You are on page 1of 6

Kepentingan Jiran

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah
kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat
penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan
dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak
cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama
jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran
dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya,
melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,
Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara
tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk
bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan,
semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti
berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila
aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan
bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola
sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran.
Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara
tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain
seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk
satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau
pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat
secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian
yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat
aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling
membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan


rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam
hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita
perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke
hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun
sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa
juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan
dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui
lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami
oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk


setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan
negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,
harmoni dan sejahtera.
Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar
agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu
melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan
kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang
keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan
zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu
mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar
sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan
membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan
aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan
aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah
ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka
dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti
kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar
untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu
keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula
menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya
menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat
dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama
apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga
mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti
kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang
prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang
kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum
kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka
seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh
semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.
Berilah aku seratus orang tua,aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang
tertangkup. Jika aku diberi sepuluh orang pemuda,aku mampu menggoncangkan dunia".
Memetik kata-kata Soekarno,mantan Presiden Indonesia,jelaslah bahawa pemuda-pemudi
khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan
negara pada masa hadapan.Justeru,menyedari akan hakikat sistem pendidikan hari ini
tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian
dalam bidang kokurikulum, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini
demikian kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada
pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada
negara. Kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada
pelajar.
Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan pelajar. Dalam
hal ini,para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh
sesetengah remaja.Sebagai bukti,perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan di
Amerika Syarikat,membuktikan bahawa 60 peratus kanak-kanak di negara itu
menghadapi masalah perut yang gendut kerana kurang senaman.Bagaimana kegiatan
kokurikulum dapat memberikan kecergasan? Hal ini kerana melalui kegiatan
kokurikulum yang dijalankan,pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal.
Sebagai contoh,aktiviti merentas desa dan ekspidisi mendaki gunung boleh meningkatkan
daya tahan dan stamina pelajar.Dalam masa yang sama juga,peluh dan bahan-bahan
kumuh yang berbahaya akan dibuang.Di samping itu,daya tahan pelajar terhadap
serangan penyakit juga meningkat.Oleh itu,berbekalkan tubuh badan yang sihat,mereka
akan dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,bak kata
pepatah "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Oleh itu,jelas bahawa
kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta mencerdaskan otak pelajar sekali
gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Seterusnya,kegiatan kokurikulum telah dijadikan salah satu syarat untuk melanjutkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.Hal ini kerana KPM telah mengambil langkah
drastik dengan menetapkan sepuluh peratus daripada syarat untuk melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi melalui penglibatan dan pencapaian yang baik dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Menurut Dato' Hishamuddin Tun Hussin,Menteri Pelajaran
Malaysia dalam Berita Harian 21 Jun 2006,keputusan tersebut bertujuan untuk
melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai bidang.Berdasarkan keputusan
itu,para pelajar diwajibkan menyertai pelbagai badan kokurikulum yang terdapat di
sekolah.Dalam hal ini juga,segelintir pelajar yang aktif akan diberi jaminan dan
kemudahan untuk memohon dan mendapatkan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, para pelajar
tidak lagi boleh memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan
pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran.
Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan
kokurikulum penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang
paling minimum.Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai
masa yang terluang dan sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu
emas.Sebagai contoh,sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan
memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka
akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar,di samping mengamalkan
sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti
aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang berhadapan dengan eisiko
dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat timue
seperti budaya 'punk',hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa yang
sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang
terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif
dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah
kepada diri,keluarga dan masyarakat sekeliling.
Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim
serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu
aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan
bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para
pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan
ini perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat
majmuk yang harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti
kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam
sanubari pelajar supaya menjadi insan yang kamil dan soleh.Melalui aktiviti
berpasukan,nilai-nilai murni seperti bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan
sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang
sama,mereka juga diterbiah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi
yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam minum air.
Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan
negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk
para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai
contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil
dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Bermula dengan
bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-
jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan negara berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,maka
lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari ini,kita
tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke
kemuncak kerjaya mereka.Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan
supaya bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan.
Konklusinya,tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak
membawa kebaikan dan membuang masa sahaja haruslah dikikis,Demi mencapai visi
kudsi Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-
2010,Malaysia memerlukan generasi penggerak wawasan yang berkaliber,berwibawa dan
berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.Amalan
peribahasa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna haruslah dihayati dan
direnungi bersama kerana peribahasa ini mempunyai konotasinya yang
tersendiri.Justeru,sama-samalah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga
menjayakan visi ini.

You might also like