You are on page 1of 12

Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia

2.1 Latar Belakang


Bahasa Melayu bakumerupakan bahasa Melayu yang sempurna darisegi
penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu betul tatabahasnya, betulejaannya,
betul istilahnya, penggunaan katanya, sebutannya dan bahasanya.
Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku
BahasaMelayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan
bakubahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka,khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :

i.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1998.
ii.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1994.
iii.
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1991.
Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadisalah
satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktubdalam Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaandan Peluasan 1995).
Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagaitujuan-tujuan Lembaga
Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu ³ untukmembakukan ejaan dan
sebutan, dan membentuk istilah-istilah yangsesuai dalam bahasa kebagsaan;´
2.2Matlamat Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu.
Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan
penyeragaman. Secara khususnya, ia bertujuan :
i.
Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di
kalangan semua pengguna bahasa Melayu.
ii.
Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu,
iaitu supayasistemsebutanmenjadi mantap dan baku sejajar
dengan pemantapandan pembakuan tatabahasa, laras bahasa,
sistem ejaan dan kosa kata.
iii.
Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa
Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
iv.
Secara khususnya, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaa dialek setempat dalam pembelajaran
dan pengajaran di peringkat sekolah

2.3 Masalah Sebutan


Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan.
Olehitu,perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan
selepasmemantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan
yangdiperturunkan adalah :
i.
Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek danbahasa Melayu yang
diadakan sejak tahun 1980-an lagi.Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir
tahun 1987.
ii.
Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasaMelayu dibuat oleh
Jawatankuasa Teknikal antara DBPdengan Pusat Perkembangan Kurikulum,
PLM, KementerianPendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar
tahun 1987.
iii.
Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan
bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981.
iv.
Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan LinguistikMalaysia dan DBP,
Kementerian Pendidikan Malaysia sertapakar-pakar bahasa.
Penggunaan sebutan baku di sector pendidikan di Malaysia
telahdilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. Ia dilaksanakan
berdasarkanarahan ³ Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku
EjaanRumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah´ yang bertarikh pada 2 April
1988yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah,
KementerianPendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan
bakubahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama.
Puncautama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah
kepadasistem baharu.
2.4 Sebutan Baku
Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996:
46telahmentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan
dalamsituasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:
i.
Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan,
dan pengacaraan sesuatu majlis.
ii.
Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan,
kuliah dan pengumuman.
iii.
Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh
[pegawai pensyarah, pelajar dan guru.
iv.
Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, sepertimesyuarat rasmi,
temu duga ucapan dalam upacara rasmi danwawancara.
2.5Dasar Sebutan Baku
Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah
berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut
pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan
umum tentang sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan
kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :
i.
Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara
keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata
dasar atau kata terbitan.
ii.
Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi
hendaklah dilafazkan dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa
Melayu yang dilambangkannya.
iii.
Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya
sewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayatatau
kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan
yang berkenaan.
3.0Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku
Fonologi telah didefinisikan sebagai satu cabangilmu bahasa yangmengkaji
bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyibahasa
tersebut. Bunyi bahasa telah disusun mengikut sistem dan bidangfonologi
bertujuan untuk menganalisis penggunaan sistem ini. Pembahagiandalam
bidang fonologi terbahagi kepada duacabang iaitu fonemik dan fonetik.Bidang
fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan olehmanusia
serta memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Pengkajianfonetik
terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik akustik, fonetik pendengarandan
fonetik artikulasi.

3.1 Konsep Bunyi


Melalui bidang fonologi, antara aspek yang mendapat perhatian utamaialah
konsep bunyi, sistem tulisan dan suku kata. Menggunakan alat-alatujaran,
manusia menghasilkan bunyi. Melalui keadaan udara yangterkeluar dari paru-
paru menerusi alat-alat ujaran telah menghasilkanbunyi-bunyi. Contohnya,
bersin, batuk dan berdehem hanya bunyisemata-mata dan tidak dikenali sebagai
bunyi bahasa. Bunyi-bunyi yangdihasilkan untuk tujuan pertuturan dikenali
sebagai bunyi bahasa. Dalampertuturan, manusia cuba untuk menghasilkan
bunyi yang bermakna.Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berlaku
secara berterusaniaitu berentetan. Tetapi, bagi tujuan kajian, bunyi-bunyi
tersebut dianggapterpisah menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi
penggalanatau fon, contohnya bunyi [p], [a], dan [w].
3.2Sistem Bunyi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan
untukmenguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan
berkesan,seseorang
pengguna
bahasa
perlulah
mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya

terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkajibunyi
bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsidalam sesuatu bahasa.
3.3
Alat Pertuturan dan Bunyinya.
1.Bibir atas
11. Tengah lidah
2.Bibir bawah
12. Belakang lidah
3.Gigi atas
13. Akar lidah
4.Gigi bawah
14. Epiglotis
5.Gusi
15. Pita suara
6.Lelangit keras
16. Rongga tekak
7.Lelangit lembut
17. Rongga Hidung
8.Anak tekak
18. Rongga mulut
9.Hujung lidah
19. Rahang
10. Hadapan lidah
20. Tenggorok
3.4

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalampengeluaran
bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepadaempat bahagian, iaituhujung lidah, tengah
lidah, hadapan lidah, danbelakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah
membuat deskripsi pelbagai jenispenghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah,
tengah lidah dan belakanglidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal,
iaitu bunyi vokalhadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan
bahagian palingaktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk
membuatpenyekatan.

Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannyatidaklah
aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagaipenampan
aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udarainilah yang
menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dandibundarkan dan
berperananmengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir jugaberfungsi membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi kebahagian
dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerahsebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras danlelangit
lembut.Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit kerashingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusidi bahagian hadapan
atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untukmenutup atau membuka saluran
rongga tekak terus ke rongga hidung.Apabila dinaikkan, rongga mulut akan
terbuka dan udara akan keluarmelalui rongga mulut dan apabila diturunkkan,
rongga mulut akan tertutupdan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ronggahidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama adaanak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat pentingdalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan caramemperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara duakeping selaput nipis
berkenaan.
3.5
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidakmengalami
sekatan atau himpitan.Bunyi vokal juga dipengaruhi olehpengaruh lidah,
keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.Kedudukanvokal-vokal dapat dilihat
seperti berikut:

You might also like