P. 1
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

|Views: 1,243|Likes:

More info:

Published by: Mohd Farith Abdul Rauf on Nov 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2013

pdf

text

original

STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI

ABSTRAK
Industri pembinaan merupakan antara salah satu industri yang terbesar di Malaysia. Pada hari ini, aspek keprihatinan terhadap keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina telah semakin meningkat. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan berusaha secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja di tapak bina. Akan tetapi masih terdapat pihak yang enggan mematuhi peraturan keselamatan dan menyebabkan kemalangan terjadi. Kemalangan-kemalangan di tapak pembinaan masih lagi menjadi isu yang sangat besar di media massa. Kertas kerja ini membincangkan persekitaran keselamatan di tapak bina dan kes-kes yang berlaku di tapak bina akibat kegagalan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian akan memperlihatkan statistik kemalangan yang berlaku di tapak bina pada tahun 2004 hingga 2008 berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan Kementerian Sumber Manusia.

Hayes. Root. 1990 pula mendefinisikan keselamatan sebagai suatu yang meliputi semua aktiviti yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan program-program menggalakkan keselamatan. Oleh itu. Hal ini sering dikaitkan dengan keadaan kerja yang bahaya dan lebih mengundang risiko dalam persekitaran seharian. 2005). Persekitaran kerja yang selamat amat penting dalam meningkatkan imej industri pembinaan Negara Menurut Kamus Dewan (1996). Kejadian kemalangan yang sering terjadi dalam sektor pembinaan telah menyebabkan berlaku banyak kerugian selain kehilangan ramai pekerja dalam sektor ini (Kheni et al. perkara sedemikian perlu dibendung agar dapat meningkatkan mutu kerja di sektor pembinaan serta membantu dalam pembangunan Negara untuk mencapai wawasan 2020. 1995. 2005 pula berpendapat keadaan ini amat bergantung kepada kecekapan dalam pelaksaan serta pengurusannya serta dapat memenuhi kehandak pengguna. keselamatan diertikan sebagai keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bencana. selain disiapkan dengan selamat. di peringkat kilang dan dalam polosi penjagaan kesihatan kebangsaan. 1991. terlepas daripada bahaya dan tidak mendapat apa-apa gangguan. 1986. 2001. tindakan pencegahan dan pengenalpastian bahaya dan risiko di tempat kerja. Goetsch. Loosemore et al. 2003. 2005. Pejabat Buruh Antarabangsa. Mills.PENGENALAN Menurut Helender. CoVan. . kadar risiko dalam industri pembinaan adalah lebih tinggi berbanding industri lain.

kemalangan adalah disebabkan oleh faktor pusat yang boleh dijangkakan seperti kesilapan manusia. dan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai situasi bahaya.PERSEKITARAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN Kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan. Menyingkirkan faktor pusat ini dapat menghindarkan daripada terjadinya kemalangan dan kecederaan (Goetsch. kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold. Pihak pengurusan dalam kerajaan. di negara sedang membangun. samada besar atau kecil. 1996. Kadar kemalangan yang dilaporkan beberapa tahun ini menjadikan isu keselamatan sebagai isu penting yang perlu ditangani. dan aktiviti tidak sesuai. pengabaian aspek keselamatan. Kemalangan di tempat kerja merupakan kos yang boleh dielakkan oleh majikan. . 2005). 1996). Teori ini mengandungi tiga faktor umum yang membawa kepada kesilapan manusia: beban lebih. 2003). respon tidak sesuai. atau bahaya mekanikal. Menurut Jaselskis dan Sauazo (1993). Menurut Hinze dan Applegate (1991). keadaan tidak selamat wujud di kebanyakan tapak pembinaan. Melalui OSHA sememangnya diketahui tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. tiadanya displin. keadaan tidak selamat. klien. pengabaian program-program kesedaran dan latihan. Manakala Teori Penyebab Kemalangan Heinrich. tetapi tidak mematuhi usaha dengan berkesan ke arah memaksimumkan pencapaian matlamat keselamatan. pekerja di dalam industri pembinaan mempunyai risiko yang besar untuk mengalami kemalangan berbanding industri lain. dan kontraktor menyedari kepentingan keselamatan dalam industri pembinaan. Industri pembinaan merupakan antara industri yang merekodkan aspek keselamatan yang terburuk dari semua sektor ekonomi di Britian (Kheni et al. Abdul Rahman. Teori Faktor Kemanusiaan Kemalangan menyifatkan kemalangan sebagai suatu rantaian peristiwa yang secara muktamad disebabkan oleh kesilapan manusia.

Pemburuan dan Perikanan Perikanan Perlombongan dan Kuari Pembuatan Pembinaan Perdagangan Jual Borong dan Runcit. 2006 Tahun 2007 2008 2009 7875 109 772 5923 72 615 5604 135 541 2631 3467 127 328 368 31372 28454 27066 19228 19041 501 5066 469 4973 515 4500 493 3931 524 3814 Barangan Persendirian dan Isi Rumah 13194 12220 11783 12298 9741 Pengangkutan.Statistik Kemalangan di Tapak Bina Kemalangan industri bagi tahun 2004-2008 Industri 2005 Pertanian. Penyimpanan dan Perhubungan 4194 3676 3653 3639 3305 Pengantaraan Kewangan Hotel dan Restoran 5903 29 5157 53 5386 39 542 718 13248 1601 Jumlah . Baiki Kenderaan Bermotor. Perhutanan. Motorsikal.

Ketika para pekerja sedang membuat kerja-kerja lepaan simen. Penyiasatan JKKP mendapati bahawa perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah. Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga masih digunakan semasa pemasangan perancah tersebut. perancah tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang berkebolehan (designated person).KES YANG BERLAKU DI TAPAK PEMBINAAN Kegagalan Pepasangan Perancah Di Tapak Bina : Sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka di tapak binaan bangunan Kemalangan berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Selain itu. tiba-tiba perancah yang digunakan untuk mendokong pelantar kerja mereka telah runtuh. Perancah yang runtuh tersebut tidak dipasang bilangan penambat belakang yang mencukupi sepertimana yang disyaratkan oleh jurutera bertauliah dan menggunakan komponen-komponen perancah yang sudah berkarat dan usang . . Perancah jenis kerangka telah dipasang setinggi lebih dari 30 meter dari aras lantai tanah.

sebuah cerucuk konkrit seberat 2. Penyiasatan mendapati terdapat sebuah jentera cerucuk hidraulik (model YZY 240) yang dilengkapi dengan kren dan alat penekan cerucuk hidraulik telah digunakan untuk kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit. . Pada hari kejadian. 300mm lebar dan 300mm tebal. Ia berlaku di sebuah tapak projek pembinaan bangunan yang bersebelahan dengan kawasan parking awam.Kemalangan Melibatkan Jentera Cerucuk Hidraulik Mesin cerucuk hidraulik di kawasan kemalangan Kemalangan telah berlaku pada 20 Mei 2008 pada lebih kurang jam 8:00 malam ketika kerja-kerja penanaman cerucuk sedang dijalankan.8 tan dan berukuran 12 meter panjang. Hasil penyiasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan pada bahagian rod keluli cuping mengangkat dan anduh yang digunakan untuk membelit cerucuk. telah terjatuh dan menghempap dua buah kenderaan.

Semasa kemalangan itu beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja untuk memindahkan dan mengalihkan dua unit transformer kelokasi yang baru didalam kawasan bangunan. tiba-tiba culvert yang menampung satu daripada empat kaki kren berkenaan telah pecah dan mengakibatkan kepingan kayu beserta kaki kren telah terperosok ke dalam culvert. Beliau yang tersepit di antara hayunan blok penyangkuk dan transformer mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.Kemalangan Melibatkan Kren Bergerak Kren di kawasan kemalangan Pada 17/01/2008 lebih kurang jam 3:00 petang. Kuantan. kren bergerak itu telah senget dengan serta merta dan blok penyangkuk telah terhayung dan terkena seorang pekerja. Pahang. Semasa proses persediaan untuk mengangkat transformer seberat 4.150 kg. Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan ke atas kemalangan itu telah mendapati bahawa culvert telah pecah kerana tidak dapat menahan beban yang timbul daripada operasi persediaan untuk pengangkatan transformer. .PMA 9284) dengan beban kerja selamat maksimum 45 tonnes. Akibatnya.satu laporan kemalangan telah dibuat melalui telefon yang melibatkan sebuah kren bergerak beroda (Model: Tadano. Kemalangan itu berlaku di tapak cadangan projek Putra Square.

Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia. ii. 3 orang pekerja yang bekerja diatas pelantar kerja gondola pada aras 13. Ampang. telah dicampak keluar dan terhempap pada tanah diaras bawah. "Safety lock" yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai .Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola Keadaan di kawasan kemalangan Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilaporkan berlaku pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10. Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti berikut: i. Semasa kejadian itu.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana 'safety lock' dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing keatas tali dawai keselamatan dan penggantang. Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15.00pagi ditapak projek pembinaan bangunan. menyebabkan pelantar kerja untuk gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu lagi. Bukit Mulia.

penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak berfungsi. pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan kewajipan seperti yang telah ditetapkan dalanm Akta bagi meminimumkan kes-kes yang berlaku. iii. Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen untuk kerja-kerja memplaster. KESIMPULAN Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Mengikut Seksyen 24. banyak berita di media massa menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadangkala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat dan sumber manusia tempatan. Ini merupakan sebab terbesar kenapa konsep budaya keselamatan Selain majikan. RUMUSAN Kebanyakan kemalangan seringkali dikenal pasti dengan berpunca oleh kegagalan sistem pengurusan keselamatan. Oleh yang demikian.Hal ini terbukti dengan statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti di atas. pekerja juga perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terkawal. Namun hal ini akan terjejas dengan berlakunya banyak kemalangan terutamanya di tapak-tapak bina yang mana turut memberi kesan kepada ekonomi negara. Akta 1994 mengkehendaki mereka untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja bagi keselamatan dan kesihatan diri orang lain bagi memastikan masalah yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diminimumkan. Disamping itu. dan ia kelihatan masih tidak berupaya terlepas dari kesilapan tersebut. Banyak usaha telah dilakukan bagi memperbaiki keadaan tersebut. .Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan berat 3 orang pekerja lebih kurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.

my/wps/portal PERKESO (2010). Statistik Kemalangan Tapak Bina 2005-2008.gov. http://www.gov.perkeso.RUJUKAN Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.dosh. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997. http://www.my .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->