You are on page 1of 1

DEFINISI PEMIKIRAN DAN BERFIKIR

Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle. Sebagaimana Aristotle mengatakan bahawa manusia mempunyai banyak
persamaan dengan haiwan. Ciri yang membezakan manusia daripada haiwan lain ialah rasionaliti, iaitu keupayaan berfikir. Pada abad ke
sembilan belas, pemikiran difinisikan sebagai satu rangkaian idea yang berasosiasi. Difinisi ini dapat menerangkan beberapa jenis pemikiran, tapi
tidak semua. Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang
dilaksanakan secara sengaja.

Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey, 1933, dimana beliau melihat pemikiran sebagai perilaku
menyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk
menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar.

Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuan untuk menyelesai masalah. Fraenkel pula berkata, pemikiran adalah pembentukan ide-ide, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat-maklumat dalam bentuk tertentu. Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam
membuat keputusan dan menyelesai maalah. Pemikiran manusia telah berkembang sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaran
yang sukar. Konsep beliau itu menyebabkan pakar-pakar psikologi memberi tekanan yang berlebihan kepada pemikiran adaptif dan praktikal.
Eksperimen- eksperimen yang mereka buat sentiasa melibatkan para subjek yang berfikir dengan berhempas pulas.

Tujuan berfikir adalah untuk mengumpul maklumat dan mengunakannya sebaik mungkin. Oleh sebab cara minda bekerja untuk menghasilkan
corak-corak konsep yang ditetapkan kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya maklumat baru, melainkan dengan mengubahsuai corak- corak
pemikiran lama dan mengemaskinikannya. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau
menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan, usaha itu mengguna fakulti kognitif untuk
melaksanakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis dalam proses kemahiran berfikir ini, diantara ketiga-tiga kemahiran ini tujuan
utamanya adalah menuju ke arah membuat keputusan dan menyelesai masalah. Dalam pengajaran ketiga-tiga kategori dibawah ini harus kita lihat
secara menyeluruh.

1. Kemahiran berfikir secara kreatif.


2. Kemahiran berfikir secara kritis.
3. Kemahiran befikir secara analisis

You might also like