You are on page 1of 6

4.

0 EJAAN BAGI KATA PINJAMAN

4.1 Latarbelakang Peminjaman Kata

Penghijrahan orang dari India ke tanah Melayu telah mempengaruhi


perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya. Orang India ini membawa
banyak perkara bersama mereka termasuklah kesusasteraan. Disebabkan itu,
perkataan daripada bahasa Sanskrit banyak diterjemahkan dan dimasukkan ke
dalam kosa kata bahasa Melayu. Selain daripada bahasa Sanskrit, kosa kata
bahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa seperti bahasa Arab,
bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain.

Hal ini berlaku disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda suatu masa
dahulu telah mempengaruhi masyarakat Malaysia. Jika kita dapat mengimbau
sejarah dahulu, bahasa Eropah telah menggantikan bahasa Melayu sebagai lingua
franca semasa era penjajahan. Semasa penjajahan Inggeris, mereka telah
menyerapkan bahasa Inggeris ke dalam kehidupan harian masyarakat tanah Melayu
sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan perniagaan.

4.2 Faktor Peminjaman Kata

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sesuatu perkataan dari bahasa


lain dipinjamkan ke dalam bahasa melayu. Dasawarsa ini, banyak perkataan yang
membabitkan istilah moden terpaksa dipinjamkan ke dalam bahasa melayu terutama
bidang ilmu sains dan teknologi yang sukat untuk dicari pengganti kepada perkataan
tersebut. Malah penggunaan istilah yang berlainan dengan bahasa inggeris mungkin
akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna teknologi tersebut. Namun
secara hakikatnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
peminjaman kata ini. Antaranya ialah untuk membentuk istilah-istilah baru yang
menepati kehendak pengisian masa dan keadaan semasa. Ini kerana penggunaan
istilah-istilah lama yang tidak bersesuaian dengan masa mungkin menyebabkan
kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat yang dilahirkan di era
yang serba moden dan kurang mengetahui mengenai sejarah silam bahasa melayu
itu sendiri.

Selain itu, perkembangan dalam perniagaan dan perdagangan yang berkaitan


dengan ekonomi dan perakaunan tentunya memerlukan istilah-istilah asing
diterjemahkan secara kontekstual dan menyamai istilah asal bidang ekonomi dan
perakaunan tersebut. Ini kerana, dengan penggunaan istilah yang sama dengan
pelabur dan pedagang asing, sudah tentunya memudahkan lagi urusan mereka
untuk dipesatkan. Istilah yang berlainan tentu menyukarkan lagi pemahaman terma-
terma dan istilah yang digunakan oleh pelabur dan peniaga tempatan dengan
pelabur dan peniaga dari luar negara.

Selain dari faktor berkaitan dengan perkembangan dunia, faktor psikologi


turut memainkan peranan tersendiri. Ini kerana sewaktu zaman penjajahan dahulu,
minda masyarakat kaum melayu sudah dimasukkan dengan pemikiran dan ideology
barat yang mengatakan bahasa inggeris adalah bahasa yang tinggi darjatnya dari
bahasa lain. Dengan itu masyarakat penutur akan meminjam bahasa yang dianggap
lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri. Maka dengan itu, kita dapat
lihat betapa pesatnya peminjaman perkataan bahasa asing ke dalam bahasa melayu
dan terus digunakan sehingga kini walaupun ada kalanya perkataan tersebut sudah
dimiliki di dalam kosa kata bahasa melayu.

Peminjaman kata turut bertujuan untuk memantapkan lagi struktur bahasa


melayu dengan kehadiran ribuan istilah-istilah baru dan memungkin bahasa melayu
menjadi bahasa ilmu dan mampu bersaing di peringkat global. Malah dengan
kaedah peminjaman kata dari bahasa inggeris dan eropah lain, akan memungkin
bahasa melayu sendiri untuk terus berkembang dan hidup. Malah penggunaan
bahasa melayu akan diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan tidaklah bahasa
melayu digelar sebagai bahasa yang kolot, jumud, tidak menerima permodenan dan
sebagainya. Dengan itu bangsa melayu itu sendiri akan berbangga dengan bahasa
yang mereka tuturkan saban hari dan seumur hidup.

4.3 Peraturan dalam penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris dan bahasa Eropah

Istilah bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah kini menduduki


sebahagian besar dalam kata pinjaman bahasa Melayu. Walaupun menerima
banyak kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, ejaan kata pinjaman dibuat dalam
bahasa Melayu mempunyai peraturan khas iaitu penyesuaian huruf dan
penyesuaian ejaan.
Mengikut Nik Safiah Karim et al. (1992), peraturan penyesuaian huruf ini
termasuklah huruf konsonan dan huruf vokal. Bukan semua huruf dilakukan
penyesuaian, hanya huruf-huruf tertentu disesuaikan mengikut bahasa Melayu
seperti huruf c ditukar pada huruf s. Contoh bagi huruf c ini adalah cent menjadi sen.
Seterusnya, pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan
yang sama. Contoh yang mudah ialah b, bb menjadi b iaitu perkataan barbecue
menjadi barbeku dan lobby menjadi lobi. Selain itu, penyesuaian dan pengekalan
bagi gabungan dua huruf vokal. Antara peraturan yang digunakan ialah penyesuaian
huruf-huruf konsonan tertentu, pengekalan atau pengguguran satu daripada
gabungan huruf konsonan yang sama, penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf
vokal dan pengekalan huruf bagi gabungan dua hirif vokal.

4.3.1 Penyesuaian Huruf Konsonan Tertentu

Jadual 4.3.1: Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu


Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
c menjadi s civil sivil
c, cc menjadi k doctor doktor
cc menjadi ks access akses
ch menjadi s machine mesin
ph menjadi f physic fizik
q menjadi k quantity kuantiti
rh menjadi r rhetorik retorik
sc menjadi sk score skor
sch menjadi sk scheme skim
th menjadi t theatre teater
wh menjadi w whistle wisel
x menjadi ks expo ekspo

4.3.2 Pengekalan dan Penguguran Satu Daripada Gabungan Konsonan

Jadual 4.3.2: Pengekalan atau pengguguran satu daripada


gabungan huruf konsonan yang sama
Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
b, bb menjadi b balcony, hobby balkoni, hobi
f, ff menjadi f fabric, traffic fabrik, trafik
g, gg menjadi g galaxy, goggle galaksi, gogel
m, mm menjadi m marine, mummy marin, mumia
n, nn menjadi n naive, tennis naif, tenis
p, pp menjadi p pack, apple pek, epal
r, rr menjadi r racket, terrace raket, teres
s, ss menjadi s sauna, express sauna, ekspres
t, tt menjadi t tactic, battery tactic, battery
z, zz menjadi z zip, jazz zip, jaz

4.3.3 Penyesuaian Huruf Gabungan Dua Vokal

Jadual 4.3.3: Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal


Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
ae menjadi e haemoglobin hemoglobin
ea menjadi i pear pir
ee menjadi i mee mi
ie menjadi i calorie kalori
ie menjadi ai pie pai
oa menjadi o goal gol
oe menjadi e foetus fetus
ou menjadi u coupun kupon
ue menjadi u clue klu
ue digugurkan technique teknik

4.3.4 Pengekalan Huruf Gabungan Dua Vokal

Jadual 4.3.4: Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal.


Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
ae menjadi ae aerobic aerobik
ai menjadi ai aileron aileron
au menjadi au audio audio
ea menjadi ea idea idea
ei menjadi ie atheist ateis
eo menjadi eo neon neon
eu menjadi eu nucleus nukleus
ia menjadi ia media media
ie menjadi ie diesel diesel
io menjadi io studio studio
iu menjadi iu medium medium
oi menjadi oi alkaloid alkaloid
oo menjadi oo zoo zoo
ua menjadi ua individualism individualisme
ue menjadi ue duet duet
ui menjadi ui equinox ekuinoks
uo menjadi uo fluorescent fluoresen

Penyesuaian ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Eropah


kepada bahasa Melayu ini dilakukan atas dasar tertentu. Antara dasar yang di ambil
berat adalah bentuk ejaannya. Ejaan yang dibuat berdasarkan fonem sesuatu
perkataan bukan mengikut sebutan perkataan. Perubahan fonem asing dilakukan
bila perlu sahaja. Fonem ialah unit terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Dalam
bahasa Melayu sesuatu fonem mempunyai ciri fonetik yang sama. Contoh perkataan
bahasa Inggeris ialah cartoon. Apabila perkataan ini di Melayukan, ejaannya menjadi
kartun bukan katun. Contoh lain ialah perkataan carbon menjadi karbon bukan
kaben. Berdasarkan Siti Hajar Abdul Aziz (2008).

Selain itu, terdapat beberapa perkataan pinjaman bahasa Inggeris dan


Eropah ini dikecualikan daripada peraturan keselarasan huruf vokal menurut Sistem
Ejaan Baru. Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal dalam Sistem Ejaan Rumi
Bahasa Melayu. Antara pola keselarasan vokal ialah pola a-u dan e-o. Sebagai
contohnya ialah perkataan atom daripada bahasa Inggeris. Apabila ditukar kepada
bahasa Melayu, ejaan yang sepatutnya ialah atum mengikut pola keselarasan vokal
a-u. tetapi perkataan atom ini dikecualikan dan tetap dieja sebagai atom dalam
bahasa Melayu. Contoh kedua ialah perkataan pistol masih menjadi pistol bukan
pestol kerana diberi pengecualian.

Dasar ketiga untuk ejaan kata pinjaman ini ialah gugus konsosan. Beberapa
perkataan bahasa Inggeris dikekalkan gugus konsonannya dalam bahasa Melayu
dengan beberapa penyesuaian dan tidak memakai huruf vokal e pepet untuk
mengubah gugus konsonan kata pinjaman. Contoh perkataan bahasa Inggeris yang
mempunyai gugus konsonan ialah clinic. Gugus konsonannya tidak berubah dalam
bahasa Melayu dan diberikan sedikit penyesuaian. Perkataan clinic ini menjadi klinik.
Sebaliknya, terdapat beberapa pengecualian bagi peraturan mengenai gugus
konsonan ini. Beberapa perkataan masih menggunakan vokal e pepet dan diterima
menurut ejaan lama. Perkataan yang diberi pengecualian ialah class, club, glass,
grant, plan dan stamp. Bagi perkataan class, gugus konsonannya diubah kepada e
pepet menjadi kelas bukan klas. Perkataan-perkataan ini telah ditetapkan ejaannya
oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia.

Keempat ialah unsur asing. Kata pinjaman ini dieja secara Malaysia.
Maknanya di sini ialah ejaan dibuat mengikut cara sebutan masyarakat Malaysia dan
ejaannya tidak lagi diubah. Antara perkataannya ialah bureau jadi biro, custom jadi
kastam dan driver jadi drebar. Dalam bahasa Inggeris, semua huruf g yang disebut
/j/ diterima sebagai huruf g dalam bahasa Melayu. Contohnya agenda masih lagi
dieja agenda. Perkataan ini tidak dieja ajenda kerana sebutan /j/ diterima sebagai g.
contoh lain ialah gymnasium tetap jadi gimnasium bukan jimnasium. Walaupun
begitu, masih terdapat beberapa kekecualian terhadap huruf g yang disebut /j/ ini.
Ada perkataan yang disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu seperti agent
menjadi ejen, sergeant menjadi sarjan dan beberapa perkataan lagi.

Perlulah difahami bahawa ejaan kata pinjaman dibuat bukan secara senang-
lenang. Ianya mempunyai peraturan tertentu untuk menampakkan struktur bahasa
Melayu ini sendiri. Walaupun bahasa Melayu banyak menggunakan kata pinjaman,
kita perlu tahu cara menggunakannya supaya menampakkan identiti bahasa Melayu
itu sendiri.

You might also like