You are on page 1of 15

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan suatu perkara yang amat penting dan mencabar dalam kehidupan
manusia. Tanpa pendidikan manusia tidak akan mengenal huruf, tidak mampu membaca dengan
baik dan tidak mungkin mempunyai pengetahuan samada secara formal ataupun informal.

Jaminan kepada perkembangan positif terhadap negara adalah dengan menitikberatkan


pendidikan ke dalam diri individu umumnya dan masyarakan khususnya. Walaubagaimanapun,
pendidikan agama perlu diterapkan dalam pendidikan moden supaya manusia khususnya umat
Islam tidak akan mudah terpesong daripada ajaran Islam yang mencakupi aspek akhlak, aqidah
dan syariah.

Tuntutan supaya menuntut ilmu ini ternyata mempunyai nilai yang amat tinggi bilamana
ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melalui peristiwa
Nuzul Al-Quran itu, juga menerangkan secara umum tentang tuntutan menuntut ilmu melalui
pendidikan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-‘Alaq: ayat 1-5:

             
          

Mafhumnya: 1.Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan


(sekalian makhluk);2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;3. Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -5. Ia
mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Namun, dewasa ini, hampir semua negara Islam mengamalkan sistem pendidikan yang
berbentuk dualisme. Pendidikan berbentuk dualisme ini ialah dua aliran pendidikanyang
dikenalai sebagai aliran sekolah kebangsaan dan aliran sekolah agama. Matlamat dan tujuan
kedua-dua sistem ini jauh berbeza serta menimbulkan jurang pemisahan antara pelajar kedua-dua
aliran tersebut.

Aliran sekolah kebangsaan yang semua subjeknya bersifat duniawi lebih menekankan
penguasaan ilmu-ilmu akademik dan ketrampilan, namun kurang menumpukan aspek kerohanian
dan mental para pelajar. Manakala, sekolah aliran agama pula hanya menumpukan subjek yang
bersifat keagamaan semata-mata tanpa memberikan perhatian yang secukupnya terhadap
1
pendidikan umum.1 Oleh yang demikian, lahirlah pelajar yang tidak mempunyai keseimbangan
antara kehidupan duniawi dan ukhrawi.

KONSEP DUALISME DALAM PENDIDIKAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (cetakan ketiga, 2002), istilah dualisme membawa
maksud ‘teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan’ atau ‘perihal yang mendua, sesuatu
yang berasaskan dua hal yang bertentangan.’

Sementara pendidikan pula membawa makna ;

(i) Perihal mendidik; Ilmu pendidikan, ilmu mendidik pengetahuan mendidik, ilmu didik;
didikan, latihan, ajaran (Kamus Dewan edisi ketiga, 2002)

(ii) Proses belajar dan mengajar; pengalaman menerima (ajaran, latihan, didikan); bentuk,
kaedah, perihal mendidik (dalam ajaran, latihan, didikan). (Kamus Bahasa Melayu, 1997)

(iii) Tarbiyah, pengajaran, pengasuhan, penjagaan. (Tesaurus Melayu Moden Utusan, 2001).2

Menurut Abdul Halim Ramli, didalam rencana tulisannya, Memecah Dualisme


Harmoniskan Ilmu : Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohamad Abduh
dan Sayyid Ahmad Khan, dualisme dalam pendidikan ditakrifkan sebagai berikut :-

"....wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional
Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan
perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu
moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan
mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan".3

1
Haji Rose De Yusof b. Haji Mohd Ramlee (2009).Dualisme Dalam Pendidikan. Tesis Sarjana Pendidikan Dalam
Pengajian Islam.Institut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam: Brunei Darussalam.
2
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3
Majalah Tamadun ,Ogos 1997
2
Sementara itu, tafsiran dualisme dalam pendidikan yang diberikan oleh Menteri
Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun Razak ialah :-

"...masalah masyarakat Islam rata-rata, bukan sahaja di Malaysia, ialah kita telah
mewujudkan dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilmu aqliah ataupun sciences."4

Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa, sistem dualisme dalam pendidikan
merupakan penumpuan dan pemfokusan pendidikan yang menjurus hanya kepada satu aliran
sahaja dalam sesebuah institusi pendidikan.

SEJARAH DUALISME

Perkataan “dualisme” adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa latin iaitu “dualis”
atau “duo” dan “ismus” atau “isme”. “Duo” memberi makna kata dua. Sedangkan “ismus”
berfungsi membentuk kata nama bagi satu kata kerja. Oleh kerana itu, dualisme ialah keadaan
yang menjadi dua, dan ia adalah satu sistem atau teori yang berdasarkan kepada dua prinsip yang
menyatakan bahwa ada dua keadaan. Rosnani Hashim (1996) menyatakan bahwa dualisme
adalah dua fahaman yang memiliki asas dan landasan yang berbeza baik secara sejarah, falsafah
mahupun ideologi.

Dalam Ensiklopedi Columbia (1963) dualisme adalah suatu konsep yang berhubungan
dengan kewujudan dua elemen yang berbeza pada suatu benda atau perkara. Asal idea ini pada
hakikatnya merupakan doktrin falsafah dan metafizik yang lahir dari alam pemikiran para
falsafah Barat dalam melihat ke dalam jiwa dan raga manusia. Sebagaimana yang dinyatakan
oleh Syed Naquib al-Attas (1978) bahawa asal usul konsep dualisme terkandung dalam
pandangan hidup tentang alam (world view), serta nilai-nilai yang membentuk budaya dan
peradaban Barat. 5

Gagasan tentang dualisme sebenarnya dapat dijejaki sejak zaman Plato dan Aristoteles
yang memiliki pandangan berhubung dengan perasaan jiwa yang berkaitan dengan kecerdasan
4
Dewan Budaya, Disember 1995

5
Amin, Abdullah. 2003. Menyatukan kembali Ilmu-ilmu Agama dan Umum. Yogyakarta: Suka Press IAIN Sunan
Kalijaga.
3
dan kebijaksanaan. Plato dan Aristoteles berpendapat bahawa "kecerdasan" seseorang
merupakan bahagian dari fikiran atau jiwa yang tidak boleh diidentifikasikan atau dijelaskan
dengan fizik. Jadi, dalam pandangan tentang hubungan antara jiwa dan raga, fenomena mental
adalah non-fizik dan raga adalah fizik. Oleh itu, fahaman dualisme ini melihat kepada fakta
secara mendua. Akal dan materi adalah dua keadaan yang secara asalnya terpisah. Jiwa dan raga
(mind-body) tidak saling berkaitan antara satu sama lain.

Dualisme yang dikenali secara umum ke hari ini diterapkan oleh René Descartes (1641),
yang berpendapat bahawa pemikiran adalah substansi nonfisik. Descartes adalah orang yang
pertama kali memodifikasikan dualisme dan mengidentifikasikan dengan jelas pemikiran dengan
kesedaran sebagai tempat kecerdasan. Baginya yang real itu adalah akal sebagai substansi yang
berfikir (substance that think). Oleh yang demikian demikian, secara ideologinya diciptakan
adanya dualisme pendidikan, iaitu sekolah umum yang mendapat sokongan pemerintah dan
menjadi tanggungjawab bahagian pendidikan nasional dan madrasah, pondok, sekolah yang
kurang mendapat perhatian dan menjadi tanggungjawab jabatan agama. Pemerintah akhirnya
menyelesaikan masalah dualisme ini dengan menjadikan beberapa madrasah kepada sekolah
negeri kerana dengan sebab wujudnya suasana politik yang semakin berkembang dan meluas.

IMPLIKASI DUALISME DALAM PENDIDIKAN

Tinjauan umum mendapati bahawa kemajuan sesebuah negara banyak dibangunkan oleh
unsur-unsur pendidikan umum. Samada dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan, hubungan
antarabangsa dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pendidikan agama perlu diselaraskan dan
dititikberatkan supaya semua perancangan dan tindakan dalam usaha membangunkan negara
tidak menyimpang dan tidak menyalahi landasan yang telah ditetapkan oleh Syara’.
4
Sistem dualisme pendidikan yang dilaksanakan di negara ini memberi dua impak yang
berbeza iaitu dari sudut kebaikan dan juga keburukan ke dalam masyarakat. Walaubagaimanapun
sistem pendidikan dualisme ini sebenarnya lebih membawa kepada kesan negatif berbanding
yang positif.

Kelebihan Dualisme Dalam Pendidikan

Untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat dikuasai dengan mendalam dan mantap oleh
para penuntutnya, penumpuan yang jitu merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Oleh
yang demikian, dengan mengasingkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain dapat menjamin
kemantapan penguasaan ilmu seseorang individu itu.

Dualisme sistem dan pola pendidikan inilah telah mewarnai semua negara dan
masyarakat islam. Pada umumnya usaha pendidikan untuk memadukan antara kedua sistem
tersebut telah diadakan, dengan jalan memasukkan kurikulum ilmu pengetahuan moden kedalam
sistem pendidikan tradisional, dan memasukkan pendidikan agama ke dalam kurikulum sekolah-
sekolah moden. Dengan demikian sistem pendidikan tradisional akan berkembang secara
beransur-ansur mengarah ke sisitem pendidikan moden. Dan inilah sebenarnya yang dikehendaki
oleh para pemikir pembaharuan pendidikan, yang berorientasikan kepada ajaran Islam yang
murni, sebagaimana yang dipelopori oleh Al-Afgani, Muhammad Abduh, dan lain-lain.6

Kelemahan Dualisme Dalam Pendidikan

Secara globalnya, impak yang negatif besar kemungkinan akan wujud melebihi kesan
positif sekiranya diamalkan sistem dualisme ke dalam pendidikan. Ini kerana golongan
cendekiawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini akan
saling bersaing antara satu sama lain, bukan dalam keadaan yang membina bahkan mungkin
menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam. Inilah yang akan menyebabkan konflik
pemikiran yang tidak selari malah bertentangan dengan ajaran Islam.

6
http://sarjana.tripod.com/dualisme3.html
5
1. Kualiti Masyarakat

Tokoh pembaharuan Islam yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan,


Muhammad Abduh, menyatakan sistem pendidikan dualisme antara sekolah-sekolah yang hanya
memberikan pelajaran pengetahuan agama yang hanya melahirkan golongan ulama-ulama yang
tidak mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu moden. Manakala sekolah-sekolah moden pula
mengeluarkan ahli-ahli dalam pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran yang sedikit
pengetahuan agamanya.7

Golongan cendiakawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang
didiskriminasikan ini juga akan saling bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang wujud
pula bukanlah dalam keadaan yang membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri
walaupun beragama Islam.

Ishak Ramly (2003) juga menyatakan bahawa amalan kurikulum dualisme melahirkan
individu yang mempunyai latar belakang premis orientasi yang berbeza dan akhirnya wujud
manusia yang berbeza. Sekumpulan manusia lebih cenderung ke arah akhirat dan sekumpulan
manusia lagi lebih cenderung ke arah dunia.8

2. Penghalang Membina Jati Diri

Dualisme dalam pendidikan menjadi faktor penghalang kepada pembentukan jati diri
golongan muda belia terutamanya. Sebagai contoh, lihat dari sudut media cetak dewasa ini.
Penerbitan majalah dan akhbar hiburan yang langsung tidak mengambil kira kesensitifan lunas-
lunas agama. Bahkan ia langsung tidak menampakkan akan kecenderungan untuk mengutuhkan
nilai dan peradaban yang sekian longgar, malah tambah menggoyah dengan pemaparan gambar-
gambar yang menjolok mata, budaya berpasangan serta pergaulan bebas dikalangan remaja.9

7
ibid

8
Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah.PTS Publication Sdn.Bhd: Kuala Lumpur

9
Note from bear
6
Situasi ini merupakan terhasil daripada golongan yang hanya mendapat pendidikan
moden yangmana sedikit sahaja pengetahuan agamanya yang diperoleh melalui sistem
pendidikan formal. Penulis, editor, para wartawan serta individu-individu yang terlibat dalam
proses penerbitan majalah dan akhbar berkaitan isu ini tidak mementingkan batasan Syara’ dek
sedikit cuma pengetahuan mereka tentang agama. Tidak dinafikan bahawa terdapat juga majalah-
majalah serta akhbar-akhbar yang mengetengahkan unsur-unsur keIslaman, namun ianya tidak
mampu mempengaruhi minda dan minat golongan belia kerana limpahan media cetak berunsur
hiburan tanpa batasan itu. Oleh yang demikian, keadaan seperti ini menghalang para belia
membentuk jati diri yang utuh berpegang pada agama kerana pengaruh anasir seperti ini yang
sangat kuat.

3. Kebekuan Ilmu

Dualisme dalam pendidikan membawa kepada kebekuan ilmu. Seperti yang dijelaskan
oleh Profesor Dr. Sidek Baba:

“..Pada hari ini wujud kebekuan ilmu dan tradisi berfikir yang amat ketara. Keadaan itu
hingga menyebabkan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan tamadun Barat. Mereka
belum mampu melepasi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan tamadun umat manusia.
Namun, ia tidak bermakna ajaran Islam itu lemah atau tidak lengkap bagi mengatasi cabaran
sezaman dan kerenah lingkungan. Namun, ia akibat suburnya dualisme dan sekularisasi ilmu
serta pendidikan yang menyebabkan ajaran Islam sebenar atau sepatutnya terpinggir. Tradisi
‘turath’ atau bercorak tradisi tidak dapat dikembangkan bagi menghubungi metodologi berfikir
kini yang lebih banyak menumpu kepada tradisi kajian dan fakta yang terputus dengan nilai
tauhid dan nilai murni.”10

Hal seperti ini juga dapat dilihat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-
subjek selain daripada pendidikan Islam. Ramai dalam kalangan guru-guru kini tidak mengaitkan

10
Sidek Baba (2009). Al-Quran Tidak Menolak Kebaikan Tradisi (atas talian)
http://drsidekbaba.blogspot.com/2009/06/al-quran-tidak-menolak-kebaikan-tradisi.html dicapai pada 17 September
2010
7
sesuatu pembelajaran itu dengan ciptaan Allah S.W.T. Maka ini menyebabkan para pelajar hanya
memperoleh ilmu berdasarkan teori barat semata-mata.

4. Kemunduran

Menurut Prof. Dr Abdullah @ Alwi Hassan, Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi Islam,
Universiti Malaya, dua faktor utama yang menyebabkan umat Islam berada dalam kemunduran
ialah kerana kurang ilmu dan lemah dari segi pengurusan.11

Hal ini dilihat merupakan antara impak daripada dualisme dalam pendidikan di negara
ini. Kurang ilmu boleh ditafsirkan sebagai individu dari aliran kebangsaan kurang mempunyai
ilmu dalam bidang agama manakala individu dari sekolah aliran agama pula kurang mempunyai
ilmu moden. Apabila masing-masing saling kurang dalam penguasaan ilmu, sudah pasti mereka
tidak mampu untuk menguruskan sesuatu perkara dengan baik.

5. Mementingkan Satu Aspek Pendidikan

Ianya lebih menjurus kepada pendidikan agama ataupun lebih memfokus kepada
pendidikan umum. Kedua-dua jenis pendidikan tersebut tidak disatupadukan sama sekali.
Akibatnya tiada keseimbangan antara pendidikan agama dengan pendidikan umum. Mereka yang
menceburi bidang pendidikan agama akan lebih mahir dalam bidang keagamaan (hukum hakam,
fiqh ibadat dan mu’amalat, fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) tanpa sedikitpun mengambil berat
keperluan pendidikan umum sebagai ilmu pengetahuan tambahan yang perlu ada bagi setiap
individu. Manakala mereka yang mempelajari bidang pendidikan umum seperti ilmu matematik,
ilmu perubatan, sains, geografi dan sebagainya akan mempunyai kemahiran dalam bidang
masing-masing tetapi tidak dicampuri dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil. Pendidikan
umum (atau pendidikan sekular) dikatakan lebih tertumpu kepada hal ehwal urusan keduniaan,
sebaliknya pendidikan agama pula lebih banyak menguasai bidang ibadat dan hal ehwal akhirat.

11
Zulina hassan (penulis).Kita Miskin Kerana Kurang Ilmu & Lemah Pengurusan. Majalah i.bil 37 (November
2005). Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd: Selangor.
8
Maka atas sebab itulah pendidikan agama dipisahkan daripada pendidikan umum secara
keseluruhan memandangkan faktor perbezaan tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pendidikan bersepadu merupakan salah satu pendekatan yang perlu diambil untuk
menyelesaikan isu dualisme dalam pendidikan. Ia merujuk kepada pendekatan pendidikan yang
komprehensif, seimbang, dinamik, relevan dan kontemporari sebagai pendekatan yang terbaik.
Ini penting untuk melahirkan generasi yang mampu melaksanakan peranan sebagai pemimpin
dan berupaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Pendidikan yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah disamping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu akal ke
arah membina komuniti ummah dengan berteraskan akidah (Forum Pendidikan
Bersepadu,1984:12).

Prinsip-prinsip Pendidikan Bersepadu seperti penciptaan manusia – diciptakan sebaik-


baik kejadian, diberi akal fikiran. Sumber ilmu – sumber utama (al-Quran dan al-Sunnah),maka
akal dan jasmani perlulah disuburkan dengan sumber daya usaha, pengalaman dan pemikiran
manusia berasaskan kawalan syarak(Abdul Halim Muhamad, 1985).

Martabat ilmu - terbahagi dua iaitu ilmu asas iaitu pembinaan kualiti peribadi manusia
meliputi roh, akal dan jasad – akidah, akhlak dan syariah. Kedua, ilmu pelengkap – pembinaan
masyarakat. Pengisian ilmu – meliputi semua aspek bersandarkan sumber utama. Tauhid sebagai
paksi ilmu – meyedari hakikat kejadian manusia yang bertujuan beribadat kepada Allah.
Islamisasi Ilmu Pengetahuan Islamisasi Ilmu Pengetahuan merupakan satu lagi kaedah
penyelesaian isu dualisme dalam pendidikan. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah setiap
mata pelajaran yang dipelajari mestilah dilihat dari kaca mata Islam di mana Al Quran dan
Sunnah di jadikan panduan. Langkah kedua, segala kurikulum yang dijalankan mestilah
mempunyai hubungkait secara langsung dengan Falsafah Pendidikan Islam. Langkah ketiga,
hendaklah dipastikan segala ilmu pengetahuan, mata pelajaran dan kursus yang ditawarkan bebas
daripada anasir-anasir barat dan fahaman sekular yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
islam.
9
Perubahan sosial dalam institusi Pendidikan Islam sebelum kedatangan penjajah menjadi
teras pendidikan masyarakat dan tonggak kepada pembangunan nasional. tiada sistem yang lebih
unggul daripada pendidikan pondok (Azmi Omar, 1993). Tuan-tuan guru dihormati dan menjadi
rujukan masyarakat. Pelajar diiktiraf oleh masyarakat dan tidak sukar meneruskan kehidupan
samada kerjaya atau rumahtangga. 12

Sesungguhnya di dalam kita membincangkan permasalahan gejala sosial hari ini, kita
sememangnya tidak boleh lari daripada turut sama mengaitkan sistem pendidikan yang ada.
Sikap lepas tangan sesetengah masyarakat tambah merumitkan lagi keadaan. Institusi pendidikan
telah terbeban bahkan ianya juga ‘terjejas teruk’ akibat dari perspektif masyarakat kepada para
pendidik yang semakin hari semakin menurun, sama teruknya dengan penurunan kadar nilai
mata wang negara. Kecelaruan falsafah yang ada tambah mengeruhkan suasana.. Namun begitu,
tidak kita nafikan bahawa komitmen pihak kerajaan untuk cuba memperbaiki keadaan. Ini dapat
dilihat melalui penggubalan kurikulum bersepadu di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Cumanya, masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran berbentuk keagamaan perlulah
ditambah untuk memastikan keberkesanan penerapan nilai. Pendekatan yang sedi ada pula perlu
dikaji keberkesanannya.

Saranan Perdana Menter, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, supaya kursus Tamadun
Islam diperkenal dan dilaksanakan di IPT pada tahun 1993 yang lalu juga antara lain
menunjukkan komitmen kerajaan untuk menghasilkan para intelek yang berilmu dan berakhlak.
Silibus dan tatacara perlaksanaan kursus ini yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan
untuk memastikan keselarasannya. Malang sekali, sejak awal hingga kini masih wujud perbezaan
dari segi tafsiran dan kefahaman terhadap perlaksanaan kursus itu di peringkat IPT. (Berita
Harian, 8 Julai 1997).

Masalah gejala sosial ini perlu ditangani segera kerana semakin hari ianya kelihatan
semakin kronik. Jika telah kita kenal pasti dengan penghapusan dualisme dalam sistem
pendidikan boleh menjernihkan keadaan, maka perlulah pihak-pihak yang bertanggungjawab
segera mengorak langkah. Penghapusan dualisme ini adalah merupakan sesuatu yang melibatkan

12
Tradisi dan Kemodenan dalam konteks Islam : http://www.slideshare.net/realkamy/dualisme-pendidikan

10
legislatif. Namun begitu, suara-suara rakyat tetap perlu diambil kira. Adalah tidak adil jika kita
hanya bersikap menunding jari menyalahkan orang lain. Oleh itu setiap lapisan masyarakat
perlulah turut sama berganding bahu dalam usaha mencerahkan kembali ‘jerebu’ yang telah
menyelubungi negara ini. Kita tidak lagi boleh bertangguh. Duduk berdiam diri tidak akan
menguntungkan sesiapa. Ibu-bapa dan keluarga tidak boleh lari dari tanggungjawab mengawal
institusi keluarga masing-masing, walau tidak dinafikan akan betapa besarnya pengaruh
‘pendidikan’ yang terbentang di luar rumah.

Jika diimbas kembali sejarah ketamadunan Islam silam telah melahirkan banyak tokoh-
tokoh ilmuwan Islam di zaman Bani Abbasiyah dan selepasnya, yang tidak hanya menumpukan
pendidikan umum semata-mata bahkan diintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan
sekular, misalnya ;

(i) Bidang Falsafah : al-Kindi yang menggabungkan falsafah dan pemikiran Yunani dengan
falasafah dan pemikiran Islam; al-Farabi yang telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk
Ihsan al-Mlum yang merupakan karya berbentuk politik berasaskan ajaran dan fahaman Plato
dan Aristotle diadunkan dengan falsafah Islami; Ibnu Rusyd seorang ahli sarjana Islam yang
banyak menterjemahkan karya-karya Aristotle.

(ii) Bidang astronomi dan astrologi : al-Biruni telah memperkenalkan Teori Auja iaitu teori jarak
jauh dan dekat di antara sebuah planet daripada fokusnya, dan mencipta kompas; Umar
Khayyam yang menghasilkan karya Al-Tarikh Al-Jalani yang membincangkan ilmu astronomi.

(iii) Bidang matematik : al-Khawarizmi seorang ahli matematik ulung yang telah menulis sebuah
buku bertajuk al-Jabrwa al-Muqabalah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan
untuk mengajar di kebanyakan universiti Eropah. Beliau juga memperkenalkan teori asal usul
angka serta ilmu aljabar (algebra) dengan menumpukan perhatian dalam bidang persamaan
kuodratik; al-Battani pula memperkenalkan teori tangen, sinus dan kosinus dalam bidang
trigonometri.

(iv) Bidang perubatan : Ibnu Sina yang juga dikenali dengan Avicenna di Eropah telah
mengemukakan teori mengenai perubatan sakit saraf, sakit jiwa dan peredaran darah dalam
tubuh manusia, serta telah berusaha menggabungkan falsafah dan teori sains;

11
al-Razi pula seorang tokoh ilmu perubatan moden berbangsa Parsi yang terkenal dalam bidang
perubatan penyakit cacar dan campak, dan menguasai bidang perubatan fizik, biologi, kimia dan
astronomi; Ibnu al-Nafis seorang pakar bedah yang terkenal di Damsyik dan menghasilkan buku
pembedahan bertajuk al-Shamil Fil-Sinaat at-Tabib, iaitu berkenaan teknik pembedahan dan
rawatan.

(v) Bidang pelayaran dan pengembaraan : al-Masudi menghasilkan karya Muruj al-Dhabab
menceritakan kehidupan masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi
bahan penting dalam kajian antropologi dan sosiologi orang-orang Eropah; Ibnu Battutah
seorang pengembara yang telah menganalisa kebudayaan masyarakat dunia dan telah
mengembara dari Tawjah, Afrika Utara ke India, Asia Tenggara hingga ke China; Ibnu Jubayr
yang berasal dari Andalus, Sepanyol salah seorang tokoh pengembara Islam yang telah
menghasilkan sebuah karya berjudul Rihlah Ibn Jubayr (catatan segala pengalaman dan peristiwa
yang ditempuhi sepanjang dalam pelayarannya). 13

Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat kerana mereka lahir dari
sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka proses pengislaman ilmu amat penting supaya manusia
dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalam
sistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar, manusia
mengamalkan keadilan dan keadilan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Generasi yang lahir dari pendidikan pengislaman ilmu adalah generasi yang mempunyai rasa
tawadu’, bertanggungjawab dan disiplin yang tinggi. Mereka sentiasa membawa slongan
kemajuan umat. Adalah diharapkan dengan pengislaman ilmu ini merupakan satu titik tolak
dalam proses pengislaman dari segi politik, ekonomi dan sains kemanusian keseluruhannya. Di
Malaysia, pengislaman ilmu masih bergiat lancar dan memerlukan sokongan dari semua pihak
bagi menjayakannya.

Sesungguhnya proses untuk melaksanakan dan menjayakan hasrat ini akan mengambil
masa. Kejayaannya bergantung kepada kesediaan pihak pemimpin, penggubal dasar, pendidik
dan masyarakat dalam menghayati dan mengamali konsep pengislaman ilmu. Idea besar ini akan
menjadi malap dan sulit apabila ia diambil dan dipermudahkan oleh pendukung-pendukung yang
tidak berhati-hati dalam melaksanakannya. Oleh itu, usaha-usaha ke arah islamisasi ilmu di
13
Dualisme Pendidikan(2008).
12
pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini harus dikaji dari semasa ke semasa supaya
keberkesannya terserlah seperti termaktub dalam gagasan awalnya. Pengislaman ilmu ini
haruslah bermula dari peringkat rendah hinggalah ke tahap pengajian tinggi. Dalam keghairahan
kita mengimport kolej-kolej swasta dan universiti-universiti dari luar negara, maka pihak yang
berwajib perlulah mengawasi dan memerhati supaya proses pengislaman ilmu tidak terbantut dan
terjejas disebabkan perkara tersebut. Kita berkeyakinan pengislaman ilmu merupakan satu titik
tolak ke arah kebangkitan umat seterusnya membawa umat ini kepada ‘izzah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendidikan agama yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith


adalah sebenarnya menjadi tunjang kepada semua pendidikan umum yang ada di dunia. Ertinya
ilmu-ilmu yang ada di dunia ini selain daripada agama Islam pokok pangkalnya memang berasal
daripada agama Islam itu sendiri, dan mempunyai hubungkait yang rapat antara satu sama lain.
Semuanya telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadith sebagai perlembagaan Islam yang
berharga hingga ke akhir zaman. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah:48;

         
             
             
           
       

Mafhumny: dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan
sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara
mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan
janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang
telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan
kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama

13
Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan
kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal
soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu
apa Yang kamu berselisihan padanya.

Ismail R. Faruqi yang mula berkempen tentang Islamisasi pada tahun 1977 dalam satu
persidangan yang berlangsung di Hotel Intercontinental Mekkah, Konferensi Pertama tentang
pendidikan Muslim yang digelar oleh King Abdul Aziz juga ada menyatakan:

“....umat Islam tidak akan bangkit jika sistem pendidikan tidak diubah dan segera dibaiki
kelemahannya. Yang diperlukan sekarang ialah suatu sistem baru. Dualisme pendidikan Islam
harus dihapuskan. Percabangan sistem Islam dan sekular harus dilenyapkan dengan
mengintegrasikan kedua-duanya ke dalam jiwa Islam secara total dan ideologi.”14

Oleh yang demikian, untuk menjamin perkembangan positif dari pelbagai aspek dalam
sesebuah negara, pendidikan berbentuk dualisme mesti diubah kepada pendidikan berbentuk
bersepadu yang menggabungkan antara ilmu agama dan ilmu moden.

Ali Sobirin el-Muannatsy (2009)Kampus Hijau, Kalam Cinta Dari Tuhan.PTS Litera Utama Sdn.Bhd:Kuala
14

Lumpur
14
Bibliografi

Dualisme Pendidikan(2008).(atas talian)www.mindamadani.my/content/view/111/3/.com

(dicapai pada 9September 2010)

Tamadun Islam dalam Bidang Falsafah(2007).(atas talian)


www.gemaislam.net/.../tamadun_islam_dalam_bidang_falsafah.pdf

(dicapai pada 11September2010)

Dualisme dalam Sistem Pendidikan(2005).(atas talian)


www.andalus.sg/dpia/nota_pensyarah/SPI3_Minggu3.ppt

(dicapai pada 11September 2010)

15

You might also like