You are on page 1of 38

PENGURUSAN STOK DAN PENYENGGARAAN

PENYENGGARAAN ALAT DAN MESIN


Tukul
Digunakan untuk mengetuk, membentuk, meratakan
logam dan untuk kerja-kerja am, tukul terbahagi
kepada dua kategori iaitu tukul besi dan gandin.

Penyenggaraan tukul
1. Hendaklah digunakan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan.
2. Jangan mengumpil sesuatu bahan dengan menggunakan bahagian
batang tukul.
3. Gunakan bahagian kepala dan muka semasa menukul sesuatu bahan.
4. Bahagian muka dan kepala hendaklah sentiasa berada dalam keadaan
yang baik dan selamat digunakan.
5. Tukul juga hendaklah sentiasa diletakkan di atas meja kerja semasa kerja
dijalankan.
6. Jangan meletakkan tukul di atas lantai bagi mengelakkan kemalangan.
7. Minyakkan kepala tukul sebelum menyimpannya bagi mengelakkan
daripada berkarat.
Kikir

diperbuat daripada keluli memotong, menipiskan


bermutu tinggi. dan melicinkan
permukaan logam

Penyenggaraan kikir
1. Gunakan berus kikir untuk membersihkan permukaan kikir.
2. Jangan menggunakan kikir sebagai penukul.
3. Asingkan peralatan lain dengan kikir bagi mengelakkan kerosakan
pada gigi kikir
Pahat

dua jenis pahat iaitu pahat


sejuk dan pahat panas.
memotong atau
menarah logam serta
membuang kepala
rivet.

Penyenggaraan pahat
1. Pastikan sudut mata pemotong pahat adalah betul.
2. Jangan menggunakan pahat sebagai penukul.
3. Jangan mencampakkan pahat kerana is boleh merosakkan mata
pemotong.
4. Kepala pahat yang berbentuk cendawan perlu dicanai bagi
mengelakkan serpihan gerigis daripada termasuk ke dalam
mata.
Gergaji besi
Terdapat dua jenis
bingkai tetap dan
digunakan untuk
bingkai boleh
memotong atau
laras.
membuang lebihan
logam.
Bingkai boleh
Bingkai tetap tidak laras boleh
boleh diubah diubah
panjangnya dan panjangnya dan
digunakan untuk sesuai digunakan
ukuran panjang bagi sebarang
gergaji yang ukuran panjang
terhad sahaja. gergaji.

Penyenggaraan gergaji
1. Pemasangan mata gergaji mestilah diarahkan ke hadapan.
2. Ketatkan nat kepak untuk menegangkan mata gergaji.
Penebuk pusat

menanda permukaan Menanda pusat bulatan.


logam sebelum kerja
menggerudi.

Penyenggaraan penebuk pusat


1. Penebuk pusat perlu disenggara agar matanya sentiasa tajam pada
sudut yang ditetapkan.
2. Hujung mata penebuk pusat biasanya bersudut 60° atau 90°.
3. Mata yang bersudut 60° digunakan untuk menanda kekal,
sementara mata yang bersudut 90° pula adalah untuk menanda
pusat bulatan.
Ragum meja

alas yang digunakan untuk


mencengkam benda kerja,
pelbagai jenis kerja seperti
menggergaji, mengikir,
menggerudi, menggilap,
membengkok, memasang dan
sebagainya.

Penyenggaraan ragum meja


1. Bersihkan ragum selepas digunakan.
2. Minyakkan ragum bagi mengelakkannya daripada berkarat.
3. Jangan gunakan ragum sebagai bahan pengalas untuk mengetuk bahan
logam.
4. Elak melakukan kerja-kerja kimpalan pada bahagian ragum kerana
fungsinya akan rosak.
Mesin Pelipat

melipat logam nipis, dapat


menghasilkan lipatan yang
kemas, dan dapat membuat
lipatan pelbagai sudut
dengan tepat.

Penyenggaraan mesin pelipat


1. Jangan lipat kepingan logam yang tebalnya melebihi daripada ukuran
yang ditentukan oleh pembuatnya.
2. Penahan 45° dan 90° digunakan untuk mengehadkan sudut lipatan.
3. Minyakkan bilah-bilah yang terdapat pada mesin pelipat bagi
mengelakkannya daripada berkarat.
Mesin Penggulung

membentuk kepingan
logam menjadi silinder atau
kon.

Penyenggaraan mesin penggulung


1. Jangan menukul pada bahagian penggulung kerana ini akan
merosakkan permukaannya.
2. Gunakan lurch yang terdapat pada hujung penggulung untuk
menggulung dawai.
3. Minyakkan semua penggulung untuk mengelakkannya daripada
berkarat.
Mesin Canai

memotong atau mengurangkan


ketebalan logam dengan melakukan
proses pencanaian.

Penyenggaraan mesin canai


1. Pastikan bahagian utama mesin canai berada dalam keadaan balk.
2. Tukar piring canai apabila ianya telah haus.
3. Gunakan penyagat untuk meratakan permukaan piring canai.
Mesin Gerudi

Mesin gerudi mudah alih


digunakan untuk kerja ringan serta
mudah dikendalikan manakala
mesin gerudi meja adalah untuk
kerja-kerja am.

Penyenggaraan mesin gerudi


1. Mesin gerudi meja hanya berupaya menggerudi lubang
berdiameter sehingga 13 mm sahaja.
2. Minyakkan meja pelantar kerja untuk mencegah karat.
3. Bersihkan semua tatal yang terdapat pada mesin gerudi meja.
4. Pengunci bindu digunakan untuk mengetatkan bindu.
Mesin Pericih

dua jenis iaitu mesin pericih tuas


tangan dan mesin pericih
kepersegian, yang digerakkan dengan
sistem tuil. Ini membolehkannya
memotong kepingan logam sehingga
ketebalan 9.0 mm.

Penyenggaraan mesin pericih tuas tangan


1. Minyakkan bilah pemotong bagi mengelakkannya daripada berkarat.
2. Gunakan lubang pemotongan rod untuk memotong dawai.
3. Jangan memotong rod dawai pada bilah pemotong. Ini akan
merosakkannya.
Penyenggaraan mesin pericih kepersegian
1. Jangan letakkan alat-alat seperti pembaris, jangka, dan penggarit di atas
mesin.
2. Jangan potong dawai menggunakan bilah pemotong.
3. Bersihkan dan minyakkan selepas digunakan.
Cara penyimpanan alat tangan
PERALATAN KIMPALAN ARKA DAN GAS

A. ALAT TANGAN

1. Tukul 2. Playar 3. Berus dawai

B. ALATAN MENANDA

1. Penggarit 2. Penebuk pusat 3. Penebuk titik


1. Tukul
besi gandin

- Diperbuat
daripada
keluli yang
dikeraskan
muka dan - Diperbuat
bonggolnya. daripada kayu
pelbagai saiz dan
dan bentuk digunakan
untuk kerja
tukul bonggol membentuk
bulat dan tukul kepingan
serpihan. logam.

Cara menjaga dan menyimpan tukul


•bersihkan selepas digunakan.
•Simpan pada panel alat atau laci
2. Playar

untuk memegang benda


kerja terutama yang
Playar gabung panas dalam kerja Playar cengkam
kimpalan arka atau ragum
oksiasetilena.

Cara menjaga dan menyimpan playar


1. Bersihkan playar setiap kali selepas digunakan dan simpan pada
panel alat atau laci.
2. Jangan gunakan playar sebagai tukul.
3. Minyakkan bahagian yang bergerak pada playar selepas
digunakan.
3. Berus dawai
Jenis-Jenis berus dawai:
1. Keluli lembut
2. Keluli kalis karat
3. Loyang

Berus dawai digunakan untuk


membersihkan logam sebelum dan Berus dawai hendaklah dibersih
selepas dikimpal. Berus dawai juga dan disimpan pada panel alat
boleh digunakan untuk membersihkan selepas digunakan.
kikir.
1. Penggarit

Penggarit digunakan untuk membuat garisan pada permukaan


logam. Hujung yang bengkok digunakan pada bahagian yang sukar
dilakukan oleh hujung yang lurus. Penggarit diperbuat daripada
keluli berkarbon tinggi.
2. Penebuk pusat

Penebuk pusat digunakan untuk menanda permukaan logam sebelum


kerja menggerudi atau menanda pusat bulatan. la diperbuat daripada
keluli terkeras dan hujungnya mempunyai sudut 60° atau 90°. Mata
bersudut 60° digunakan untuk menanda kekal manakala sudut 90° untuk
menanda pusat bulatan.
3. Penebuk titik

Penebuk titik digunakan untuk menanda


pada garisan atau lengkok. Hujungnya
mempunyai sudut 30°.

alat menanda hendaklah dibersih dan disimpan


pada panel alat atau laci selepas digunakan.
PERALATAN KIMPALAN ARKA DAN GAS

C. ALAT MENGUKUR

1. Pembaris keluli 2. Pita ukur 3. Angkup vernier

D. ALATAN MEMOTONG

1. Gergaji besi 2. Kikir 3. Pahat

B. ALATAN MENGUJI
1. Sesiku L 4. Angkup dalam

2. Sesiku bergabung 3. Angkup luar


C. ALAT MENGUKUR

1. Pembaris keluli

mengukur jarak, menguji


Diperbuat dari keluli kalis karat.
kerataan benda kerja dan
membuat garisan lurus.
C. ALAT MENGUKUR

2. Pita ukur

Pita ukur digunakan untuk mengukur benda kerja yang panjang di mana
pembaris keluli tidak dapat digunakan
C. ALAT MENGUKUR

3. Angkup vernier

Angkup vernier merupakan alas


mengukur yang mempunyai
ketepatan yang jitu.
la digunakan untuk mengukur
ketebalan logam, diameter luar,
diameter dalam., mengukur jarak
dan kedalaman lubang.

Alat mengukur hendaklah dibersih dan disimpan pada panel alai atau laci
selepas digunakan.
D. ALATAN MEMOTONG

1. Gergaji besi

memotong atau membuang lebihan logam

Saiz mata gergaji


Panjang bilah gergaji besi ialah 8, 10 dan 12 inci. Mata gergaji besi
Pula mempunyai 18, 24 atau 32 gigi bagi setiap seinci panjang (25.4 mm).
Kaedah Penggunaan
Langkah 1:
Pilih mata gergaji yang bersesuaian dengan
logam yang hendak dipotong. Pastikan
sekurang-kurangnya tiga gigi gergaji besi
menyentuh pada permukaan yang hendak
dipotong.

Langkah 2:
Pasangkan bilah mata gergaji dengan betul.
Mata gergaji mestilah diarahkan ke
hadapan.

Langkah 3:
Pastikan benda kerja diapit dengan kuat
pada ragum meja sebelum kerja menggergaji
dilakukan.
Langkah 4:
Pegang gergaji besi dengan cara yang betul. Sebelah tangan memegang
pada pemegang dan sebelah tangan lagi pada hujung bingkai.

Langkah 5:
Daya diperlukan semasa menyorong gergaji kerana gigi gergaji
memotong benda kerja semasa disorongkan ke hadapan. Gergaji besi
hendaklah dibersihkan dan disimpan pada panel alat atau laci
selepas digunakan.
2. Kikir

Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu
tinggi. Ianya digunakan untuk memotong, menipis dan melicinkan
permukaan logam atau bahan-bahan lain.
Kaedah Penggunaan
Langkah 1:
Apit benda kerja pada ragum meja dengan betul dan kuat

Langkah 2:
Pilih jenis kikir yang sesuai dengan benda kerja yang hendak dikikir
Langkah 3:
Pegang kikir dengan cara yang betul. Pegang hulu kikir dengan ibu jari berada di
atas manakata sebelah tangan lagi memegang hujung kikir.
Langkah 4:
Kikir benda kerja berdasarkan rajah-rajah di bawah.
Menyenggara dan menjaga kikir
a) Kikir mestilah dibersihkan dan disimpan pada panel
alas atau laci selepas digunakan.
b) Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir.
c) Jangan menggunakan kikir sebagai penukul.
d) Elakkan kikir daripada terkena air kerana ia akan
mudah berkarat.
e) Jangan minyakkan kikir kerana ia mudah tergelincir
semasa mengikir
3. Pahat

Pahat ialah alat tangan yang selalu digunakan untuk


memotong, menarah logam atau membuang kepala rivet.
Terdapat dug Jens pahat iaitu pahat sejuk dan pahat panas.
Pahat rata adalah merupakan pahat sejuk yang biasa
digunakan untuk kerja-kerja kimpalan.

Penyenggaraan dan penggunaan pahat


Pahat hendaklah dibersihkan dan disimpan pada panel alat atau laci
selepas digunakan.
B. ALATAN MENGUJI
1. Sesiku L
Sesiku L ialah alat tangan yang digunakan untuk
menguji sudut 90°, menanda garisan dan menguji
kerataan permukaan logam.
2. Sesiku bergabung
Sesiku bergabung ialah alat tangan yang digunakan untuk menanda,
menguji sudut 45° dan 90°, mengukur kedalaman lubang dan
membantu membuat garisan selari pada logam.

Rajah 2.36: Penggunaan sesiku bergabung


Angkup luar

Angkup luar digunakan untuk mengukur dan menguji diameter luar.


Angkup dalam

Angkup dalam digunakan untuk mengukur dan menguji diameter


dalam paip dan lubang

Kaedah yang betul menggunakan angkup:


1. Pegang angkup berhampiran dengan sendi.
2. Jangan mengukur benda kerja yang sedang bergerak.
3. Bersihkan angkup dan letakkan pada panel alai atau laci selepas digunakan.

You might also like