You are on page 1of 3

Mukasurat |1

DEFINISI ISTILAH GEOGRAFI

1. CUACA

Keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll) di sesuatu tempat
pada sesuatu ketika tertentu.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4

Istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan
pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet.

Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

2. IKLIM

Keadaan cuaca (suhu, hujan) dalam jangka masa yang panjang di sesuatu tempat.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4

Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35
tahun dan meliputi skala yang luas.

Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal

3. KERPASAN

Hujan, hujan batu, salji dan sebagainya yang terhasil daripada pemeluwapan wap air
di udara yang jatuh ke permukaan bumi.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku yang terjadi akibat daripada
proses pemeluwapan atau kondensasi.

Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal

4. SUHU

Panas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dll).

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.

Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal


Mukasurat |2

5. JULAT SUHU

Lingkungan antara dua had iaitu Suhu maksimum – suhu minimun (yang dinyatakan
dengan angka)

Sumber : Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. Teks PRA-U STPM, Geografi
Alam Sekitar Fizikal. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6. KELEMBAPAN MUTLAK

Kuantiti air dalam isipadu tertentu udara. Unit paling biasa adalah gram per meter
padu.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelembapan

Jumlah wap air yang terkandung dalam udara pada sesuatu suhu tertentu.

Sumber : Yew Poi Keng, Subramaniam Periasamy, wa Chin Onn & Tee Wah Poo.
2006. Nota Lengkap STPM, Geografi Alam Sekitar Fizikal kertas 1. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

7. KELEMBAPAN BANDINGAN

Nisbah tekanan separa wap air dalam satu campuran gas antara udara dan wap air
terhadap tekanan wap tepu air pada satu suhu yang diberi.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelembapan

Nisbah jumlah wap air yang sebenar yang terdapat dalam jisim udara berbanding
dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh jisim udara tersebut pada suhu
dan tekanan tertentu.

Sumber : Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. Teks PRA-U STPM, Geografi
Alam Sekitar Fizikal. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

8. ANGIN MONSUN

Satu pola angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan,
kemudiaanya hilang dalam satu tempoh masa yang singkat lazimnya sebulan dan
selepas itu bertiup pula pada arah yang bertentangan dalam tempoh beberapa bulan
bagi baki dalam satu tahun tertentu.

Sumber : Wladimir Peter Köppe


Mukasurat |3

Menghuraikan satu sistem angin musiman di Laut Arab pada abad ke 6 dan ke 7.

Sumber : Barry dan Chorley (1971)

9. BAYU LAUT

Adalah angin dari laut yang terbentuk di permukaan laut berhampiran pantai. Ia
terbentuk dengan perbezaan suhu di antara darat dan laut yang menghasilkan
tekanan minimum ke atas daratan, udara lebih dingin dari laut berpindah ke daratan
dan menolak udara panas yang lebih ringan ke laut.

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Sea_breeze

10. BAYU DARAT

Bayu darat merupakan sejenis angin yang bertiup dari daratan ke lautan. Ianya
berlaku apabila wujudnya perbezaan suhu di daratan yang lebih rendah dari lautan.
maka angin dari daratan yang lebih berat dan bertekanan tinggi akan menolak angin
panas di lautan dan angin sejuk tadi akan bergerak ke arah lautan.

Sumber : http://weather.about.com/od/l/g/land_breeze.htm

11. TOPOGRAFI

Topografi bermaksud keterangan terperinci mengenai keadaan fizikal sesuatu


tempat. Ia merujuk kepada keadaan semulajadi ataupun binaan buatan manusia
yang membentuk permukaan bumi termasuk gunung, lembah, tanah pamah, tasi,
sungai dan sebagainya seperti jalan, sempadan dan bangunan utama di sesuatu
kawasan.

Sumber : http://www.ehow.com/facts_5399701_definition-topography.html

Topografi merupakan pengkajian mengenai bentuk dan sifat permukaan bumi, planet
lain, bulan dan juga asteroid. Ianya juga menerangkan mengenai sesuatu bentuk dan
sifat terutama ketika ingin menggambarkannya di dalam sesebuah peta.

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Topography

You might also like