You are on page 1of 69

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

KERTAS 1
1.  Pastikan kamu dapat kertas jawapan dengan kod mata
pelajaran yang betul 011 Bahasa Melayu Kertas 1.

 
2.  Semak angka giliran, nombor sijil beranak atau kad
pengenalan pada kertas jawapan.
 
 
3.Gunakan pensel 2B sahaja untuk menghitamkan
jawapan.
 
TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1
1. Ja wa b so a la n ta ta b a ha sa d a hulu ia itu
so a la n 1 hing g a so a la n 30.

2. Pa stika n ja wa pa n ya ng dihita m ka n
se pa d a n de ng a n no m bo r so a la n..

3. Se tia p so a la n ha nya bo le h
m e ng hita m ka n sa tu rua ng
ja wa pa n sa ha ja .
4.  Padamkan jawapan dengan bersih sebelum
menghitamkan jawapan yang baru jika ingin
mengubah jawapan.

5.    Murid-murid dinasihati menghitamkan


jawapan sebaik sahaja menjawab setiap soalan.
Jawapan pada kertas soalan tidak akan diberi
markah.

6.    Tinggalkan soalan yang susah dahulu supaya


tidak membuang masa. Bulatkan nombor soalan
yang ditinggalkan pada kertas soalan.
 7.Murid boleh menjawab soalan yang ditinggalka
ini setelah selesai menjawab soalan-soalan lain.

  8. Setelah selesai menjawab soalan tatabahasa,


barulah menjawab soalan petikan pemahaman.

9. Jawab soalan tatabahasa ini dalam masa 30


minit sahaja.
ASPEK TATABAHASA YANG DIUJI

1. KATA NAMA
2. KATA KERJA
3. KATA ADJEKTIF ( GOLONGAN KATA
)
4. KATA TUGAS
5. KATA TUNGGAL
6. KATA TERBITAN ( PEMBENTUKAN
KATA )
7. KATA MAJMUK

8. KATA GANDA

9. JENIS-JENIS AYAT ( AYAT

TANYA,PENYATA,PERINTAH,SERUAN ,

SAMA MAKSUD)

10. BENTUK-BENTUK AYAT ( AYAT


TUNGGAL , MAJMUK)

11. SINONIM , ANTONIM , POLISIM


12. PENJODOH BILANGAN &
SIMPULAN
BENTUK SOALAN TATABAHASA
YANG BERGAMBAR.
 
- GAMBAR SEBAGAI PENENTU JAWAPAN

- GAMBAR DAN KATA KUNCI SEBAGAI


PENENTU JAWAPAN

- GAMBAR SEBAGAI PENGGANGU


JAWAPAN
GAMBAR SEBAGAI PENENTU JAWAPAN

- Ga m ba r m e m be rika n 100% p e ne ra ng a n
a ta u kunc i ke pa da ja wa pa n.

- Pe rha tika n g a m ba r de ng a n te liti untuk


m e ng e c a m ja wa pa n te pa t.

- Ta np a m e liha t g a m ba r, m urid -m urid tid a k


a ka n ta hu ja wa pa n ya ng te p a t.
Ayuni bercita-cita menjadi___________Malaysia
yang pertama.
A seniwati
B peragawati
C sukarelawan
D angkasawan
GAMBAR DAN KATA KUNCI SEBAGAI
PENENTU JAWAPAN

Gambar memberikan 50% penerangan atau


kunci kepada jawapan.

Tanpa gambar, murid-murid masih boleh


mencari kunci jawapan dalam soalan.

Namun, gambar membantu murid mencari


jawapan dengan lebih tepat .
Kasim dan Salmah sedang makan durian
_____________ ayahnya membersihkan
durian yang baru dikutipnya.
A sementara
B supaya
C setelah
D ketika
GAMBAR SEBAGAI PENGGANGU
JAWAPAN

JAWAPAN ADA PADA KUNCI DALAM


SOALAN DAN GAMBAR
MEMERANGKAP CALON
Terdapat dua batang pokok kelapa yang
ditanam di _____________ rumah.
A belakang
B penjuru
C tepi
Teknik Menjawab Soalan
Tatabahasa Bergambar

   Baca arahan tentang soalan

 Baca soalan dua kali

 Cari kata kunci dan bulatkan kata


kunci dalam soalan

 Perhatikan gambar dengan teliti dan


pastikan sama ada
Gambar sebagai penentu jawapan
 
ATAU
 
-         Gambar dan kata kunci soalan sebagai
penentu jawapan
 
ATAU
 
-         Gambar sebagai penggangu jawapan.
Baca kesemua pilihan jawapan
A A
B ATAU B
C C
D
 
 potong satu atau dua pilihan jawapan yang bukan
kehendak soalan
 
 Kenal pasti jawapan tepat dan jawapan hampir tepat
 
 Tandakan jawapan pada kertas soalan
 
 Tandakan jawapan pada kertas jawapan.
 
 Jika soalan sukar dijawab, jawab soalan yang mudah
dahulu
Terdapat dua batang pokok kelapa yang
ditanam di _____________ rumah.
A belakang
B penjuru
C tepi
PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

Empuk Bengkok

Lemau Bongkok

Lembik Condong

Lembut Serong

Senget
SINONIM
Danau = tasik
Dangau = pondok
Sumur = telaga
Terbitan = keluaran
Memamah= mengunyah
Menduga=mengagak
Membasmi=menghapuskan
Cadangan=usul
Mengemukakan=mengajukan
PENJODOH BILANGAN
Sekeping sijil penyertaan
Tongkol jagung
Genggam jagung
Buah pasu
Setangkai bunga
Secekak padi
Hiris bawang
Timbun pasir
SIMPULAN BAHASA
TULANG BELAKANG- ORANG YANG
MENJADI HARAPAN
TITIK PELUH – HASIL USAHA YANG
BERSUNGGUH-SUNGGUH
SERKAP JARANG – MENUDUH ORANG
TANPA USUL PERIKSA
BINTANG TERANG – NASIB YANG BAIK
ANGKAT BAKUL – PERBUATAN MEMUJI
DIRI SENDIRI
ANTONIM
SEBAK X GIRANG
JAHIL X ARIF
MENGGULUNG X MENGHAMPAR
MENYEDIAKAN X MENGHABISKAN
GARANG X LEMBUT
AKRAB X RENGGANG
LABUH X SINGKAT
SERING X JARANG
KATA MAJMUK
Rumah pangsa baju hujan
Rumah teres baju kemeja
Rumah tangga baju renang
Rumah api baju tidur
Rumah batu baju kurung
Rumah haram baju Melayu
Rumah kedai baju sejuk
Rumah sewa baju kebaya
KATA GANDA
ADU DOMBA GUNDAH-GULANA
BOLAK-BALIK INCANG-INCUT
BONGKAR-BANGKIR JERIH PERIH
COMPANG-CAMPING KUSUT-MASAI
CULANG-CALING LIANG-LIUK
DERAM-DERUM REMUK-REDAM
DESAS-DESUS SERBAH-SERBIH
GEGAK-GEMPITA SUSUR-GALUR
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
TATABAHASA  
 Baca arahan tentang soalan
 
 Baca soalan dua kali
 
 Cari kata kunci dan bulatkan kata kunci dalam
soalan
 
 Baca kesemua pilihan jawapan
A A
B ATAU
B
C C
D
 
 potong satu atau dua pilihan jawapan yang bukan
kehendak soalan
Kenal pasti jawapan tepat dan jawapan hampir
tepat
 
 Tandakan jawapan pada kertas
soalan
 
 Tandakan jawapan pada kertas
jawapan.
 
 Jika soalan sukar dijawab, jawab
soalan yang mudah dahulu
MEMILIH AYAT YANG BETUL
 
Pilih ayat-ayat yang betul dan tandakan ( √ ).
 
1. Mary menampal sendiri gambarnya. ( )
Mary menampal gambarnya sendiri. ( )
 
2. Saya pergi ke rumah Ahmad esok. ( )
Saya telah pergi ke rumah Ahmad esok.( )
 
3. Pelancong itu membeli goreng pisang dari gerai di tepi jalan.
( )
Pelancong itu membeli pisang goreng dari gerai di tepi jalan.
( )
 
4. Pendapat Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( )
Pendapatan Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( )
 
5. Kami bercadang hendak melihat ke negara England. ( )
Kami bercadang hendak melancong ke negara England. ( )
 
6. Kucing saya berjaga pada waktu malam. ( )
Kucing saya menjaga pada waktu malam. ( )
7. Dia membalut nasi lemak dengan daun pisang. ( )
Dia membungkus nasi lemak dengan daun pisang. ( )
 
8. Buku itu dibaca oleh saya. ( )
Buku itu saya baca. ( )
 
9. Jambatan itu dibuat oleh mereka. ( )
Jambatan itu mereka buat. ( )
 
10. Ali memberitahu dia akan berpindah ke Sarawak. ( )
Ali memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Sarawak. ( )
 
11. Inilah jam tangan yang amat termahal. ( )
Inilah jam tangan yang termahal. ( )
 
12. Aminah memandikan kucingnya di pagi hari Ahad. ( )
Aminah memandikan kucingnya pada pagi hari Ahad. ( )
 
13. Pak Wahid menyimpan koleksi lagu-lagu P. Ramlee. ( )
Pak Wahid menyimpan koleksi lagu P. Ramlee. ( )
 14. Rumah Selvi terletak antara sekolah dengan pasar mini. ( )
Rumah Selvi terletak di antara sekolah dengan pasar mini. ( )
 15. Kilang itu mempunyai 350 orang bekerja. ( )
Kilang itu mempunyai 350 orang pekerja. ( )
MEMILIH AYAT YANG BETUL
 
Pilih ayat-ayat yang betul dan tandakan ( √ ).
 
1. Mary menampal sendiri gambarnya. ( )
Mary menampal gambarnya sendiri. ( / )
 
2. Saya pergi ke rumah Ahmad esok. ( / )
Saya telah pergi ke rumah Ahmad esok.( )
 
3. Pelancong itu membeli goreng pisang dari gerai di tepi jalan.
( )
Pelancong itu membeli pisang goreng dari gerai di tepi jalan.
(/ )
 
4. Pendapat Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( )
Pendapatan Ah Long sebagai nelayan adalah kecil. ( / )
 
5. Kami bercadang hendak melihat ke negara England. ( )
Kami bercadang hendak melancong ke negara England. ( / )
 
6. Kucing saya berjaga pada waktu malam. ( / )
Kucing saya menjaga pada waktu malam. ( )
7. Dia membalut nasi lemak dengan daun pisang. ( )
Dia membungkus nasi lemak dengan daun pisang. ( / )
 
8. Buku itu dibaca oleh saya. ( )
Buku itu saya baca. ( / )
 
9. Jambatan itu dibuat oleh mereka. ( / )
Jambatan itu mereka buat. ( )
 
10. Ali memberitahu dia akan berpindah ke Sarawak. ( )
Ali memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Sarawak. ( / )
 
11. Inilah jam tangan yang amat termahal. ( )
Inilah jam tangan yang termahal. ( / )
 
12. Aminah memandikan kucingnya di pagi hari Ahad. ( )
Aminah memandikan kucingnya pada pagi hari Ahad. ( / )
 
13. Pak Wahid menyimpan koleksi lagu-lagu P. Ramlee. ( )
Pak Wahid menyimpan koleksi lagu P. Ramlee. ( / )
 
14. Rumah Selvi terletak antara sekolah dengan pasar mini. ( )
Rumah Selvi terletak di antara sekolah dengan pasar mini. ( / )
 15. Kilang itu mempunyai 350 orang bekerja. ( )
KESALAHAN TATABAHASA
1. Apakah nama kucing itu?
2. Siapa sahaja boleh datang ke seminar itu.
3. Projek itu disiapkan oleh saya.
4. Puan Munah menghadiahkan Amin sebuah buku.
5. Puan Munah menghadiahi sebuah buku kepada Amin.
6. Kasut itulah yang termahal sekali di sini.
7. Ah! Itu alasanmu semat-mata.
8. Taklimat itu adalah bukan untuk semua.
9. Salimah sayangkan anak bongsunya.
KESALAHAN TATABAHASA
10. Sejak dari kecil lagi kita telah didik dengan ilmu
agama.
11. Ali terlibat di dalam kemalangan jalan raya.
12. Para-para pengundi dikehendaki menyemak nama
terlebih dahulu.
13. Suhaida mempunyai sebuah impian yang besar.
14. Setengah ibu bapa lebih suka jika anak mereka tinggal
di asrama.
15. Rumah saya terletak antara masjid dengan balai raya.
PILIHAN JAWAPAN BERHURUF
1. ROMAN
1.Bagi soalan tatabahasa yang
mempunyai banyak pilihan jawapan yang
betul atau soalan huruf roman, teliti
setiap ayat dan garisi kesilapan perkataan
dalam ayat.

2.      Kemudian, potong ayat yang salah


dan potong jawapan yang mengandungi
pilihan ayat yang salah itu.
POLISIM /KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.

I Air di tasik itu kelihatan tenang.


II Bot yang dinaiki oleh Ramli kelihatan tenang.
III Ramli tenang menunggu umpannya di makan
ikan.
IV Memancing boleh menyebabkan fikiran kita
tenang.

A I , II dan IV sahaja C I , III dan IV sahaja


B II, III dan IV sahaja
POLISIM /KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.

I Air di tasik itu kelihatan tenang.

II Bot yang dinaiki oleh Ramli kelihatan tenang.

III Ramli tenang menunggu umpannya di makan


ikan.

IV Memancing boleh menyebabkan fikiran kita


tenang.

A I , II dan IV sahaja C I , III dan IV sahaja

B II, III dan IV sahaja


TEKNIK MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN
 Kenal pasti format petikan secara umum
 
 Baca kesemua soalan sahaja terlebih
dahulu untuk mendapat gambaran awal
tentang petikan dan jawapan yang perlu
dicari
 
 Garisi kata kunci yang terdapat pada
setiap soalan
 
 Pastikan anda fahami fungsi perkataan
KECUALI, TIDAK BENAR dan BENAR
Baca Baca petikan – 1 kali
 
 Baca soalan dan semua pilihan jawapan
 
 
Cari jawapan dalam petikan dan gariskan ayat
yang membuktikan pilihan jawapan anda
dan tuliskan nombor soalan dalam petikan
 
Bagi soalan maksud perkataan, gantikan kesemua
pilihan jawapan ke dalam ayat yang mengandungi
perkataan tersebut untuk menentukan
jawapan yang tepat

 Tandakan jawapan pada kertas soalan


 
 Tandakan jawapan pada kertas soalan
Bengkel Teknik Menjawab

Bahasa Melayu Kertas Satu


011
BENTUK SOALAN
Terbahagi kepada 3 bahagian :

A: 10 markah/15 minit

B : 30 markah/40 minit

C : 20 markah/20 minit
BAHAGIAN A
1.Bahan grafik dan bukan grafik.

2.Gambar tunggal bersiri atau berpusat.

3. Graf,peta, jadual atau pelan.

4. Bina 5 ayat ( tersirat dan tersurat )


LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB SOALAN

1. Satu nombor hanya sepotong ayat.


2. Ayat yang dibina menceritakan apa yang
terdapat dalam gambar dengan jelas( ayat
majmuk yang lengkap).
3. Berikan nama pada watak dalam ayat .
4. Senaraikan kata kerja( aktiviti ) kata sifat
(situasi) kedua-duanya (umum).
5. Buat jadual (kotak jawapan)
6. Gunakan kata hubung yang sesuai seperti dan,
sambil,untuk ,yang dan sebagainya.
7. Ayat terpesong ialah ayat yang menceritakan
apa yang tidak terdapat dalam gambar.
8. Ayat yang terbaik ialah ayat yang menceritakan
apa yang terdapat dalam gambar serta
penerangan jelas iaitu ayat yang ada penerang
dan keterangan.
9. Semak dari segi ejaan, tanda baca
,imbuhan,kosa kata dan struktur ayat.
Contoh Jawapan Bahagian A
Senarai kata kerja yang terdapat dalam gambar:
1. Mencabut rumput
2. Menabur makanan ikan
3. Memberi ikan makan
4. Berbual-bual / melihat burung
5. Membersihkan taman sains
A B C D

CEMERLAN BAIK MEMUASKA MINIMUM


G N
CADANGAN 8-7 6-4 1-3
MARKAH: 9-10

1. Ayat gramatis 1. Ayat jelas 1.Ayat mudah 1. Ayat


2. Menepati 2. Menepati 2. sesuai dengan terpesong
grafik grafik grafik 2. Tidak sesuai
3. Kosa kata 3. Kosa kata 3. Kosa kata dengan grafik
  luas sederhana terhad 3. Kosa kata
 4. Tanda baca, 4. Sedikit 4. banyak   tidak sesuai
ejaan dan kesalahan kesalahan  4. Tidak
 
imbuhan tepat tanda baca, tanda baca,   menguasai
tanpa ejaan dan ejaan dan   tanda baca
 
kesalahan imbuhan imbuhan   dan ejaan
serta imbuhan
Bahagian B

Jenis soalan:
1. Karangan berformat dan tidak
berformat.

2. Diberi 3 soalan dan boleh


memilih salah satu daripadanya.
Cara-cara menjawab:

1. Pastikan tajuk berformat atau


tidak berformat.

2. Fahami kehendak soalan

3. Garisi kata kunci dalam soalan.

4. Pilih yang kamu tahu.

5. Pastikan banyak isi.


6. Buat peta minda:

a. Pendahuluan

b. 5 isi dengan huraian dan


contoh.

c. Penutup

7. Gunakan penanda wacana:


-walaupun,selain daripada itu,
namun demikian, tambahan
pula dan lain-lain lagi.
8. Masukkan simpulan bahasa,
peribahasa atau kiasan.

9. Gunakan bahasa yang sesuai


dengan jenis karangan.

10. Semak karangan yang dibuat.


BAHAGIAN B

1. Baru-baru ini,Persatuan Bahasa Melayu


sekolah kamu telah mengadakan
lawatan.Tulis sepucuk surat kepada rakan
kamu untuk menceritakan pengalaman
kamu sewaktu mengikuti lawatan
tersebut.
Format : Surat Kiriman Tidak
Rasmi
Pendahuluan : Kata penghadap surat
Isi: 1. Tujuan menulis surat
2. Tarikh,penganjur,jumlah peserta,tujuan
lawatan,bayaran
3. Tempat yang dilawati
4. Kesan/faedah
Penutup : Harapan
BAHAGIAN B

2. Kamu dan rakan kamu telah berbual-


bual tentang persediaan menghadapai
peperiksaan UPSR yang bakal kamu
hadapi pada bulan September nanti.Tulis
perbualan tersebut selengkapnya.
 
A B C D

CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM

CADANGAN 16-23 08 - 15 00- 07


MARKAH: 24-
30
1. Penyampaian 1. Penyampaian jelas 1. Penyampaian
menarik 2. Pengolahan 1. Penyampaian terpesong
2. Pengolahan idea baik ringkas dan 2. Pengolahan
idea cemerlang 3. Ayat menarik mudah tiada kaitan
3. Ayat gramatis 4. Kosa kata 2. Pengolahan 3. Ayat tidak
4. Kosa kata yang sederhana idea dasar difahami
luas 5. Terdapat sahaja 4. Kosa kata tidak
5. Tepat beberapa 3. Ayat dasar sesuai
penggunaan kesalahan 4. Kosa kata 5. Tidak
tanda baca, tanda baca, terhad menguasai
ejaan dan ejaan dan 5. banyak kemahiran
imbuhan.Tiada imbuhan kesalahan tanda baca,
sebarang tanda baca, ejaan dan
kesalahan. ejaan dan imbuhan
imbuhan
FORMAT : DIALOG
Pendahuluan : Kata Sapaan
Isi : Persiapan sebelum peperiksaan
-baca buku tambahan
-Perbincangan kumpulan
- jadual waktu belajar
- kelas tambahan
-Bertanya guru,rakan,keluarga
- kem motivasi
- berdoa dan bersembahyang hajat
Penutup : harapan
BAHAGIAN C
Jenis-jenis rangsangan:

a. bahan sastera- pantun, sajak atau


cerita

b. bahan bukan sastera- rencana,


berita, dialog.

c. karangan berformat
Jenis-jenis soalan:
1. Amalan-amalan baik
- perbuatan yang baik
dilakukan.
2. Nilai-nilai murni.
- 16 nilai murni.
3. Pengajaran.
- perkara baik dalam cerita
yang patut dicontohi.
- perkara yang tidak baik
dalam cerita harus diteladani.
4. Kebaikan / faedah.
Nilai-nilai murni:
1. baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan di sisi undang-undang.
8. Berani
9. Kebersihan fizikal dan
mental
10. Jujur
11. Rajin
12. Kerjasama
13. Sederhana
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat
Cara-cara menjawab:

1. Baca arahan soalan.


2. Garisi kata kunci dalam soalan.
3. Baca karangan rangsangan.
4. Baca ayat demi ayat.
5. Garisi kata kunci dalam karangan
rangsangan.
6. Senaraikan seberapa banyak
amalan baik/nilai murni /pengajaran/
kebaikan.
7. Buat kotak jawapan(rangka) atau
jadual.
8. Bina ulasan dalam satu perenggan.
9. Gunakan penanda wacana.
10. Mesti menggunakan kata ganti diri
kita.
11. Jangan menggunakan nama watak
itu semula.
12. Semak ayat yang telah dibina.
Contoh Soalan Amalan Baik :
Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai
mandi, Jason mengemaskan bilik tidurnya.
Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk
bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya.
Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan
ayahnya. Jason juga membawa bekal yang
disediakan oleh ibunya. Jason dan kakaknya
berjalan kaki ke sekolah. Jason memandang ke
kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas.
Sekiranya dia sampai awal di sekolah,dia
membaca buku di kantin.
Contoh Jawapan:
Contoh Soalan Pengajaran:
Semasa kakak pergi bekerja,adik telah masuk ke bilik kakak
dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain,tiba-tiba
adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang
diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian
kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri. Saya telah
melarang adik supaya tidak bermain-main dengan
cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-
tiba cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas
di lantai lalu pecah berderai.Emak memarahi adik. Sebelah
petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih
apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah.
Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-
barang kepunyaan kakak lagi.
Contoh Jawapan
Contoh Soalan Nilai Murni
Contoh Jawapan
PINTU
KECEMERLANGAN
SENTIASA TERBUKA
ASALKAN SAYA
SANGGUP
BERUSAHA DAN
BEKERJA KUAT
SEPANJANG MASA
JANGAN BERI DALIH
TAPI KATA

You might also like