You are on page 1of 17

 

 
Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

 
 
 
 

    Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

 
 
Lambang Negeri Kelantan Darul Naim
 
 

 
 
 

  

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.
Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua
negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira
pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya,
telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
Bendera Negeri Pahang

 
 
 
 

   Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas
dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa
makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila
serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan
berdaulat.

 
 
 
 
 
 
                                                                   
Lambang Negeri Pahang
 
 

"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok
dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas
merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh
menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu
melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang
sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan
azimat yang berguna."
Bendera Negeri Johor
                                             
 

 
 
 
 

    Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

 
 
 
 
 
 
                                                                 
Lambang Negeri Johor
 
 

 
 
 

    Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang
berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
 
 
 
 
 
Bendera Negeri Sembilan

 
 
                                      
 

 
 
 

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah
bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

 
 
 
 
 
 
                                                                 
Lambang Negeri Sembilan
 
 

 
 
 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah
Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
Bendera Negeri Melaka
 
                                             
 
 

 
 
 

     

   

   

    

    Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama
Islam, agama negeri dan Malaysia.

 
 
 
 
 
                                                                 
Lambang Negeri Melaka
 
 

 
 
 

    Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada
zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi
negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor
pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
Bendera Negeri Perak
 
                                             
 

 
 
 
 

    Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir
Perak Darul Ridzuan.

 
 
 
 
 
 
                                                                   
Lambang Negeri Perak
 
 

 
 
 

    Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan
sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi
menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan
 

 
 
 

     Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah,
putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di
tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang
melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang
bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas
menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan
Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah


Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam


mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan
berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur
hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan
sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan


menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan
Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi
ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam
menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
Bendera Malaysia    
 
 

 
 

   Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih
di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri -
Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu
mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah
14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada
anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-
Raja.

    

                                                          
                                                                 

Lambang Kerajaan Malaysia

Lambang
Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung
dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-
sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima belah keris itu
tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu Pinang
dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua
buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur
yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah
warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna
Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu
menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-
tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan
sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam
Lambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di
sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah
warna Di Raja Yang Maha Mulia Raja-Raja.

You might also like