You are on page 1of 8

1.0 Pengenalan.

Zaman Barok (1600-1750) juga dikenali sebagai zaman pergolakan dalam politik, sains
dan kesenian dalam masyarakat Eropah Barat. Zaman ini berlangsung selama lebih
daripada satu kurun. Pada zaman ini juga telah menghasilkan antara komposer-komposer
yang paling terrenal dalam era muzik klasik barat. Muzik zaman ini lebih bersemangat
dan merdu. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap
didengar.

Zaman ini juga merupakan pertembungan agama antara puak Protestants dan Katholik.
Era ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan kelas pertengahan. Penghasilan
muzik bermula di rumah, gereja dan universiti, dikenali sebagai collegium musicum yang
sehingga kini masih berfungsi di kebanyakan kampus. Istilah ‛baroque’ didapati daripada
perkataan Portugis iaitu ‛barroco’.

Peralihan zaman Renaissance ke zaman Barok membawa banyak perubahan dalam aspek
muzikal. Kecenderungan minat pencipta muzik beralih daripada tekstur poliponi kepada
tekstur homoponi. Era Barok memperkenalkan gaya baru – monody, iaitu nyanyian solo
dengan iringan alat muzik instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis, dan
pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama
muzikal Greek kuno. Ahli-ahli Camerata begitu berminat membincangkan tentang le
nouve musiche (the new music) yang lebih berstail ekspresif. Ahli-ahli Camerata
menyedari bahawa stail ini bukan sahaja sesuai untuk puisi yang pendek, malah berkesan
digunakan pada keseluruhan drama. Dengan itu, terhasillah satu seni muzikal yang
penting iaitu muzik opera.

Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik semestinya menyentuh


perasaan seseorang pendengar. Muzik haruslah mempunyai unsur emosi emosi yang
dapat menarik perhatian pendengar. Idea ini terhasil daripada Zaman Barok iaitu Zaman
Renaissance. Falsafah utama Zaman Renaissance ialah “muzik hádala alat komunikasi
yang Sangay penting dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi kepada
pendengar”. Falsafah ini telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 1


Dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroklah yang mempunyai unsur-unsur emosi yang
paling tinggi.

2.0 Ciri-ciri Muzik Zaman Barok

Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yan penting yang membezakankanya


daripada muzik dari zaman lain. Antara cirri-ciri penting adalah:

• hasil karya muzik baroque biasanya bermula dengan satu mud asas yang diulang secara
berterusan sehingga akhir
• bermula dengan satu corak irama yang diulang secara berterusan sehingga akhir lagu
dengan penekanan kepada bit.
• melodi era Baroque adalah berdasarkan satu idea muzik asas yang diulang dan
dipelbagaikan. Idea asas diulang pada pic, sama ada yang lebih tinggi atau rendah. Hiasan
(ornaments) digunakan pada melodi atau not yang panjang. Faktor ini menyebabkan
melodi zaman Baroque susah untuk dinyanyikan dan diingati.
• tonaliti muzik Zaman Baroque adalah dalam nada Major dan nada minor.
• pertukaran dinamik secara mendadak sama ada daripada kuat ke lembut atau sebalik.
‘Terrrace dynamics’ digunakan terutamanya dalam permainan alat harpsikod, organ dan
muzik vokal.
• muzik Baroque kebanyakannya bertekstur polifoni dan homofoni. Dalam harmoni,
penekanan adalah kepada kod dan bes (basso continuo) untuk mengiringi sesuatu karya.
• modulasi dan kod ke-7 diperkenalkan di samping penggunaan kaden perfek  (V-I).
• Jenis muzik vokal era Baroque ialah opera, cantata, oratorio, lied, recitative,dan aria.
• Muzik instrumental pula ialah sonata, suite, dan cancerto. Fugue ditulis untuk kedua-
dua jenis muzik vokal dan instrumental.
• Orkestra era Baroque memberi penekanan lebih kepada alat muzik hapsikod dan alat
muzik seperti cello, double bes, violin, viola dan basun. Alat tiup bras, alat tiup dan
perkusi dipelbagaikan dan digunakan mengikut keperluan sesebuah karya.

3.0 Enam bentuk muzik instrumental pada Zaman Barok.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 2


Dalam genre muzik barat pada Zaman Barok, muzik instrumental amat tekenal dan
diminati. Alat-alat muzik bertali dan tiup kayu digunakan secara meluas dalam ensemble
dan orkestranya. Enam bentuk muzik instrumental yang utama dicipta dan digunakan
pada zaman tersebut ialah :
i. Suite
Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. Ianya
merangkumi beberapa pergerakan. Suite juga merupakan suatu bentuk
kesatuan muzical yang umumnya dipentaskan dengan sekali duduk, pada
zaman perkembanganya dikenal dengan suite saja. Dance suite merupakan
satu set tarian yang populer di abad 17. Biasanya terdiri dari Prelude,
Allemande,Courante, Sarabande, dan Gigue, masing – masing mewakili jenis
tarian dengan irama tertentu.

ii. Sonata
Perkataan ‘Sonata’ adalah merujuk kepada beberapa jenis komposisi muzik
pada Zaman Barok. Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah karya muzik
untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa pergerakan. Sonata juga
biasanya dikategorikan sebagai ‘sonatas da chiesa’ ( sonata untuk gereja) atau
‘sonatas da camera’ ( sonata untuk dewan). Contohnya Sonata for Two
Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan sebagainya.

iii. Theme and Variation


Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian tema ini
akan mempunyai beberapa variasi yang berlaianan.

iv. Concerto
Conserto adalah komposisi muzik instrumental yang digubah untuk satu alat
muzik solo diiringi oleh orkestra. Concerto mengacu pada sebuah pertunjukan
instrument solo dengan iringan sebuah orchestra. Berkembang dengan
beberapa gaya dibawahnya, seperti concerto grosso, iaitu sebuah concerto
kecil yang terdiri atas para solois.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 3


v. Tocata
Tocata adalah merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti
organ dan keyboard. Ia merangkumi satu pergerakan kord yang pendek dan
biasanya akan menonjolkan teknik bermain alat muzik oleh perfomernya.

vi. Fugue
Merupakan komposisi untuk alat muzik yang mempuyai tekstur counterpoint.
Ini bermakna komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang sama
penting yang dimainkan serentak. Irama dan melodi dalam komposisi fugue
adalah lebih ceria dan rancak.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 4


Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 5
Soalan 2 ( b ).

Analisis lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ berdasrkan kepada bentuk, struktur , nada,
tanda masa, corak irama, rentak , tempo dan pergerakan kordnya.

Lagu ini merupakan lagu KBSR tahun 1 dan merupakan lagu ciptaan Minggu Maidir .
Analisis ke atas skor muzik di atas menunjukkan bahawa ia merupakan gubahan yang
terdiri dari 16 bar. Skor lagu ini juga adalam dalam tekstur homofoni dimana satu baris
melodi atau suara nyanyian diiringi oleh lapisan lain yang dimainkan oleh kord-kord
muzik.

Lagu ini adalah dalam nada D minor. Nada ini dapat dipastikan dengan kehadiran tanda
nada Bb dihujung sebelah kiri baluk skor muzik. Kehadiran tandanada Bb dan not
terakhir dalam skor lagu ialah not D dalam skala diatonik jelas menunjukkan nada
melodi ini adalah dalam nada D minor.

Bentuk merujuk kepada tema lagu yang diulang. Bentuk lagu ini adalah dalam bentuk
ABA ( Tenari ). Bentuk ABA atau Tenari adalah merujuk kepada komposisi muzik yang
mempunyai dua bahagian utama iaitu A dan B . Apabila terdapat pengulangan pada angi
bahagian A maka ia dikenali sebagai ABA atau tenari. Bahagian pertama dilabel A dan
bahagian kedua dilabel sebagai B. Dalam skor Lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ ini
bahagian A adalah dari bar 1 sehingga bar ke 4 . Bahagian B pula adalah dari bar 5
sehingga bar 8 dan seterusnya diulangi dengan bahagian AB.
Bentuk A adalah melibatkan dua frasa iaitu
Frasa lagu pertama Lihatlah-lihatlah di langit biru
Frasa lagu ketiga Riangnya-riangnya rasa hatiku ( bentuk yang diulang )
Bentuk B juga melibatkan dua frasa iaitu
Frasa lagu kedua Burung berterbangan berkawan-kawan
Frasa lagu keempat Ingin ku bersama tinggi di awan ( bentuk yang diulang )

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 6


Irama memainkan peranan yang amat penting dalam muzik. Irama meliputi kesemua
aspek yang mempunyai kaitan dengan masa dalam muzik. Irama merangkumi unsur
detik, meter , tempoh masa, tekanan dalam meter, pengumpulan detik dalam bar dan
pengumpulan bar-bar menjadi frasa.
Tanda masa lagu ini adalah dalam tandamasa lazim iaitu meter duaan iaitu dua detik
dalam satu bar. Corak irama yang sesuai dengan lagu ini ini ialah rentak mac. Rentak
mac tekanan terletak pada detik pertama . Tempo yang sesuai untuk lagu ini ialah = 100.

Kord memberikan perasaan yang pelbagai kepada sesebuah karya muzik. Ada kord yang
mudah , komplek, tenang, tegang, cerah dan gelap. Pergerakan kord-kord dalam skor lagu
‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ ialah
kord i – iv – i
V–i-V
i – iv – i
V – i – V– i
Dari pergerakan kord di atas, pergerakan kord frasa yang pertama berulang pada kord
frasa lagu ketiga begitu juga dengan pergerakan kord frasa lagu kedua adalah sama
dengan pergerakan kord frasa lagu yang keempat hanya satu bar yang terakhir sahaja
menggunakan kord yang berlainan kerana ia mengakhiri melodi 16 bar tersebut. Dalam
melodi ‘Ingin Jadi Seperti Burung’ kaden perfek digunakan kerana ia berakhir dengan
kord V – i dalam nada D minor.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 7


Bibliografi

1. Pravina Manoharan, Kamarudin Ahmad, Mohd Azam Sulong, Janet Tan Goon
Hong, (2010) . HBMS3404 Teknologi dan Alat Muzik. Kuala Lumpur: Open
Universiti Malaysia.

2. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan, (2010)


HBMS3103 Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

3. Pravina Manoharan (2009) HBMS2103 Pengajaran Muzik 2. Kuala Lumpur :


Open Universiti Malaysia.

4. Mohd Azam Sulong, Ghazali Abdul Ghani, Mahayuddin Abdul Rahim, Mohd
Niam Haji Hasrifan . (2009) HBM2203 Pengajaran Muzik III. Kuala Lumpur :
Open Universiti Malaysia.

5. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

6. HBMS1103 Pengenalan Pendidikan Muzik . Kuala Lumpur : Open Universiti


Malaysia.C. H. Lee ( 2004 ). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 1. Seberang Prai ,
Penang : Rhytham.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 8

You might also like