You are on page 1of 4

KULIAH 11

CANTUMAN TANAH
Ianya bermaksud bahawa dua atau lebih lot-lot yang berhakmilik berasingan
dan terletak sebelah menyebelah dicantum menjadi satu hakmilik. Untuk
tujuan maksud terletak bersebelahan, mana-mana dua lot atau lebih, ialah
sekiranya lot-lot tersebut mempunyai mana-mana sempadan sepunya.
Cantuman tidak boleh dilakukan sekiranya tidak terletak dalam Bandar,
Pekan atau Mukim yang sama. Begitu juga bagi lot yang dipegang di bawah
hakmilik Pejabat Tanah tidak boleh dicantumkan dengan lot yang dipegang
di bawah hakmilik Pendaftar.

PIHAK BERKUASA YANG BOLEH MELULUSKAN


Mengikut Seksyen 146(2) Kanun Tanah Negara kelulusan cantuman
diberikan oleh Pihak Pengarah Tanah untuk lot-lot yang dipegang di bawah
hakmilik Pendaftar manakala Pentadbir boleh meluluskan cantuman bagi lot-
lot di bawah hakmilik Pejabat Tanah dengan syarat kelulusan lot-lot yang
dicantum tidak melebih 10 ekar.

Walau bagaimanapun pada hakikatnya dalam kebanyakkan negeri pihak


yang diberikan kuasa untuk meluluskan cantuman terletak pada bidang kuasa
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN (EXCO).

SYARAT-SYARAT UNTUK KELULUSAN

1 Tiada halangan mengikut Sekseyn 147(1); Seksyen 136(1) Kanun


Tanah Negara - tiada terdapat syarat nyata yang menghalang
cantuman.

2 Tiada halangan dari mana-mana akta atau undang-undang bertulis


yang dengan nyata menghalang cantuman dari dibenarkan.
Contohnya di Terengganu, Terengganu Malays Reservation
Enactment No. 17, Seksyen 10 yang menyatakan bahawa tiada
pegangan Melayu yang boleh dicantum untuk menjadi satu pegangan
yang melebihi 10 ekar dalam keluasannya. Oleh itu sekiranya ada
permohonan untuk mencantumkan tanah rizab Melayu di Terengganu
dan keluasan keseluruhan cantuman itu melebihi 10 ekar maka ianya
tidak diluluskan.

3 Kelulusan dari pihak Kerajaan Tempatan. Oleh kerana itu kelulusan


dari pihak Kerajaan Tempatan (yang juga pihak Perancang) adalah
perlu sebelum cantuman dapat diluluskan. Semua cantuman dalam
kawasan Kerajaan Tempatan hendaklah mengikut pelan-pelan yang
telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Tempatan.

4 Semua fees dan hasil yang perlu dikutip tidak mempunyai tunggakan.
Kelulusan tidak dapat diberikan sekiranya hasil yang tertunggak tidak
dijelaskan.
5 Sekiranya tanah tersebu digadai, pajak atau lien maka pihak-pihak
yang mempunyai kepentingan perlu memberi kebenaran. Tanpa
kebenaran bertulis cantuman ini tidak dapat diluluskan.

6 Kelulusan untuk cantuman juga bergantung kepada syarat-syarat


keluasan minima. Oleh itu dalam tanah-tanah yang dicantum untuk
tujuan pertanian maka ianya perlulah mematuhi syarat-syarat bahawa
keluasan minima adalah 1 ekar. Sekiranya keluasan selepas lot-lot
dicantum kurang dari 1 ekar yang mana syarat tujuannya adalah
untuk pertanian maka ianya tidak dibenarkan.

Namun untuk tanah-tanah yang tidak disyaratkan pertanian maka


keluasan minima adalah mengikut keluasan minima yang ditetapkan
oleh Kerajaan Tempatan (selaku pihak perancang).

KUASA PIHAK BERKUASA


Pihak Berkuasa dapat membenarkan cantuman atas perkara seperti berikut:

(i) Cantuman untuk tanah-tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang


melebihi keluasannya 10 ekar.

(ii) Cantuman untuk tanah-tanah yang dipegang sebahagian hakmilik


Pejabat Tanah dan sebahagian lagi hakmilik Pendaftar.

(iii) Di mana terdapat perbezaan-perbezaan di antara lot-lot yang hendak


dicantumkan atas perkara-perkara berikut:-

(1) tempoh pegangan


(2) cukai-cukai yang perlu dibayar
(3) jenis penggunaan tanah, syarat-syarat serta halangan-halangan
kepada tanah-tanah yang berkuatkuasa terhadap tanah-tanah
tersebut.

Sebahagian yang dijelaskan dalam Seksyen 147 (3) keizinan dari Pihak
Berkuasa untuk cantuman tanah hakmilik Pejabat Tanah yang melebihi 10
ekar secara langsung akan dipegang di bawah hakmilik Pendaftar.

Pihak Berkuasa juga sekira bersetuju untuk memberi keizinan untuk


membenarkan kelulusan cantuman; perlu juga memberikan arahan-arahan
yang tertentu berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

(i) Sekiranya perbezaan atau tempoh atau tarikh luput hakmilik maka
tempoh hakmilik untuk lot cantuman hendaklah dinyatakan.

(ii) Sekiranya perbezaan di antara kadar cukai tanah maka Pihak


Berkuasa perlu menyatakan kadar yang perlu dibayar atas tanah yang
telah dicantum itu;
(iii) Pihak Berkuasa juga perlu menyatakan jenis penggunaan tanah
(sekiranya berbeza);

(iv) Pihak Berkuasa juga akan menetapkan syarat-syarat ke atas tanah


yang telah dicantum;

(v) Pihak Berkuasa juga akan menentukan arahan-arahan yang tertentu


berkaitan dengan halangan-halangan kepentingan atas lot yang
tercantum itu.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

1 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang 9C -


Seksyen 148 (1) Kanun Tanah Negara;

2 Permohonan juga hendaklah disertai dengan;

(i) apa-apa bayaran yang telah ditetapkan oleh Undang Tanah


Kerajaan Negeri (State Land Rules) - Seksyen 148(1)(a):

(ii) pelan yang menunjukkan lot-lot yang akan dicantumkan -


Seksyen 148(1)(b) Kanun Tanah Negara;

(iii) kebenaran dari pihak Kerajaan Tempatan sekiranya perlu


seperti kehendak Seksyen 136(1)(c)(i) - Seksyen 148(1)(c)
Kanun Tanah Negara;

(iv) kebenaran bertulis sekiranya perlu mengikut Seksyen 136(1)(e)


- Seksyen 148(1)(d) Kanun Tanah Negara.

3 Bilangan pelan-pelan yang perlu dikemukakan adalah sebahagian


yang dicatitkan dalam State Land Rules. Sekiranya tiada dicatitkan
dalam Undang-Undang Tanah Negeri maka bilangan pelan yang
perlu dikemukakan adalah bergantung kepada keperluan yang
dikehendaki oleh Pejabat Tanah.

4 Bagi mempercepatkan permohonan maka Sijil carian rasmi perlu


dikemukakan bersama-sama dengan permohonan ini.

UKURAN SELEPAS KELULUSAN


Sekiranya permohonan cantuman diluluskan pihak Pentadbir akan
memberitahu kepada pemohon. Beliau juga akan mengemukakan apa-apa
arahan dari Pihak Berkuasa. Di samping itu juga pihak Pentadbir akan
meminta pemohon untuk membuat apa-apa bayaran-bayaran yang berkaitan.

Antara arahan-arahan yang dikemukakan kepada pemohon ialah berkaitan


dengan tempoh pegangan yang akan dikemukakan kepada lot cantuman
(sekiranya pegangan adalah berbentuk pajakan), kadar cukai tahunan,
syarat-syarat dan halangan (restriction in interest). Manakala bayaran-
bayaran yang dikenakan adalah:-

(i) bayaran upah ukur


(ii) bayaran penyediaan dan pendaftaran hakmilik untuk
cantuman;
(iii) premium tambahan yang dikenakan

1 Sekiranya pemohon mahukan ukuran dijalankan oleh Jabatan Ukur


maka beliau perlu memohon kepada Pejabat Tanah untuk
mengemukakan Permohonan Ukur kepada Jabatan Ukur. Pemohon
perlu membuat pembayaran upah ukur (termasuk tanda sempadan)
sebahagian yang ditentukan dalam Kanun Tanah Negara (Upah Ukur)
Order 1965.

Sekiranya pemohon melantik Juruukur Berlesen maka pihak Juruukur


Berlesen perlu membuat permohonan kebenaran untuk menjalankan
ukuran dari pihak Jabatan Ukur. Juruukur Berlesen akan mengira
anggaran bayaran ukur yang dikenakan. Pemohon dikehendaki
membayar upah yang dikenakan kepada Lembaga Juruukur Tanah.

Juruukur Berlesen akan mengemukakan kepada Jabatan Ukur borang


1 LJT berserta dengan borang 9C dan pelan-pelan yang berkaitan.
Sekiranya permohonan teratur maka pihak Jabatan Ukur akan
mengeluarkan nombor lot baharu dan membenarkan Juruukur
Berlesen untuk menjalankan ukuran.

Pada kebiasaannya ukuran cantuman dijalankan dengan cara disusun


dari nilai-nilai pelan asal. Namun ada ketikanya tuan tanah perlu
mengetahui sempadannya (sekiranya tanda-tanda sempadan hilang)
maka dalam hal-hal demikian maka bayaran ukur akan ditentukan
dengan cara lazimnya.

Selepas menyediakan pelan akui Juruukur Berlesen akan


mengemukakan kepada Pengarah Ukur untuk kelulusan. Selepas
Pelan Akui diluluskan Jabatan Ukur akan mengemukakan kepada
pihak Pentadbir Tanah borang-borang Hakmilik Kekal untuk
didaftarkan.

You might also like