You are on page 1of 5

3.

0 DIFTONG
3.1 Definisi Diftong

Apakah yang dimaksudkan dengan diftong? Menurut Arbak Othman dalam


bukunya bertajuk Permulaan Ilmu Linguistik (1983), diftong adalah rentetan 2 vokal
yang mengandungi 1 puncak kelantangan yang tatkala dihasilkan tidak ada hentian
sebentar atau hiqtus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2007, diftong
didefinisikan sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata
akibat dari perubahan kedudukan lidah.
Secara kesimpulannya, diftong dapat didefinisikan sebagai rentetan dua vokal
yang disebut dalam satu suku kata yang mempunyai satu puncak kelantangan yang
tiada hentian sebentar atapun hiqtus yang memisahkan kedua-dua vokal binaan
tersebut.

3.2 Sejarah Pengenalan Diftong

Diftong telah diperkenalkan seawal tahun 1878 apabila Ejaan Rumi 1878
dihasilkan yang merupakan hasil inisiatif yang dicetus menerusi jawatankuasa yang
ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan British. Hal ini
lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang mengesyorkan
pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja nama-nama orang dan
kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Ejaan Rumi 1878 telah melakukan perumian
perkataan dari tulisan jawi kepada tulisan rumi berdasarkan huruf roman inggeris.
Sistem ini telah merumikan diftong, huruf konsonan dan huruf vokal dalam tulisan jawi.

Namun begitu, usaha jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada


Maxwell dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e
untuk mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878. Beliau telah
mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan
kerana mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.
Pengenalan diftong turut diperkenalkan oleh sistem ejaan rumi Fajar Asia
digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa
Melayu yang menggunakan sistem ejaan rumi ini terbit pada awal tahun 1940-an, iaitu
semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

Ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem Ejaan Soewandi 1947 yang
digunakan di Indonesia. Hal ini berlaku kerana dasar pemerintahan Jepun pada waktu
itu hendak menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Huruf
yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia hampir sama dengan huruf yang
digunakan dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

Asmah Haji Omar (1993) mengatakan bahawa, huruf Vokal dalam Sistem Ejaan
Fajar Asia juga menggunakan enam vokal yang terdiri daripada a, ê, e, i, o, dan u.
Huruf konsonannya pula adalah mengikut Sistem Ejaan Za’ba. Malah sistem ejaan
diftongnya turut menyamai ejaan diftong di era ini iaitu terdiri dari 3 diftong, ai, au dan
oi. Ejaan Fajar Asia ini kemudiannya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS
50) sebagai ejaan rasmi mereka.

3.3 Huruf Diftong

Menurut Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Majlis
Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (1972), diftong dieja dengan gabungan dua
huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu terdapat
tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal sebagai berikut: ai, au,
dan oi.

Jadual 3.3.1 : Huruf diftong dan contohnya.


FONEM HURUF DEPAN TENGAH BELAKANG

/ai/ ai aising ghairah sidai

/au/ au autopsi saudari surau

/oi/ oi oidium boikot cakoi


Oleh sifatnya yang dicirikan oleh satu puncak kelantangan, maka diftong adalah
silabis. Kewujudan satu puncak kelantangan bagi setiap diftong itu adalah disebabkan
oleh berlakunya geluncuran (glide) dalam proses penghasilannya. Gejala ini
menyebabkan setiap diftong itu disebut dengan salah satu vokalnya lebih lantang dan
lebih panjang daripada vokal yang lain. Satu diftong ditandai dengan penggunaan
diakritis [^] yang diletakkan di bawah simbol vokal yang kurang lantang dan kurang
panjang, supaya masing-masing diftong dari contoh di bawah ditandai dengan begini : [-
av],[-ai]

3.4 Pembahagian Diftong

Menurut Arbak Othman dalam bukunya Permulaan Ilmu Linguistik (1983)


bahawa diftong dibahagikan kepada dua iaitu diftong naik dan diftong turun. Dalam
penghasilan suatu diftong, salah satu vokal itu disebut lebih nyaring, lebih panjang dan
lebih tekanannya daripada 1 bunyi vokal. Kenyaringan yang berlaku itu adalah
disebabkan oleh kelantangan yang inheren mahupun oleh tekanan atau kombinasi
keduanya sekali. Dengan perbezaan nyaring, panjang dan tekanan yang dimiliki oleh 1
vokal daripada diftong itu, maka diftong dapat dibahagikan kepada dua iaitu diftong naik
dan diftong turun.

Diftong naik boleh didefinisikan sebagai bunyi vokal keduanya disebut lebih
nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang pertama supaya
ditandai dengan diakritis [^] diletakkan di bawah simbol vokal pertama. Contoh jenis ini
terdapat dalam perkataan bahasa inggeris seperti [ia] dalam perkataan pier, dan fierce

Manakala diftong turun pula boleh didefinisikan sebagai Adalah diftong yang
bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, panjang dan tekanan lebih dari vokal
keduanya dan ditandai diakritis [^] diletakkan di bawah simbol vokal kedua. Beberapa
contoh adalah dalam bahasa melayu iaitu gulai [gulai] dan pulau [pulau].
3.5 Kaedah Fonetik Menyebut Diftong

Fonetik adalah kajian bunyi bahasa dari segi penyebutan, pengeluaran dan
sifatnya (Abdullah Hassan, 1993). Kajian ini tertumpu pada bunyi pertuturan yang
melibatkan kepanjangan, kerendahan, kelembutan, kekerasan, intonasi, tekanan dan
irama bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa. Ini selaras dengan penjelasann J. A.
Henderson (1971) yang mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian fenomena bunyi
atau pertuturan manusia sejagat. Selain daripada mengkaji segala bunyi bahasa,
bidang fonetik juga memberikan simbol fonetik untuk masing-masing (Lutfi Abas, 1975).

Sebagai kesimpulan, fonetik ialah bidang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa
sejagat secara saintifik dari segi cara pengeluarannya dan aspek-aspek
pendengarannya. Kajian fonetik juga bertujuan untuk mendapatkan transkripsi fonetik
untuk semua bunyi bahasa.

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,
konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan
dalam rongga mulut Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak
tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk
bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat
sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau
dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi
yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang
bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Geluncuran
bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi
vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Suatu diftong diterbitkan dengan keadaan lidah berada pada kedudukan


menyebut 1 vokal yang kemudiannya bergerak menuju ke arah kedudukan menyebut
vokal yang lain disempurnakan artikulasinya. Misalnya bagi menyebut diftong [-ai] lidah
yang berada pada kedudukan menyebut vokal [a] bergerak kemudiannya menuju ke
arah kedudukan menyebut vokal [i] yang tidak disempurnakan sebagai akibat daripada
sifatnya yang disertai dengan geluncuran itu.

You might also like