuklah Melaka Port. Pada tahun 1914, beliau telah menghidupkan kembali Syarikat Cina dari Kor

Sukarelawan Melaka (yang kemudian dikenali sebagai Company B, 4th Battalion, Straits Settlement Volunteer Force) dan telah berkhidmat selama 5 tahun sehingga tahun 1919. Pada tahun 1915, Persatuan Cina-Inggeris Selat (SCBA) telah dihidupkan kembali oleh beliau.

11

Tuntasnya, beliau telah dilantik sebagai Presiden SCBA. Pada 1923 pula, ketika beliau berusia 40 tahun, beliau telah dilantik sebagai salah seorang daripada Majlis Perundangan Straits Settlements. Pada 1926, Tan Cheng Lock telah mencipta sejarah dengan penyampaian ucapannya yang penuh emosi tentang cita-citanya supaya system politik di Malaya bersatu kepada warga sidang dewan yang turut hadir. Seperti kebanyak ahli politik berbangsa Cina, beliau gemar akan warga British. Namun begitu, beliau lebih gemar akan idea kemerdekaan negara Malaya. Selepas itu, beliau telah menganjurkan konsep ³demokratik British Malaya yang bersatu´.
Mahatma Gandhi

Dari tahun 1933 hingga 1935, beliau merupakan ahli tidak rasmi bagi Lembaga Eksekutif Straits Settlements. Beliau telah memperjuangkan beberapa kempen social seperti, menentang merokok candu, menggalakkan pendidikan vernacular Cina, perundangan terhadap perbuatan poligami dan mendesak untuk reformasi bagi dasar imigrasi. Selama penjajahan Jepun di

Pandit Jawaharlal Nehru

Malaya, beliau dan keluarganya telah melarikan diri ke India di kawasan pengasingan. Mereka telah menyaksikan perjuangan Mahatma Gandhi dan Pandit Jawaharlal Nehru untuk kemerdekaan bagi negara mereka. Beliau telah pun mengambil mereka sebagai inspirasi dan contoh untuk melakukan perkara yang sama kepada negara Malaya ketika beliau kembali.

Dengan pembentukan Kesatuan Malayan pada 1 April 1946 oleh British, beliau diberi peluang untuk menawarkan penyelesaian politik tetap untuk orang Cina yang datang ke Malaya dahulukala. Hal ini dibesarkan lagi pada tahun yang sama ketika beliau berada di India. Selepas itu, beliau telah menubuhkan Overseas Chinese Association of India (OCAI), yang menghantar

12

sebuah memorandum ke Pejabat Kolonial untuk memperkenalkan kewarganegaraan bagi mereka yang tidak lahir di Malaya. Isu ini adalah salah satu prinsipal dalam penubuhan Kesatuan Malayan. Namun begitu, Kesatuan Malayan telah menerima tentangan hebat oleh masyarakat Melayu telah menyebabkan Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Melaka untuk bekerja dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah kepemimpinan Dato¶ Onn Jaafar. Selepas itu, Tan Cheng Lock dan rakan-rakannya telah menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan juga bekerjasama dengan Rakyat (PUTERA) di bawah kepemimpinan PKMM. UMNO telah menerima sokongan daripada Persidangan Penguasa Melayu dan Inggeris untuk menghapuskan Kesatuan Malayan dan membentuk Persekutuan Malaya pada tahun 1948. Dengan pembentukan Persekutuan tersebut, negara-negara Melayu, pembesar-pembesarnya dan sistem politik sebelum tahun 1941, telah diakui kembali oleh pihak British. Kewarganegaraan hanya diberikan kepada masyarakat Melayu dan peraturan mendaftar untuk kewarganegaraan lebih diperketatkan. Dasar tersebut telah menerima bantahan daripada masyarakat perniagaan. Selepas itu, Parti Komunis Malaya telah memulakan sebuah revolusi bersenjata dan Negara Kecemasan telah diumumkan. Semua parti yang terlibat dan para pemimpin mereka ditangkap. Namun begitu, Tan Cheng Lock telah diselamatkan daripada tindakan tersebut kerana dibukti tidak bersalah. Lantaran itu, beliau telah melaksanankan dasar kerjasama dengan British dan Melayu dalam parti sanksi oleh pihak British. Pusat Tindakan

13

Pembentukan Persatuan Cina Melayu Tan Cheng Lock telah kembali ke Malaya selepas Jepun telah berundur. Pada 27 Februari 1949, beliau telah menubuhkan Persatuan Cina Melayu (MCA) bersama-sama dengan Tun Leong Yew Koh dan Kolonel HS Lee. Walaupun Tan Cheng Lock berusia 66 tahun ketika dilantik sebagai presiden, beliau dianggap sebagai satu-satunya orang yang berkemampuan untuk menyatukan orang Cina dan juga orang Melayu. Setelah bertahun-tahun berperang,
Bangunan MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur

keadaan telah menjadi teruk dan kucar-kacir. Masyarakat Cina sangat terbelah dan tidak lagi setia akan kerajaan yang mentadbir. Di kalangan orang Cina, hanya Tan Cheng Lock mempunyai kebenaran untuk berbicara dengan senior Melayu seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman pada waktu perubahan perlembagaan ketika itu. Oleh sebab sikap beliau yang sangat anti-komunis, beliau juga dipercayai oleh para pegawai kolonial Inggeris. Selepas itu, beliau telah bergabung dengan para pemimpin Melayu ± pertama melalui All Malaya Council of Joint Action (AMCJA), yang telah diketuai oleh beliau, kemudian melalui Communities Liaison Committee yang dipimpin oleh Dato¶ Sir MEE Thuraisingham ± untuk memperjuangkan perubahan perlembagaan dan bekerjasama untuk mencapai perpaduan yang erat di antara kaum. Tujuan utama Persatuan Cina Melayu adalah untuk menyatukan penduduk Cina di Malaya, termasuklah perlindungan hak-hak dan kepentingan orang Cina, dan juga untuk bekerja

14

dengan kerajaan penjajah untuk menghentikan penyebaran komunisme dan untuk bekerja bersama-sama dengan bangsa lain bagi mencapai kemerdekaan Malaya. Cabang-cabang MCA telah didirikan selepas kempen mereka telah menarik lebih daripada 200,000 ahli. Semakin lama, jumlah ahli dan cawangan MCA makin bertambah. Tugas MCA sangat mencabar kerana mereka perlu membuktikan kepada Kerajaan British bahawa sebahagian besar masyarakat Cina adalah warganegara setia dan bahawa mereka tidak gemar akan perjuangan Komunis. MCA adalah gerakan untuk mewakili orang Cina dan bekerjasama dengan kerajaan British. MCA telah bekerja rapat dengan kerajaan British untuk melemahkan perjuangan komunis yang telah menggunakan kekuatan bagi mencapai kemerdekaan. Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini adalah untuk melakukan relokasi orang Cina ke sebuah desa, yang jauh dari pinggiran hutan. Masyarakat Cina telah dipindahkan ke kampung baru yang lebih selamat. Usaha ini telah mendapat sokongan daripada ahli MCA. Cawangan MCA telah menyumbangkan sejumlah wang bagi menyokong usaha tersebut. Sebuah organisasi kesejahteraan sosial telah situbuhkan di markas MCA supaya mereka dapat memberikan bantuan dan dana kepada desa baru. Usaha yang dilakukan oleh MCA telah memupuk kerjasama di antara kaum di Malaya. Langkah ini telah menggalakkan Kerajaan British untuk memastikan bahawa di masa depan, dasar daripada Persekutuan Melayu harus berdasarkan pada kerjasama di antara pelbagai bangsa. Pada 26 September 1951, Tan Cheng Lock telah menyokong idea-idea Dato¶ Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) di Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada pelbagai bangsa sebagai tema perjuangannya. Namun, pembentukan itu kurang mantap, kerana Dato¶ Onn Jaafar tidak berapa gemar akan isu kewarganegaraan.
15

Pada akhirnya, Tan Cheng Lock memutuskan bahawa hanya sebuah parti Cina yang mampu menjaga kepentingan masyarakatnya dan juga bahawa perpaduan di antara kaum boleh dikecapi dengan kerjasama oleh United Malayan National Organisation (UMNO). Dengan itu, MCA telah bergabung dengan UMNO untuk membentuk Barisan Nasional. Namun begitu, tetap ada segelintir orang yang membantah dan berkata bahawa Tan Cheng Lock tidak mementingkan kepentingan orang Cina kerana merasa bahawa marginalisasi orang Cina-Malaya tidak akan begitu parah jikalau mempunyai kuasa British. Pada tahun 1952, Tan Cheng Lock dan UMNO, di bawah kepemimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengikut serta dalam pilihan raya sebagai rakan kongsi. Beliau amat disanjungi kerana sumbangannya dalam bidang perniagaan, arena politik dan karyanya untuk mengintegrasikan antara orang Cina dan orang India bersama-sama dengan masyarakat Melayu.
Tun HS Lee, saingan Tan Cheng Lock

Bangunan UMNO di Perak

Di bawah kepemimpinan Tan Cheng Lock, MCA telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perundingan kemerdekaan dengan British. Beliau juga telah menjadi ketua semasa MCA membentuk Perikatan pada tahun 1954 dengan Syarikat Melayu Organisasi Nasional dan Kongres India Malaysia (MIC). Tan Cheng Lock, merupakan salah seorang anggota dari Kumpulan Malaya Anti-Jepun dan juga presiden pertama bagi

16

MCA. Namun, beliau tidak menyertai kabinet ketika kemerdekaan kerana saingannya, Tun HS Lee, dari Selangor, merupakan salah seorang ahli kabinet. Tan Cheng Lock telah membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita beliau untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menulis Perlembagaan Persekutuan. Meninggal Dunia Tan Cheng Lock telah meninggal dunia pada 13 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung. Beliau berumur 77 tahun ketika kejadian. Warisan Banyak tanda kehormatan yang dibuat Tan Cheng Lock atas pelbagai sumbangan besarnya ke Malaysia. Selain daripada diiktiraf sebagai salah seorang pengasas moden Malaysia, bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak dan Tun VT Sambanthan, jalan bernama Foch Avenue, berganti nama menjadi Jalan Tun Tan Cheng Lock di Kuala Lumpur selepas tahun 1957. Cross Street yang lama pula diberi nama Tan Siew Sin Street , bagi

menghormati anak lelaki pertama Tan Cheng Lock, yang juga merupakan seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia. Di Melaka, di mana terletaknya Heeren Street, di mana terletaknya juga
17

rumah kediaman Tan Cheng Lock juga telah berganti nama menjadi Jalan Tun Tan Cheng Lock untuk menghormatinya. Pada bulan April 2005, the National University of Singapore (NUS), telah menerima sumbangan S$4 juta daripada Puan Agnes Tan Kim Lwi, anak perempuan Tan Cheng Lock untuk mendirikan rumah Peranakan di Neil Road di Singapura. Selain itu, beliau juga telah memberi sumbangan sebanyak S$1.5 juta dengan tujuan untuk mendirikan dua lagi buah rumah di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Melaka untuk tujuan mempromosikan seni bina Peranakan dan kebudayaan di Singapura dan Malaysia. Rumah yang telah dibina di Singapura itu, diberi nama Tan Cheng Lock Baba House, bagi menghormati keyakinan beliau terhadap pendidikan. Penghargaan dan Anugerah 1949 ; DPMJ oleh Sri Paduka Sultan Ibrahim, Sultan Johor 1949 ; Komander Empayar British (CBE) 1952 ; Komander Kesatria Empayar British (KBE) 1952 ; Order of the British Empire (OBE) 1958 ; Diberi gelaran Tun oleh DYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong

y y y y y

18

Rumusan :)

19

5.0)

umusan
Syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya telah dapat menyiapkan Kerja Kursus

Sejarah 2010 ini. Sesungguhnya, dengan melakukan folio ini, saya dapat menanamkan rasa cinta dan bangga akan negara Malaysia. Saya telah sedar akan kesusahan dan rintangan yang tokoh ini telah lalui untuk mencapai kemerdekaan bagi negara ini. Oleh itu, saya berjanji tidak akan memandang remeh lagi kebebasan yang telah diberi kepada kami, rakyat Malaysia. Selain daripada itu, saya telah dapat mengambril tokoh ini sebagai inspirasi dan contoh untuk meneruskan mengharumkan nama negara Malaysia yang saya cintai ini. Tokoh ini mempunyai pelbagai sifat yang patut dicontohi seperti gigih dan tabah. Saya telah dapat mengambil sifat-sifat tersebut dan menerapkannya ke dalam diri saya. Lantaran itu, tokoh ini juga telah membuktikan bahawa tidak ada satu perkara pun yang mustahil, jikalau mempunyai usaha yang gigih. Akhir sekali, saya telah dapat menguasai beberapa kemahiran yang sangat berguna untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dan data yang berkenaan dengan tokoh ini.

20

Lampiran :)

21

6.0) Lampiran

Tan Cheng Lock, bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan Ketua Menteri Singapura, David Marshall berbincang tentang Rundingan Baling dengan para pemimipin komunis pada tahun 1955.

The Tan Cheng Lock Baba House, di Singapura

Tan Cheng Lock, bersama-sama dengan anak-anaknya di Baba House, Singapura

22

Rundingan Baling yang melibatkan Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman, David Marshall, Hamid Jumat, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin

23

Pendapat Tan Cheng Lock dan mula merancang sesuatu seperti mana notanya ditulis di atas
24

Tan Cheng Lock berjaya mewujudkan gabungan antara PUTERA dan AMCJA untuk memperkenalkan draf Perlembagaan Rakyat mereka sendiri pada tahun 1947

25

Cadangan Bendera Nasional oleh Tan Cheng Lock dan sekutu-kutunya.

Keratan akhbar tentang Bendera Nasional yang telah ditetapkan oleh Tan Cheng Lock dan sekutukutunya. Dipetik daripada, Straits Times, 11.11.1947

26

Rujukan :)

27

7.0)
*Buku

ujukan

Masariah Binti Mispari, 2003, Sejarah Tingkatan Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka *Internet http://www.paneh.blogspot.com/2009_04_01_archive.html http://www.scribd.com/doc/4978496/Folio-Sejarah-Tingkatan-2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock *Folio Folio Tokoh Tempatan Tingkatan Dua, Putri Nur Hanin Binti Kamaruzaman, Sekolah Menengah Sri Hartamas, 2009 *Temubual Ritakamal Bin Sadiman, No. 101, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. 10 September 2010. 4.30 p.m.

28

TAMAT.

SEKIAN,

TERIMA KASIH !

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->