You are on page 1of 7

11 February 2009

Konsep Demokrasi

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya


terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja
Berperlembagaan dan Sistem Republik.

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen


dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong,
mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara
kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran
dengan perkembangan politik semasa

kerajaan akan terus melindungi kepentingan majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini
daripada ancaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya lagi,
kumpulan majoriti mesti dipertahankan daripada kumpulan minoriti yang cuba hendak
menggugat keamanan kerana ia adalah prinsip asas demokrasi.

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

 Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan,


sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya
Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan
seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
 Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara
bebas dan adil
 Rakyat diberi hak mengundi
 Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
 Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
 Kebebasan persatuan
 Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-
undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang
Rule of Law
 Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan
tanggungjawab sivik.
Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara
meluas. Sebagai sebuah negara demokrasi maka sudah semestinya kebebasan
bersuara menjadi ciri utama yang menunjangi proses demokrasi itu sendiri. Malah
kebebasan bersuara ini sering menjadi isu dan perbahasan berbagai pihak di negara
ini.

Aktiviti berkempen semasa proses piliharaya di mana rakyat Malaysia bebas bersuara
dalam memberi pendapat, pandangan malah mengkritik dasar-dasar kerajaan selagi
mana ianya tidak melanggar undang-undang juga merupakan fakta betapa kebebasan
bersuara diizinkan di negara kita. Rakyat Malaysia juga tidak pernah disekat daripada
mengeluarkan pendapat, pandangan dan kritikan sama ada melalui media-media
elektronik mahu pun media-media cetak selagi ianya tidak bertentangan dengan
perlembagaan dan undang-undang di negara ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Di Malaysia,


hak mengenai ‘Kebebasan Hak Asasi’ (Fundamental Liberties) dengan jelasnya
terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

Inilah hakikat yang harus diterima dan difahami bahawa tiada satu pun di dunia ini
yang bersifat mutlak (absolute).

Demikianlah halnya dengan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan


negara kita di mana ianya mempunyai had-had, kawalan dan sempadan yang tertentu.

Ianya boleh diumpamakan suatu ‘kontrek sosial’ bagi menjamin kerukunan,


keharmonian dan solidarity serta keselamatan dan kedaulatan negara daripada
diganggu-gugat.

Undang-undang memang diperlukan dalam masyarakat yang bertamadun di mana


tanpa tertegaknya undang-undang negara akan menuju anarkisme.

Undang-undang jugalah yang akan menghukum seseorang yang merampas dan


mengancam hak-hak individu dan kesejahteranan masyarakat.

Justeru, walaupun hak kebebasn bersuara dan kebebasan hak asasi yang lain dijamin
oleh perlembagaan namun kebebasan bersuara di Malaysia berada di bawah
lingkungan kawalan dan sekatan beberapa undang-undang termasuk statutes.

Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagan wajar digunakan sebaik


mungkin mengikut lunas-lunas dan had-had yang telah ditentukan.
Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia , kebebasan bersuara sama ada melalui
pengucapan/percakapan dan melahirkan buah fikiran melalui media cetak atau
elektronik haruslah mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif atau perkara-
perkara yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan dalam negara.

Kebebasan bersuara juga mempunyai tanggungjawab akhlak dan moral di mana ianya
mestilah tidak merosakkan akhlak/moral rakyat, misalnya menulis dan menerbitkan
buku-buku, majalah-majalah atau apa-apa kaedah penerbitan yang berunsur lucah.

Menyalah gunakan kebebasan bersuara atau mana-mana hak asasi sehingga


menimbulkan kegelisahan dan ketengangan dalam masyarakat boleh membawa
kepada kehancuran negara-bangsa adalah ditegah sama sekali. Kebebasan
menyuarakan pendapat sama ada melalui pengucapan, penulisan dan apa-apa bentuk
kaedah komunikasi mestilah berhati-hati dan bertanggungjawab.

Kepentingan negara harus diutamakan agar perpaduan, kesejahteraan dan


keharmonian yang sudah lama wujud tidak diroboh dan dihancurkan. Semangat
mengekalkan perpaduan antara kaum harus disemai dan diperkukuhkan lagi.

Ruang kebebasan bersuara yang diberikan bukalah “lesen” untuk memperkatakan


sesuatu tanpa tanggunjawab di sisi undang-undang. Negara sentiasa melihat dan
memastikan hak asasi dilaksanakan dengan berpegang kepada konsep ‘hak berserta
tanggungjawab’ (rights with responsibility). Jadi apabila kita bercakap tentang hak maka
tanggungjawab itu sendiri adalah hak yang perlu dilaksanakan.

Dalam memelihara kedamaian dan keamanan serta kedaulatan negara maka rakyat
berbagai kaum dan amalan agama di negara ini mestilah lebih berhati-hati dalam
membincangkan isu - isu yang boleh memarakkan api perkauman seperti soal-soal
agama, bahasa, pendidikan, budaya, ekonomi dan elakkan perkara-perkara yang
berunsur subversif, menghasut dan menfitnah yang boleh mencetuskan kekacauan
dalam masyarakat dan negara.

Perasaan cauvinis mesti di elak dan ditentang.

Soal Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh semata-mata kerana


‘kebebasan bersuara’ hingga mengizinkan golongan yang bersifat cauvinis dan
pelampau mengambil kesempatan meniupkan api perkauman, fitnah dan hasutan.

Rakyat patut menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai ikhtibar dan pengajaran buat
selama-lamanya. Elakan ‘bermain api’ dengan isu-isu sensitif seperti yang telah
digariskan oleh Perlembagaan dan Undang-undang yang terdapat di negara kita.
Ingatlah ‘kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa’. Disebabkan
kebebasan bersuara yang tiada kawalan, maka negara boleh menuju ke arah
kehancuran (anarkisme).
“Demokrasi Berperlembagaan” atau pemerintahan oleh orang ramai mengikut lunas
perlembagaan pada hakikatnya merupakan kerajaan yang diwujudkan atas pilihan
rakyat terbanyak melalui proses pilihanraya. Ini bermakna sumber kuasa dalam sistem
demokrasi adalah kedaulatan rakyat. Dalam pengertian ini, demokrasi
berperlembagaan boleh di katakan sebagai satu sistem perwakilan yang berjalan
mengikut rangka kerja undang-undang yang menjadi panduan dalam proses
pembuatan keputusan dengan membaiki dan menerima keinginan orang ramai. Selain
itu dalam sistem demokrasi berperlembagaan, kebebasan diberikan kepada rakyat
tetapi kebebasan itu adalah di dalam lingkungan undang-undang. Segala keputusan
haruslah berlunaskan undang-undang dan ia di buat melalui konsep permusyawaratan.

Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan


sehingga hari ini. Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan
apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak
demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam
menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.

Kelebihan :

Rakyat dapat menjalankan fungsi pengawasan dan peranannya dalam


penyelenggaraan pemerintah Negara.

Kekurangan :

Kedudukan badan eksekutif tidak stabil,dimungkinkan karena penghentian di tengah


jalan oleh lembaga legislatif setiap saat sehingga dapat menimbulkan krisi kabinet
dan pemerintah tidak dapat menyelesaikan program-programnya.
Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan
kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang
dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun
dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan
segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat
undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik
di wujudkan ataupun di gubal semula.

Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita
adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem
yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada
hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk
kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang
bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-
undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh
para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan
seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah
ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya
mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis
yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki
sahaja, namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua
penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan
kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam
menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan
erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh
dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada
sokongan daripada rakyat.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa
yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat
asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang
diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu
asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain,
bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun
mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunnah.

Sistem Kerajaan Demokratik

Berbeza dengan kerajaan Monarki, dalam kerajaan Demokratik rakyat mempunyai


suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. Kelebihan
sistem kerajaan ini dapat dilihat melalui konsepnya yang menekankan “kerajaan rakyat,
oleh rakyat dan untuk rakyat”.

Antara ciri-ciri kerajaan Demokratik ialah rakyat menikmati kebebasan persamaan dan
hak-hak asasi, sistem pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa, badan
perundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, warganegara yang
berumur 21 tahun ke atas berhak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya,
kemenangan pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak dan parti politik atau
individu yang memperoleh undi majoriti akan memerintah negara tersebut.

Selain ciri kerajaan Demokrasi, Demokrasi liberal merujuk kepada rakyat yang
mempunyai lebih banyak kuasa menyuarakan pendapat dan tentangan mereka
terhadap dasar-dasar dan tindakan-tindakan kerajaan. Dalam sistem ini, akan wujud
golongan pembangkang yang akan sentiasa mengkritik pihak kerajaan. Kebaikannya,
kerajaan akan lebih peka dan teliti dalam melaksanakan apa-apa dasar manakala
keburukan akan wujud sekiranya pihak pembangkang dan pihak kerajaan bertelagah
sehingga gagal mencapai satu haluan yang dipersetujui.

Terdapat negara-negara yang mengamalkan Demokrasi yang berbeza iaitu Demokrasi


Berparlimen dan Demokrasi Perpresiden. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, parti
politik yang mendapat kerusi majority di Dewan Rakyat akan mengetuai pentadbiran
negara. Bagi sistem Demokrasi berpresiden pula, rakyat memlih presiden yang akan
menjadi ketua eksekutif negara. Contoh negara yang mengamalkan sistem kerajaan
Demokratik ialah Malaysia, Singapura, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan
Indonesia.

You might also like