You are on page 1of 23

ILMU-ILMU AL-QURAN

ISRAILIYYAT DALAM
PENTAFSIRAN
AL-QURAN
MUQADDIMAH
 Al-Quran adalah kitab yang agung, bersih dari nilai-nilai cemar yang
mengoyak kejelasan risalah suci yang terkandung di dalamnya. Al-Quran
bukannya buku atau majalah lucu, yang membawa watak khayal dan lucu. Al-
Quran adalah risalah Allah untuk umat manusia.

 Namun kesilapan dan kurang memahami manhaj ilmu dengan baik telah
menjerumuskan sebahagian penulis, pengarang dan penceramah agama ke
lembah kekarutan dalam menggambarkan watak-watak cerita di dalam al-
Quran. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat satu gerak
kerja bertujuan membersihkan anasir-anasir cemar ini di dalam pemikiran
umat Islam.
 Hakikatnya, entah berapa ribu bentuk dan gaya bercerita yang membabitkan
para anbiya’ dan solihin yang telah dicemarkan dengan kejahilan yang
bercampur dengan riwayat Israiliyyat. Maka bergabunglah rekaan pengarang
atau ustaz dengan rekaan Yahudi di dalam buku, karya atau kuliah agama.
Watak-watak agung yang sebahagian besar mereka disebut di dalam al-Quran
telah diolah dalam bentuk yang menghilangkan nilai perjuangan serta tujuan
kebangkitan mereka.
 Watak-watak mereka dicemari dengan tokok tambah yang akhirnya melucukan
sesiapa yang mendengar kisah mereka. Bahkan wajah cerita mereka kadang-kala
diperlihatkan begitu ‘kartun’ sekali seperti mana sebahagian lidah para pendusta
agama yang mereka-reka kisah Nabi Sulaiman a.s. dan sang kancil, lalu jadilah
cerita ini memenuhi buku-buku jalanan yang mencemar Nabi yang agung itu.

Kisah-Kisah Al-Quran Hilang Fungsi


 Kini, kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi. Ianya
dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah
tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadang-kalanya
memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran.

 Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya


sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak
ditonjolkan oleh al-Quran. Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya semata-mata.
Nabi Yusuf a.s. pula umpamanya, yang berdakwah dalam dan luar penjara kepada
tauhid, yang menduduki kerusi kewangan negara dan mentadbir dengan keadilan
dan kebijaksanaan, hilang ditelan kisah kekacakannya sahaja. Lebih malang lagi,
ada yang membuat petua-petua untuk kacak atau cantik dan berseri dengan
jampi-jampi yang menyebut nama Nabi Yusuf. Seolah-olah kisahnya di dalam al-
Quran itu khas untuk mak andam
 Nabi Nuh a.s. pula, telah berdakwah dengan tidak putus asa kepada kepada tauhid
dalam tempoh yang panjang, bersama dengan pengorbanan dan kesabaran, ini
semua hilang dari pemikiran sebahagian umat. Bahkan ada yang hanya
mengenang Nabi Nuh a.s. dengan menyedia bubur asyura, dengan dakwaan palsu
bahawa demikianlah bubur Nabi Nuh a.s. ketika di dalam kapal.
 Seakan-akan Nabi Nuh a.s. itu datang hanya sebagai pemberi resipi khayalan
tersebut. Maka robohlah keagungan anbiya ditelan kedangkalan kita terhadap
tujuan kedatangan dan pengutusan mereka. Ini semua kadang-kala menjadikan
generasi moden yang kurang faham terhadap agama bertambah keliru dan
akhirnya mungkin menganggap agama sebagai dongengan semata.
 Sebenarnya, dalam al-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan.
Namun al-Quran bukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita
tanpa arah tuju yang jelas.
 Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mu’jizah al-
Kubra, al-Quran :
Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-
riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya,
kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa
pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan
kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan
hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para
penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari
peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan
semata”.22
 Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mu’jizah al-
Kubra, al-Quran :
Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah
yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran
adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan
bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat
pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang
oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah
untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari
dan bacaan semata”.22

 Kata Abu Syahbah : “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul”
(Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al- Tafasir. m.s 305)

 Seorang tafsir yang terkenal Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi : “Telah berlaku
kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah daripada kalangan
Muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun
dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan
lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka mempersembahkan kepada para
pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai-bagai pendapat, kisah, riwayat
dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih daripada kisah-kisah karut, batil, palsu
yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah
al-israiliyyat dan kisah-kisah ahli kitab”.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Ma‘a
Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31)
DEFINISI ISRAILIYYAT
 Hussin al-Dhahabi (al-Israilyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith): Cerita yang diambil
dari sumber Bani Israil. Ia adalah kata jamak dari Israiliyyah dan merupakan
nisbah kepada keturunan Yaakub dan Ishak bin Ibrahim yang mempunyai 12
keturunan.
 Hussin al-Dhahabi (Tafsir Mufassirun) : Perkataan Israiliyyat digunakan
kerana berdasarkan kebiasaan dan dominannya penglibatan orang Yahudi
dalam menyebarluas berita-berita palsu berbanding kaum lain.
 Solah Khalidi (al-Israiliyyat Mu’asarah) : Istilah yang digunakan oleh orang
Islam terhadap sebarang perkhabaran, kisah-kisah dan periwayatan yang tidak
benar yang didapati, dicipta dan disebarluas oleh Bani Israel. Dalam konteks
kontemporari : Ia merangkumi usaha-usaha tidak baik yang direkacipta
seperti cerita karut-marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan shubhah yang
dilakukan oleh musuh-musuh Islam di kalangan kaum Yahudi, Nasrani dan
Parsi dan Rumawi dan sebagainya yang dicampuradukkan ke dalam Tafsir dan
Hadith.
 Abdul Wahab Fa’ied (al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim) : Dinisbahkan
pada Bani Israel yang dinasabkan pada anak-anak Nabi Yaakub a.s dan
seluruh keturunannya sehingga zaman Nabi Musa a.s dan seterusnya
sehingga zaman Nabi Isa a.s.
 Dr. Muhamad bin Muhammad Abu Shahbah (al-Israiliyyat wa al-
Mawdu’at fi Kurub al-Tafsir: (Tambahan) Beliau menyatakan bahawa
unsur-unsur tidak baik yang dibawa oleh laum Nabi Isa (Masihi) dan
kaum Nasrani sangat sedikit juka dibandingkan dengan kaum Bani Israil.
FAKTOR KEMASUKAN ISRAILIYYAT

1. Sikap para sahabat dan Tabiian dalam membuat


pendirian tentang Israiliyyat.
2. Kemasukan para penganut agama lain terutamanya
golongan Yahudi dan Nasrani ke dalam agama
Islam yang bermotif jahat.
3. Asimilasi dan perkongsian ilmu dalam masyarakat
hasil dari pertembungan tamadun dan keilmuan.
Pembahagian Israiliyyat
 Merujuk kepada pembahagian ulamak iaitu Syeikh al-Islam Ibnu
Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam
Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian:

 Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber
Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang
menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

 Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah


as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat
 dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

 Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya  (maskut


anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota
lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.
HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILIYYAT
Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.

 Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis
nabi S.A.W:
    ‫ الينا‬ ‫ انزل‬ ‫ وما‬ ‫ باهلل‬ ‫ آمنا‬ ‫ وقو لوا‬,‫ تكذبوهم‬ ‫ و ال‬ ‫ الكتا ب‬ ‫ أهل‬ ‫وال تصد قوا‬

 Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai
mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada
kami...” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)
 Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli
Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir
dan hadis, muka surat 55-56).

 Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis Nabi
S.A.W:

‫ النار‬ ‫ من‬ ‫ فليتبوأ مقعده‬ ‫ متعمدا‬ ‫ كذب على‬ ‫ ومن‬,‫ ال حرج‬ ‫ بنى اسرائيل‬ ‫ عن‬ ‫ وحدثوا‬ ,‫ آية‬ ‫بلغوا عنى ولو‬.

 Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani


Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka
hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis
Nombar 3461)
 Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing
tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat
disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan


cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan
keharusan merujuk  kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-
Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak


bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada
apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan
statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada
petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh


diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan
dengan disebut kebatilannya.    
KAEDAH MENGECAM ISRAILIYYAAT
Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah
riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Namun antara cara yang boleh
dijadikan panduan ialah (lihat, Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis
Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah) :

Pertama: Pengamatan sanad


1. Rijaal / perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti
Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin
Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab
Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah,
al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan
tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih.

2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang


disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat.

3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf”


kepada sahabat, bukan “marfu’” kepada Nabi S.A.W.
Kedua: Pengamatan matan
1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul
kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan
bumi serta cerita ‫ت‬
“ ‫”ا لجو‬

2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak


dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam
syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

4. Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita  salah


seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh
selama seratus tahun, dibawanya kesana kemari sehingga Allah
menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan
jenazah saudaranya itu.

5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-


Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut
bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari
azab banjir besar.
6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi  kesucian
“`ashamah” para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan
nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat
paling kritikal iaitu menangggalkan seluar.

7.  Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita


gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak “jabbaarin”.

8.  Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang


menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau
empat belas ribu.

9.  Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota


lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan
sebagainya.

10.Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari


sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.

11.Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang


menjelaskan bahawa ia dianggap lemah.
Ketiga: merujuk kepada ulamak

Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti:


1. Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i Wan Nihal.

2. At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan


Tarikhul Umami Wal Muluk.

3. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-


Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih.

4. Al Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan
Nihayah.

5. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam   Al-Israiliyyaat Fit Tafsir


Wal Hadits   dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun.

6. Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi


Kutubit. Tafsir.

7. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’.


 Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi

Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak


bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang
termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk
melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisannya
ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan
Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber
berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu
riwayat Israiliyyaat.

 Sumber-sumber Yahudi seperti berikut :


1. Kitab Taurat.
2. Talmud.
3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.

 Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani


yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam
sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi
sendiri.
PENSEJARAHAN ISRAILIYYAT ZAMAN NABI SAW
Orang Yahudi dan Nasrani banyak ilmu tentang Agama
kerana Kitab Taurat dan Injil yang ada pada mereka.

Kerajaan Islam Madinah terdapat beberapa penempatan


Yahudi seperti Bani Qainuqa’, Quraizah, Nadhir, Khaibar,
Tayma’ dan Fadak. Justeru, terdapat petukaran ilmu dan
maklumat.

Yahudi telah lantik Nabi sebagai Hakim sebagai rujukan


dengan pelbagai tujuan antaranya ialah permainkan,
prdebatan, melemahkan atau menguji tentang kebenaran
kenabiannya.
ZAMAN SAHABAT

Sahabat mula mencari pemahaman sesuatu ayat secara


mendalam tentang kisah-kisah dalam al-Quran.

Mereka telah banyak merujuk pada para sahabat dari


orang-orang Yahudi yang telah masuk Islam seperti Ka’ab
bin Akhbar, Wahab bin Munabbih dan Abdullah bin
Salam.

Mereka telah menukilkan apa yang mereka telah perolehi


dalam kitab Taurat dan tambahannya.

Ibn Abbas juga didapati banyak bersama Kaab dalam hal


ini.
ZAMAN TABI’IN

 Tabi’in banyak merujuk kepada Ibn Juraij dalam menafsirkan ayat al-
Quran dalam memahami kisah al-Quran.

 Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif


disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang
agak luar biasa.

 Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius


dengan munculnya golongan  “‫(”ا لقصّاص‬al-Qassas) iaitu penyampai
cerita yang tidak bertanggungjawab.

 Tujuan asal para sahabat pada awalnya seperti Abdullah bin Umar
meriwayatkan untuk menguatkan keterangan dalam menentang
Yahudi dan Nasrani, bukan untuk menambah atau mengubah ayat al-
Quran. Namun yang dikesali ialah unsur Israilyyat ini telah berpindah
dari fungsi ijtihad kepada maksud ta’wil, takhrij dan tafsir dan
memalingkan pemahaman ayat kepada makna lain.
Maka dengan ini terbukalah pintu bagi pengkritik Islam
merosakkan makna-makna al-Quran seperti Yuhanna al-
Dimisyqi (Nasrani)

Beliau telah meriwayatkan tentang keinginan Nabi


memperisterikan Zainab kerana melihat Zainab dalam keadaan
yang menghairahkan.

Perkara ini telah meresap dalam Tafsir al-Quran seperti yang


telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari.
Tabi’in juga terlibat dalam mendalami unsur Israiliyyat dan
Nasraniyyat. Kebanyakan mereka memasukkan kisah-kisah ini
dalam riwayat mereka tanpa mengkajinya terkebih dahulu.

Sebenarnya ini berpunca daripada sikap para Mufassir yang


terlalu berbaik sangka pada golongan ahli kitab yang telah
masuk Islam.
KISAH-KISAH ISRAILIYYAT
1. Harut dan Marut
2. Dawud bunuh Jalut/Talut
3. Bina al-Ka’bah
4. Al-Masukh
5. Tabut
6. Kejadian Nabi Adam a.s
7. Golongan Jabbarin
8. Hidangan dari langit utk Gol. Al-Hawariyyun
9. Musa melihat Tuhan
10. Alwah al-Tawrat
14. Kisah Nabi Idris a.s
15. Kisah Nabi Zulkifli dan Yahya dibunuh.
16. Nabi Sulaiman dengan Binatang dan Jin
17. Lembu Samiri
18. Asal kejadian alam
19. Godaan pada Nabi Yusuf
20. Dan sebagainya….
KITAB TAFSIR YANG ADA UNSUR CERITA
ISRAILIYYAT
1. Tafsir al-Kabir : Maqatil bin Sulayman
2. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an : Ibn Jarir al-Tabari
3. Al-Kasysyaf wa al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an : al-Tha’labi
4. Ma’alim al-Tanzil : al-Baghawi
5. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-Aziz : Ibn
‘Atiyyah
6. Al-Kasysyaf ‘An al-Haqaiq al-Tanzil wa Uyun al-’Aqawil
fi Wujuh al-Takwil : al-Zamakhsyari
7. Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani al-Tanzil : al-Khazin.
8. Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an wa Sab’ al-Mathani :
al-Alusi
9. Dan sebagainya ….
KESIMPULAN
 Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan
Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga
mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis.
 Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui
pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap
Israiliyyaat.
 Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa
bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam.
 Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah
diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita
diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak
memberi faedah.
 Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat
Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik
yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran. 

You might also like