You are on page 1of 15

Pendahuluan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Evironmental Impact Assessment, EIA)

Penilaian kesan ke atas alam sekitar (EIA) merupakan satu kaedah yang dibentuk untuk
mengenalpasti atau meramalkan kesan negatif atau positif kepada persekitaran, kesihatan manusia dan
terhadap sosial dan ekonomi akibat daripada projek pembangunan yang akan dilaksanakan. Penilaian
Kesan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact Assessment” (EIA) merupakan
satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek
pembangunan yang baru dirancang. EIA juga adalah suatu kajian penilaian terhadap sesuatu cadangan
projek pembangunan yang akan memberi kesan kepada alam sekitar dan bukanlah satu perkara yang
baru kepada kita tetapi ianya suatu perkara yang telah lama berkembang di dalam beberapa dekad
yang lalu. EIA berkembang dengan kadar yang pesat di seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kita,
Malaysia. EIA telah terbukti sejak 35 tahun sebagai alat yang baik dalam menilai risiko alam sekitar dan
peluang bagi cadangan projek serta meningkatkan kualiti penghasilan 1.
Menangguhkan penilaian alam sekitar hingga ke peringkat projek akan menjejaskan peluang
untuk mengenal pasti pilihan-pilihan strategik yang boleh menghasilkan pengeluaran yang lebih terurus
selain mengurangkan risiko alam semulajadi yang menjadi asas pembangunan dan pertumbuhan.
Penilaian projek berlaku dalam persekitaran polisi yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Misalnya, EIA
bagi loji jana kuasa tenaga menggunakan bahan api fosil yang baru tidak mungkin memberi
pertimbangan kepada kaedah penjanaan kuasa yang lain. Projek EIA biasanya disediakan oleh
pencadang projek yang mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek. Oleh itu, pilihan untuk
janakuasa akan terhad mengikut lokasi dan pilihan teknologi dalam kerangka jana kuasa bahan api fosil.
Keputusan strategik tentunya sudah diambil untuk membangunkan sumber tenaga bahan api fosil
sebagai pilihan utama dan tentunya keputusan ini telah dibuat tanpa pertimbangan teliti terhadap alam
sekitar. Pastinya, EIA tersebut akan memberi pilihan dalam ‘tidak atau tiada projek’ keadaan ini
bertujuan menggalakkan cadangan dan bukan memberi pertimbangan yang cukup terhadap pelbagai
cara yang ada.

1
Mohd Nadzri Bin Jaafar.1998. Permasalahan Dalam Mengendalikan Keperluan Laporan
Penilaian Kesan Alam Sekitar ( Environmental Impact Assessment -EIA) Terhadap
Pembangunan Hartanah Dari Sudut Pemaju Dan Jabatan Alam Sekitar. Universiti Teknologi
Malaysia.

1
Selain itu, EIA adalah sangat penting di dalam sistem perancangan pembangunan. Di dalam
sistem perancangan pembangunan, EIA memainkan peranan sebagai suatu kaedah dan cara bagi
mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembangunan.
EIA juga cuba mengelakkan daripada berlaku perbelanjaan kos yang amat tinggi daripada kecuaian di
dalam menangani sesuatu projek pembangunan. Keperluan semasa terhadap Laporan Dan
Perlaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) atau dikenali sebagai
EIA sering menjadi perhatian umum Kerajaan dalam Cadangan Sesebuah Projek Pembangunan. Jabatan
Alam Sekitar merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam memerhati, mengawal dan
menentukan perkara-perkara yang melibatkan alam sekitar bilamana cadangan pembangunan ingin
dijalankan.
Di samping itu, EIA juga mempunyai objektif-objektif yang tertentu iaitu meramalkan atau
menjangkakan kesan projek pembangunan ke atas alam sekitar,mengenalpasti dan memasukkan ke
dalam perancangan projek, sebarang langkah pencegahan dan pengawalan, menentukan kesan yang
berpanjangan ke atas alam sekitar, mengenalpasti kos ke atas alam sekitar dan faedah projek terhadap
masyarakat. Terdapat tiga juga prosedur yang wujud dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) salah
satunya adalah penilaian awal terhadap aktiviti-aktiviti yang ditetapkan. Seterusnya, Penilaian Terperinci
terhadap semua aktiviti yang ditetapkan iaitu kesan-kesan tertinggal alam sekitar yang ketara seperti
mana yang telah diramalkan dalam Penilaian Awal. Selain itu, prosedur yang ketiga iaitu
Laporan-laporan Penilaian Awal dan Terperinci dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk
kelulusan sebelum projek dilaksanakan2.

Dalam hal ini terdapat perkaitan antara prosedur EIA dan perancangan projek iaitu seperti yang
kita tahu di Malaysia, Prosedur EIA digabungkan ke dalam mekanisma perancangan projek yang sedia
ada dengan menggunakan Konsep Perancangan Projek Bersepadu. Perkaitannya adalah semasa
peringkat mengenal pasti projek keperluan dalam menjalankan kajian EIA juga ditentukan seterusnya
sekiranya projek itu memerlukan Penilaian Awal ianya akan dijalankan secara serentak dengan Kajian
Pra Kemungkinan untuk projek tersebut. Begitu juga apabila Penilaian Terperinci diperlukan iainya akan
dijalankan secara serentak dengan Kajian Kemungkinan untuk projek tersebut kemudian Laporan-

2
Muhammad Rizal R. dan Kadir A. 2002. Penilaian Kesan Alam Sekitar “Environmental
Impact Assessment” (Eia) Dari Sudut Perundangan Malaysia Dan Kepentingannya. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

2
laporan Penilaian Awal dan Terperinci diulangkaji serentak dengan laporan-laporan Pra Kemungkinan
dan Kajian Kemungkinan.
Maksud Penilaian Kesan Alam Sekitar (Evironmental Impact Assessment, EIA)

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar “Environmental Impact
Assessment” (EIA)? Berdasarkan United Nations Environmental Programme (UNEP), “EIA adalah suatu
kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu
cadangan projek pembangunan. Kajian ini perlu adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak
terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan” 3. Manakala
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mendefinisikan “EIA sebagai satu
kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat
terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang
berpunca dari cadangan projek pembangunan. Disamping itu juga, EIA juga menyenaraikan langkah-
langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi 4.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh kedua-dua organisasi di atas, maka
jelaslah bahawa Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) merupakan satu kajian yang dijalankan untuk
menilai kesan sesuatu projek pembangunan ke atas alam sekitar. Kajian ini akan mengenalpasti,
meramal, menilai, menghuraikan serta mendapatkan informasi mengenai kesan samada kesan yang
positif ataupun kesan yang negatif ke atas alam sekitar apabila projek pembangunan tersebut
dijalankan. Disamping itu juga, pihak-pihak berkuasa yang terlibat dapat mengawasi pihak pemaju
daripada melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.
Melalui langkah ini, kerajaan dapat mengawal tahap pencemaran alam sekitar yang sinonim dengan
pembangunan yang kian pesat di negara in

3
United Nations Environmental Programme, Draft Guidelines for Assessing Industrial Criteria
for the Sitting of Industry, Paris: UNEP Industry & Environmental Office, 1979, m.s. 1.

4
Department of Environment, Environmental Impact Assessment (EIA) Procedure and
Requirements in Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 1

3
EIA tidak perlu mematuhi hasil persekitaran yang telah ditetapkan atau dikeluarkan, bahkan ia
memerlukan pembuat keputusan untuk menilai alam sekitar dalam penilaian tersebut sambil
menerangkan penilaian tersebut dalam bidang kajian alam sekitar dan pendapat awam terhadap kesan
yang berpotensi dihasilkan oleh projek berkenaan. EIA seperti yang diamalkan hari ini digunakan hanya
sebagai alat untuk membantu penilaian dan bukannya untuk membuat penilaian tersebut. Banyak
perbezaan pendapat yang muncul kerana EIA mempunyai pengaruh yang terhad terhadap
pembangunan dan ada pendapat yang mengatakan ia akan kehilangan potensinya. EIA memerlukan
bantuan yang lebih kuat untuk pembangunannya melalui latihan ke atas pekerja, panduan yang lengkap
mengenai EIA dan juga penyelidikan secara berterusan.

ISO (International Organization for Standardization ) melindungi EIA dan menyertakan beberapa
langkah untuk menjalankan sesuatu penilaian ke atas sebuah projek pembangunan. Langkah tersebut
juga menerangkan batas ruang penilaian EIA. EIA seringkali dikritik kerana melakukan penilaian dengan
batas ruang yang kecil dan masa yang singkat. Buat masa ini, tiada prosedur yang telah ditetapkan
untuk menentukan had sistem untuk penilaian sesebuah projek pembangunan. Had sistem merujuk
kepada “had ruang dan had waktu kesan projek pembangunan tersebut”. Had ini ditentukan oleh pihak
pemaju dan ketua penilai, tetapi secara praktikalnya, hampir semua EIA adalah berpunca daripada
kesan secara langsung di tapak projek berkenaan.

Namun, projek pembangunan tersebut juga akan menyebabkan banyak kesan secara tidak
langsung seperti penggunaan barang dan perkhidmatan, bahan untuk membuat bangunan serta mesin,
penggunaan tapak tambahan untuk pelbagai kegiatan perkilangan dan perkhidmatan perindustrian,
perlombongan sumber dan sebagainya. Kesan secara tidak langsung daripada pembangunan ini
mempunyai nilai yang lebih besar berbanding kesan secara langsung yang dinilai melalui EIA. Projek
pembangunan yang besar seperti lapangan terbang atau pelabuhan kapal laut akan memperbesarkan
masalah alam sekitar bukan sahaja dalam negara, malahan antarabangsa dan perkara ini seharusnya
dititikberatkan di dalam proses membuat keputusan.

Memperluaskan lagi had ruang penilaian juga dapat memberi manfaat kepada pemuliharaan
spesis terancam. Berbanding memberi perhatian terhadap kesan secara langsung projek pembangunan
di dalam kawasannya yang terhad, EIA juga boleh digunakan melalui pendekatan penilaian secara
lanskap yang akan memberikan tumpuan terhadap hubungan yang lebih meluas antara seluruh populasi

4
spesis yang dinilai. Kesannya, satu alternatif yang kurang memberikan impak negatif terhadap populasi
alam sekitar secara menyeluruh berbanding dengan penilaian dalam ruang yang terhad.

Kepentingan Penilaian Alam sekitar (EIA)

Terdapat beberapa kepentingan penilaian Alam Sekitar, antaranya adalah memudahkan pihak
berkuasa untuk menentukkan sama ada sesuatu projek atau pembangunan yang dicadangkan itu wajar
dilaksanakan atau tidak dan diberikan kelulusan pembinaan atau sebaliknya. Hal ini disebabkan, sesuatu
projek itu perlulah mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan sebelum pembinaan dijalankan.
Bagi mendapatkan sesuatu kelulusan pelaksanaan projek, projek tersebut perlullah dibentangkan
terlebih dahulu kepada pihak berkuasa. Oleh itu, kaedah penilaian Alam Sekitar ini merupakan salah
satu cara yang sangat sesuai digunakan bagi memebentangkan sesuatu rancangan projek
pembangunan. Ini kerana melalui penilaian Alam Sekitar, sesuatu projek itu dapat dikenalpasti sama
ada sesuai atau tidak dilaksanakan kerana dalam penilaian Alam Sekitar pemeriksaan secara sistematik
keatas rancangan projek akan dilakukan. Dengan itu, kesan-kesan daripada pembinaan projek dapat
dikenalpasti. Selain daripada kesan keatas alam sekitar, EIA juga turut menyatakan langkah-langkah
yang perlu digunakan untuk mengatasi kesan negatif yang bakal berlaku. Kesan-kesan yang sudah
dikenalpasti terutamanya kesan negatif bukan sahaja menjimatkan kos yang digunakan dalam
pelaksanaan projek malah boleh mengurangkan masa yang digunakan. Dimana usaha yang dilakukan
tidak digunakan secara berulang-ulang dan melalui langkah-langkah sedia ada yang juga sudah
dikenalpasti, pihak berkuasa boleh mencari alternatif lain untuk mengatasi kesan yang kemungkinan
akan timbul berhubung dengan rancangan pembangunan tersebut serta kerajaan boleh membuat
keputusan yang akan menggalakan pihak pemaju melaksanakan sesuatu pembangunan tanpa
memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa melalui penilaian
Alam Sekitar, urusan pihak berkuasa dalam hal memberikan kelulusan sesuatu rancangan projek
pembangunan kepada para pemaju dapat dipermudahkan.

Selain itu, penilaian Alam Sekitar juga penting dalam memberi suatu rumusan yang tepat
terhadap sesuatu tindakan dalam perancangan projek pembangunan. Walaupun terdapat sesetengah
pemaju yang beranggapan bahawa penilaian Alam Sekitar ini banyak memberi kesan buruk terhadap
kelancaran pelaksanaan perojek mereka. Sebagai contoh, memanjangkan tempoh pelaksanaan mereka
dimana pemaju terpaksa menunggu lama untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan

5
terpaksa mematuhi segala proses penilaian Alam Sekitar sehinggalah selesai. Namun pada hakikatnya,
penilainan Alam Sekitar ini memberi manfaat kepada pemaju. Dimana, penilaian ini akan membantu
pihak pemaju untuk membuat rumusan secara tepat mengenai rancangan projek pembangunan yang
mereka laksanakan dan juga dapat membantu mengurankan kerosakan kepada alam sekitar sekaligus
mengurangkan kos perbelanjaan yang digunakan dalam projek pembangunan tersebut. Melalui
pengenalpastian kesan-kesan tersebut maka pemaju boleh membuat pertimbangan terutamanya dalam
mengubahsuai rekabentuk rancangan projek pembangunan sekaligus menekankan kepada pelupusan
serta mengurangkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Selain daripada pengubahsuaian
rekabentuk projek, penekanan pelupusan dan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar,
hubungan baik antara tiga pihak yang terlibat dalam pelaksanan projek ini iaitu pihak pemaju,
penduduk dan pihak berkuasa dapat dieratkan lagi. Dimana, ketiga-tiga pihak ini perlu memberikan
kerjasama dalam membincangkan kesan-kesan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan rancangan
projek ini bagi memastikan bahawa mereka telah mendapat keputusan dan rumusan yang tepat bagi
mengurangkan kesan buruk berlaku keatas alam sekitar.

Selain itu juga, penilaian Alam Sekitar juga penting sebagai suatu kaedah ke arah pembangunan
yang berterusan terhadap sesuatu tempat. Pembangunan yang berterusan ini dapat didefinisikan
daripada laporan Brundland 1987, yang mengatakan bahawa sesuatu pembangunan yang berterusan
itu membawa maksud ”pembangunan yang memenuhi kepada kehendak dan keperluan di masa
sekarang tanpa mengencam keupayaaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”.
Yang mana, Laporan Brundtland ini menjelaskan bahawa generasi sekarang haruslah menjaga dan
memelihara sumber alam agar kesejahteraan alam sekitar terus-menerus terjamin dan seterusnya
generasi akan datang dapat menikamatinya juga malahan mendapat manfaat daripadanya secara
berterusan. Melalui kesan-kesan yang sudah dikenalpasti dan langkah-langkah yang perlu digunakan
bagi mengatasi kesan yang berlaku maka sesuatu pembangunan itu semestinya dapat dijalankan
dengan baik. Selain itu, pemaju dan pihak berkuasa dapat mencari cara lain bagi mengatasi masalah
ataupun memperbaiki langkah sedia ada bagi mengatasi kesan negatif yang berlaku. Seperti yang kita
tahu, ada pepatah mengatakan bahawa ”mencegah sesuatu perkara daripada berlaku adalah lebih baik
daripada merawatnya”. Perumpamaan ini sangatlah bersesuaian dengan peranan penilaian Alam Sekitar
ini. Oleh itu, dengan menggunakan Penilaian Alam Sekitar(EIA) dapat membantu pembangunan secara
berterusan dan dapat membantu memelihara serta melindungi alam sekitar daripada dieksploitasi oleh

6
pemaju yang tidak bertanggungjawab dan juga kesan daripada pencemaran hasil daripada projek
pembangunan tersebut.

EIA juga sangat penting bagi sumber maklumat atau information kepada ketiga-tiga pihak iaitu
kerajaan atau pihak berkuasa, pihak pemaju dan juga penduduk setempat. Penilaian Alam Sekitar (EIA)
penting bagi memberikan maklumat mengenai perancanagan pembangunan bagi menggambarkan
keadaan dan kedudukan alam sekitar sama ada di masa sekarang atau masa akan datang akibat
daripada projek perancangan pembangunan dan memberi persediaan awal agar mencari tindakan-
tindakan alternatif yang lain yang boleh digunakan bagi mengatasi kesan-kesan negatif yang berlaku
terhadap alam sekitar. Penerimaan maklumat dari EIA dapat meningkatkan tahap maklumat kepada
ketiga-tiga pihak yang terlibat dalam perancangan pembangunan tersebut. EIA memberi manfaat
kepada pihak kerajaan, yang mana melalaui maklumat AIE akan ada ramalan-ramalan mengenai kesan-
kesan negatif keatas alam sekitar. Dengan adanya ramalan tersebut maka kerajaan boleh membuat dan
mencari tindakan alternatif lain bagi mengatasi masalah keatas alam sekitar. Maklumat daripada AIE
akan membantu pihak berkuasa membuat keputusan dengan tepat dan cekap. Maklumat daripada EIA
penting bagi membantu pihak pemaju mengenalpasti bahagian-bahagian pembangunan berkenaan
yang mengencam kepada alam sekitar bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar bermula
daripada projek pembangunan tersebut. Melalui maklumat EIA ini juga maka dapatlah pemaju
mengurangkan kos dan menjimatkan masa yang digunakan dalam perancangan pembangunan
tersebut. Bagi penduduk setempat pula, maklumat daripada EIA penting bagi mengetahui kedudukan
pembangunan antara perancangan pembangunan tersebut dengan alam sekitar di sekitar tempat
tersebut. Dengan itu mereka mengetahui hak-hak mereka terhadap pencerobohan alam sekitar di
tempat mereka.

Selain daripada itu, EIA juga memainkan peranan penting bagi mencegah ataupun
mengurangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Dimana melalui maklumat-
maklumat daripada EIA, pihak berkuasa terutamanya dapat mengenalpasti sama ada projek rancangan
pembangunan tersebut lebih bersifat mesra alam ataupun menjurus kepada mendatangkan kesan
negatif kepada alam sekitar. Sekiranya projek pembangunan tersebut lebih mendatangkkan kesan
buruk kepada alam sekitar maka sudah semestinya pihak kerajaan tidak akan membenarkan projek
tersebut dilaksanakan oleh pemaju. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa permasalah alam sekitar
dapat dielakkan daripada berlaku.

7
EIA juga memainkkkan peranan penting bagi memberikan jaminan kepada projek-projek yang
mana projek-projek tersebut dijalankan lebih memberikan kepentingan kepada alam sekitar. Yang mana
projek tersebut tidak akan mendatangkan keburukan kepada alam sekitar. Adanya jaminan daripada
EIA maka sesuatu projek tersebut tidak mendatangkan keragu-raguan kepada masyarakat setempat
terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan tapak pelaksanaan atau peminaan projek
tersebut. Oleh itu, projek tersebut boleh dijalankakn tanpa tentangan daripada pihak-pihak lain
walaupun terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan projek. Hal ini
disebabkan, projek tersebut sudah dikenal pasti sebagai projek yang tidak mendatangkan kesan buruk
erutamanya kepada alam sekitar.

Akhir sekali, EIA juga memainkan peranan penting bagi memastikan projek yang dijalankan akan
mematuhi standard alam sekitar yang ditetapkan dan juga memastikan pemaju sesuatu projek itu
mengetahui tanggungjawab mereka ke atas kepentingan alam sekitar. Projek-projek yang mematuhi
standard alam sekitar yang ditetapkan semestinya sesuai dibina ataupun dilaksanakan. Ini kerana tidak
ada keragu-raguan lagi keatas projek tersebut. Tambahan lagi selepas projek tersebut mendapat
jaminan daripada EIA. Pemaju sesuatu projek itu juga perlu tahu tentang tanggungjawab keatas alam
sekitar. Dimana mereka perlu melaksanakannya bagi memastikan bahawa projek yang hendak mereka
laksanakan tidak mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Hal ini sangat penting disebabkan
apabila mereka tahu tanggungjawab mereka keatas alam sekitar yang perlu mereka diamalkan maka
dengan mudahnya mereka dapat mengelak daripada melakukan sesuatu kesilapan yang boleh
merosakkan alam sekitar.

EIA juga mempunyai kepentingan untuk mengelakkan sesuatu kesilapan terutamanya kesilapan
yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan
kesan kepada alam sekitar yang mana mengandungi laporan yang berkaitan penilaian bagaimana untuk
meminimumkan kesan dan juga meningkatkan kesan terhadap alam sekitar. sesuatu kesilpan tersebut
boleh dielakkan apabila pihak berkuasa tidak memberikan kelulusan kepada mana-mana projek
rancangan pembangunan yang mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Kesan sesuatu projek
tersebut boleh dikenalpasti melalui kajian dan laporan penilaian alam sekitar (EIA). Laporan mengenai
penilaian yang disediakan oleh EIA juga dapat memberi manfaat kepada pihak berkuasa dan pemaju
bagaimana langkah yang seharusnya dilaksanakan bagi meminimumkan khususnya kesan negatif
keatas alam sekitar. selain itu, laporan tersebut juga boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada

8
pihak berkuasa dan juga pihak pemaju dalam memastikan pelaksanaan sesuatu projek itu
mendatangkan menfaat terutamanya kepada alam sekitar.

Elemen-elemen Penting dalam Laporan Projek Penilaian Alam Sekitar(EIA).

Alam sekitar merupakan aspek penting untuk dipertimbangkan dalam perancangan dan
penggubalan projek pembangunan. Walau bagaimanapun, ia hanya perlu dilaksanakan ke atas projek
yang pelaksanaannya akan membawa kesan ke atas alam sekitar, biasanya melibatkan aspek fizikal,
seperti pertanian, pembinaan jalan, empangan, bangunan dan sebagainya. Maka, kerajaan telah
melaksanakan perundangan EIA atau Penilaian Kesan Alam Sekitar bagi memantau projek-projek yang
pembangunan yang melibatkan alam sekitar. Tujuan Penilaian alam sekitar dijalankan adalah untuk
memastikan bahawa kesan persekitaran dari pembangunan yang dicadangkan dikenalpasti sepenuhnya
bersama-sama dengan manfaat ekonomi atau sosial pembangunan sebelum aplikasi perancangan
ditentukan. Dalam sistem perancangan dan pembangunan, Penilaian Alam Sekitar (EIA) memainkan
peranan sebagai suatu kaedah dan cara bagi mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembangunan. Pelaksanaan Penilaian Alam Sekitar akan dapat
membantu dalam mengelakkan berlakunya perbelanjaan kos yang berlebihan akibat daripada kecuaian
di dalam menangani sesuatu projek pembangunan.

Terdapat beberapa elemen-elemen penting yang harus ada dalam laporan kajian alam sekitar
apabila mahu melaksanakan satu-satu projek pembangunan. Elemen pertama ialah menentukan
keperluan kesan persekitaran penilaian (screening). Selepas suatu aplikasi perancangan diterima, dalam
tahap ini laporan tersebut akan disemak oleh Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang akan
menentukan projek atau laporan tersebut akan diluluskan ataupun tidak. Kenyataan persekitaran yang
harus diserahkan hendaklah merujuk kepada aplikasi perancangan pembangunan iaitu pembangunan
yang mana terdapat perkembangan yang tertentu yang dibuat berdasarkan penilaian dan undian jika ia
melibatkan perkara yang berkaitan isu timbulnya kesan persekitaran yang signifikan. Kenyataan
persekitaran ini diperlukan untuk kes dimana pembangunan major melebihi daripada kepentingan
tempatan. Selain itu, lokasi pembangunan yang dicadangkan adalah terdedah dan sensitif serta
pembangunan yang tidak kompleks dan berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada persekitaran.

Elemen kedua ialah liputan persekitaran kesan penilaian (scoping). Elemen ini merupakan satu
proses mengenelpasti isu utama yang perlu diliputi di dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar. Bahagian ini
turut memfokuskan penilaian pada isu-isu yang paling penting dan juga memastikan sekunder dan

9
kesan kumulatif tidak diabaikan. EIA adalah proses kitaran dimana ia melibatkan maklum balas daripada
tahap yang sebelumnya untuk memulakan tahap baru dan ia hanya boleh dilakukan apabila kesan
berpotensi yang pertama dikenalpasti. Secara umumnya, kaedah sistematik harus digunakan untuk
mengenalpasti kesan untuk memastikan segala keperluan telah tersedia seperti pendaftaran dan
matriks sebelum memulakan proses liputan. Penting juga untuk penganalisis LPA mempertimbangkan
kemungkinan kesandan kepentingan relatif dari setiap masalah secara menyeluruh dalam projek
tersebut dan LPA seterusnya dapat memberi pendapat ataupun nasihat kepada pihak pemaju.

Seterusnya ialah pemeriksaan ataupun pertimbangan alternatif. Keperluan penerangan kesan


persekitaran alternatif digambarkan dalam laporan persekitaran dan alasan-alasan untuk memilih
pembangunan yang dicadangkan dengan membenarkan pertimbangan kesan alam sekitar. Tujuan
keterangan ini adalah untuk menunjukkan bahawa persekitaran kesan dari alternatif telah dianggap
sebagai bahagian integral dalam proses membuat laporan kajian alam sekitar. Penggunaan
pertimbangan alternatif seperti laman web alternatif, laman reka bentuk alternatif, tahap pembinaan
alternatif dibenarkan serta digalakkan.

Keempat pula ialah kesan analisis. Ramalan ataupun analisis yang dilakukan secara sistematik
adalah untuk mengeksplorasi secara langsung dan tidak langsung hubungan antara projek
pembangunan (meliputi penentuan tapak tersebut, tempoh masa pembinaan) dengan persekitarannya.
Ia bertujuan untuk membuat perubahan yang mungkin berlaku ke atas persekitaran sebagai akibat
daripada pembangunan. Pemilihan teknik meramal atau menganalisis akan berbeza mengikut kepada
subjek projek tersebut dan juga harus bergantung paada sumber kuasa yang ada. Pemodelan komputer
dan analisis kebarangkalian sesuai untuk masalah udara dan kualiti air, manakala persembahan grafik
boleh digunakan untuk untuk menangani isu-isu budaya dan estetika. Teknik penilaian risiko harus
digunakan jika kegagalan yang berlaku dalam sistem operasi kilang boleh menyebabkan bahaya atau
kesan sampingan yang signifikan.

Elemen kelima yang harus ada dalam laporan kajian alam sekitar ialah mitigasi dan kesan
pengurusan. Bahagian ini adalah untuk menetapkan langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan
dan meminimumkan anggaran kesan yang merugikan dan mana yang sesuai untuk menggabungkannya
ke dalam sistem perancangan pengurusan persekitaran. Pemahu dan pihak berkuasa perancangan
harus menyiasat kesan potensi minimum yang merugikan dan sebaliknya meningkatkan kesan potensi
yang menguntugkan. Kunci untuk mencappai tahap ini adalah dengan melakukan perundingan awal

10
antara semua pihak. Potensi tindakan mitigasi harus dipertimbangkan pada prinsipnya selama latihan
kesan pelingkupan. Penyenaraian langkah-langkah mitigasi hendaklah dibuat pada pada tahap yang
awal bagi memberi ruang untuk menguragkan kesan contohnya menyususun atur pengubahsuaian dan
pemilihan proses industri. Perjumpaaan dan perbincagan antara kerajaan, pemaju dan masyarakat
tempatan akan banyak membantu dalam pemahaman tentang kepraktisan dan keterbatasan mitigasi.

Signifikan penilaian atau perundingan merupakan elemen yang keenam. Para penganalisis
berperanan untuk menyediakan maklumat tentang pembangunan untuk membolehkan maklumat dan
ulasan yang baik serta keputusan dapat dilakukan. Pihak pemaju juga harus memehami
mempromosikan nilai pemahaman mengenai cadangan dan manfaat mengenalpasti kawasan-kawasan
dimana kesan dapat dimitigasikan awal dalam proses perancangan. Bagi pameran pembangunan
tempatan dan badan-badan komunikasi yang lain misalnya (newsletter), ia harus digalakkan untuk
memenuhi tanggungjawab mereka dan seterusnya mebolehkan semua pihak-pihak yang
berkepentingan seperti individu dan badan-badan bukan kerajaan untuk menyertai pameran ini.
Maklumat terperinci pada setiap tahap adalah tidak sama. Contohnya, semasa penentuan keperluan
penilaian kesan persekitaran, masalah persekitaran, potensi bahaya, isu-isu tempatan dan kriteria-
kriteria yang diperlukan oleh EIA di bawah peratuaran dan edaran semua harus dipertimbangkan.
Kerjasama antara pemaju dan LPA dalam menyetujui sifat dan tujuan di setiap perundingan adalah
penting untuk membina kepercayaan dalam proses perundingan.

Elemen yang seterusnya ialah penyediaan laporan pernyataan kesan alam sekitar (EIS). Gaya
dan pendekatan yang diambil dalam penyampaian laporan ini haruslah memastikan bahawa ia difahami
oleh masyarakat umum. Pernyataan alam sekitar mestilah tidak mengandungi istilah teknikal atau
mamasukkan teknikal data dan pengiraan yang hanya difahami oleh pakar. Pemilihan kata adalah untuk
menerangkan, di mana penggunaannya tidak dapat dielakkan dan pernyataan ini juga harus ditulis
dengan penggunaan kata yang difahami oleh oleh pegawai perancangan dan masyarakat tempatan.
Bagaimanapun, pernyaataan impak alam sekitar mestilah mengandungi perbincangan tentang semua
kesan persekitaran yang signifikan dan langkah-langkah mitigasi diperlukan untuk menangani masalah
ini. Aspek yang penting dalam pengawalatur EIA ialah keperluan bahawa pernyataan impak alam sekitar
mengandungi ringkasan non-teknikal. Secara idealnya, bahagian ini haruslah tidak melebihi 10 halaman
yang mana teks dan illustrasinay mudah difahami. Bahagian ini juga seharusnya merangkumi maklumat
mengenai pembangunan, kesan utama persekitaran dan tindakan mitigasi. Ringkasan ini yang mana ia
dibuat sedia sebagai suatu dokumen ynag berasingan, juga harus menyatakan dengan jelas harga ESI,

11
di mana ia boleh dibeli dan dimana dokumen penuh sedia bagi orang awam untuk melakukan
perundingan.

Elemen kelapan pula ialah peninjauan semula laporan persekitaran. Tinjauan EIS menyertai
aplikasi perancangan yang dijalankan oleh LPA adalah bahagian penting dalam penilaian kesan
persekitaran secara keseluruhan. Proses ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu; teknik penelahaan
terhadap pernyatan impak alam sekitar yang dilakukan oleh ahli pakar di-rumah atau perunding dari
LPA untuk memberikan nasihat pakar, bahagian kedua respon dari perunding undang-undang, pihak
tempatan yang berkepentingan dan individu, bahgian ketiga ialah analisis permintaan untuk maklumat
tambahan yang diperlukan oleh pihak pemaju dan menentukan apa yang harus diminta, dan bahagian
yang terakhir ialah meninjau dan menganalisis pandangan untuk maklumat tambahan yang telah
disediakan atau menyarankan perubahan dan pengubahsuaian. Tinjauan yang dilakukan akan melihat
kepada penggunaan teknik sampel atau kaedah-kaedah yang betul digunakan, contohnya dalam
penilaian landskap. Hal ini juga memastikan sama ada maklumat yang mencukupi tentang
pembangunan, proses yang akan dilakukan, pengeluaran dan pembuangan sisa, pencemaran udara dan
kemungkinan kesan yang timbul telah disediakan. Penganalisis berperanan sebagai menyelaras dan
menilai ulasan-ulasan dari ahli pakar, kumpulan-kumpulan perunding yang berkepentingan dan dalam
memastikan bahawa maklumat yang boleh dipercayai hanya tersedia untuk membolehkan keputusan
dapat dibuat.

Elemen seterusnya yang perlu ada dalam laporan kajian alam sekitar ialah membuat keputusan.
Setiap kesan buruk secara signifikan dapat adalah tetap walaupun selepas mitigasi dilakukan tetapi
dalam membuat keputusan ini mungkin dianggap diterima berhubung dengan manfaat pembangunan
dan pencapaian dasar lain yang diluluskan. Di sudut lain, mungkin ada kesan yang diterima secara
individu dalam lingkungan peraturan atau undang-undang perlindungan tetapi tang mingkin secara
kumulatif akan mengakibatkan kesan buruk yang signifikan. Maklumat alam sekitar adalah bahan
pertimbangan tetapi hubungan pembangunan yang dicadangkan untuk pertimbangan perancangan lain
termasuk peruntukan rancangan pembangunan sangat penting sama ada signifikan kesan persekitaran
merugikan atau menguntungkan.

Pemantauan terakhir merupakan elemen terakhir dalam laporan kajian alam sekitar. Setelah
proposal peranvangan telah diluluskan, pihak pemaju mempunyai jangka masa 5 tahun untuk
memulakan pembangunan. Sistem seperti misalnya, penegakan perancangan keadaan perlu tempat

12
untuk memastikan pemantauan yang mencukupi. Efektifnya pemantauan pelaksanaan berikut tidak
hanya membolehkan pemaju untuk menunjukkan pematuhan tetapi memberikan jaminan bahawa
standard persekitaran yang terpelihara mendorong kepada pembaikan teknik ramalan dan langkah-
langkah mitigasi. LPA perlu sering menggunakan perancangan keadaan atau perancangan kewajipan
untuk memastikan bahawa tindakan mitigasi yang dilaksanakan. Ini juga berkemiungkinan untuk
menentukan syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang tidak terduga dapat diatasi
secara berkesan.

Dengan adanya bahagian-bahagian ini dalam laporan kajian alam sekitar, maka persembahan
dalam isi kandungan lebih teratur dan mudah difahami. Laporan ini perlu disediakan bagi memudahkan
dan membolehkan pihak-pihak yang terlibat faham dengan projek baru yang hendak dijalankan. Ia juga
sangat penting bagi memngekalkan kesejahteraan persetiran alam. Namun, diharap projek yang mahu
dilaksanakan haruslah diteliti secara terperinci, adil, dikaji secara mendalam bagi mengelakkan kesan
yang buruk berlaku.

Kesimpulan Penilaian Alam Sekitar(EIA)

Secara Konklusinya , Penilaian Alam Sekitar sangat penting diketahui semua pihak dan
perlulah dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya kesan negatif yang berlebihan kepada
alam sekitar serta memberikan kepentingan tertentu kepada ketiga-tiga pihak iaitu pihak
pemaju, pihak berkuasa dan penduduk setempat yang berada di kawasan pembangunan
tersebut. Dalam hal ini, kerjasama semua pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga alam
ini adalah penting bagi mengelakkan banyaknya lagi berlaku kemusnahan alam semula jadi
mahupun sekitar petempatan masyarakat. Kerjasama sesebuah pihak sahaja tidak akan
menghasilkan impak yang berkesan dalam mengawal setiap kemusnahan yang dilakukan pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya pihak firma yang hanya menginginkan
keuntungan yang lebih berbanding kebajikan masyarakat. Oleh itu, tugas kerajaan adalah
signifikan dalam menyedarkan setiap firma yang tidak bertanggungjawab ini dan pelaksanaan
EIA merupakan salah satu usaha yang jitu dalam menyedarkan firma-firma ini. Kita telah
mengetahui wujudnya sepuluh elemen dalam EIA yang telah diambil kerajaan dalam
menangani masalah persekitaran agar lebih terjaga. EIA dari sudut perundangan di Malaysia bagi
menangani isu penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Peruntukan perundangan berkaitan dengan

13
EIA adalah di dalam seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. 5 Dalam kepentingan EIA juga
telah disenaraikan beberapa kepentingan yang terdapat dalam EIA dalam menangani isu
penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar iaitu yang pertama adalah, EIA memberi kemudahan
kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya
boleh diluluskan atau sebaliknya; kedua, EIA memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di
dalam perancangan pembangunan; ketiga, EIA merupakan suatu kaedah dan cara untuk ke arah
pembangunan yang berterusan; serta akhir sekali, EIA merupakan sumber maklumat informasi . Dalam
perlaksanaan penilaian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment) atau ringkasnya disebut
EIA sememangnya wujud berbagai kesulitan dan kesukaran samada bagi pihak Jabatan Alam Sekitar
(JAS) atau pemaju itu sendiri. Adakalanya wujud juga kerenah birokrasi serta perkara remeh temeh
yang boleh melambatkan proses kelulusan sesuatu laporan EIA yang dikemukakan kepada pihak JAS 6.
Biarpun pihak JAS mempunyai kuasa dan bertanggungjawab keatas penguatkuasaan alam sekitar tetapi
tanpa kerjasama dari pihak lain terutamanya pihak awam tidak mungkin menghasilkan satu keputusan
yang baik dalam melindungi alam sekitar yakni dapat memberi keselesaan kepada manusia, tumbuh-
tumbuhan ,binatang dan penghuni alam yang lain. Biarpun, pemaju merupakan agen kepada
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara tetapi mereka haruslah mempunyai kesedaran tentang
cintakan alam sekitar agar memastikan segala pembangunan yang dijalankan mengambilkira aspek
alam sekitar. Ringkasnya di sini, walaupun terdapat berbagaibagai masalah yang dihadapi oleh pihak
JAS dan pemaju dalam melaksanakan EIA yang diarahkan oleh pihak kerajaan tetapi dengan rasa
kesedaran dan tanggungjawab menjaga alam sekitar ini oleh kedua-dua pihak ini nescaya segala

5
Muhammad Rizal R. dan Kadir A. 2002. Penilaian Kesan Alam Sekitar “Environmental
Impact Assessment” (Eia) Dari Sudut Perundangan Malaysia Dan Kepentingannya. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

6
Mohd Nadzri Bin Jaafar.1998. Permasalahan Dalam Mengendalikan Keperluan Laporan
Penilaian Kesan Alam Sekitar ( Environmental Impact Assessment -EIA) Terhadap
Pembangunan Hartanah Dari Sudut Pemaju Dan Jabatan Alam Sekitar. Universiti Teknologi
Malaysia.

14
permasalahan atau kesukaran yang timbul dapat diselesaikan dengan lancar tanpa membebankan
mana-mana pihak

15

You might also like