You are on page 1of 8

TOPIK 10 GEOMETRI

151
PEPEJAL

PENGENALAN
Dalam topik sebelumnya, kita telah membincangkan perimeter dan luas bagi bentuk-bentuk
tertentu. Sekarang, kita akan berurusan dengan luas permukaan dan isipadu bagi objek-
objek tiga dimensi, terutamanya kubus dan kuboid. Sebelum kamu maju, pastikan para
pelajar kamu telahlah pun menguasai konsep luas dan perimeter. Pada asasnya, mereka
mestilah cekap dalam kemahiran-kemahiran operasi yang menggabungkan +, -, x dan ÷
(BODMAS).

Contoh Aktiviti 10.1: SET INDUKSI

1. Bagi memotivasikan pelajar-pelajar, kita boleh memulakan pelajaran dengan


menanya mereka tentang struktur-struktur bangunan yang mereka biasa lihat.

“Burj Dubai” (rujuk Rajah 10.1 di modul, halaman 320) yang terletak di Dubai, Emirate Arab
Bersatu (rujuk Rajah 10.2 di modul, halaman 320) masih lagi di bawah pembinaan. Apabila
ia disiapkan, ketinggiannya adalah melebihi 800 meter dan ia akan menjadi bangunan
tertinggi di seluruh dunia.

Di Malaysia, Menara Berkembar Petronas (rujuk Rajah 10.3) di Kuala Lumpur berketinggian
452 meter. Tanya para pelajar sama ada mereka pernah melawat menara tersebut.

Pada masa yang sama, sesetengah pelajar mungkin biasa dengan ‘”kaabah” (rujuk Rajah
10.4 di modul, halaman 321). Ia terletak di Mekah, Arab Saudi (rujuk Rajah 10.5 di modul,
halaman 321). Ini ialah lokasi di mana para penganut Islam dari seluruh dunia berkumpul
bagi mengerjakan haji mereka. Ia dibina dan dibina semula beberapa kali dalam tempoh
beberapa ribu.

Di bawah ialah satu lagi struktur terkenal. Ia dipanggil pyramid (rujuk Rajah 10.6 di modul,
halaman 321) dan terletak di Mesir (rujuk Rajah 10.7 di modul, halaman 321). Ia dibina
beribu tahun yang lalu oleh Orang Mesir dahulu.

Bangunan-bangunan ini terbentuk daripada bentuk-bentuk asas yang dinamakan pepejal


geometri.

10.1 KUBUS DAN KUBOID


Kita boleh mendefinisikan kubus sebagai:

satu pepejal geometri yang mempunyai 6 permukaan segi empat sama


yang sama saiz dan 12 sisi yang sama panjang (Cho, Mangai, Suhana &
Tiew, 2005)
TOPIK 10 GEOMETRI
152
PEPEJAL

bucu

sisi

muka

Rajah 10.8

Satu kuboid boleh didefinisikan sebagai

satu pepejal geometri yang mempunyai 6 muka berbentuk segi empat tepat dan 12 sisi
(Cho, Mangai, Suhana & Tiew, 2005)

Definisi-definisi yang diberikan untuk kubus dan kuboid adalah agak serupa. Oleh itu, kita
boleh katakan bahawa sifat-sifat mereka jugalah hampir sama.

10.1.1 Sifat-Sifat bagi Kubus dan Kuboid


Sekarang mari kita membandingkan satu kuboid dan satu kubus.

Kuboid Kubus

Ketinggian

Lebar

Panjang
Rajah 10.9 Rajah 10.10
Kita boleh merumuskan sifat-sifat geometri bagi kubus dan kuboid seperti dalam Jadual
10.1:
Jadual 10.1
Sifat-Sifat Kubus Kuboid
Bentuk sekata sekata
Muka segi empat sama segi empat tepat
Jumlah muka 6 6
Mempunyai sisi-sisi? / /
Mempunyai bucu-bucu? / /
TOPIK 10 GEOMETRI
153
PEPEJAL

Contoh Aktiviti 10.2: AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN

Arahkan para pelajar untuk membawa penyedut minuman dan klip kertas ke
kelas.

1. Bagi membina satu kubus, setiap pelajar mesti ada:


(a) 12 penyedut minuman yang sama panjang; dan
(b) 8 klip kertas yang diubahsuai.
2. Bagi membina satu kuboid, setiap pelajar mesti ada:
(a) 4 penyedut minuman yang berukuran 8cm setiap satu;
(b) 4 penyedut minuman yang berukuran 6cm setiap satu;
(c) 4 penyedut minuman yang berukuran 4 cm setiap satu; dan
(d) 8 klip kertas yang diubahsuai.

Sebelum kita bermula, kita mesti mula-mula mengubahsuai klip kertas kita. Klip-klip ini akan
digunakan untuk mengabungkan penyedut-penyedut minuman apabila kita membina
model-model kita.

Langkah 1 Para pelajar mesti bersedia dengan klip kertas seperti dalam Rajah 10.11.
Langkah 2 Luruskan klip kertas seperti dalam Rajah 10.12.
Langkah 3 Bentuk 3 gelung sama saiz yang berserenjang antara satu sama lain seperti
dalam Rajah 10.13.
Langkah 4 Ulangi langkah-langkah di atas untuk 7 klip kertas yang lain.
(Rujuk Rajah 10.11, 10.12 dan 10.13 di modul, halaman 324)

10.1.2 Membina Model Rangka Bagi Satu Kubus


Sambungkan kesemua penyedut minuman yang sama panjang seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.14.
Guna klip-klip kertas untuk menyambungkan penyedut-penyedut minuman ini di bucu-
bucu.

Rajah 10.14

10.1.3 Membina Model Rangka Bagi Satu Kuboid


Sambungkan kesemua penyedut minuman yang sama panjang seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.15.
TOPIK 10 GEOMETRI
154
PEPEJAL

Guna klip-klip kertas untuk menyambungkan penyedut-penyedut minuman ini di bucu-


bucu.

Rajah 10.15

10.1.4 Membina Satu Model Kubus dan Kuboid

Contoh Aktiviti 10.3: AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN

Arahkan para pelajar untuk membawa:

1. 2 keping kad manila


2. sebilah gunting
3. segulung pita selofan
4. satu pembaris
5. pen/pensil

Bagi membina satu kubus atau kuboid daripada kad manila, ikuti langkah-langkah
berikut.
Rujuk Rajah 10.16, 10.17, 10.18, 10.19 dan 10.20 di modul, halaman 326 dan 327.

Langkah 1 Lukis reka letak bagi satu kubus bergantung kepada dimensi-dimensi dalam
Rajah 10.16 ke atas sekeping kad manila. Setiap sisi ialah 5cm.
Langkah 2 Guna gunting untuk menggunting kad manila tersebut.
Langkah 3 Lipat kad sepanjang garis-garis bertitik di Rajah 10.17.
Langkah 4 Sambungkan sisi-sisi dengan pita selofan dan satu kiub akan terbentuk
seperti dalam Rajah 10.18.
Langkah 5 Ulangi langkah-langkah di atas tetapi kali ini kita akan menggunakan dimensi-
dimensi yang berlainan seperti dalam Rajah 10.19.
Langkah 6 Lipat sisi-sisi seperti yang dtunjukkan dalam Rajah 10.19 dan sambungkan
sisi-sisinya. Satu kuboid seperti dalam Rajah 10.20 akan terbentuk.

Rujuk Uji Diri 10.1 di modul, halaman 328.

Contoh Aktiviti 10.4: SET INDUKSI

1. Sebelum kita teruskan dengan subtopik baru, adalah lebih baik jika kita
memperingati para pelajar tentang konsep perimeter dan luas yang disentuh
dalam subtopik sebelumnya. Ia mestilah ditekankan bahawa konsep-konsep
ini akan banyak digunakan dalam subtopik ini.
TOPIK 10 GEOMETRI
155
PEPEJAL

10.2 PERIMETER DAN LUAS BAGI KUBUS DAN KUBOID

10.2.1 Kubus
Contoh 1:

Kamu diberikan satu kubus 3 dimensi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.21 di bawah.
Salah satu sisinya ialah 7cm. Kira, dalam cm2, luas permukaannya.

7cm

Rajah 10.21

Penyelesaian:

1. Memahami masalah! Apakah tugas yang diberikan?


Kira, dalam cm2, luas permukaan kubus.
2. Merancang! Luas bagi segi empat sama = Sisi x Sisi
Reka letaknya (atau bentangan) mungkin
adalah seperti berikut (rujuk Rajah 23 di
modul, halaman 329).
3. Melaksana! Mari kita pertimbangkan kawasan berlorek
bagi rajah dalam Rajah 10.23 (rujuk Rajah
10.23 di modul, halaman 329).
Luasnya ialah 7cm x 7cm = 49cm2.
Berapakah segi empat sama yang terdapat di
rajah?
Kesemuanya ada 6 segi empat sama yang
sama saiz dalam rajah.
Maka, luas permukaan bagi kubus
= 49cm2 x 6
= 294cm2.
4. Menyemak! Lihat langkah-langkah kerja kamu dan semak
jawapan kamu sekali lagi.
Contoh 2:

Kamu diberikan satu kubus 3 dimensi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.24 di bawah.
Salah satu sisinya ialah 70cm. Kira, dalam m2, luas permukaannya.

70cm

Rajah 10.24
TOPIK 10 GEOMETRI
156
PEPEJAL

Penyelesaian:

1. Memahami masalah! Apakah tugas yang diberikan?


Kira, dalam m2, luas permukaan kubus.
2. Merancang! Luas bagi segi empat sama = Sisi x Sisi
100cm = 1m
Maka, 70cm = 0.7m
3. Melaksana! Luas bagi 1 segi empat sama = 0.7cm x 0.7cm
= 0.49cm2.
Maka, luas permukaan bagi kubus
= 0.49cm2 x 6
= 2.94cm2.
4. Menyemak! Lihat langkah-langkah kerja kamu dan semak
jawapan kamu sekali lagi.

10.2.2 Kuboid
Contoh 1:

Rajah 10.25 menunjukkan satu kuboid 3 dimensi. Setiap dimensinya ditunjukkan dalam
rajah. Kira, dalam cm2, luas permukaannya.

7cm

4cm

10cm

Rajah 10.25

Penyelesaian:

1. Memahami masalah! Apakah tugas yang diberikan?


Kira, dalam cm2, luas permukaan kuboid.
2. Merancang! Luas bagi segi empat tepat = Panjang x Lebar
Reka letaknya (atau bentangan) mungkin
adalah seperti berikut (rujuk Rajah 10.26 di
modul, halaman 332).
3. Melaksana! Mula-mula, terdapat 6 segi empat tepat
dalam Rajah 10.27 (rujuk modul, halaman
333).
Sekarang, mari kita cari luas bagi setiap segi
empat tepat dalam Rajah 10.27.
1. 7cm x 4cm = 28cm2
TOPIK 10 GEOMETRI
157
PEPEJAL

2. 7cm x 10cm = 70cm2


3. 7cm x 4cm = 28cm2
4. 4cm x 10cm = 40cm2
5. 7cm x 10cm = 70cm2
6. 4cm x 10cm =40cm2
Jumlah luas bagi kesemua segi empat tepat
= 276cm2.
Maka, luas permukaan bagi kuboid ialah
276cm2.
7. Menyemak! Lihat langkah-langkah kerja kamu dan semak
jawapan kamu sekali lagi.

Contoh 1:

Rajah 10.28 menunjukkan satu kuboid yang berukuran 100cm x 40cm x 70cm. Cari, dalam
m2, luas permukaannya.

70cm

40cm

100cm

Rajah 10.28
Penyelesaian:
1. Memahami masalah! Apakah tugas yang diberikan?
Kira, dalam m2, luas permukaan kuboid.
2. Merancang! Luas bagi segi empat tepat = Panjang x Lebar
100cm = 1m
Terdapat 6 segi empat tepat dalam
bentangan.
3. Melaksana! Sekarang, mari kita cari luas bagi setiap segi
empat tepat dalam Rajah 10.27.
1. 0.7m x 0.4m = 0.28m2
2. 0.7m x 1.0m = 0.70m2
3. 0.7m x 0.4m = 0.28m2
4. 0.4m x 1.0m = 0.40m2
5. 0.7m x 1.0m = 0.70m2
6. 0.4m x 1.0m = 0.40cm2
Jumlah luas bagi kesemua segi empat tepat
= 2.76m2.
Maka, luas permukaan bagi kuboid ialah
276cm2.
4. Menyemak! Lihat langkah-langkah kerja kamu dan semak
TOPIK 10 GEOMETRI
158
PEPEJAL

jawapan kamu sekali lagi.

Contoh 3:

Rajah 10.29 menunjukkan satu kuboid 3 dimensi. Luas permukaannya ialah 5200cm 2. Cari,
dalam cm, nilai bagi x.

20cm

xcm

80cm

Rajah 10.29

Penyelesaian:

1. Memahami masalah! Apakah tugas yang diberikan?


Kira, dalam cm2, nilai x.
2. Merancang! Luas bagi segi empat tepat = Panjang x Lebar
Terdapat 6 segi empat tepat.
3. Melaksana! Sekarang, mari kita cari luas bagi setiap segi
empat tepat dalam Rajah 10.27.
1. 80cm x 20cm = 1 600cm2
2. 80cm x 20cm = 1 600cm2
3. 80cm x xcm = 80xcm2
4. 80cm x xcm = 80xcm2
5. 20cm x xcm = 20xcm2
6. 20cm x xcm =20xcm2
3 200cm2 + 200xcm2 = 5 200cm2
atau 3 200 + 200x = 5 200
Tolakkan 3200 dari kedua-dua belah,
3 200 - 3 200 + 200x = 5 200 - 3 200
200x = 2000
x = 10
Maka, nilai bagi x ialah 10cm.
4. Menyemak! Lihat langkah-langkah kerja kamu dan semak
jawapan kamu sekali lagi.

Bagi menguji kefahaman para pelajar, berikan masalah-masalah berikut kepada mereka.
Rujuk Latihan 10.1 di modul, halaman 337 - 338.

You might also like