Falsafah Dan Konsep Perancangan Bandar Dan Desa

UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA, PELAKSANAAN DAN KEBERKESANNANNYA

Abdul Rasyid Bin Zainal SPACE Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

1.0

FALSAFAH DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Suatu masa dahulu tuan punya tanah bebas mengerjakan tanah-tanah mereka untuk kegunaan masing-masing. Sekatan yang ada hanyalah pada undang -undang lazim (common law) atau adat ke atas hakmilik tanah seperti hak laluan dan sekatan kepentingan di atas tanah itu. Umumnya, pemilik tanah bebas menggunakan tanah mereka dengan apa cara pun yang berfaedah dan ekonomik. Pihak berkuasa tidak ada kuasa untuk masuk campur dalam urusan penggunaan dan pembangunan tanah pemilik itu.

Kebebasan ini telah menimbulkan beberapa masalah kepada penguasa te mpatan yang hendak mentadbir dan memajukan kawasan di bawah pentadbirannya. Masalah yang ketara wujud ialah Penggunaan dan pembangunan tanah yang tidak teratur dan Tiada panduan kepada penggunaan dan pembangunan tanah untuk meningkatkan kualiti persekitaran fizikal. Keadaan ini telah menerbitkan keperluan supaya hak kebebasan individu ke atas penggunaan dan pembangunan tanah dikawal demi kepentingan awam. Dengan lain perkataan perancangan fizikal atau perancangan bandar dan desa telah menerbitkan kepentingan awam yang dapat mengatasi kepentingan individu.

Umumnya aktiviti merancang bandar dan desa bertujuan untuk :

a.

Menyelesaikan berbagai masalah permintaan bagi penggunaan tanah supaya mencapai suatu susunan gunatanah yang konsisten, seimbang dan teratur.

b.

Mewujud dan mempertingkatkan persekitaran fizikal yang baik, bagi menggalakkan penghidupan yang sihat dan bertamadun.

c.

Menyediakan asas ke arah kehidupan masyarakat moden dan mempertingkatkan taraf sosial dan ekonomi rakyat.

2.0

KEPENTINGAN MERANCANG BANDAR

Perancangan bandar adalah amat penting di dalam mewujudkan persekitaran yang lestari ataupun manpan. Antara kepentingan utama bidang perancangan bandar adalah :

a) untuk mewujudkan suasana kehidupan manusia yang berkualiti dan mampan melalui gabunga n alam bina dan alam sekitar yang harmoni; b) mengawal pembangunan dari segi kegunaan tanah, alam sekitar dan sebagainya; c) Melalui perancangan yang baik dan sempurna sekaligus dapat melahirkan suatu masyarakat yang harmoni dan bertamadun.

3.0

PERANCANGAN BANDAR DI SISI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Aktiviti perancangan bandar dan desa diletakkan di dalam Jadual Kesembilan di bawah Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kedua -dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sama-sama bertanggungjawab ke arah mempastikan pemeliharaan, pemantauan dan penggunaan tanah dan bangunan yang teratur, sihat dan selamat untuk kesejahteran rakyat di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi tujuan penyelarasan kuasa dan tanggungjawab pula Perlembagaan Persekutuan m enetapkan Parlimen selaku badan perundangan di peringkat persekutuan boleh membuat undang -undang bagi maksud memberi kuasa eksekutif dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa kepada badan pemerintah di peringkat persekutuan.

Di peringkat persekutuan Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selaku ahli Jemaah Menteri beliau juga bertanggungjawab dalam dasar berkaitan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah dan bangunan seluruh negara.

Ringkasnya Menteri mempunyai peranan untuk memastikan Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) menjalankan tanggungjawab masi g-masing di bawah Akta n serta memberi pihak berkuasa perancang tempatan dan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pembangunan, panduan berhubung pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah dan bangunan melalui kenyataan-kenyataan dasar kerajaan.

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) adalah terpakai baginya. .Di peringkat negeri pula badan perundangan negeri boleh mengadakan undang -undang bagi perancangan bandar dan desa untuk negeri itu. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun. Perlembagaan Persekutuan menetapkan jika terdapat percanggahan undang-undang di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. maka undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah mengatasi setakat yang bercanggah itu. Bagi Sabah dan Sarawak ia mempunyai undang -undang perancangannya sendiri.

0 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar . Jawatankuasa Perancang Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pihak Berkuasa Tempatan Rajah 1.Majlis Negara Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

a) Akta Perancangan Bandar Dan Desa.4. Digubal oleh Parlimen di bawah Perkara 74(1). c) untuk memantap dan meningkatkan keberkesanan tindakan pemelih araan. . b) untuk memperseimbangkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Pada awalnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) digubal menurut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mempastikan persamaan undang undang dan dasar dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan dalam Negeri-negeri di Semananjung Malaysia.0 AKTA 172 Aktiviti perancangan bandar di Malaysia adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tanggungjawab perancangan Bandar dan desa hendaklah dijalankan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . penggunaan dan pemajuan semua tanah dan bangunan. Ianya merupakan suatu akta bagi pengawalan dan pengawal seliaan mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. 76(4) dan 80(2) Perlembagaan Persekutuan. b) Memberikan tanggungjawab yang besar kepada PBPT di dalam mentadbir sistem pengawalan perancangan dan seterusnya meluluskan permohonan -permohonan pembangunan berdasarkan prosedur kebenaran merancang (KM). Antaranya bertujuan : a) untuk mengekalkan hubungan yang baik yang sedia wujud antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa. 1976 (Akta 172) digubal bagi mewujudkan satu sistem kawalan dan peraturan perancangan yang teratur serta seragam di dalam mengawal pembangunan di setiap kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) di Semenanjung Malaysia. Akta 172 juga dibuat atas beberapa tujuan yang penting bagi membantu para perancang bandar dalam pelaksanaan sistem perancangan yang efesyen di Semenanjung Malaysia.

Undang-undang sokongan bagi perancangan bandar ini adalah penting dalam menjalankan sesuatu tindakan undang-undang ke atas sesuatu perkara . Peruntukan undang-undang lain ini hanya berbentuk am terhadap perancangan bandar.d) untuk sesuatu aktiviti pembangunan itu mendapat pandangan yang menyeluruh sebelum dibenar untuk dilaksanakan. kesalahan dalam perancangan bandar dan lain lain perkara . Akta 172 telah menempuhi beberapa pindaan dan pengubahsuaian. Akta 172 secara ringkasnya adalah peruntukan undang-undang yang mengandungi perkara berkaitan perancangan bandar dan desa mengenai siapa yang berperanan dan bertanggungjawab. bidang tugas yang terkandung. Peruntukan secara langsung mengenai perancangan Bandar ini jelas dinyatakan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Terdapat juga peruntukan undang-undang lain yang berkaitan dengan perancangan bandar bagi menyokong dan membantu aktiviti perancangan bandar agar berjalan dengan lebih berkesan . Pindaan ini dilakukan bagi memperbaiki dan mengemaskini agar selaras dengan keadaan masa. Bagi aktiviti perancangan bandar yang sebenar perlulah merujuk sepenuhnya kepada Akta 172Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Bidang dan aktiviti perancangan adalah sesuatu yang luas dan bersifat menyeluruh. Akta 172 diluluskan oleh Parlimen Kerajaan Malaysia pada tahun 1976 bertujuan mengadakan kawalan da peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar n Sepanjang tahun tersebut hingga kini.

Brockman (Chief Secretary) telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dengan bertujuan untuk menjalankan perkhidmatan perancangan bandar. Susunatur bandar baru pertama telah disediakan di Kuala Kubu Baru .M. Tahun 1913 .Kerajaan British di Tanah Melayu memohon supaya Government Town Planner.M. c) Permulaan sistem perancangan secara formal 3 September 1920 . Telah menyusun atur bandar kepad keadaan a yang paling sesuai untuk keadaan penduduk. Merupakan rekod -rekod terawal untuk memperkenalkan aktiviti perancangan bandar di negara ini.5. 1913) di Kuala Lumpur.Satu perundangan perancangan bandar disediakan supaya bandar tersebut dapat disusun aturkan mengikut kawasan perkedaian dan lain-lain aktiviti (Federal Council). Tahun 1923 Penggubalan Enakmen Perancangan Bandar yang memperkenalkan General Town Plans dan menjalankan aktiviti penyusunan semula lot-lot (replanning and redistribution) di Kuala Lumpur dan di beberapa pekan di F.Pejabat pertama terletak di bangunan Secretariat.Penubuhan Jawatankuasa Penilai (Committee of Assessors) di Pulau Pinang bagi menjalankan perkhidmatan awal perancangan Bandar. Berikut adalah kronologi penubuhan sistem perancangan bandar di Semenanjung Malaysia : a) Perkhidmatan terawal perancangan bandar di Tanah Melayu Tahun 1801 .L.0 SEJARAH PENUBUHAN Perkhidmatan perancangan bandar di malaysia telah melalui satu laluan kronologi yang panjang iaitu seawal tahun 1801 dan mula diperkenalkan di Pulau Pinang. Kuala Lumpur Dari 1921 hingga 1927 Reade telah dibantu oleh pegawai-pegawai Juru Ukur dan Jurutera Awam yang dipinjam dari Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Pegawai Tadbir dari Pejabat Tanah juga telah dilibatka dalam mentadbir aktiviti n perancangan semula dan agihan lot sebagai Town Planning Administrator.F. Nutt memohon Majlis Persekutuan (Federal Cou ncil) Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.S. b) Keperluan perkhidmatan perancangan bandar Tahun 1912 .S) mengambil tindakan terhadap pembangunan dan perluasan perbandaran yang tidak terancang. E.W. Charles Reade dari Kerajaan Australia Selatan datang ke Tanah Melayu 18 Januari 1921 .

M.H. Dengan persaraan Reade pada 1929. Hancock seorang Arkitek dan Jururancang. Pejabat di Kuala Lumpur kekal sebagai ibu pejabat di samping menjalankan tugas-tugas perancangan bagi Negeri Selangor. R.pada tahun 1924 bagi menempatkan semula pekan lama di Ampang Pechah yang sering dilanda banjir. jabatan terpaksa ditutup akibat Perang Dunia Kedua dan dibuka semula di bawah pentadbiran Jepun. Negeri Sembilan dan Pahang.L. Hancock.Khidmat Perancangan berpusat di Kuala Lumpur di mana tugas-tugas perancangan hanya meliputi NegeriNegeri Melayu Bersekutu.H. jabatan telah mempunyai lima pegawai perancang bertauliah dari Britain dan ditempatkan di F. T.P Davis menjadi ketua jabatan. f) Senario bidang perancangan selepas merdeka Sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasar kepada dua peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah "senarai bersama" (concurrent list) Perlembagaan Persekutuan.H. Ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai . Dibuka semula pada 3 Mei 1944 sebagai sebahagian daripada Jabatan Kerja Raya sehingga T.A.L Concannon telah mengambil alih dan di antara tahun 1955 hingga 1956 beliau telah menubuhkan tiga pejabat wilayah iaitu di Johor Bahru.S.H. Semua pegawai perancang bandar telah ditamatkan perkhidmatan. e) Senario selepas perang dunia kedua Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Ipoh dan di Pulau Pinang.A. organisasi jabatan telah disusun semula dengan mengadakan pejabat-pejabat di peringkat negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Enakmen Perancang Bandar 1927 telah digubal mengganti Enakmen 1923 di mana Jawatankuasa Perancang Bandar telah dimansuhkan dan aktiviti perancangan telah diperkukuhkan Pada penghujung tahun 1929. Pelan susun atur perumahan FELDA dan bandar baru Petaling Jaya diletak di bawah penyeliaan T. Selaras dengan ini. Selepas T. aktiviti jabatan diperluaskan merangkumi kawasan -kawasan Lembaga Bandaran dan Majlis Bandaran di dalam Malaya Union dan jawatan pegawai perancang n dikenali sebagai Pegawai Perancang Bandar Malayan Union. tiba pada September 1946. Concannon sehingga seorang jurutera kanan diperolehi pada penghujung tahun 1954 iaitu Francis McWilliams (yang kemudiannya menjadi Datuk Bandar London dari 1992 1993). Tahun 1933 . d) Senario ketika perang dunia kedua Tahun 1941.

nasihat MPFN tentang (a) pembangunan bandar baru lebih dari 10 000 penduduk atau lebih dari 100 hektar (b) pembangunan di puncak atau lereng bukit dalam kawasan sensitif alam sekitar. Strategi Pembang unan Mapan Selangor. Rekabentuk dan penilaian opsyen -opsyen pembangunan telah dilaksanakan menggunakan teknik-teknik sains pemutusan (decision science) dan GIS. dan (c) pembinaan apa -apa infrastruktur atau kemudahan utama. fizikal. Pada tahun 1990an tumpuan juga diberikan kepada perancangan mapan melalui penyediaan Doktrin Perancangan Sejagat dan juga pelbagai Garis Panduan Perancangan bagi rujukan dan panduan Pihak Berkuasa Tempa (PBT). Perancangan kawasantan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah dijalankan melalui pewujudan garis panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. h) Tahun 2000 sehingga 2010 Pada tahun 2001. Antara perkara baru ialah kewujudan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN). Akta Perancang Bandar telah dipinda bagi mengimbangi kuasa kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa. Dato' Rosli Buyong menjadi Ketua Pengarah pada tahun 1970. Penyelidikan indikator bandar mapan melalui program Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) telah dijalankan pada penghujung 90an dan diperkembangkan pada tahun-tahun berikutnya. Negeri Selangor telah mempelopori dengan mengambil inisiatif dengan melaksanakan Agenda 21. Rancangan Tempatan rancak disediakan oleh pejabat-pejabat cawangan rancangan pembangunan. Contoh teknik ialah multicriteria decision making (MCDM). . Teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah diterapkan dalam penyediaan rancangan pemajuan. topografi. Rancangan Fizikal Negara. g) Perancangan Bandar di sekitar tahun Tahun 1990an Sekitar tahun 1990an. Unit Landskap ditubuhkan pada tahun 1981 (kemudian menjadi JabatanLandskap Negara pada tahun 1996).tahun 1958. kewajipan untuk berunding. Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa telah dibuat menyentuh aspek -aspek pemeliharaan alam sekitar. landskap dan pemeliharaan pokok (Akta A933) dan Akta Perancangan Bandar (Akta 538) juga digubal untuk mengawal mutu profesionalisme para pengamal perancang bandar. Pelan Susunatur Putrajaya dan Cyberjaya telah dirancangpada awal tahun 90an. Jawatankuasa Perancang Wilayah.

Kuala Lumpur.Pejabat-Pejabat Cawangan Rancangan Pembangunan di Alor Setar.Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kelantan 1965 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kedah 1969 .Pinang 1960 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Perak 1958 .Bhg. Melaka dan Kuantan 1990 .Pejabat-pejabat wilayah di Johor Bahru.Enakmen Perancang Bandar 1925 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Johor 1958 .Perang Dunia Kedua.Enakmen Perancang Bandar (ganti 1923) 1937 .Cawangan Jabatan Perancangan Bandar di Ipoh (16 Februari 1925 ) 1927 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri P.Jabatan Perancangan Bandar Negeri Selangor 1959 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Perlis 1981 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Melaka 1978 . Penyelarasan dan Pengawasan Taman-Taman Awam ditubuhkan di Ibu Pejabat .Unit Landskap ditubuhkan di Ibu Pejabat 1987 . Ringkasan kronologi penubuhan jabatan dan perundangan perancangan 1921 . Akta 672 ini telah diwartakan pada 30 Ogos 2007.Jabatan Perancangan Bandar Negeri Terengganu 1974 .Enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137) 1947 . Akta ini dipinda dengan memasukkan peruntukan berhubung dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam. semua pejabat ditutup 1956 .Akta Perancangan Bandar dan Desa 1977 . Tujuan meminda Subseksyen 22(2) Akta 172 ialah untuk membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] semasa menguruskan sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang.Jabatan Perancang Bandar di Kuala Lumpur ( 18 Januari 1921 ) 1923 .Unit Perancangan Bandar-Bandar Baru di Kuantan 1976 . Ipoh dan Pulau Pinang 1958 .Jabatan Perancangan Bandar Negeri Pahang 1963 .Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) telah dipinda lagi pada tahun 2007 dan dikenali dengan nama Akta A1313.

Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian. Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan Negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di peringkat cawangan agensi di negeri. antara rancangan pembangunan yangdisediakan adalah Rancangan Fizikal Negara. jabatan dan perbadanan awam. a) Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.1995 Pindaan Akta Perancang Bandar (Akta 538) 1996 . Sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. mukim dan kampung. daerah. dan seterusnya: .Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) 2007 .Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) 1996 .Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2007 (Akta A1313) 6. Kelulusan ini bermakna.1 pelaksanaan di peringkat persekutuan Pada peringkat perlaksanaan ini. 6.0 PELAKSANAAN AKTA 172 Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut. Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam bertanggungjawab bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang dijalankan oleh cawangan masing-masing.Jabatan Landskap Negara 2001 . Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.

menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral. dan c) Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun. c) Pengukuhan pembangunan pelancongan. pelaksanaan. Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah : a) Pembentukan kerangka spatial negara. membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan dan membentuk polisi perancangan fizikal. f) Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Pemodenan sektor pertanian. atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara. b) Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pengurusan petempatan d) manusia.2 Pelaksanaan di peringkat kerajaan negeri Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar.a) Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasardasar sektoral lain yang berkaitan. b) Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri. Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara. 6. perancangan. penyelarasan dan penilaian. e) Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara. Adalah menjadi kebiasaan bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan . Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar.

Pada lazimnya. Unit Perancang Ekonomi.sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. pegawai daerah selaku Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan permohonan projek-projek itu ialah. Di peringkat Daerah pula. di Jabatan Perdana Menteri merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumatmaklumat yang dikehendaki dari semua negeri. anggaran harganya dan tempat pembinaannya. Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang akan diadakan di peringkat negeri. Di peringkat Negeri pula. sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untukmenyebutkan projek-projek yang dikehendaki. Dasar Ekonomi Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar peringkat negeri. Dalam konteks ini. iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan. Unit ini akan menghubungi semua Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Setiausaha Kerajaan . Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua -ketua jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua awatankuasa tersebut. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk. Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasajawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri. Untuk rancangan lima tahun. Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. setiausaha Kerajaan Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki dalam sesebuah daerah atau jajahan.

ii. EXCO yang dilantik oleh PBN). iii. v. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu). Ini bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang Ekonomi. Kerajaan Negeri dapat menentukan daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan.Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi SetiausahaJPN).2. kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur majunya sesebuah daerah itu. Segala perakuan mengenai pembangunan di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan. Walaubagaimanapun. Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kerajaan Negeri. Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu bahawa rakyat melalui wakil rakyat. Di peringkat negeri. kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri. Di peringkat negeri. suatu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s.1 Jawatankuasa Perancang Negeri Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri. 4(1)). ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah. mengikut amalannya. Pengarah Tanah dan Galian Negeri. vi. iv. . 6. JPN mengandungi anggota-anggota berikut: i. diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan daerah.

Pegawai Kemajuan Negeri. iaitu ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum.vii. penggunaan dan pemajuan tanah. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau secara mengundi. Akta 172 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi iv) berhubung dengan perancangan bandar. viii. ix. Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. xi. . dan iii) mengusaha. Pengarah Kerja Raya Negeri. Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara Pihakberkuasa Negeri. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri. Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain. Tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN.4(3)) tugas-tugas JPN ini ialah : i) menggalakkan pemeliharaan. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. xii. x. ii) menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas. Pegawai Kewangan Negeri. Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Sebagai perbandingan. Penasihat Undang-Undang Negeri. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO. kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandardan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri. Secara bandingan. a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s. Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing -masing.

vi) Mengarahkan PBPT mengubah. JPN perlu bincang arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu.b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri i) memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dan arahan itu mesti dipatuhi (s. Misalnya. 4(6)). menggantikan rancangan tempatan (s. 4(5)). ii) mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengarantempatan (s.10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan. 8(1)). iv) Mengarahkan perubahan kepada rancangan struktur yang telah diluluskan dan berkuatkuasa (s. atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s. menolak. Rancangan Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai. iaitu sebagai asas untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan. Kekurangannya ialah proses "perancangan" itu mungkin tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. iii) tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 16(2)). v) Mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. JPN boleh : i) Menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan struktur (s. . ii) Mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan tanah. c) Rancangan Pemajuan Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi penggunaan tanah. 4(7)). Dalam hal ini. iii) Meluluskan. 7(2)). 12(6) & (8)) walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh disediakan atas budibicara PBPT. Peruntukan ini amat luas. memansuh. 11(1)).

i) Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri. termasuk penggunaan dan pembangunan tanah.6. b) Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. k) Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa. Antara fungsi jabatan ini adalah. c) Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung denga dasar dan kawalan n perancangan tanah dan bangunan. jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu.2. a) Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal perancangan. . dan g) Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah. d) Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai perancangan bandar dan desa. h) Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan. f) Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan negeri. Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan. j) Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan. serta pemajuan dan penggunaan tanah e) Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan.

dan Memudahkan pembangunan secara mampan. polisi dan cadangan umum Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan Membentang isu-isu dan keputusan-keputusan.. RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah. Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan . Pembaikan tahap sosio-ekonomi. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta Pindaan 2001 (Akta A 1129).Terdapat beberapa dokumen atau laporan yang menj di panduan dan asas pengawalan a perancangan di peringkat Negeri iaitu : i) Rancangan Struktur Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang mana ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa. y y y y y Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal. Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8. Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa. Antara fungsi Rancangan Struktur ialah. y y y y y y y Mentafsirkan dasar negara dan wilayah Menentukan matlamat. gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangancadangan yang dikemukakan. penggalakkan pertumbuhan ekonomi. ii) Rancangan Tempatan Daerah. Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskanlalulintas. termasuklah langkahlangkah untuk.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK mengandungi cadangan bagi memaju. a) Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan ol h Rancangan e Struktur Negeri dengan lebih terperinci. Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan dengan lebih cekap .ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangancadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. aturcara pembangunan. d) Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan. e) Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam. b) Memperincikan pembangunan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) . memajukan semula. Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pelan -pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. . penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang memperincikan tindakan pembangunan setiap lot. perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. iii) Rancangan Kawasan Khas. dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan c) Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut. Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16. memperelok. Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah.

Pertama. 6.Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat iaitu: kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan dikawasankawasan Bandar. Di kawasan-kawasan ini. RKK pula berfungsi menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan. hanya Malcolm W. Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang tempatan. PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s. PBN hendaklah menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976. kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Akta 172 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. 5(1)). Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). ada dua tindakan yang perlu diambil sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Dengan tindakan-tindakan ini. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B. PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai . luar Bandar atau gabungan kedua -dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasanpentadbirannya.3 Peringkat Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk. Kedua. Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia. Walaupun ini bermakna pihak berkua tempatan secara sa automatik menjadi PBPT. 5(2)).

dan penyiaran perangkaan. mengawal kesihatan bandar. Secara terperinci s. PBPT juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN. PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa tanah .3. jika kategori hakmilik tanah ialah pertanian. perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. b) mengusaha. buletin. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan. Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran yang sama. dan monograf.PBPT (s. Contohnya. Disebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai. mengawal. membantu dan menggalakkan pemungutan. memungut sampah. dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya. Misalnya. dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan metodologinya. Disamping itu. dan c) melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. 6. 5(3)). dll). Biasanya.1 Tugas dan Kuasa PBPT Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah : a) mengatur. penyenggaraan. pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasatempatan.

Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu. Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang berhampiran jika perlu. b) Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur untuk kelulusan JPN (s. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk perancangan kawasan PBPT. jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari per tanian kepada bangunan. 8(1)).berkenaan boleh dibangunan untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah. Walaupun PBPT tidak perlu mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan. . b) Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s. Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. ubah kategori kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. khususnya : a) Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 15(4)). 21(1)). 8(4)). 7(1)). a) Rancangan Pemajuan Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan. Disebaliknya pula. PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN. d) Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA Negeri dan 2 akhbar (s. c) Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalamrancangan struktur (s.19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang.

Kawalan pembangunan seharusnya berperanan untuk memastikan keseimbangan terhadap sebarang perubahan dan kawalan bagi meningkatkan kualiti persekitaran. Penguatkuasaan Akta 172 akan mewujudkan satu Sistem kawalan pembangunan yang lebih cekap sekiranya terdapat pelan pembangunan kawasan yang boleh dijadikan petunjuk dan memandu arah pembangunan oleh PBT. Ini dapat dilihat dalam : a) Semua kawalan pembangunan yang di buat diperingkat PBT dan JPN adalah berhubung kait dengan Rancangan Pembangunan yang telah digariskan di dalam Akta 172 b) Akta 172 juga menekankan fungsi perancangan sebagai satu disiplin yang mengendalikan sumber alam dan memberi perhatian terhadap ciri-ciri alam sekitar dan komuniti secara keseluruhannya.7. Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan. Kawalan yang bersistematik akan memberikan kesan positif kepada kaedah perancangan. Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang. Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri. Kawalan memainkan peranan yang penting bagi melancarkan pembangunan kawasan berdasarkan kepada garis panduan daripadaakta dan piawaian. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat. Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran. mengekalkan tahap penerimaan terhadap penggunaan yang telah dibenarkan ke atas kegunaan tanah dan menyelesaikan konflik.0 KEBERKESANAN PELAKSANAAN AKTA 172 Penyelarasan antara kesemua peringkat di dalam sistem perancangan di Malaysia adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan. .

Keupayaan rancangan struktur mempunyai dasar perancangan yang menyeluruh serta dapat menangani masalah utama pembangunan bagi menghadapi pembangunan masa depan yang sentiasa berubah -ubah. mampu menjadi landasan bagi mencapai objektif perancangan negara dan negeri di peringkat tempatan. d) Akta 172 juga membantu proses pembangunan dan memelihara penduduk daripada implikasi pembangunan perancangan yang tidak efektif dan mungkin memudaratkan penduduk sekitarnya. Namun. ada juga pihak berkuasa tempatan yang belum membuat keputusan untuk mewartakan rancangan struktur walaupun mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Ketiadaan kawalan pembangunan di bawah kuasa PBPT akan mewujudkan satu keadaan bebas yang mana boleh mengakibatkan kesan perancangan yang tidak optimum. manakala selebihnya dalam proses diwartakan. . Keberkesanan penyediaan dan pelaksanaan Akta 172 juga dapat dilihat dari pengwartaan rancangan struktur dan rancangan tempatan bergantung kepada kesungguhan pihak berkuasa perancang tempatan itu sendiri. 97 pi ak berkuasa h tempatan disediakan dengan rancangan struktur yang mana 73 daripadanya diwartakan. Di Semenanjung Malaysia.c) Akta 172 juga mengariskan proses yang mengehendakinya PBPT dan kerajaan negeri menggunakan undang-undang bagi mengawal kesemua pembangunan agar sejajar dengan kehendak pelan pembangunan.

8.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan. dan Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Jabatan jabatan yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. pelaksanaan. . penyelarasan dan penilaian. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa perancang tempatan. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini adalah Rancangan Fizikal Negara. perancangan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan pemajuan dan kawalan perancangan. peringkat kerajaan negeri dan peringkat kerajaan tempatan. Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur. Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya termasuklah peggubalan dasar. Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.

2. Ensiklopedia Undang-undang dan pentadbiran perancangan bandar dan desa 3. Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal.townplan.gov. Zainol. Shah Alam. http://www. International Law BookServices.my .SUMBER RUJUKAN 1. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172). 4. Halmi b. Biroteks Universiti Teknologi Mara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful