P. 1
KESANTUNAN BAHASA

KESANTUNAN BAHASA

|Views: 2,282|Likes:
Published by ZacharyVearn81

More info:

Published by: ZacharyVearn81 on Nov 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

KESANTUNAN BAHASA
Pengenalan Kata Santun menurut Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang bertamadun. Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.

208082

Asmah Haji Omar merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu: 1. 208082 . Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan panggilan kehormat. seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat. peraturan sosiolinguistik 3. peraturan linguistik 2. Prof. Dengan perkataan lain. orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa di atas.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. peraturan pragmatik Kepatuhan kepada ketiga-tiga pertaturan itu secara bersepadu menjadi asas Kesantunan bahasa. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa. Ameritus Dato’ Dr. kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.

160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun. Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit. SMS juga mampu untuk mengirim grafik. Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. ensiklopedia bebas. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini. Selain 140 bait ini. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait. 208082 . Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM. audio dan video. perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS. Setelah satu waktu yang telah ditentukan. Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). ada datadata lain yang termasuk. tetapi pada masa sekarang. SMS bentuk ini disebut MMS. Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali. biasanya 1 hari atau 2 hari. Dengan kata lain. pesanan akan dihapuskan.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Sistem Pesanan Ringkas Dari Wikipedia Bahasa Melayu. China dan Korea yang memakai aksara Kanji.

Di Amerika Syarikat. Sebagai contoh:. talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.Sekiranya pengguna menaip kere. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. tidak boleh dilakukan melalui SMS. suara yang boleh dicamkan. Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang. biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini. SMS secara perbandingan jarang digunakan.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan SMS sangat popular di Eropah. Tiada bukti seperti tulisan. Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan. sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". SMS popular kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia. Beberapa petikan: • Januari 2001. Di tempat lain. Asia dan Australia. • Julai 2001. 208082 . atau saksi yang boleh mengesahkannya. pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat.

” (38 perkataan. cuma sukar berjalan. Lama kita tidak bertemu. Salam daripada saya. dan perkataan-perkataan slanga yang diketahui oleh golongan pengguna sms itu saja. Ahad nanti saya ke rumah saudara. Saya bercuti pada minggu depan. 195 huruf & spasi) Sekiranya mahu dipendekkan seperti berikut masih boleh: Dia tidak cedera. seperti berikut: “Dia tidak cedera apa-apa. 131 huruf + spasi).SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Bahasa SMS Ini adalah satu neka bahasa yang tulisan yang digunakan dalam sistem maklumat singkat yang digunakan lazimnya oleh orang muda bagi berkomunikasi melalui telefon bimbit.nanti mingu dpn baru dpt cuti 2 pun 1 mingu je. tingal kaki dia susah nak jalan. Contoh : Bahasa SMS “Dia ok. perkataan Inggeris yang dipinjam. Sudah lama saya tidak bertemu anda.aku d opis skrg. 208082 . Pada hari Ahad nanti saya datang ke rumah saudara. (25 perkataan. cuma kakinya sukar hendak berjalan. Pada masa ini saya di pejabat. dan bercuti minggu depan. Dalam sms ini banyak perkataan yang dipendekkan.nanti ari ahad aku dtg umah ko le. ramai golongan yang lebih tua tidak memahami bahasa sms ini.k” (33 perkataan. Saya di pejabat sekarang. Salam. 159 huruf & spasi ) Bahasa sms ini dapat dijadikan bahasa yang berbudi bahasa. Malah.dah lama x tengok ko.

huruf dan lambang secara rambang. Sebenarnya tidak. Namun. Mesej di atas menggunakan 33 perkataan dan 159 huruf dan spasi. bilangan perkataannya berkurangan menjadi 25. Oleh sebab itu. Jumlah hurufnya juga berkurangan menjadi 131 saja. huruf dan spasi. bahasa sms ini tidaklah sebenarnya lebih hemat menggunakan perkataan. mesejnya masih belum pasti jelas. iaitu kurang 28 huruf dan spasi. jumlah perkataannya hanya bertambah dengan 11 menjadi 38. kemudian dituliskan. Tetapi. jumlah perkataan dan huruf serta spasinya menjadi banyak. Walaupun dituliskan. apabila ditulis dengan lebih rapi lagi. Bahasa sms ini adalah tabiat menggunakan bahasa secara tidak terkawal dan tidak rapi. bahasa sms ini adalah bahasa yang tidak dikawal. Apabila ditulis dengan rapi. Sebenanya. bahasanya adalah jauh lebih sempurna dan mesejnya adalah lebih jelas. Bahasa sms itu adalah bahasa lisan neka rendah yang tidak terkawal. seperti dalam perhubungan dengan orang yang lebih tinggi kedudukan dan tarafnya. Bahasa sms yang tidak dikawal ini menggunakan banyak perkataan. Kemudian. Akibatnya. bahasa sms ini tetap merupakan bahasa lisan neka rendah.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Dapat dilihat bahawa. Kita merasakan bahasa sms ini ringkas. dan jumlah huruf dan spasi bertambah dengan 36 menjadi 195. 208082 . bahasa sms ini adalah tidak sesuai digunakan untuk tujuan rasmi. iaitu kurang 13 perkataan.

Dengan perkataan lain. tetapi kita sudah melakukan kesalahan budi bahasa. ia akan merosakkan apabila bahasa sms itu digunakan dalam konteks bukan sms. Itu tidak betul. atau dalam bahasa ”kasar. Kita mungkin tidak melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Apabila dilakukan juga. Sekiranya bahasa sms ini digunakan dalam kalangan perhubungan orang muda sesama mereka saja. bahasa sms dalam bentuk yang gemar digunakan itu tidak sesuai untuk tujuan rasmi. Yang betulnya adalah kita perlu menggunakan bahasa yang rapi sekalipun dalam sms. Malah ada sebahagian daripada kelaziman penggunaan perkataan ringkas. Walau bagaimanapun. tentulah ia tidak merosakkan apa-apa. Kebimbangan ini ada benar dan ada tidak benarnya. Kita harus dapat menerima hakikat bahawa bahasa sms ini adalah oleh golongan muda dalam konteks perhubungan mereka saja. iaitu tatabahasa dan budi bahasa. ejaan dan bentuk ayat adalah tidak mematuhi syarat kesantunan berbahasa. Persoalan yang timbul pada masa ini apakah ada pihak yang memikirkan bahawa bahasa sms ini merosakkan bahasa Melayu. Persoalan utama pada masa ini adalah sama ada penggunaan bahasa ini akan merosakkan bahasa Melayu dan meminta supaya bahasa sms ini diharamkan sama sekali. Perkara yang pasti adalah kita tidak dapat menghapuskannya sama sekali. 208082 .” itulah ”kurang ajar” berbahasa.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Oleh sebab itu bahasa sms ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi. kita sudah melanggar peraturan budi bahasa dalam bahasa Melayu. Itulah kebiadaban berbahasa. ia menjadi cara berkomunikasi yang tidak menghormati orang yang menerima mesej tersebut. Apabila kita menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks rasmi.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 208082 .

jomlayan. Sebagai makhluk sosial manusia memerlukan bahasa. Oleh karena itu. walaupun latar-belakang sosial dan budayanya berbeza. mahupun untuk mempengaruhi orang lain demi kepentingannya sendiri mahupun kelompok atau kepentingan bersama. Melalui bahasa manusia dapat saling berhubungan dengan manusia lainnya. baik lisan mahupun tulisan yang digunakan untuk bergaul dengan manusia lain.html Kajian penggunaan bahasa dalam SMS di kalangan IPT (Remaja) A.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Di petik daripada URL : http://www.com/mybb/bahasa-sms-t-9613. Hal tersebut sesuai dengan pendapat Mustakim (1994 : 2) bahwa bahasa sebagai alat komunikasi digunakan oleh anggota masyarakat untuk menjalin hubungan dengan masyarakat lain yang mempunyai kesamaan bahasa. fungsi bahasa yang paling 208082 . Latar Belakang Masalah Pada hakikatnya manusia merupakan suatu makhluk sosial. baik untuk menyatakan pendapatnya. Peranan bahasa yang utama adalah sebagai alat untuk berkomunikasi antara manusia yang satu dengan yang lain dalam suatu masyarakat.

tingkat ekonomi. Mengingat bahasa sebagai alat komunikasi yang sesuai dengan keperluannya maka bahasa dipakai dalam berbagai jenis kegiatan yang tergantung pada fungsi dan situasinya seperti di kaunter. di bilik kuliah. Sedangkan faktor situasional yang mempengaruhi pemakaian bahasa adalah siapa yang berbicara. Bahasa sebagai sebahagian dari masyarakat merupakan gejala sosial yang tidak dapat terlepas dari penggunanya. dan mengenai apa (Suwito. jenis kelamin. kapan. Pemilihan terhadap ragam bahasa 208082 . di mana. 1993 : 40). 1991 : 3). umur.W. Pemilihan variasi yang berdasarkan pada fungsi dan situasi bahasa dapat menimbulkan munculnya ragam bahasa. Pemakaian bahasa dalam masyarakat selain dipengaruhi faktor-faktor linguistik juga dipengaruhi oleh faktor-faktor nonlinguistik. dengan bahasa apa. Fungsi dan situasi tersebut akan menimbulkan variasi. di stesen. berusaha menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaian di dalam masyarakat. dan sebagainya. kepada siapa. status sosial. dan sebagainya. Sosiolinguistik sebagai cabang ilmu bahasa merupakan interdisipliner ilmu bahasa dan ilmu sosial. iaitu alat pergaulan dan perhubungan sesama manusia sehingga terbentuk suatu sistem sosial atau masyarakat.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan mendasar adalah untuk berkomunikasi (P. Nababan.J. Faktor-faktor nonlinguistik yang berpengaruh itu antara lain.

Proses komunikasi seperti hal tersebut merupakan proses komunikasi secara sekunder. Seseorang dapat berkomunikasi dengan orang lain tanpa harus bertatapan langsung. warna. radio. kial. kita dapat berkomunikasi secara primer maupun sekunder. 1999 : 11). televise. Media primer atau lambang yang paling banyak digunakan dalam berkomunikasi adalah bahasa. 2005 : 123). dan lain sebagainya yang secara langsung mampu “menerjemahkan” pemikiran dan atau perasaan komunikator kepada komunikan. Seseorang dapat menggunakan media kedua dalam berkomunikasi Karena adanya kecanggihan teknologi misalkan melalui HP.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan dipengaruhi oleh faktor kebutuhan penutur atau penulis akan alat komunikasi yang sesuai dengan situasi (Sugihastuti. tidak semua orang pandai mencari kata-kata yang tepat yang dapat mencerminkan perasaan yang sesungguhnya. Lambang sebagai media primer dalam proses komunikasi adalah bahasa. komunikasi bermedia mengalami kemajuan. dan lain sebagainya. Proses komunikasi secara secara primer merupakan proses penyampaian pikiran dan atau perasaan seseorang kepada orang lain dengan menggunakan lambang (simbol) sebagai media (Onong Uchjana Effendy. Akan tetapi. Seiring perkembangan zaman. teknologi dalam berkomunikasi pun mengalami kemajuan yang pesat. yakni proses penyampaian komunikasi oleh seseorang 208082 . Berkembangnya masyarakat beserta peradaban dan kebudayaannya. isyarat. Bahkan dengan berbagai alat komunikasi yang canggih seseorang dapat berkomunikasi selayaknya berhadaphadapan dengan lawan bicara seperti percakapan biasa yaitu melaui media telepon genggam atau handphone (HP). gambar. Dalam berkomunikasi dengan orang lain. Tidak hanya dengan bertatap muka saja orang dapat berkomunikasi dengan orang lain.

pemakai SMS harus menuliskan pesan yang berjumlah 160 karakter. apabila mereka tidak dapat saling bertemu melalui tatap muka. termasuk munculnya kosakata baru. Gejala kontemporasi bahasa iaitu berubahnya serta berkembangnya bahasa sesuai situasi dan kondisi merupakan konsekuensi dari fungsi bahasa sebagai alat komunikasi dan sebahagian daripada budaya masyarakat.SMS adalah : -) yang bermaksud “Si pengirim pesan sedang senang” atau juga simbol : -( yang menandakan si pengirim pesan sedang sedih. pendapat. 1999 : 16). Perkembangan masyarakat dan perubahan budaya menyebabkan timbulnya berbagai macam variasi atau keragaman bahasa. terjadilah efesiensi dalam berkomunkasi yang tidak terpancang pada jarak dan waktu. dalam komunikasi tidak perlu bertatap muka langsung maka komunikator dan komunikan dapat berkomunikasi menyampaikan idea. Oleh kerana itu. dan sebagainya tentang berbagai hal yang tentu saja melalui bahasa. Adanya peranan media. Dalam berkomunikasi melalui SMS. yakni media sekunder seperti HP. Masyarakat menggunakan lambang-lambang bahasanya berdasarkan pengalaman dan pemikiran manusia yang memang terus berkembang. Selain digunakan sebagai ekspresi wajah atau ekspresi 208082 . Telefon merupakan media yang efektif dalam berkomunikasi melalui SMS (Short Message Service) yang relatif murah. Keterbatasan jumlah karakter dalam sekali kirim akan menimbulkan suatu keragaman berbahasa dalam ber-SMS.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan kepada orang lain dengan menggunakan alat atau sarana sebagai madia kedua setelah memakai lambang sebagai media pertama (Onong Uchjana Effendy. maka SMS pun efektif dan efisien dalam menjalin suatu komunikasi antar mahasiswa. gagasan. Selain berkomunikasi secara lisan mahasiswa juga berkomunikasi melalui tulisan SMS. Contoh umum emoticon atau simbol yang sering digunakan dalam ber.

Be4 (before) artinya “sebelumnya”. karena pada awal perkembangannya. Namun. Hal-hal apakah yang melatar-belakangi pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa. 208082 . dalam perkembangannya singkatan dalam bahasa Melayu juga sangat kerap digunakan oleh pengguna SMS Sosiolinguistik. C U (see you) artinya “sampai jumpa lagi”. bahasa Inggerislah yang sering dipergunakan dalam komunikasi “chatting”. Wujud Pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan keadaan diri saat ber-SMS. penggunaan simbol ekspresi melalui berbagai tanda baca digunakan untuk perasaan pemakaian karakter. Istilah tersebut kerap digunakan dalam ber-SMS. Misalnya. Sekarang ini singkatan yang lazim digunakan adalah singkatan umum yang diadoptasi dari bahasa Inggeris dan diadaptasi dari istilah yang digunakan pengguna fasilitas chatting di internet. Keterbatasan karakter dalam ber-SMS maka pengirim SMS juga berusaha kreatif dengan menciptakan singkatan-singkatan yang unik. Bagaimanakah wujud pemakaian bahasa dalam SMS di IPT (Institut Pengajian Tinggi). Tujuan Penelitian Penelitian ini dilakukan untuk mendapatkan deskripsi yang jelas mengenai : 1. 2. Perumusan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah di atas. agar penelitian ini jelas dan lebih teratur maka dapat dirumuskan masalah penelitian seperti berikut : 1.

208082 . B) Bagi Pengguna Jasa SMS. Manfaat Penelitian 1. Manfaat Teori : hasil penelitian ini diharapkan dapat menambah khazanah teori yang berhubungan dengan penggunaan bahasa dalam SMS. Manfaat Praktikal : secara praktikal. hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan wawasan mengenai bahasa dalam SMS yang digunakan dalam berkomunikasi. 2. hasil penelitian ini dapat memberikan manfaat bagi : A) Bagi Mahasiswa.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 2. Hal-hal yang melatarbelakangi pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa. hasil penelitian ini dapat memberikan informasi kepada mahasiswa mengenai adanya faktor-faktor sosiolinguistik yang di terapkan pada pemakaian bahasa dalam SMS.

orang yang sama taraf atau rendah kedudukan daripada kita. • Bahasa sopan mempunyai nilai hormat yang tinggi. • Perlu diamalkan sewaktu komunikasi dengan orang yang dihormati. 208082 . kosa kata yang halus serta tidak menyinggung perasaan orang lain. hasil penelitian ini diharapkan mampu memberikan inspirasi mahupun bahan rujukan kepada peneliti lain untuk melaksanakan penelitian lanjutan.SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan C) Peneliti Lain. Rumusan • Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan sewaktu menggunakan bahasa sama ada lisan atau tulisan.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Rujukan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Supyan Hussin. (Disember 2005) “Akronim dan Singkatan” dalam Pelita Bahasa. Asmah Haji Omar. (2005) “Sejauh Manakah SMS Mencemar Bahasa Melayu”. (2007) “Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media”. Kertas kerja dalam Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu. 208082 . Zaidi Ismail. 3.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Lampiran 208082 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->