You are on page 1of 19

PENDAHULUAN

Salah satu ciri syariah islam yang membezakannya dengan ajaran-ajaran dan fahaman
-fahaman agama yang lain ialah syumul. Syumul bermaksud pencakupan yang menyeluruh ke
atas setiap aspek kehidupan manusia, dari sekecil-kecil urusan sehinggalah sebesar-besarnya.
Setiap tidak-tanduk dan gerak- geri manusia adalah tertakluk pada penilaian syariah yang
seterusnya di letakkan dibawah kuasa penghukumannya. Sifat bagi segala perbuatan yang
dipergantungkan ke atasnya ini merupakan neraca penimbang untuk disusuli dengannya
tuntutan - tuntutan perundangan di dunua dan akhirat.

Persoalan talfiq timbul ketika masyarakat islam mengikat diri untu berada di keadaan
pertama, iaitu memilih salah satu cara dan menjadikannya penghukum mutlak bagi setiap
perkara yang timbul. Pertentangan yang tercetus antara dua keaadaan ini adalah pada
kemutlakan cara penghukumanyang diambil, kerana usaha mencampur adukan cara
penghukuman menyebabkan kemasukan unsur luar kedalam cara yang dipegang. Kebimbangan
dilihat kepada ketidakseragaman dasar dan hasil yang disebabkan oleh kepelbagaian cara yang
dipakai.

Kertas kerja ini akan berusaha menilai perkembangan serta menilai tanggapan
masyarakat islam di Malaysia terhadap persoalan talfiq ini. Adalah persepsi awal bahawa
masyarakat islam di Malaysia berada di keadaan yang pertama iaitu memilih mazhab syafie
sebagai pegangan penghukuman bagi semua masalah fiqh. Penelusuran keatas sejarah dan
perkembangan mengenainya.

1
DEFINISI

Perkataan talfiq berasal daripada kata dasar laffaqa maksudnya dalam penggunaan bahasa ialah
melipat kain untuk menemukan kedua belah hujungnya. Membohong atau tidak didapati
sesuatu. Tetapi pengertian yang pertama banyak digunakan iaitu menggabungkan sesuatu atau
menyesuaikannya supaya menjadi satu atau menjadi selari. Pengertian ini juga dipakai oleh
fuqaha dan muhaddithun. Berdasarkan huraian di atas dapat difahamkan bahawa yang
dimaksudkan talfiq ini ialah menggabungkan pendapat mazhab atau mujtahid untuk diamalkan
oleh seseorang muqallid dalam hukum syarak. 1

Pembahagian Talfiq

Talfiq dalam masalah fiqh dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama talfiq dalam ijtihad,
maksudnya dua orang ulama mujtahid atau lebih daripadanya berijtihad dalam perkara
tertentu dan didapati pendapat mereka berbeza diantara satu dengan yang lain dalam masalah
yang sama, sama ada dua pendapat atau lebih. Persoalannya sini ialah adakah ulama mujtahid
yang lahir selepas zaman mereka boleh berijtihad dan mengeluarkan pendapat yang ketiga
selain pendapat yang telah sedia ada?

Kedua ialah talfiq dalam mengikuti pendapat mazhab. Dalam talfiq yang pertama ,imam ghazali
dan asnawi berpendapat bahawa tidak ada halangan untuk seseorang mujtahid berijtihad bagi
mengeluarkan pendapat yang ketiga, selama ia mengetahui bahawa masalah itu adalah
masalah khilaf pendapat dikalangan ulama mujtahid dan tidak diketahui kesepakatan mereka
dalam perkara itu. Adapun sarakhsi dan bazdawi mengatakan tidak harus mengeluarkan
pendapat yang ketiga dalam perkara tersebut kerana persetujuan ulama pada zaman itu yang
menerima dua pendapat itu dianggap sebagai ijmak, oleh itu ia mesti diterima sebagai mana
adanya.2

1
Abdul Halim El-Muhammady, sumber undang-undang islam dan pandangan orientalis, hlmn.57
2
Ibid: hlmn 58

2
Adapun talfiq yang kedua ialah orang awam mengikuti dan mengamalkan beberapa mazhab
dalam satu masalah secara umum para ulama tidak mengharuskan muqallid beramal dengan
mazhab yang lain daripada mazhab yang diikutinya pendapat ini adalah selaras dengan sikap
mereka mewajibkan orang awam bermuqallid pada mazhab tertentu dalam amalan hukum
walau bagaimanapun ada kelonggaran diberikan kepada seseorang muqallid beramal dengan
mazhab lain jikalau keadaan memerlukan dengan syarat-syarat tertentu antaranya ialah jangan
lah perkara yang diamal itu bercanggah dengan ijmak umpamanya seorang berkahwin tanpa
mas kahwin, tanpa wali nikah dan saksi akad yang seperti ini tidak ada satu mazhab yang
membenarkan. Kedua jangan lah amalan itu telah disepakati oleh ulamak tentang batalnya
samada daripada mazhab yang dianutinya atau mazhab yang ia berpindah kepadanya. Ketiga
hendaklah dua pendapat yang diamalkan itu tidak menimbulkan natijah pada hakikat amalan
yang satu contohnya seseorang yang mengambil wudhuk kemudian dalam membatalkan
wudhuk ia mengikut mazhab hanafi dengan menyentuh perempuan dan mengikut mazhab
syafi,i dalam keluar darah daripada badan yang menghasilkan wudhuknya tidak batal. Amalan
yang dilakukan itu tidak dapat diterima oleh kedua-dua mazhab yang tersebut kerana dalam
mazhab syafi’i wudhuk seorang lelaki itu terbatal jika tersentuh dengan perempuan dan dalam
mazhab hanafi wudhuk terbatal disebabkan keluar darah daripada badan. Maka wudhuk
sesorang yang bertalfiq seperti itu tidak dikira dan sembahyangnya dengan wudhuk itu tidak
sah kerana kedua-dua amalan itu tidak diakui oleh kedua-dua mazhab tersebut.

3
Beberapa istilah lain yang berkaitan dengan talfiq

Ada beberapa istilah lain yang digunakan oleh para ahli ilmu yang berkait rapat dengan
istilah talfiq ini. Perkaitan ini tergambar ketika mereka membincangkan pengertian dan
pemahaman talfiq ini. Secara umumnya, istilah-istilah ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu istilah yang cenderung untuk disamakan dengan talfiq dan istilah-istilah yang
cenderung untuk menjadi lawan kepada talfiq. Diantara istilah-istilah tersebut seperti berikut:

1) Al-ittiba’

Dari sudut bahasanya perkataan al-ittiba’ ini membawa maksud mengikut dan menurut.
Dari segi istilahnya, perkataan ittiba’ ini bermakna beramal dengan pendapat orang yang
mana kata-katanya adalah hujah sekalipun tidak mengetahui dalil pendapatnya terperinci,
atau mengambil pendapat orang kata-katanya adalah bukan hujah selepas mengetahui dalil
pendapatnya itu.

Sudut persamaan antara al-talfiq dengan al-ittiba’ ialah percampuran pendapat dari cara
yang pelbagai dalam membuat penghukuman fiqh. Ini keran, seseorang yang mengambil
pendapat setelah mengetahui dalilnya akan mengikuti tuntutan dalil itu, tanpa melihat pada
mazhab tertentu. Contohnya dia melakukan wudhuk pada dasarnya berpandukan mazhab
syafie, tetepai dalam perbuatan menyapu kepala dia mengetahui dalil yang menunjukkan
kepada kemestian menyapu seluruh kepala yang mana ia adalah pendapat di sisi mazhab
hanbali. Dalam perbuatan ini ada makna talfiq kerana mazhab syafie berpendapat dengan
kemestian menyapu sebahagian kepala, dan dia telah mencampurkan pendapat mazhab
hanbali ke dalam mazhab syafie.

4
2) Al-tarjih

Perkataan al-tarjih dari sudut bahasanya adalah yang membawa maksud condong dan
melihat apa yang lebih berat. Makna perkataan ini secara istilahnya adalah mendahulukan
sesuatu salah satu dari dua dalil yang bertentangan kerana kelebihan yang ada padanya,
yang menjadikan beramal dengannya lebih utama dari beramal dengan yang lain, atau
menzahirkan kekuatan pada salah satu dari dua dalil yang bertentangan yang mana
sekiranya kekuatan ini dipisahkan darinya tidaklah ia menjadi hujah.

Sudut persamaan antara al-talfiq dengan al-tarjih ialah penggabungan pendapat-


pendapat dari cara-cara yang berbeza dalam permasalahan fiqh. Ini kerana, seseorang yang
menerima dalil yang pada mulanya bertentangan dengan dalil yang lain akan menerima
tuntutan dalil itu setelah melihat kelebihan yang dimiliki. Perbezaan hokum antara mazhab-
mazhab adalah kadang-kadang disebabkan oleh perbezaan dalil, yang manan satu mazhab
memiliki dalil yang berbeza dengan mazhab yang lain. Kelebihan yang dilihat pada salah
satu dalil yang bertentangan ini akan membawa kepada menerima dalil dan seterusnya
kandungannya tanpa melihat kepada mazhab yang dipegang. Contohnya, mazhab syafie
berpendapat wudhuk boleh terbatal dengan sentuhan tanpa alas antara leleki dan
perempuan yang ajnabi kerana mengikut dalil yang menunjukkan kepadanya. Seseorang
yang bermazhab syafei menemui kelebihan pada dalil di sisi mazhab hanafi yang
berpendapat wudhuk ini tidak batal akan menuruti dalil yang kedua ini. Lalu dia telah
menggabungkan antara dua mazhab dalam permaslahan kesahihan dan kebatalan wudhuk
dengan sebab ini.

5
3) Tatabbu’ al-rukhas

Istilah ini tersusun dari dua perkataan iaitu tatabbu’ dan al-rukhas. Perktaan tatabbu’
yang bermaksud menuntut dengan pengikutnya. Perkataan al-rukhas pula adalah kata
jamak bagi perkataan al-rukhsah, yang bermaksud memudahkan dalam urusan.
Penggabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud bagi istilah tertentu iaitu
melihat ke setiap hukum-hakam yang terdapat dalam mazhab-mazhab yang berbeza untuk
memilih apa yang paling mudah dan ringan tanpa sandaran dalam mana-mana metodologi
keilmuan.

Sudut persamaan antara al-talfiq dengan tatabbu’ al-rukhas ialah kemasukan pendapat-
pendapat luar ke dalam mazhab yang dipegang hasil pemilihan apa yang mudah dan ringan
ini. Seseorang yang memilih yang mudah dan ringan dari setiap mazhab akan
menggabungkan pendapat-pendapat yang bersumberkan dari mazhab-mazhab yang
berbeza, lalu dia akan mencamtumkan hokum bagi sesuatu masalah dalam mazhabnya
dengan hukum yang bukan dari mazhabnya. Contohnya, seseorang yang memilih apa yang
mudah dan ringan dalam masalah perkahwinan, akan memilih pendapat mazhab hanafi
yang membolehkan wanita kahwin tanpa wali, akan memilih mazhab syiah yang
membolehkan kahwin mutah dan akan memilih pendapat ibn hazm yang membolehkan
3
melihat seluruh tubuh wanita yang ingin dijadikan isteri.

3
www.iefpedia.com./Talfiq-di-Malaysia

6
KAEDAH TALFIQ

Dalam situasi tertentu seumpama keadaan darurat atau kesukaran. Seperti sakit, umat islam
diberi kemudahan mengikut fatwa dari mazhab-mazhab lain jadi walaupun kita bertaklid atau
berittiba kepada mazhab tertentu tetapi terdapat rurkhsah atau kemudahan untuk memilih
amalan dari mazhab-mazhab yang lain berbeza dengan amalan mazhab kita bagi golongan
tradisional mereka menyebutkan nya sebagai amalan luar biasa dalam keadaan yang tidak
dapat dielakkan. Tetapi di dalam ilmu usul fiqh khususnya dalam persoalan ijtihad, amalan
seperti ini dikenali sebagai talfiq. Di malaysia persoalan talfiq sudah pun menjadi perbincangan
hangat pada tahun 1937 di kelantan berkaitan dengan masalah jilatan anjing.

Dari segi konsep nya amalan talfiq merupakan satu tindakan beramal dengan
mencampurkan atau menggabungkan pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu masalah
tertentu tanpa terikat dengan mana-mana mazhab fiqh. Persoalannya bolehkah umat islam
mengamalkan talfiq? Bagi para ulamak mujtahid masalah ini tidaklah berbangkit lantaran taraf
kewibawaan mereka yang tinggi. Tetapi bagi para jumhur atau umat islam umumnya, masalah
ini mengundang kontreversi yang tersendiri.

Pada umumnya terdapat empat golongan ulamak dalam masalah talfiq ini iaitu :

1) Golongan mengharamkan talfiq sepenuhnya.


2) Golongan yang mengharamkannya tetepi mengharuskannya ketika darurat.
3) Golongan yang mengharuskan talfiq sepenuhnya.
4) Golongan yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu.4

Sebenarnya bagi mereka yang menerimanya, nereka tidaklah menerimanya secara mutlak.
Malah mereka menolak amalan talfiq dalam persoalan akidah yang asas seperti ilahiyah,
nubuwah dan samiyah, persoalan hukum yang sabit dengan nas qat’i dan perkara yang
4
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia, hlm.165

7
telah disepakati hukumnya oleh jumhur ulamak. Demikian juga bagi mereka yang menolak
amalan talfiq sepenuhnya, ia mungkin berlaku dari segi teorinya.
Sedangkan dari segi praktinya amalan talfiq tidak dapat dielakkan kerana sebab-sebab
tertentu:

1) Faktor darurat. Contoh yang terpenting sekali ialah amalan mazhab syafi’i tang
menganggap batalnya wudhuk jika tersentuh lelaki dan perempuan. Tetapi dalam
suasana yang terdesak ketika bertawaf di baitullah kita tidak dapat mengelakkan diri
daripada bersentuhan lelaki dan perempuan. Maka dalam keadaan darurat ini, boleh lah
merujuk pada mazhab hanafi, maliki dan hanbali yang menegaskan bahawa hudud tidak
batal kerana bersentuhan lelaki dan perempuan. ataupun terdapat masalah najis seperti
tahi burung merpati ditempat tawaf yang wajib dicuci untuk mendirikan solat.
Bagaimana pun kerana darurat atau umul balwa iaitu tidak dapat dielakkan maka
perkara ini dimaafkan.5
2) Faktor ijtihad. Faktor ini adalah berdasarkan perubahan masa tempat, sesuai dengan
kaedah fiqh yang menyebut tidak diingkari perubahan hukum dengan perubahan
zaman. Misalnya hukum zakat fitrah menurut mazhab syafi’i hendaklah dibayar dengan
makanan asasi penduduk sesebuah negara, seumpama beras atau gandum. Tetapi di
malaysia pemberian zakat fitrah adalah dalam bentuk wang berdasarkan mazhab hanafi.
Demikian juga jual beli najis haiwan (seumpama baja) dianggap tidak sah dalam mazhab
syafi’i tetapi sah menurut mazhab hanafi. Malah berdasarkan mazhab syafi’i juga,
sebarang unsur jual beli wajib disertai hijab dan qabul yang tentunya antara sesama
umat islam sendiri. Tetepi memandangkan tuntuntan terkini dimana umat islam hidup
dalam masyarakat majmuk serta berurus niaga melalui vendo atau kad kredit, tentunya
mazhab syafi’i kurang relevan lalu umat islam memilih fatwa lain yang sesuai. 6

5
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia, hlm.166
6
Ibid: hlm.166

8
Oleh kerana amalan talfiq dipengaruhu oleh keperluan mencari kemudahan dan
menjauhi kesukaran, maka ia mempunyai kaitan yang rapat dengan salah satu antara
lima kaedah yang terkenal kesulitan itu membawa kemudahan. Antara tokoh ulama
kontemporari yang terkemuka dalam mempopularkan fiqh taisir ini ialah syekh Dr Yusuf
Al Qardawi.

Dalam kalangan ulamak usul fiqh, prinsip mencari kemudahan hukum seperti ini
dikenali sebagai tatabbu’ al rukhas iaitu menerima pakai masalah yang lebih mudah dari
semua mazhab. Dalam konteks ini terdapat tiga mazhab atau golongan:

1) Golongan yang menolak tatabbu’ al rukhas kerana dianggap semata-mata ingin


bersuka-suka mengikut hawa nafsu.
2) Golongan yang mengharuskan dengan bersyarat.
3) Golongan yang mengharuskan tanpa syarat.

Mengenai golongan yang menolak dan yang menerimanya tanpa syarat tidak lah perlu
ditinjau kerana sudah jelas. Apa yang penting disebutkan ialah golongan yang mengharuskan
nya dengan syarat iaitu lagi ia tidak membawa kepada dosa. Hakikat ini disebutkan oleh nabi
s.a.w sebagai berikut:”
“apabila rasullullah s.aw memilih dua perkara beliau akan memilih beliau akan memilaih yang
lebih mudah, selagi ia tidak membawa kepada dosa.”

Antara syarat yang tidak bertaklid kepada dua mazhab dalam sesuatu masalah tertentu
seumpama masalah amal ibadat. Contohnya dia berwudhuk dengan mazhab syafi’i dengan
membasuh sebahagian kecil kepala tetapi dia menyentuh perempuan dengan bertaklid dengan
bermazhab maliki dan kemudiannya ia mendirikan solat. Amalan talfiq seperti ini tidak sah
kerana imam syaf’i menganggap wudhuknya terbatal kerana menyentuh perempuan sedangkan
imam malik pula tidak mengaggap sah wudhuk kerana tidak menyapu seluruh kepalanya.

9
Pandangan ulamak mengenai kebolehan bertalfiq

Setelah memehami konsep talfiq dan beberapa istilah yang lain yang berhubungkait
dengannya. Seperti kebiasaanya juga setiap kelompok akan memperjuangkan pendapat-
pendapat masing-masing dengan menyusun dalil dan hujah serta kritikan terhadap dalil dan
hujah dari kelompok yang bertentangan.

Golongan yang tidak menerima talfiq dan pendapat dengan ketidak bolehan
mengamalkan talfiq bersandarkan kepada beberapa dalil antaranya:

1) Talfiq mewujudkan hukum ketiga bagi dua hukum yang telah disepakati oleh ulamak
dalam membataskan perbezaan pendapat terhadap masalah. Ini bertentangan dengan
apa yang telah diterima oleh ulamak tentang keharaman mewujudkan hukum baru ini.
2) Talfiq menyebabkan penciptaan pendapat satu pendapat baru yang tidak pernah
dikatakan oleh mana-mana ulamak terdahulu. Ia seolah-olah mewujudkan satu mazhab
baru hasil cantuman pendapat-pendapat yang dilakukan oleh seorang yang bukan
mujtahid.
3) Talfiq melanggar tuntutan bermazhab dan bertaklid, ini menyebabkan seseorang itu
mencampur adukkan mazhabnya dengan mazhab yang lain. Jika talfiq dibolehkan, maka
tidak ada faedahnya seseorang itu bermazhab.

4) Talfiq membawa kepada perbuatan meremeh-remeh urusa agama, dan meletakkan


hawa nafsu sebagai ukuran dalam melakukan ibadah. Jika talfiq di bolehkan seseorang
itu akan memilih-milih dari setiap mazhab apa yang bersesuaian dengan keinginannya.

10
Golongan kedua yang menerima talfiq dan berpendapat dengan keharusan atau
kebolehan mengamalkan talfiq bersandarkan kepada beberapa dalil antaranya:

1) Telah menjadi ketetapan dalam islam bahawa kita wajib mengikuti al-quran dan al-
sunnah. Sekiranya kebolehan ditunjukkan oleh dua sumber ini berada di luar dari
mazhab yang kita pegang maka kita wajib mengambilnya, sekalipun terpaksa
mencampur adukkan pendapat-pendapat.
2) Telah menjadi satu ketetapan juga dalam islam bahawa ia bersifat memudahkan.
Pengharaman talfiq yang memaksa seseorang itu berpegang dengan mazhabnya
sekalipun dia mengetahui kebenaran yang lain adalah satu bebanan keatasnya. Iaitu
menafikan haknya untuk melakukan apa yang diketahuinya sebagai yang benar dan
tepat dengan syariah.
3) Tiada dalil dari syarak yang menunjukkan pengharaman melakukan talfiq ini, maka
sebagaimana bertaklid dan bermazhab itu di bolehkan, sewajarnya bertalfiq juga
dibolehkan.
4) Membolehkan bertalfiq boleh menyebabkan seseorang itu berusaha mendalami
agama dan mencari ilmu, kerana orang yang berusaha untuk menilai sejauh mana
kebenaran pegangannya akan berusaha menuntut ilmu. Berbeza dengan
pengharamannya, yang hanya menyebabkan pemikirannya beku dan jumud dengan
apa yang diwarisinya dari orang yang sebelumnya.7

Pengharmonian antara golongan yang mengatakan ketidakbolehan secara total dan


golongan yang mengatakan keharusannya secara mutlak tergambar pada usaha
meletakkan syarat-syarat untuk mengamalkan talfiq dan membataskan keadaan-
keadaan tertentu. Dengan lebih terperinci, hukum talfiq ini boleh dibahagikan
kepada lima bahagian mengikut pendapat pembahagian hukum syarie iaitu wajib,
sunat, makruh dan haram. Pembahagian ini dibuat berdasarkan cara, sebab dan
natijah dari melakukan talfiq itu sendiri.
7
www.iefpedia.com/Talfiq-di-Malaysia

11
TALFIQ DI MALAYSIA

Sejarah perkembangan islam di Malaysia dan hubungkaitnya dengan talfiq

Kedatangan islam ke Malaysia telah mencorakkan tatacara hidup masyarakat melayu


sejak awal penubuhan kerajaan melayu lagi. Meskipun berlaku perbezaan pendapat di kalangan
ahli sejarah tentang siapa sebenarnya yang membawa masuk islam ke tanah melayu, namun
apa yang penting ialah penyebarluasan islam tidak di depani dengan tentangan serta halangan.
Peranan yang dimainkan oleh pendakwah islam ketika itu ternyata berkesan kerana dengan
tidak mengambil masa yang panjang, islam telah menjadi agama masyarakat melayu
menggantikan anutan fahaman hindu.

Kemunculan fenomena bermazhab yang bermula pada kurun keenam hijriah telah juga
mencorakkan cara pengamalan agama islam di kalangan masyarakat melayu pada mula
penerimaannya. Pendakwah yang telah membawa masuk islam ke tanah melayu telah juga
membawa cara ini bersama, sehingga islam yang diterima sebagai agama baru oleh masyarakat
melayu adalah dengan cara ini. Mazhab syafie telah diterima sebagai mazhab rasmi kerajaan
islam di Negara ini sejak berates-ratus tahun yang lalu. Ia telah mendominasikan cara
pengamalan dan permasalahan bersumberkan apa yang terkandung di dalam mazhab ini.

Sistem-sistem kenegaraan di tanah melayu pada ketika itu seperti kehakiman,


pentadbiran,penghukuman, perundangan, pendidikan dan kemasyarakatan dibentuk
berdasarkan apa yang termaktub di dalam mazhab syafie. Pengamalan dengan mazhab ini
sangat berakar umbi dalam kehidupan masyarakat melayu, terutamanya dalam bidang
pendidikan dan perundangan, demi menjamin keberlangsungan cara kefahaman islam ini telah
diwarisi zaman-berzaman. Pergolakan kuasa politik melayu akibat kehadiran beberapa kuasa
penjajah tidak mengubah suasana bermazhab ini, sekalipun ia telah membataskan pelaksanaan

12
agama islam kepada aspek-aspek yang lebih kecil. Pihak penjajah yang datang dengan sistem
perundangan mereka sendiri telah menggantikan undang-undang islam yang sedia ada dengan
undang-undang mereka. Pertentangan daripada masyarakat islam melayu yang berdasarkan
kesedaran tentang pencabulan ini menunjukkan kepada kesungguhan mereka membela agama
islam yang dianuti dari diperlekehkan oleh penjajah.

Antara faktor atau pun petunjuk kepada kebolehan berlakunya talfiq di sepanjang sejarah islam
di Malaysia:

1) Kedudukan tanah melayu (Melaka terutamanya) sebagai laluan dagangan antarabangsa


menjadikannya destinasi persinggahan penting bagi pedagang-pedagang yang dating
dari segenap Negara. Ini menyebabkan masyarakat islam disini terdedah debgan
mazhab-mazhab selain mazhab syafei. Perkara ini sekalipun tidak menjadikan mereka
meninggalkan mazhab pegangan mereka, tetapi ia membuatkan mereka mengetahui
dengan mewujukan cara-cara lain dalam pengamalan agama islam.
2) Rentetan daripada perkara pertama, pendedahan ini lebih meluas apabila masyarakat
luar mula menetap dan bermaustautin di tanah melayu. Masyarakat muslim yang
datang dari china, arab dan india ke Negara ini lalu tinggal disini untuk beberapa tahun
mengamalkan mazhab-mazhab mereka yang berbeza dengan mazhab syafei yang
dipegang oleh masyarakat melayu.

Kedatangan talfiq di Malaysia: penerimaan dan penolakan

Kemasukan talfiq ke dalam pengamalan fiqh di kalangan masyarakat melayu berlaku


dengan dua cara: dibawa dan sedia ada. Cara yang pertama kebiasaanya terjadi melalui
kewujudan orang perseorangan atau kumpulan tertentu yang menyebarkan kesedaran tentang
perlunya bertalfiq dan mengambil pendapat-pendapat yang bukan dari mazhab syafie.
Manakala, cara yang kadua terjadi melalui percampuran yang sebati antara masyarakat melayu

13
dengan masyarakat bukan melayu dalam hal-hak pengamalan fiqh harian, sehingga berlakunya
pencampuran dalam pengamalan mazhab itu sendiri.

Kaum muda merupakan sebagai contoh yang jelas untu cara yang pertama ini.
Kemunculan kaum muda yang merupakan ancaman kepada kaum tua menjadi perintis kepada
gerakan penjernihan fiqh islam yang sebenar. Kaum tua dilihat sebagai satu golongan yang
amat mementingkan cara tradisi dalam menyebarkan islam dan berpegang kuat dengan
mazhab syafie. Kaum tua melihat pembawaan kaummuda ini sebagai satu membahayakan
masyarakat melayu pada ketika itu. Apa yang di bawa oleh kaum muda sebenrnya adalah
bagaimana untuk mengatasi permasalahan-permasalahan seperti bidah,khurafat, taqlid dan
jumud. Secara umumnya ada beberapa prinsip dalam gerakan kaum muda yang menyuarakan
keperluan bertalfiq dalam masyarakat melayu:

1) Kembali kepada sumber-sumber islam yang utama iaitu al-quran dan al-sunnah, serta
amalan golongan al-salaf.
2) Penekanan ke atas isu- isu bidah dan khurafat yang diamalkan oleh mesyarakat melayu.
3) Menghidupkan semula keperlian ijtihad dan mengkritik amalan bertaklid buta dengan
apa yang diwarisi.
4) Pengecaman keatas sisitem pendidikan pondok yang hanya melahirkan jumud,taqlid
dan kemunduran dalam masyarakat melayu.

Kepentingan merujuk semula dua sumber utama islam,serta mengamalkan ijtihad dan
meninggalkan taqlid membawa pada salah satu sudutnya kepada bertalfiq. Hubungkait antara
tiga istilah di halaman terdahulu, yang mana taklid adalah penyebab kepada talfiq, dan ijtihad
adalah pelepas dari talfiq.

14
Usaha membawa talfiq oleh kaum muda dan golongan-golongan yang seangkatan
dengannya telah berdepan dengan tentangan dan halangan, akan tetapi ia tidak diketahui
brjaya ataupun tidak, tetapi mereka telah berusaha memberi pengetahuan dan kesedaran
kepada masyarakat islam di Malaysia bahawa ada impak di sebalik keleraian pegangan mazhab
syafie kepada mazhab-mazhab yang lain. Impak ini dilihat sebagai satu yang negatif oleh
golongan yang menolak talfiq kerana ia tidak mewujudkan ketidaksamaan fiqh, dan ia dilihat
sebagai satu yang positif oleh golongan yang menerima talfiq kerana ia memberikan
penyelesaian dan pendekatan kepada ketetapan syarak.

Dari sudut yang lain, kedatangan talfiq ke dalam kehidupan masyarakat islam melayu
Malaysia berlaku dalam dua keadaan, disedari dan tidak disedari. Ini merujuk kepada
pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak pemerintah melalui jabatan-jabatan terrentu yang
menyalurkan penghukuman fiqh kepada masyarakat. Keadaan yang disedari ini bermaksud
pihak pemerintah mewartakan satu hukum fiqh dengan pemberitahuan bahawa hukum ini
adalah hasil gabungan antara pendapat mazhab syafie dengan mazhab-mazhab yang lain, atau
pun ia adalah pendapay mazhab lain secara keseluruhannya. Keadaan yang tidak di sedari pula
bermaksud pewartaan satu hukum fiqh yang di hasilkan melalui cara talfiq pemberitahuan
umum. Cara inilah yang biasanya dilakukan oleh pemerintah demi mengelakkan
kesalahfahaman dan ketidakjelasan.

Beberapa perkara yang dipersetujui oleh majlis fatwa kebangsaan berkaitan talfiq ini:

1) Secara prinsipnya, majlis ini mengakui keempat-empat mazhab dalam fiqh, kerana
golongan ahl al-sunnah wa al jamaah itu adalah mereka yang berpegang dengan hukuk-
hukum syarak dengan cara mazhab yang empat ini.

15
2) Majlis ini melarang mana-mana pertubuhan agama dari mewartakan kebebasan dari
mana-mana mazhab, dan adeologi ini perlu diperbetulkan untuk mengelakkan
pertelingkahan antara manusia.
3) Majlis fatwa bersetuju mengambil mazhab syafie sebagai asa dalam memilih fatwa-
fatwa dan hukum-hukum Negara, dan mazhab ini haruslah didahulukan dari mazhab-
mazhab lain.
4) Majlis telah bersetuju bahawa pelaksanaan undang-undang islam mestilah mengikut
mazhab syafie, tetapi sekiranya hukum di dalam mazhab ini tidak menepati maslahah
umum semasa maka dibolehkan mengambil mana-mana mazhab dari mazhab yang tiga
itu.

Dari apa yang disebut ini, jelaslah bahawa pengamalan talfiq adalah diterima dengan rasmi
secara pilihan kedua, iaitu selepas berusaha berpegang dengan mazhab syafie. Dengan kata
lainnya, berpaling pada talfiq hanya dibolehkan dengan bersyarat dan bersebab, dan pada masa
yang sama mengutamakan mazhab syafie seboleh mungkin.
Diantara beberapa penghukuman fiqh yang telah dilaksanakan di dalam masyarakat islam
Malaysia sebagai contoh pengamalan talfiq ialah:

1) Aurat pelajar wanita islam di hadapan ajnabiyyah di asrama perempuan.


Mengikut mazhab syafie,seorang muslimah tidak boleh membuka aurat di hadapan
wanita ajnabiyyah kafirah, kerana auratnya dihadapan wanita ini adalah sama dengan
auratnya di hadapan lelaki muslim. Tetapi, majlis fatwa negeri Sembilan telah
menfatwakan keharusan membuka aurat ini sekiranya ada kepentingan (darurah) yang
menuntut kepada sebahagian badannya. Ini dengan mengambil pendapat mazhab
hanbali yang membolehkan seorang muslimah membuka aurat dihadapan wanita
kafirah.
2) Membayar zakat fitrah dengan menggunakan wang
Mengikut mazhab syafie, tidak boleh membayar zakat fitrah dengan menggunakan
wang, kerana yang dituntut adalah dengan menggunakan makanan asasi seperti beras,

16
gandum dan tamar. Tetapi, apa yang diamalkan di Malaysia dengan meluasnya di setiap
negeri ialah kebolehan membayar zakat fitrah dengan wang. Ini adalah mengambil
pendapat mazhab hanafi yang membolehkan membyar zakat fitrah dengan nilai
makanan asasi itu.
3) Menjual harta waqaf
Mengikut mazhab syafie, harta –harta yang telah di waqafkan tidak boleh dijual beli
kerana ia sudah menjadi milik orang islam secara umumnya. Namun apa yang berlaku di
Malaysia adalah sebaliknya, iaitu masyarakat islam telah memilih untuk tidak mengikut
mazhab syafie dalam perkara ini, tetapi memilih pendapat mazhab hanbali yang
membolehkan jual beli harta waqaf.
4) Mendirikan solat jumaat dengan bilangan makmum kurang daripada 40 orang.
Mengikut mazhab syafie, solat jumaat tidak boleh didirikan sekiranya bilangan
jemaahnya kurang daripada 40 orang. Tetapi, majlis fatwa kebangsaan telah
mengeluarkan fatwa tentang kebolehan mendirikan solat jumaat dengan hanya empat
orang bagi penuntut-penuntut Malaysia yang berada di luar Negara.
5) Jual beli najis haiwan sebagai baja tanaman.
Mengikut mazhab syafie, sesuatu yang najis tidak boleh diperniagakan, dan tidak sah
jual belinya. Mengikut mazhab hanafi, najis haiwan yang digunakan untuk tujuan yang
berfaedah boleh dijualbeli. Di Malaysia, jual beli najis haiwan sebagai tanaman adalah
satu yang diterima dan diamalkan sekalipun ia menyalahi mazhab syafie sendiri.

Lima contoh yang disebutkan di atas adalah sebahagian kecil daripada bukti-bukti bahawa
perkembangan dan juga amaln bertalfiq antara mazhab itu diterima dan digunapakai oleh
masyarakat islam di Malaysia.

Kesimpulan
Dengan apa yang dilihat ini, sewajarnya kita menganggap perkembangan fiqh ini
membantutkan usaha untuk mendalami dan memelihara mazhab syafie sebagai mazhab rasmi

17
Negara. Kepositifan pendirian yang diambil oleh pihak pembuat dan pengeluar fatwa ini
terserlah pada pemastian bahawa setiap permasalahan fiqh yang timbul mempunyai jawapan
yang menepati syarak dan meraikan kemaslahatan. Amalan fiqh mengikut mazhab tertentu
adalah merupakan perkembangan yang berlaku kemudian dalam masyarakat islam. Para
sahabat dan tabiin serta ulama yang kemudian terutama ulama mujtahid semuanya beramal
pelbagai pendapat, dan berpindah dari satu mazhab kepada mazhab yang lain. Jadi, bagi
mereka yang mempunyai kemampuan untuk memahami pendapat mazhab dan mampu
menganalisis hukum tidak menjadi kesalahan untuk memilih pendapat yang telah disetujui.
Tetapi bagi orang awam yang tidak mencukupi ilmu mereka untk menganalisis hukum, maka
lebih selamat jika mereka mengikuti pendapat mazhab dan ulama yang mempunyai kepakaran
dalam keilmuan dan amalan tersebut. Hal ini tidak mengikat diri seseorang secara mutlak
kepadanya, malah dalam keadaan tertentu dia boleh keluar megikut pendapat yang lebih sesuai
dengan keadaanya berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.

Rujukan

 Abdul Rahman Hj Abdullah.

18
Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia (suatu kajian tentang perkembangan pemikiran
tajdid dan islah di Malaysia)
Karisma Publication Sdn.Bhd. Shah Alam 2010.
 Abdul Halim El-Muhammady.
Sumber Undang-undang Islam dan pandangan orientalis
 www.iefpedia.com/ Talfiq-di-Malaysia

19

You might also like