You are on page 1of 7

PANDUAN MENANAM PETOLA SEGI

Ditulis oleh Admin Editor1 | 01 Februari 2010

PANDUAN MENANAM PETOLA SEGI

Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-
tanah rendah.  Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua
India.  Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm
panjang dan 5-10 cm garis pusat.  Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan
bersegi tirus yang memanjang.

Varieti

Petola tempatan, Pin-Ann (hidbrid, San-C (hidbrid)

Iklim dan Tanah

Memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas.  Petola sesuai
ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur,
tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  Kawasan yang mempunyai saliran yang baik
dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

Penanaman

         Penyediaan Tanah


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan
pertumbuhan akar.  Lakukan pengemburan dengan menggunakan cangkul atau
trektor.  Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/sampah sarap sebelum
menyediakan batas.
 

         Membuat Batas


Sediakan batas berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm
tinggi.  Gaulkan baja asas seperti tahi ayam reput sebanyak 2 tan metirk untuk
0.04 ha. kawasan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  Kemudian,
buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm
ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.
 

         Menanam
Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  Sebelum
menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat
dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih. 
Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak
2 cm antara satu sama lain.  Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih
kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih
diperlukan.   Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan
meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.

Penjagaan

Letak rumput-rumput kering atau jerami padi di permukaan batas selepas menanam
sebagai sungkupan.  Ini adalah untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah serta
melambatkan pertumbuhan rumpai.  Hakisan dapat juga dikurangkan.

Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong
untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang
mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas
menanam.  Satu lagi cara untuk menyokong pokok ialah dengan sistem "trellis". 
Pacakkan batang-batang kayu tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.4 m
panjang dan 6-10 cm paris pusat.  Sambungkan dua tiang beruti atau batang kayu yang
berhampiran dengan menggunakan dawai kasar untuk dijadikan junjung.  Kemudian
gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan
melintang.  Apabila anak pokok berumur 15-20 hari gunakan tali rafia untuk membantu
anak pokok memanjat junjung.  Sistem pancang dengan kayu atau pun buluh boleh juga
digunakan, walau bagaimanapun hasil yang didapati adalah rendah dibandingkan
dengan cara sistem trellis.

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan
sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja
sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2

Kadar Baja
Masa Pembajaan Cara Membaja
(kg/0.4 ha)
3 minggu lepas
tanam Tabur di keliling
100
5 minggu lepas pokok.
200
tanam Tabur antara pokok.
200
7 minggu lepas Tabur antara pokok.
tanam

Menyiram

Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Siram dua kali sehari iaitu pagi
dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.

 Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama
membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm
pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan
pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok
juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang
terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak
terganggu.

Membalut Buah

Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini
dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut
dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Kawalan Serangga / Penyakit

         Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.
         Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.
         Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.
         Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.

Memungut Hasil

Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. 
Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  Peti buah tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi
dengan menggunakan pisau yang  tajam.  Petiklah buah yang masih lembut dan belum
bersabut.  Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  Hasil purata
yang dipungut dengan menggunakan sistem pancang adalah dianggarkan 5,200 kg /0.4
ha. dan sistem trellis dianggarkan antaa 9,000-15,000 kg / 0.4 ha.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI SAYUR-


SAYURAN
Ditulis oleh Admin Editor1 | 29 Januari 2010

(sumber:  Agromedia Bil. 11, 2001)

PENUAIAN

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.  Aspek penting bagi
penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian.  Tahap
kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa
penyimpanan.  Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda
atau terlalu tua.
Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman
tertentu, varieti dan jenis sayur.  Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah
mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan.  Jangka
masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji
benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja.  Indeks penuaian bagi kebanyakan
sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Sayur buah pada
peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz
mengikut keperluan pasaran.  Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada
peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada
perubahan warna sayuran tersebut.  Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan
sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.  Manakala sayuran seperti kubis,
kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian.  Umumnya, peringkat
kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara
pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan


mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah.  Pengendalian awal yang
dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat
pengendalian yang berikutnya.  Disamping itu, operasi penyediaan di rumah
pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang
tajam.  Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan
penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain.  Teknik penuaian berbeza
bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik.  Bagi sayur jenis crucifer (kubis,
kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan
pembersihan boleh dibuat di ladang.  Manakala sesetengah sayur daun yang lain
(bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya
bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang
mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh
dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan. 
Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan
tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu). 
Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting
(secateurs) atau pisau.

Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan.  Penuaian
perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat
petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk
pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya
pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada
waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  Bekas pengisi sayuran yang digunakan
semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja
ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk
mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh
tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya
pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas
matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan
layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah
dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus
di tanah terutamanya tanah basah.

Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi
sayuran terpilih

Sayur Selepas Sayur Selepas Kekacang dan Selepas


Daun Ditanam Buah Ditanam Ubi Ditanam
 

Bayam 4 minggu Bendi  8 minggu Jagung sayur 7 minggu

Brokoli 8 minggu Capsicum 10 minggu Kacang Buncis 5 minggu

Kailan 6 minggu Cili 10 minggu Kacang manis 5 minggu

Kangkung 3 minggu Terung 14 minggu Kacang panjang 5 minggu

Kubis bulat 8-8 minggu Timun 4 minggu Keledek 3-5 minggu

Kubis bunga 8 minggu Tomato 6-9 minggu Sengkuang 3-5 minggu

Kubis cina 8 minggu        

  Sawi 4 minggu        

PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat
penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. 
Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran
dan kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat
penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia
untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh
pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan


dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada
persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap.  Jenis kenderaan
yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang
dikendalikan.  Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan
untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah
pembungkusan.  Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap
sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika
menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.  Bekas yang berisi sayur mestilah
dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin
supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah,
yang boleh menyebabkan kecederaan.
OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi


penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran.  Rumah pembungkusan boleh
merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang
dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden.   Operasi penyediaan yang
dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan,
penyimpanan dan pembungkusan.  Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza
mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Rawata Peng- Pem-


n
Sayur daun Pemilihan Pembersihan Pembasuhan Pengeringan Perawatan Pemasakan Penyahijauan
Air
Panas gredan bungkusan

 Bayam
 Brokoli √ √ √ √ √ √
 Kubis √ √ √ √
bunga √ √ √ √
√ √ √ √ √ √
 Kailan √ √ √   √       √ √
 Kangkung √ √ √ √
 Kubis bulat √ √ √ √
 Kubis cina √ √ √ √ √ √
 Sawi

Sayur buah                    
 Bendi √ √ √ √
 Capsicum √ √ √ √ √ √
 Cili √ √ √ √ √   √ √ √
 Terung √ √ √ √ √ √
 Tomato √ √ √   √ √   √ √

Kekacang                    
 Jagung
sayur
 Kacang √ √ √
buncis √ √ √
 Kacang √               √ √
manis √ √ √
 Kacang
panjang
Ubi                    
 Keledek
 Lobak √ √ √ √ √ √ √
medrah √ √ √   √ √     √ √
 Sengkuan √ √ √ √ √ √ √
g

PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN


Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat
tempat di pasaran sekarang.  Sayuran yang diproses secara minimum merupakan
sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus. 
Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur.  Sayur yang diproses secara
minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan.  Melalui kaedah yang sesuai,
sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk
tempoh simpanan tertentu.  Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil
pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang
dibeli dalam masa yang singkat.  Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau
digunakan jelas kelihatan.  Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa
pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong
(bergantung pada jenis sayur).  Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan


yang sesuai bagi sayur terpilih

Kelembapan
Jenis Suhu (oC) Tempoh
relatif (%)
Bayam
5 90-95 1-1.5 minggu
Cili
5 90-95 8 minggu
Kacang bendi
7-10 95 3-4 hari
Kacang
4-7 95 7-10 hari
panjang
5 90-95 1-1.5 minggu
Kailan
5 90-95 1-1.5 minggu
Kangkung
1-2 90-95 6-12 minggu
Kubis bulat
0 95-98 3-4 minggu
Kubis bunga
0 95-100 2-3 bulan
Kubis cina
10-13 90-95 5-10 bulan
Labu
0 98-100 4-6 minggu
Lobak merah
0 98-100 2-3 bulan
Saderi
5 90-95 1-1.5 minggu
Sawi
8-12 90-95 1 minggu
Terung
10-13 95 10-14 hari
Timun
13-21 90-95 1-3 minggu
Tomato hijau
8-10 90-95 4-7 hari
Tomato masak
13-16 85-90 4-7 bulan
Ubi keledek
0 95 4-5 bulan
Ubi sangkuang

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang


diproses secara minimum

Kelembapan
Jenis Suhu (oC) Tempoh
relatif (%)
Bawang
2 85-90 3
cili
2 85-90 3
Daun bawang
2 85-90 2
Daun salad
2 85-90 2
Daun saderi
2 85-90 2
Kacang
2 85-90 2
Panjang
2 85-90 2
Kubis
2 85-90 3
Timun

You might also like