You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN


PENGAWAS PUSAT SUMBER
SMK SEKSYEN 7, SHAH ALAM

1.0 Pendahuluan

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber akan diadakan pada 30 Oktober 2010
iaitu pada hari Jumaat. Lokasi majlis ini diadakan pada tahun ini ialah di INTEKMA Resort
Shah Alam. Tujuan majlis ini diadakan di lokasi pilihan ini ialah untuk aktiviti makan-makan
dan aktiviti sukaneka. Di samping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah kepada guru
serta pengawas cemerlang dan aktiviti ‘lucky draw’untuk memeriahkan majlis kami.

2.0 Objektif

2.1 Menghargai jasa guru Pusat Sumber yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga
dan fikiran kepada Pusat Sumber.
2.2 Mengiktiraf pengawas Pusat Sumber yang cemerlang dari segi bersikap
bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.
2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas Pusat Sumber
untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan
bertanggungjawab.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.
2.5 Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan dengan menyertai aktiviti
sukaneka yang diadakan.

3.0 Aturcara Program

2.30 ptg : Kehadiran guru-guru dan pelajar.


3.00 ptg : Majlis bermula
 Kata alu-aluan pengerusi majlis
 Bacaan doa selamat
 Ucapan Ketua Pengawas
 Ucapan Pengetua dan perasmian majlis
 Penyampaian hadiah
3.30 ptg : Makan, sukaneka dan lucky draw
6.00 ptg : Majlis Bersurai

4.0 Ahli Jawatankuasa Kerja

Penasihat : Pn Hjh Salehah binti Mohd Amin


En Abdul Ghaffar bin Bakar
Pn Hjh Rohana binti Mat Sah
En. Safiruddin b. Saud
Penyelaras : Pn Khasanah binti Saroh
Pn Hjh Norshimah binti Salleh
Pn Che Sapora binti Ibrahim
YM Raja Arbaiyah bt Raja Abdullah
Pengerusi : Pn. Hana binti Zaaba
Setiausaha : Cik Ni’mazakirah binti Ab Rahman
Bendahari : Pn. Norazah binti Azis
Buku program : Cik Nurul Aifaa binti Ahmad Badar
Jemputan : Pn. Norhayati binti Dollah
Pn Rodziah binti Idris
Hadiah/sumbangan
: Pn. Norazah Azis
Pn Maria binti Zainuddin `

Juruacara : Pn. Nik Noor Samihah (trainer pelajar)


Sijil dan hadiah cemerlang
: Pn Noorhasliza binti Hamid
Pn Roziana
Pn Nuridzan binti Mujari
Persembahan/permainan
: Cik Hadibah binti Daut
Pn Azamuchlisa Azura binti Adam
Pengawas PSS
Makanan dan persiapan tempat
: Pn Siti Farhanah binti Rozali
Pn Razlina binti Razali
Kebersihan : Pn Hayati binti Zakaria
Pn Noorzilawati Mohamed Isa
Che Normala binti Jaafar
Semua guru-guru PSS
Pendaftaran : Pn. Rusenani binti Awang
Cik Saadatun Abd Ghani
Pengangkutan dan keselamatan pelajar
: Pn Hamidah binti Yusoff
Cik Shamilah
Dokumentasi : Pn Sueria Asyrien
Pn Hawa Norfaniza binti Ahmad
Fotografi : Cik Ni’mazakirah binti Ab Rahman

5.0 Perbelanjaan Majlis

1. Anugerah pengawas cemerlang : RM 100.00


2. Permainan / Sukaneka : RM 700.00
4. Pengurusan : RM 200.00
5. Makanan ( 80 X RM45 ) : RM3600.00
6. Door Gift : RM 500.00
7. Lain-lain : RM1600.00
Jumlah RM 5700.00

6.0 Sumber Kewangan

Disebabkan Pusat Sumber tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi maka Pusat
Sumber telah memohon bantuan kewangan daripada badan-badan kerajaan, pihak swasta dan
individu yang sudi memberi sumbangan secara ikhlas kepada kami bagi menjayakan majlis
ini.
7.0 Penutup

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis perpisahan
kepada pengawas-pengawas pusat sumber yang akan tamat pengajian pada tahun ini. Di
samping memberi anugerah kepada guru dan pengawas yang cemerlang pada tahun ini.
Segala usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, 5 Oktober 2010

__________________________
(HANA BINTI ZAABA)
Guru Perpustakaan dan Media,
SMK Seksyen 7, Shah Alam

Disahkan oleh,

__________________________
(PN HJH SALEHAH BINTI MOHD AMIN)
Pengetua,
SMK Seksyen 7, Shah Alam.

You might also like