You are on page 1of 28

BENI BIN MAHMUD

JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL


IPG KAMPUS PERLIS.

JENIS BAHAN MENTAH


JENIS-JENIS BAHAN MENTAH

KAYU
 LOGAM
 PLASTIK
 KACA
 GENTIAN KACA
 KOMPOSIT
 KERTAS
 GETAH
PERBANDINGAN BAHAN LOGAM DENGAN BAHAN
BUKAN LOGAM
PERKARA BAHAN LOGAM BAHAN BUKAN
LOGAM
TAKRIFAN -mempunyai ketumpatan -membentuk melekul besar
yang tinggi dan banyak unit
-pengalir elektrik yang -terdapat dalam bentuk
baik gas,cecair dan pepejal
-pengalir haba yang baik

JENIS-JENIS -aluminium -getah


BAHAN LOGAM / -kuprum -polimer
BUKAN LOGAM -timah -seramik
-keluli
-besi tuang

KEGUNAAN -pembuatan enjin kereta -palam pencucuh


-alatan memasak -kain nilon

3
KAYU
Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara
semulajadi dan sumber yang boleh diganti.

Merupakan sejenis bahan binaan yang paling meluas


digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika.

Di Malaysia terdapat lebih 1000 spesis kayu tetapi hanya 80


spesis yang digunakan secara kormesial.
KEGUNAAN KAYU
KUMPULAN NAMA KEGUNAAN
KERAS DAN BERAT CHENGAL Kapal, rangka, ukiran
BALAU Jambatan, cerucuk, gelegar, lantai dan
perabot.
KEKATUNG Rasuk, rangka pintu/tingkap,
pemegang alat,lantai, parket dan
panel.
MERBAU Kerja hisaan, perket,perabot, venire
dan pemegang alat.
RESAK Pembinaan berat, tiang, rasuk,
cerucuk, lantai, jambatan ,
kapal,rangka pintu/tingkap.
TEMBUSU Pembinaan berat, lantai , perket dan
perabot.
KEGUNAAN KAYU
KUMPULAN NAMA KEGUNAAN
KERAS DAN SEDERHANA KEMPAS Pembinaan berat, tiang gelegar, panel,
BERAT. jambatan , parket,gerobok, cerucuk
dan pemegang alat.
KERUING Pembinaan umum,tiang,
landasan,jambatan dan gerabak lori.
KAPUR Kekuda, rasuk, tiang

TUALANG Tiang, rasuk, lantai, perabot


KEGUNAAN KAYU
KUMPULAN NAMA KEGUNAAN
KERAS DAN RINGAN NYATUH Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai,
perbot.
MERANTI Pembinaan, lantai,perabot, papan
lapis, pelapisan pintu, tingkap dan
panel.
RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan
panel

SEPETIR Gerobok, panel dan perabot


KAYU GETAH Perabot,panel, susur tangga dan
perket
LOGAM
BAHAN LOGAM

LOGAM FERUS LOGAM BUKAN FERUS ALOI


Timah Loyang
Aluminium Gangsa
Kuprum

KELULI BESI TUANG BESI TEMPAWAN


•Kelabu
Putih
Aloi

ALOI
BERKARBON •Kromium
•Rendah •Vanadium
•Sederhana •Krom-Nikel
•Tinggi •Molibdenum
•Keluli Tahan Lasak
PERBANDINGAN LOGAM FERUS
DENGAN LOGAM BUKAN FERUS
PERKARA LOGAM LOGAM FERUS
BUKANFERUS

TAKRIFAN -logam yang tidak -logam yang


mempunyai unsur ferus mempunyai unsur besi

JENIS LOGAM -aluminium -keluli


FERUS/BUKAN -kuprum -besi tuang
FERUS -timah

KEGUNAAN -membuat dawai -blok enjin kenderaan


elektrik -gear
-paip penukar haba -gergaji
-membuat piuter

9
LOGAM FERUS
•Bahan yang mengandungi unsur-unsur besi (ferum).
•Keluli dan besi tuang adalah merupakan logam ferus yang utama.

•Ianya boleh didapati dalam bentuk plat,bar dan kepingan.

•Keluli , besi tuang dan besi tempawan adalah merupakan logam ferus
yang biasa digunakan dalam kejuruteraan.
KELULI
Keluli dihasilkan daripada campuran besi dan karbon.
Penggunaanya bergantung pada peratus kandungan karbon iaitu
antara 0.15% hingga 1.5 % .
Keluli boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu keluli karbon dan keluli
aloi.

 Keluli Berkarbon Rendah.


Kandungan karbon 0.15% - 0.30% .
Sifat yang ada padanya ialah boleh dibentuk dan di kimpal tetapi kurang sifat
kebolehkerasan.

 Keluli Berkarbon Sederhana.


Kandungan karbon 0.30%- 0.80%.
Mempuanyai sifat kekuatan yang lebih tinggi berbanding keluli karbon rendah.

 Keluli Berkarbon Tinggi.


Kandungan karbon antara 0.8% - 1.5%.
Mempunyai gabungan sifat mekanik seperti kekerasan dan keteguhan.
KELULI ALOI
Merupakan gabungan keluli dengan logam lain.
Sifatnya berbeza dari sifat logam asal.

Ianya mempunyai sifat mekanik seperti kekuatan dan kemuluran


Keluli ini amat sesuai bagi sesuatu produk yang direka bentuk untuk menerima
hentaman,bebanan dan tegasan yang tinggi.

Contoh keluli aloi ialah keluli nikel, keluli kromium dan keluli
krom-nikel.
BESI TUANG

Besi Tuang merupakan leburan logam cair yang dituang kedalam acuan yang
disediakan.

Besi ini boleh didapati dalam pelbagai jenis dan gred.


Mempunyai sifat dan mutu yang berlainan antara satu lain kerana kandungan
karbon yg berbeza.

Besi tuang tidak semulur keluli tetapi sifat kebolehmesinannya amat baik.

Antara jenis besi tuang yang biasa digunakan ialah besi tuang kelabu yang
digunakan untuk membuat blok enjin, besi tuang putih untuk membuat roda
kereta api dan besi tuang aloi untuk membuat blok acuan.
BESI TEMPAWAN
 Merupakan besi tulen. Sifat makenik besi tempawan ialah
kemuluran.Besi ini diproses dengan menggunakan relau
pengedap(puddling).

 Besi yang dikeluarkan akan mengalami proses seperti ketukan,


himpitan dan gelekan untuk mendapat bentuk seperti bar,plat dan
kepingan.

 Antara kegunaan dalam bidang kejuruteraan ialah untuk membuat


takal, andas dan pencangkuk kren.
LOGAM BUKAN FERUS
 Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi
besi dan mempunyai sifat fizikal tersendiri seperti boleh mengalirkan
haba dan tahan karat.

 Terdapat berbagai jenis bahan logam bukan ferus yang digunakan


dalam kejuruteraan . Antaranya termasuklah aluminium,kuprum dan
timah.
ALUMINIUM
Bahan pengalir haba yang baik dan mudah dibentuk kerana lembut.
Sifat mekanik: kemuluran dan ketempaan.
Sifat fizikal: mudah dituang, dimesin, suhu lebur yang rendah, keberaliran
elektrik dan haba yang baik serta tidak beracun.
Digunakan dalam industri kapalterbang, alatan memasak dan bekas
makanan.

KUPRUM
Digunakan dengan meluas dalam industri elektrik terutama dalam
pembuatan alat penyaman udara.
Sifat fizikal: keberaliran elektrik dan haba yang tinggi.
Sifat mekanik: kemuluran yang tinggi dan merintangi kakisan.

TIMAH
Digunakan untuk menyalut keluli bagi membuat bekas makanan ,Juga
digunakan sebagai aloi pematerian dan gangsa piuter.
Sifat mekanik: lembut dan mulur oleh itu ianya mudah dibentuk.
ALOI
Merupakan campuran dua atau lebih bahan logam bagi menghasilkan logam
baru(aloi). Mempunyai sifat yang lebih baik dari logam tulen. Antara contoh
aloi ialah Loyang dan Gangsa.

LOYANG
Hasil campuran kuprum dan zink. Mempunyai sifat mekanik kemuluran
yang tinggi.
Loyang mudah dimesin, dibentuk dan dituang dan keberaliran haba yang
baik.
Digunakan untuk mambuat penggalas, sesendal, komponen pam dan
alatan perhiasan.

GANGSA
Aloi kuprum hasil campuran kuprum, zink dan timah.
Campuran tambahan ialah silikon,nikel, aluminium,mangan dan fosforus,
Sifat mekanik: kekerasan.
Sifat fizikal: pengalir elaktrik yang baik.
Kegunaan: membuat galas bebola dan gear.
BAHAN BUKAN LOGAM

Bahan yang tidak mengandungi unsur logam didalamnya.


Ianya wujud dalam bentuk gas cecair ataupun pepejal.
Secara amnya ia merupakan penebat haba yang baik.
BAHAN KOMPOSIT

PENGENALAN :
Komposit adalah suatu bahan hasil gabungan dua
atau lebih bahan logam dan/bahan bukan logam.
Bahan komposit merupakan bahan yang baik dari segi
ketahanan seperti sifat kekerasan dan tahan calar.
Contohnya batu bata yang diperbuat dari lumpur dan
diperkuatkan dengan jerami sebagai satu bahan
komposit. Bahan binaan yang biasa digunakan seperti
konkrit juga merupakan bahan komposit.

19
BAHAN KOMPOSIT
Penggunaan bahan komposit telah memperbaiki kekuatan,
ketahanan dan kepejalan sesuatu produk dalam proses
pembuatan dan rekabentuk.

Terdapat alat pemotong yang yang menggunakan bahan komposit


contohnya roda canai dan mata alat pemotong yang mengunakan
kobalt dan nikel.

Bahan komposit boleh didapati dalam pelbagai jenis , contohnya


plastik dan kaca gentian.

20
PLASTIK
Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer
terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan
plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-
rigid).

Merupakan bahan organik yang diperoleh hasil daripada pemprosesan


arangbatu, petroleum atau tumbuhan yang menghasilkan sifat plastik
setelah dipanaskan.

Plastik dihasilkan daripada selulosa kayu, kapas atau tumbuhan


lain,damar tulen seperti minyak aspal, damar tiruan seperti arang batu,
petroleum dan protein dalam susu.

Plastik terbahagi kepada dua iaitu plastik haba (thermoplastic) dan plastik
termoset.
PLASTIK HABA
Plastik ini boleh dikitar semula melalui proses pemanasan tanpa mengalami sebarang perubahan kimia.

JENIS-JENIS KEGUNAAN
Asetal Membuat komponen mekanikal dalam jangka
panjang contohnya seseddal, paip dan injap.
Akrilik Membuat lensa(kanta), pintu berkaca dan peralatan
makmal.
Polivinl Klorida(PVC) Digunakan dalam industri pembinaan seperti
membuat paip dan pembuluh (conduit)

Jenis yang lain iaitu: ABS (Acrylonitrile Butadine Styrene), Sellulosik,


Flurokarbon,Poliamida,Polikarbonat,Poliester,Polietilena,Polipropilena,Polistren
a,Polisulfona.
PLASTIK TERMOSET

Plastik jenis ini boleh dibentuk dengan dikenakan haba dan tekanan.Pepejal
plastik tidak boleh dikitar semula.

JENIS-JENIS KEGUNAAN
Alkid Membuat komponen elektrik dan elektronik.

Amino( Urea dan Menghasikan pemutus litar dan pemegang.


Melamina)
Epoksi Membuat komponen elektrik.
Fenolik Membuat komponen pemegang, tombol,panel berlamina dan
telefon.
Poliester Membuat beg, kerusi, badan automotif dan hiasan.
Silikon Menghasilkan komponen ellektrik yang memerlukan kekuatan
terhadap suhu tinggi, gasket,pengedap haba .
KACA GENTIAN
Merupakan sejenis bahan komposit.
Kaca gentian terhasil dengan kaedah memutar kaca sehingga menjadi
gentian halus.

Pembentukan produk kaca gentian boleh digunakan dengan kaedah


tuangan .Contoh kaca gentian ialah Polieter yang digunakan untuk
mambuat badan kereta, badan bot laju, topi kaledar dan tong
sampah.
Selain itu ianya digunakan untuk membuat Siling Plaster.
KERTAS
Bahan nipis rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian.

Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian


semulajadi dan berasaskan selulosa.

Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu(kayu


lembut) seperti spruce, bahan gentian sayuran lain spt kapas,
linen dan hem.

Kertas dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok


sehingga menjadi palpa.
GETAH
Getah adalah sejenis bahan yang mempunyai keupayaan untuk
berubah bentuk dengan cepat.

Bahan yang terkandung dalam getah tidak mempunyai bentuk yang


skata dan ianya tahan pada daya yang dikenakan tanpa pecah.

Sifat elastik nya membolehkan ianya berubah panjang dari bentuk


asalnya tanpa putus.

Antara kegunaan getah adalah untuk membuat tayar, tapak kasut


dan sesendal getah.
KACA
Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi
merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan
yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat
berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang
mengandungi silikon dioksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair
tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup
masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.
KACA
Kaca biasa biasanya terdiri daripada silikon dioksida (SiO2), yang merupakan
sebatian kimia yang serupa dengan kuarza, atau dalam bentuk polihabluran,
pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur sekitar 2000 Selsius, jadi dua bahan
lain sering dicampurkan kepada pasir dalam pembuatan kaca. Satu daripadanya
adalah soda (sodium karbonat Na2CO3), atau potasy, setara dengan sebatian
kalium karbonat, yang menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 Selsius.
Bagaimanapun, bahan soda menjadikan kaca larut, jadi kapur (kalsium oksida,
CaO) merupakan bahan ketiga, ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

You might also like