You are on page 1of 107

ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN - Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK

Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

LATIHAN: MERANGKA KARANGAN


CETAK ROMPAK

SOALAN Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah
menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan
dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana
anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Perbahasan
KATA KUNCI 1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana
untuk pelajar sekolah menengah.

2. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan


Cara Mengatasinya”.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Definisi
Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan
dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam
bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana
terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan
yang kecil.
ISI HURAIAN CONTOH
Sebab: Jenayah cetak  penjualan hasil karya penjualan CD, VCD lagu-lagu
rompak telah menjadi cetak rompak berleluasa tempatan, filem-filem tempatan
barah dalam industri seni di pasar malam atau yang masih di peringkat
negara. pusat membeli-belah pratonton di pawagam-
secara             terang- pawagam.VCD filem tempatan
terangan atau cakera padat lagu-lagu
tempatan dijual dengan RM5.00
 karya cetak rompak sekeping berbanding dengan
boleh diperoleh dengan harga asli yang berharga sekitar
lebih mudah, cepat dan RM19.00 – RM20.00 sekeping
murah berbanding
dengan karya yang asli

 sikap atau mentaliti


masyarakat kita yang

1
suka akan barangan
murah menyebabkan
cetak rompak
berkembang luas
bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan
Kurangnya pemantauan  pemantauan yang pemantauan menjelang musim-
pihak berkuasa berkala dan di tempat musim perayaan.mengagihkan
yang sama agen untuk berniaga secara
memudahkan pihak kecil-kecilan di kaki lima dan
syarikat cetak rompak apabila diserbu mereka tidak
membaca pergerakan mengalami kerugian yang
pihak berkuasa dan banyak
seterusnya menyusun
strategi untuk mengaut
keuntungan

 mereka juga
mempunyai sistem
rangkaian maklumat
yang lengkap dan dapat
melarikan diri dengan
cepat apabila berlaku
serbuan
Kesan: Pelanggaran Hak  hak cipta adalah sesuatu dengan tanpa izin menyalin dan
Cipta yang peribadi tetapi menjualnya untuk mendapatkan
dengan adanya cetak keuntungan atas angin tanpa
rompak hak penulis mengeluarkan modal yang besar.
telah dinafikan atau
tidak dihargai
Membentuk  pihak penulis, pencipta menerbitkan seleksi lagu-lagu
perkembangan seni tanah atau artis hilang minat terbaik Syarifah Aini atau Siti
air untuk berkarya kerana Nurhaliza, seleksi lagu-lagu
mereka takut Rock sepanjang zaman.
mengalami kerugian

 penerbit lebih suka


menerbitkan album
komplikasi untuk
menjimatkan kos dan
mengurangkan margin
kerugian.
Karyawan mengalami  kerugian daripada segi Filem Puteri Gunung Ledang
kerugian masa, daya usaha dan RM20 juta.
wang ringgit.

2
Penerbitan sesuatu
filem atau lagu menelan
belanja puluhan ribu
ringgit, malah ada yang
mencecah jutaan
ringgit. Penerbit
terpaksa membuat
pinjaman bank
Langkah :Mengkaji  kajian yang mendalam perbincangan oleh pihak
semula harga cakera padat tentang harga minimum berkuasa, penerbit, penulis, artis,
dan VCD CD atau VCD perlu wakil penjual, wakil pengguna
dilakukan oleh pelbagai atau wakil PAPITA sendiri
pihak agar semua pihak
mendapat kesan
positifnya.
Anjakan paradigma  mengadakan kempen melalui media massa, persatuan
masyarakat yang berterusan untuk pengguna menganjurkan
menyedarkan pertandingan esei, sajak, bahas,
masyarakat bahawa pidato yang berkaitan dengan
cetak rompak adalah masalah cetak rompak
satu kesalahan dan
perlu dibanteras

 di peringkat sekolah
persatuan pengguna
boleh memainkan
peranan untuk
membentuk minda
generasi muda tentang
isu ini

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN


Kesimpulannya Semua pihak perlu jika tidak dikawalmereka yang
terlibat sama dalam perkembangan seni terlibat dengan
mengawal jenayah tanah air akan jenayah cetak
cetak rompak menjadi malap rompak segera
insaf dan
memikirkan
tentang hak dan
perasaan orang seni
yang berjiwa
sensitif
Peribahasa  Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat

3
lelah orang lain)
 Titik peluh (penat lelah)

 Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang


sememangnya kaya akan bertambah kaya)

HARI KANTIN

SOALAN Anda telah dilantik sebagai setiausaha Hari Kantin yang telah diadakan
baru-baru ini. Hari Kantin tersebut telah berjalan dengan lancar dan
meraih keuntungan yang besar. Tulis laporan lengkap tentang Hari
Kantin itu untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Laporan
KATA KUNCI 1. Saya sebagai Setiausaha Hari Kantin
2. Program berjalan dengan lancarnya

3. Sediakan laporan lengkap tentang Hari kantin


LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis Perangkaan
Keuntungan yang diperoleh pada tahun 2007 ialah RM25,000.00
sahaja.Tahun ini, keuntungan mencecah RM 70,000.00.Sebab: banyak
aktiviti menarik yang dianjurkan dan juga sumbangan ibu bapa dan
tajaan daripada beberapa buah syarikat ternama di sekitar sekolah.
ISI HURAIAN CONTOH
1. Majlis Perasmian Hari  dirasmikan oleh - Lagu Ya Salam, Nirmala dan
Kantin Pegawai Daerah dan lagu zapin, Telok Sengat.-
dihadiri oleh pegawai- Pancaragam membuat
pegawai pelajaran, persembahan formasi dengan
pengetua dan guru besarrangkaian lagu sekolah, tunggu
sekitar dan wakil-wakil sekejap, tiga malam dan widuri.
syarikat penaja

 persembahan oleh
kumpulan zapin dan
pancaragam
2. Tarikh dan Tempat 27 Februari 2007 Dewan sekolah
3. Aktiviti Hari Kantin    
3.1 Kutipan Derma  Para pelajar diberikan  Mereka akan mengutip

4
kad kutipan derma derma dalam kalangan
semasa musim cuti ahli keluarga, saudara-
sekolah. mara dan jiran tetangga
mereka sahaja.
 Para guru pula
ditugaskan untuk  Maslina Enterprise
memohon derma  Ever Strong
daripada badan-badan
korporat.  Comtech Sdn. Bhd
 Bumi Restu

 Syarikat Indera
Hardware
3.2 Jualan Kupon Jamuan  dibuka kepada guru-  RM50.00 seorang.
Perdana guru sekolah dalam
daerah  500 keping tiket habis
dijual.
1. 3.3 Cabutan  diadakan pada malam  pengunjung bertuah
Bertuah kemuncak iaitu pada
malam Jamuan Perdana  pemungut derma
di Dewan Sekolah terbanyak kategori
pelajar

 pemungut derma
terbanyak kategori guru
dan staf sokongan
3.4Pertandingan memasak  Bahan-bahan mentah  kategori wanita
Terbuka disediakan oleh pihak
penganjur. Setiap  kategori lelaki
peserta dikenakan
bayaran RM10.00  berpasangan

3.5 Tangan Emas  Peserta dikehendaki  kategori wanita


menyiapkan sampel
jahitan yang disediakan,  kategori lelaki
kraf tangan dan
anyaman ketupat.
3.6 Pakaian Beragam  memaparkan pakaian  pakaian paling anggun
beragam kaum dan suku
kaum di Malaysia  peserta paling bergaya
3.7 Karaoke Amal  Dua orang mantan - Lagu Widuri dan Angin Malam
pengetua sekolah telah yang dipopularkan oleh
menyumbang dua buah Mendiang Broery Marantika.-
lagu setiap seorang. Seiring dan Sejalan serta sebuah
Dua buah lagu telah lagu dari kumpulan DIIoyd.

5
dibeli oleh YDP PIBG
sekolah dengan harga
RM2,000.00.
4. Penaja dan Bentuk  daripada syarikat yang  Maslina Enterprise. RM
Tajaan berurusan dengan pihak 1,000.00
sekolah
 Ever Strong: RM
 kontraktor-kontraktor 1,000.00
sekitar sekolah
 Hidang Enterprise:
 pengusaha dewan  sebanyak 30 buah
makan dan kantin hamper
sekolah.
 Comtech Sdn. Bhd.: 10
Bentuk Tajaan barangan elektrik untuk
cabutan bertuah
 wang ringgit  Bumi Restu:
RM1,000.00
 hamper
 Syarikat Indera
Hardware: RM2,000.00
5.Sambutan Pengunjung  Sambutan pengunjung Ramai juga ibu bapa dan
di luar jangkaan. Semua pengunjung yang datang.
aktiviti yang dijalankan
pada hari kantin
mendapat sambutan
yang menggalakkan.

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN


Sesungguhnya Aktiviti ini seharusnya Bukan sahaja dapat Semoga kerjasama
dijadikan aktiviti keuntungan yang erat antara ibu,
tahunan. boleh digunakan oleh bapa, guru dan
pihak sekolah untuk sekolah akan terus
pembangunan terjalin demi
prasarana sekolah, kebaikan masa
malah turut depan anak-anak
merapatkan lagi mereka.
hubungan ibu bapa,
guru dan sekolah.
Peribahasa  Langkah kanan (bernasib baik)
 Murah hati (tidak kedekut)

6
 Halwa telinga (nyanyian untuk hiburan)

PENCEMARAN BAHASA

SOALAN Selaku pegawai bahasa yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka,
anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Punca Pencemaran Bahasa dan Cara-cara Mengatasinya” kepada
setiausaha-setiausaha syarikat pengiklanan. Tulis ceramah anda
selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Ceramah
KATA KUNCI 1. Saya sebagai pegawai bahasa
1. Menyampaikan ceramah kepada setiausaha syarikat
pengiklanan.

2. Tentang: punca-punca pencemaran bahasa dan cara-cara


mengatasinya.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Fakta
 Bahasa penting bagi menggambarkan identiti sesebuah negara.

 Pada masa kini, semakin banyak pencemaran bahasa berlaku


dan mencemarkan identiti negara serta dipandang serong oleh
negara lain.
ISI HURAIAN CONTOH
Masalah sikap  gemar menggunakan  dialog-dialog dalam
bahasa pasar dalam drama televisyen atau
penulisan atau filem
pengiklanan
 juruhebah radio
 suka menggunakan
bahasa singkatan  papan iklan

 mencampuradukkan  bahasa Internet


bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam  bahasa slanga yang

7
suatu ayat (bahasa digunakan oleh remaja
rojak)
Pembangunan sukan di  mengena pasti bakat  kejohanan sukan
peringkat teras muda yang boleh peringkat sekolah,
diketengahkan supaya daerah, negeri dan
dapat ditingkatkan kebangsaan
bakatnya menjadi
seorang ahli sukan yang
berjaya
Tiada kesedaran untuk  tidak ada pihak atau  majalah Dewan Siswa,
memelihara keindahan badan khas yang Pelita Bahasa
bahasa ibunda bertanggungjawab
menjaga dan menegur  Tatabahasa Dewan
kesalahan bahasa
khasnya dalam media
massa, media
elektronik, jika ada pun
hanya teguran dalam
bentuk rencana tetapi
tiada tindakan susulan
 ada majalah yang
mengkhusus dalam
memberi tunjuk ajar
dan teguran tetapi tidak
mendapat sambutan
dalam kalangan
masyarakat atau badan-
badan korporat. Hanya
segelintir pelajar yang
menggunakannya, itu
pun untuk tujuan
peperiksaan sahaja

 tiada tindakan yang


sewajarnya dikenakan
kepada syarikat
perniagaan atau
pengiklanan yang
melakukan pencemaran
bahasa dalam papan
iklan mereka
Terlalu banyak bahasa  kita banyak  impact – impak
asing yang diserapkan ke mengubahsuaikan
dalam perbendaharaan kata perkataan asing dan  resolution – resolusi
bahasa Melayu diguna pakai dalam

8
perbendaharaan bahasa  implication – Implikasi
Melayu kita, akibatnya
terdapat golongan yang  situation – situasi
mengambil mudah
 phenomenon – fenomena
dengan
mencampuradukkan
 budget – bajet (dulunya
perkataan Melayu dan
belanjawan)
Inggeris dalam ayat

 keadaan ini
menyebabkan hilangnya
keaslian bahasa
Melayu. Sesetengah
pihak beranggapan
keadaan itu perlu
kerana bahasa itu
bersifat dinamik.
“Tepuk dada tanya
selera”
Kempen mengamalkan  diadakan di peringkat  di peringkat sekolah :
bahasa Melayu sekolah, jabatan, adakan minggu bahasa
syarikat swasta/
kerajaan dan juga  di peringkat jabatan atau
badan-badan korporat badan korporat : kempen
bertutur bahasa Melayu
 semua pihak perlu yang betul
terlibat dalam kempen
cintai bahasa kita, atau  sektor-sektor swasta
kempen menggunakan hendaklah
bahasa Melayu dengan mengurangkan
betul penggunaan bahasa
Inggeris
Persepakatan cendekiawan  mewujudkan kerjasama  Road Show tukar kepada
bahasa Melayu untuk mencipta Jerayawara
perkataan baru bagi
menggantikan
perkataan bahasa
Inggeris yang sekian
lama digunakan

 memastikan dan
memantapkan sistem
ejaan dalam bahasa
Melayu supaya tidak
mengelirukan
pengguna-pengguna

9
bahasa Melayu.

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN


Kesimpulannya Penggunaan bahasa - bahasa jiwa  bangsa- Semua pihak perlu
Melayu yang betul bahasa peka dan
dalam komunikasi melambangkan melaksanakan
seharian perlu diberi bangsa.- rosak bahasa tanggungjawab
perhatian serius oleh rosaklah identiti mereka demi
semua rakyat Malaysia negara memastikan
maruah bahasa kita
tidak tercemar atau
semakin hilang
identitinya.
Peribahasa  Tepuk dada tanya selera

 Bahasa menunjukkan bangsa

10
PROGRAM MAJALAH DALAM KELAS
(MDK)

MEMANFAATKAN DEWAN SISWA

DARI KULIT KE KULIT

Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

DS JAN – MAJALAH DALAM KELAS (MDK) 

Tahniah kerana anda memiliki majalah Dewan Siswa (DS) untuk dibaca. Tentu banyak
maklumat, pengajaran dan ilmu yang anda peroleh. Sebenarnya, kandungan majalah DS juga
sesuai dijadikan bahan rujukan dan bahan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Malaysia.

          Yang berikut dikemukakan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dengan setiap kandungan
majalah DS, khasnya dalam proses pengajaran dan pemelajaran bahasa Malaysia.

Contoh:

                   Media: Dewan Siswa, Oktober 2007

Halaman Ruangan Aktiviti

11
0 -1 Rakaman Pengembara  Surat tidak rasmi
 Karangan jenis pengalaman

 
3 Perlembagaan  Karangan jenis fakta
 Meringkaskan karangan
 Rumusan
 Pemahaman

 
5 Surat Anda  Menulis pendapat/cadangan

 
6-7 Sekolahku Akarku  Karangan jenis laporan
 Surat tidak rasmi

 
8 Bimbingan Penulisan  Menulis karangan mengikut soalan yang
dikemukakan

 
9 Gaya Remaja Kini  Perbincangan/Lisan

 
10 – 11 Cetusan Pendapat  Karangan
 Rumusan/Pemahaman
 Meringkaskan karangan

 
12 – 13 Fokus 1  Karangan
 Rumusan/Pemahaman
 Meringkaskan karangan

 
14 – 15 Fokus 2  Karangan
 Rumusan/pemahaman

12
 Meringkaskan karangan

 
16 Fakta dan Graf  Dimanfaatkan dalam penulisan
karangan
 Penulisan karangan Bahagian A (SPM)

 
17 Tokoh Remaja  Wawancara
 Berita

 
18 Tanya Doktor Anda  Ceramah
 Wawancara
 Rencana

 
19 Islam dan Anda  Rumusan/Pemahaman
 Ringkasan

 
20 – 21 Cintai Bahasa Kita  Tatabahasa

 
22 – 23 Cerpen daripada Siswa  Menukarkan cerpen kepada komik/skrip
Cerpen untuk Siswa drama
46 – 48
 Mengesan frasa dan ayat yang indah
 Karangan KOMSAS

 
25 Ulasan Cerpen  Karangan jenis ulasan

 
26- 27 Misteri dalam Sains  Pemahaman
 Membina teka silang kata

 
28 – 29 Puisi Siswa  Melagukan puisi

13
 Pemahaman
 Melukis grafik
 Ulasan

 
30 Ulasan Puisi  Ulasan Puisi

 
32 – 33 Tanah Airku  Laporan
 Surat tidak rasmi
 Rencana
 Pantun/syair

 
34 – 35 Zaman Remajaku  Wawancara
 Ceramah
 Surat tidak rasmi
 Pengalaman

 
36 – 37 Teknologi Bahan  Pemahaman
 Berita/Rencana
 Membina teka silang kata

 
38 – 39 Ulasan Buku  Ulasan buku
 Karangan KOMSAS

 
40 Ensiklopedia  Ringkasan

14
 Pemahaman
 Pantun

 
42 – 43 Antarabangsa  Wawancara
 Ceramah
 Pengalaman
 Rencana

 
44 – 45 Sekitar Siswa  Berita

57 – 59 Diari Siswa  

 
49 Tip Belajar  Wawancara
Bimbingan Remaja
50  Ceramah
 Rencana
 Surat tidak rasmi

 
60 – 61 Menuju Cita-cita  Pengalaman
 Wawancara
 Rencana
 Surat tidak rasmi

 
62 – 63 Teka Silang Kata  Memanfaatkan Kamus Dewan

                  

 
15
 

KUIZ DEWAN SISWA

Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

 DS FEB – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah ialah
pertandingan bahas, berbalas pantun, pidato/syarahan, forum, menulis esei, puisi, dan lain-lain.
Kebanyakan aktiviti ini hanya melibatkan segelintir pelajar sahaja, manakala yang lain hanya
menjadi penonton.

          Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu sewajarnya mengadakan
Kuiz Dewan Siswa pada setiap bulan. Setiap pelajar digalakkan untuk menyertai kuiz ini bagi
memestikan mereka membaca dengan teliti majalah kesayangan mereka ini.

          Pelajar yang berminat untuk menyertai kuiz ini mestilah membeli soalan yang disediakan
oleh pihak persatuan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat wajar diberikan
hadiah.

          Yang berikut dikemukakan contoh soalan Kuiz Dewan Siswa berpandukan majalah
Dewan Siswa bulan Jun 2007.

Persatuan Bahasa Malaysia

SMK Dato` Sulaiman

83500 Parit Sulong,

Batu Pahat, Johor.

KUIZ DEWAN SISWA, JUN 2007


16
 

Nama : ________________________________________       Tingkatan : ________

Arahan :

 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul


 Hantar borang jawapan kepada Setiausaha, persatuan Bahasa Malaysia sebelum 7 Julai
2007.

1. Sejenis makanan segera orang Turki : ______________________

2. Maksud peribahasa “Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahan dengan
telunjuk”.

          ________________________________________________________________

          ________________________________________________________________

         

         

3. Perlembagaan Persekutuan perkara 32(1) telah meletakkan Yang di-Pertuan

           Agong sebagai _________________________________________________

4. Pencipta telefon: _______________________________________________

5. Negara pengimport baja Highlowtec?

17
 

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

8. Jumlah pengguna Internet di dunia?

                  

                   __________________________________________________________

9. Istilah perubatan bagi masalah perpeluhan yang berlebihan:

                   __________________________________________________________

10. Bahasa rojak menurut pandangan Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim.

                   __________________________________________________________

                   __________________________________________________________

11. Nenek dalam bahasa Itali: _______________________________________

18
12. Epifora dalam puisi bermaksud: ___________________________________

13. Kepah, lokan dan ___________________ adalah makanan laut kegemaran


penduduk pantai Bisikan Bayu.

14. Tugas utama Pengurus Loji air.

              __________________________________________________________

              __________________________________________________________

15. Dentuman sonik berlaku apabila __________________________________

              __________________________________________________________

16. Nama sebenar Komander Robot: _________________________________

17. Bekam adalah cara pengubatan tradisional untuk _____________________

              __________________________________________________________

18. Perbezaan ketara antara kapas Bacillius thuringiensis dengan kapas doshi

                   __________________________________________________________

19
 

                   __________________________________________________________

19. Penulis novel Amigo Possa

                   __________________________________________________________

20. One way to learn the correct spelling and the correct way of saying words is

           to refer to: ____________________________________________________.

21. Lima sebab remaja merokok

a. _______________________________________________________

b. _______________________________________________________

c. _______________________________________________________

d. _______________________________________________________

e. _______________________________________________________

22. Jelaskan teknik SQ3R yang diperkenalkan oleh Robinson.

20
          ________________________________________________________________

          ________________________________________________________________

         

          ________________________________________________________________

          ________________________________________________________________

          ________________________________________________________________

21
 

PEMBELAJARAN  AKSES KENDIRI (PAK)

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 DS MAC – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merujuk kepada cara pembelajaran kendiri murid dan guru
berperanan sebagai fasilitator. Terdapat pelbagai jenis murid dengan keperluan yang berbeza-
beza. Gaya dan kadar pembelajaran seseorang murid mungkin berbeza dengan murid yang lain.
Oleh itu, kita sebagai guru harus mengambil kira minat dan keperluan seseorang murid semasa
kita melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sehubungan dengan itu, PAK
adalah antara cara yang boleh dilaksanakan untuk murid belajar mengikut keperluan masing-
masing.

          PAK adalah antara program yang membantu melengkapi pembelajaran di bilik darjah.
Program ini menyediakan pelbagai bahan dalam empat aras iaitu aras pemulihan, mudah,
sederhana dan cemerlang.

          Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang terdapat di dalam majalah Dewan Siswa sesuai
dimanfaatkan untuk PAK sama ada digunakan di rumah atau di sekolah.

          Yang berikut dikemukakan contoh bahan dalam majalah Dewan Siswa yang dapat
membantu guru menyediakan latihan PAK untuk empat aras.

          Media           : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        : Cetusan Pendapat

          Tajuk           : Belia Pasak Negara

          Halaman       : 10 hingga 11

Aras Pencapaian Murid Aktiviti yang dicadangkan


 
   
Pemulihan
Murid menyalin petikan “Belia Pasak Negara”.

22
 
   
Mudah
Murid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan
pemahaman.

 
   
Sederhana
(a)  Murid menulis ringkasan petikan yang dibaca

Atau

(b)  Murid membuat rumusan daripada petikan yang


dibaca.

 
   
Cemerlang
(a)  Murid mencadangkan penyelesaian terbaik daripada
masalah yang dikemukakan oleh penulis di dalam petikan.

(b)  Murid menulis karangan jenis pendapat berpandukan


isi yang diperoleh daripada aktiviti (2).

          Media           : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        : Bimbingan Penulisan

          Tajuk           : Cetak Rompak

          Halaman       : 40

23
 

Aras Pencapaian Murid Aktiviti yang dicadangkan


 
   
Murid membaca dan menyalin semula rangka karangan
Pemulihan yang disediakan.

 
   
Mudah Murid mengembangkan perenggan dan pendahuluan
penutup karangan kepada 50 hingga 55 perkataan.
   
Sederhana Murid menulis tiga perenggan lengkap isi karangan.
   
Cemerlang Murid menulis karangan lengkap berpandukan rangka
karangan yang diberi.

24
 

KAJIAN MASA DEPAN (KMD)

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

DS APRIL – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) yang diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk mendidik generasi
baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. KMD akan membantu generasi
sekarang menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan.
Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta dapat menerima dan dapat
menangani perubahan.

          Oleh itu, dalam mengajarkan Bahasa Malaysia, kita sebagai guru perlu mengaplikasikan
sebaik mungkin KMD dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu kerana masa
depan merupakan satu keadaan yang dinamik dan sentiasa berlaku perubahan. Masalah masa
depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Tambahan
lagi, manusia terikat dengan bilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak yang berbeza-
beza.

          KMD merupakan strategi khusus yang saintifik untuk menambahkan keupayaan pelajar
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

          Bagi memudahkan kita mencari bahan yang sesuai untuk merangsang pemikiran pelajar
kita agar terus berfikir, ke aras menyusun pemikiran yang logik, mengkonsepsikan kehidupan,
mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang serta strategi membuat keputusan yang
bakal diambil, majalah Dewan Siswa telah menyediakan beberapa ruang yang sesuai untuk
pelajar terus berfikir sesuai dengan konsep KMD.

          Antara ruang yang tersebut ialah:

 Menuju Cita-cita
 Cetusan Pendapat
 Fokus
 Islam dan Anda

25
 Misteri dalam Sains
 Zaman Remajaku
 Teknologi Baharu
 Tanya Doktor Anda

Berdasarkan bahan rangsangan seperti dalam ruangan di atas, pelajar haruslah digerakkan
dengan berasaskan konsep “Guru Kreatif, Pelajar Aktif” agar mereka dapat:

1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
4. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
5. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan.

Contoh:

          Media           :        Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        :        Teknologi Baharu

          Tajuk           :        Saintis Beras

          Halaman       :        44 – 45

Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Saintis Beras” berpandukan rajah di
bawah:

BERAS
Dahulu Sekarang Akan datang
     

26
 

Contoh:

          Media           :        Majalah Dewan Siswa

          Ruangan        :        Fokus 2

          Tajuk           :        Remaja Semakin Hilang Harga Diri?

          Halaman       :        14 – 15

Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Remaja Semakin Hilang Harga
Diri?”  berpandukan rajah di bawah :

REMAJA
Dahulu Sekarang Akan datang
     

27
 

“LIMA MINIT SEHARI BERSAMA DEWAN SISWA”

Oleh  AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

DS MEI- MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

  KITA perlu mengakui bahawa membaca, asas utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia (BM) atau apa-apa bahasa sekalipun. Hal ini demikian
kerana setiap kali berlakunya proses membaca, maka akan berlakulah pula aktiviti berfikir,
menulis, menganalisis, mengkritik dan membuat kesimpulan.

Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran di atas, kita perlu memastikan setiap orang pelajar
membaca pada setiap hari. Sehubungan dengan itu, aktiviti membaca wajar dijalankan selama
sekurang-kurangnya lima minit sebelum kita memulakan proses P&P BM.

Antara bahan bacaan yang sesuai dengan selera dan kehendak pelajar sekolah menengah ialah
majalah Dewan Siswa. Berdasarkan pengalaman, program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan
Siswa” saya dapati pelajar begitu seronok kerana pada setiap hari, mereka akan menemukan
pelbagai bentuk bahan bacaan seperti rencana, karya kreatif, permainan bahasa dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sebelum kita melaksanakan program ini, para pelajar harus didedahkan
dengan teknik membaca yang betul agar hala tuju dan objektif program tersebut tercapai.

Terdapat lima teknik membaca yang dapat diamalkan oleh pelajar, iaitu :

1. Membaca terarah (mendapat gambaran ringkas tentang isi bahan yang dibaca).
2. Membaca sepintas lalu (untuk mengetahui persoalan pokok bahan yang dibaca).

28
3. Membaca dengan mencari (untuk mencari sesuatu perkataan, angka, fakta dan
sebagainya).
4. Membaca dan belajar (untuk mengetahui dan mengingati perkara penting sekali gus
mendapat keterangan lanjut daripada bahan yang dibaca).
5. Membaca secara kritis (untuk menilai bahan yang dibaca).

          Sehubungan dengan itu, terdapat banyak ruangan di dalam majalah Dewan Siswa yang
sesuai dimanfaatkan untuk program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa”. Antaranya
ialah :

 Rakaman Pengembara
 Surat Anda
 Cetusan Pendapat
 Tokoh Remaja
 Tip Belajar
 Islam dan Anda
 Cintai Bahasa Kita
 Misteri dalam Sains
 Ulasan Buku
 Ensiklopedia
 Bimbingan Remaja
 Teknologi Bahan
 Tanah Airku
 Sekitar Siswa
 Tanya Doktor
 Zaman Remajaku
 Diari Siswa

     Kita juga harus yakin bahawa program membaca ini begitu penting kepada para pelajar dalam
usaha mengasuh mereka membina keyakinan diri agar mereka membaca tanpa dipaksa dan
seterusnya dapat menambah kepantasan membaca, memperluas dan mempertingkat tahap
penguasaan bahasa, menambah perbendaharaan kata, dan membantu mereka menghayati dan
menikmati  keindahan dan kemurnian bahasa.

          Percayalah, jika program ini dapat dijalankan secara berterusan, minat membaca dalam
kalangan pelajar dapat dipupuk.
29
 

MEMANFAATKAN DEWAN SISWA UNTUK PLBS/ULBS

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

DS JUN - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

  Penaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
dicadangkan agar dilaksanakan untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi
kemahiran bertutur di dalam bilik darjah di samping memastikan penaksiran dijalankan secara
berterusan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Penaksiran ini juga diharapkan dapat meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam kemahiran bertutur yang selaras dengan matlamat Pendidikan
Bahasa Malaysia sekolah menengah yang berhasrat untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang
pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

30
 

          Bagi mencapai matlamat di atas, empat objektif Penaksiran Lisan telah ditetapkan, iaitu:

1. Kebolehan berbual untuk menjalin dan mengeratkan hubungan dengan menggunakan


bahasa yang betul, tepat dan bertatasusila.

2. Kebolehan berbincang dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan


dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.

3. Kebolehan menyebarkan maklumat yang diperoleh dengan menggunakan bahan yang


betul, tepat dan bertatasusila.

4. Kebolehan memberikan respons berdasarkan pelbagai bahan rangsangan.

          Untuk menilai pencapaian murid, pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan konstruksi penaksiran iaitu:

1. Tatabahasa dan Kosa kata

Bahasa gramatis dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang tepat      dan betul
mengikut konteks.

2. Sebutan, Intonasi dan Nada

          Sebutan jelas dan tepat dengan intonasi dan nada yang betul sebagaimana penutur jati.

3. Fasih dan Bermakna

          Keseluruhan pengucapan fasih, lancar dan bermakna (mengikut wacana)

31
4. Bertatasusila

          Pengucapan beradab dan sesuai dengan situasi.

         

          Bagi membolehkan guru menaksir murid, contohnya, dalam PLBS, disarankan lapan
aktiviti. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan murid membuat latihan, beberapa ruangan di
dalam majalah Dewan Siswa didapati amat membantu guru dan murid untuk melancarkan
penaksiran ini.

Contoh:

Aktiviti Kandungan Majalah Dewan Siswa


(Januari 2008)
Berinteraksi untuk  Tanya Doktor Anda
menjalinkan dan
mempererat hubungan  Teman Siswa
mesra
 Bimbingan Remaja
 Zaman Remajaku
 Sekitar Siswa
 Tip Belajar

 
Memberikan pendapat  Surat Anda
yang bernas sebagai
sumbangan dalam  Menuju Cita-cita
perbincangan
 Cetusan Pendapat
 Fokus
 Islam dan Anda

 
Berunding secara santun  Cerpen daripada Siswa
untuk mendapat
persetujuan dan kata  Ulasan Cerpen
sepakat
 Teknologi untuk Siswa
 Antarabangsa

32
Membuat pertimbangan  Buku
untuk mencapai
keputusan  Ulasan Buku
 Borang-borang Penyertaan
 Teks Silang Kata

 
Memujuk untuk  Rakan Pengembara
mempengaruhi pihak
lain untuk melakukan  Menuju Cita-cita
sesuatu
 Syarat Penyertaan
Berurus dengan pihak  Iklan buku
tertentu untuk
mendapatkan barangan  Tanya Doktor Anda
dan perkhidmatan
 Bimbingan Penulisan
Menyampaikan  Rakaman Pengembara
maklumat untuk tujuan
tertentu  Fokus
 Islam dan Anda
 Tip Belajar
 Misteri dalam Sains

 Teknologi Baharu
Memahami dan  Menuju Cita-cita
memberikan respons
 Puisi Khas
 Cintai Bahasa Kita
 Ulasan Puisi
 Ulasan Cerpen

 
 

DEWAN SISWA UNTUK MATA PELAJARAN LAIN

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

33
DS JULAI - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

                                                                                                                                                             
      Majalah Dewan Siswa (DS) yang bermotokan “Wadah Pelajar Menengah dan Remaja” ini
bukanlah semata-mata dikhaskan sebagai bahan tambahan dan bahan rangsangan untuk
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) sahaja tetapi sebaliknya
majalah ini juga sesuai untuk beberapa mata pelajaran lain.

     Sebagai contoh, cuba perhatikan kesesuaian ruangan-ruangan yang berikut yang termuat
dalam Dewan Siswa, Mac 2008 dengan mata-mata pelajaran lain.

Bil. Ruangan Halaman Kesesuaian untuk Mata


Pelajaran
1. Kulit Hadapan - Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
2. Rakaman Pengembara 2–3 Geografi
Sains
3. Sekolahku Akarku 6–7 Sejarah

Pendidikan Moral

Sivik
4. Siswa MPR 8 Kesusasteraan Melayu
5. Cetusan Pendapat 10 – 11 Pengajian  Am
Bahasa Inggeris
6. Fokus 1 12 – 13 Pengajian Am

Pendidikan Moral

Ekonomi
7. Fokus 2 14 – 15 Pengajian Am

Pendidikan Moral

Ekonomi
8. Fakta dan Graf 16 Pengajian Am
Ekonomi
9. Tokoh Remaja 18 Pendidikan Islam
Sivik
10. Islam dan Anda 19 Pendidikan Islam

34
Pendidikan Moral
11. Cerpen daripada Siswa 22 – 23 Kesusasteraan Melayu
12. Ulasan Cerpen 25 Kesusasteraan Melayu
13. Misteri dalam Sains 26 – 27 Sains
Geografi
14. Puisi Siswa 28 – 29 Kesusasteraan Melayu
15. Ulasan Puisi 30 Kesusasteraan Melayu
16. Bimbingan Remaja 32 Pendidikan Moral

Sivik

Pendidikan Islam
17. Ulasan Buku 33 Kesusasteraan Melayu
18. Zaman Remajaku 34 – 35 Sejarah

Pendidikan Moral

Sivik
19. Teknologi Baharu 36 – 37 Sains
20. Antarabangsa 38 – 39 Sejarah
Pengajian Am
21. Bimbingan Penulisan 40 Pengajian Am
22. Buku 41 Kesusasteraan Melayu
23. Tip Belajar 42 Pendidikan Seni

Pendidikan Moral

Sivik
24. Ensiklopedia 43 Pendidikan Jasmani
Sains
25. Sekitar Siswa 44 – 45 Pendidikan Moral
26. Cerpen untuk Siswa 46 – 48 Kesusasteraan Melayu
Pendidikan Moral
27. A Story for You 49 Bahasa Inggeris
MUET
28. Write and Speak 50 – 51 Bahasa Inggeris
MUET
29. Tanah Airku 52 – 53 Sejarah

Geografi

35
Pendidikan Moral

Sivik
30. Menuju Cita-cita 54 – 55 Pendidikan Moral
Sivik
31. Diari Siswa 58 – 59 Pendidikan Moral
Sivik
32. Tanya Doktor Anda 60 Sains
Pendidikan Jasmani
33. Puisi Khas 65 Kesusasteraan Melayu
34. Kulit Belakang - Pendidikan Seni

Perdagangan

Ekonomi

Berdasarkan kesesuaian ruangan-ruangan yang tersebut di atas dengan beberapa mata pelajaran
dan disiplin yang lain, ternyata bahawa Dewan Siswa dapat dimanfaatkan di dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, segala-galanya bergantung pada kemampuan guru untuk mengolah bahan-
bahan bermutu ini bagi kegunaan dan faedah pelajarnya.

Para pelajar pasti akan berasa gembira jika diajak membaca dan berbincang tentang  “Pengaliran
Arus Elektrik Tanpa Wayar?” yang tersiar dalam Dewan Siswa , Mac 2008, halaman 36 -37.

Mungkin selama ini mereka hanya didedahkan kepada teori dan latihan di dalam bilik
darjah/makmal berdasarkan buku teks atau buku kerja semata-mata tetapi mereka mungkin tidak
mengerti mengapa mereka harus bersusah payah mempelajari sains.  Apakah faedahnya?  Yang
lebih penting, apakah kesesuaian mata pelajaran tersebut dengan realiti kemajuan sains masa kini
dan masa hadapan?

     Dengan membaca ruangan seumpama ini, para pelajar sebenarnya telah diajak melangkah
jauh ke hadapan tentang perkembangan teknologi moden berbanding apa-apa yang ada di dalam
buku teks semata-mata. Tentu sekali dengan membaca bahan tambahan seumpama ini, minat
mereka terhadap pelajaran sains akan bertambah.

     Kesimpulannya, Dewan Siswa bukanlah majalah milik guru-guru Bahasa Malaysia sahaja
tetapi majalah ini boleh dimanfaatkan oleh semua guru.

  

36
 

PELAKSANAAN PROGRAM MDK PADA PERINGKAT SEKOLAH

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

DS OGOS -  MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyatakan  bahawa tidak
ada formula yang tidak cela.  Namun, agenda yang paling cela dan paling tidak berguna ialah

37
agenda yang begitu sempurna tetapi tidak dilaksanakan (Malaysia Melangkah ke Hadapan:
1991:29).

Begitu jugalah dengan pelbagai program yang ingin kita laksanakan di sekolah, jika tidak
dirancang dengan baik dan sempurna, tanpa kerjasama dan galakan sudah pasti program yang
baik tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar pihak pentadbir di sekolah menyusun strategi yang
sempurna, terancang dan sistematik bagi mendapatkan hasil yang diharapkan tanpa terlalu
banyak membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga.

Dalam melaksanakan program Majalah dalam Kelas (MDK), komponen penggerak sesebuah
sekolah, iaitu pihak pentadbir, Panitia Bahasa Malaysia (BM), dan guru BM mestilah jalan
seiring dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sesempurna yang
mungkin.

Seperti yang dinyatakan di atas, bagi melaksanakan sesuatu program di sekolah (Dalam konteks
ini program MDK), tiga pihak harus dapat melaksanakan tugas mereka, iaitu:

1. Pihak pentadbir
2. Panitia BM
3. Guru BM

1. Pihak Pentadbir

Sebagai Pentadbir, Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, dan Ketua Bidang
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah panitia dan
organisasinya.  Dalam hal ini, pihak pentadbir mestilah memberikan “lampu hijau” dan sokongan
bagi membolehkan program MDK ini dilaksanakan di sekolahnya.

Sebelum itu, pihak pentadbir harus meneliti terlebih dahulu sama ada program ini sesuai atau
sebaliknya, jika dilaksanakan pada peringkat sekolah.  Dalam hal ini, pentadbir haruslah
mendapatkan maklumat yang terperinci daripada Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru yang telah
menghadiri kursus dan bengkel MDK.

Sekiranya pihak pentadbir telah berpuas  hati akan kelebihan dan kemanfaatan program ini,
maka, perbincangan lanjut hendaklah dilakukan dengan Pengerusi Panitia BM, dan memberi
kepercayaan penuh kepada Panitia BM untuk merancang dan melaksanakan program ini di
sekolah.

Setelah program ini berjalan, pihak pentadbir harus menjalankan penyeliaan, perbincangan dan 
penilaian bagi memperbaiki lagi program ini sekiranya  berlaku sebarang kekurangan.

1. Panitia BM
38
Panitia BM ialah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata
pelajaran BM di sesebuah sekolah.  Antara peranan penting Panitia BM termasuklah:

1. Menitikberatkan bidang profesional, termasuk usaha membantu pengetua dalam


menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Bertanggungjawab menyediakan garis panduan serta menyelaraskan perancangan pengajaran


BM di semua peringkat sekolah.

1. Panitia harus membantu guru-guru dalam menyediakan dan  memilih bahan-bahan Alat
Pandang-Dengar dan Alat Bantu Belajar dengan mengadakan bengkel dalam kalangan
guru-guru BM dan memastikannya digunakan dengan berkesan.

Strategi Pelaksanaan

Panitia BM mestilah mengadakan kursus dan bengkel dalaman untuk guru BM tentang program
MDK. Setelah menghadiri kursus dalaman, diharapkan guru BM telah mendapat gambaran yang
jelas tentang bagaimana program MDK ini dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah.

     Walau bagaimanapun, sekiranya guru BM masih menghadapi masalah,   guru-guru berkenaan
bolehlah merujuk kepada Pengerusi Panitia BM atau   guru-guru yang telah berjaya
melaksanakan program ini.

     Selain itu, Panitia BM juga berperanan untuk mengatur dan menyusun strategi pembelian dan
pengedaran majalah kepada para pelajar.

Guru BM

Penentu kejayaan sesuatu program seumpama ini sebenarnya banyak bergantung pada guru BM.
Guru BM yang kreatif dan inovatif seharusnya dapat meyakinkan para pelajar dari segi
pengajaran dan cara memanfaatkan sesuatu bahan.

Guru BM yang menjadi pakar rujuk kepada para pelajar mestilah telah melengkapkan diri
dengan pelbagai teknik, kaedah, dan ilmu bahasa itu sendiri.

Selain itu, guru BM mestilah berani mencuba sesuatu yang baharu dalam menyampaikan sesuatu
pengajaran dan tidak hanya terikat kepada sesuatu kaedah dan teknik sahaja. Tanpa
mempelbagaikan teknik dan kaedah serta bahan, sudah pasti pelajar dan guru itu sendiri akan
berasa bosan.

          Di samping itu, tanggungjawab untuk menggalakkan para pelajar memiliki majalah dan
bahan-bahan bacaan bermutu juga terletak pada bahu guru BM.  Hal ini demikian kerana jika
guru BM berhadapan dengan para pelajar yang tidak atau kurang membaca, sudah pasti
penguasaan BM mereka tidak memuaskan dan rendah mutunya. Sebaliknya, jika para pelajar

39
terdedah kepada           bahan-bahan bacaan yang baik, sudah pasti kecekapan berbahasa mereka
lebih mantap.

     Para pelajar bolehlah dianggap sebagai “penerima”.  Mereka mesti diberikan sesuatu yang
baik dan meyakinkan mereka. Guru BM yang dapat menyampaikan pengajaran dan ilmu yang
berkualiti sudah pasti akan dihormati oleh para pelajar.

MAJALAH DEWAN SISWA DAN KERJA  MASA CUTI

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

DS SEPT - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

  Apabila tiba musim cuti persekolahan, para pelajar seharusnya dibekalkan dengan kerja rumah
sebagai satu cara untuk memastikan mereka terus berdampingan dengan pelajaran.

Di samping itu, kerja rumah juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkara yang telah
dipelajari di sekolah.

40
Dengan adanya majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Siswa, Dewan
Pelajar, Dewan Masyarakat dan sebagainya, maka, dirasakan agak mudah untuk membekalkan
para pelajar dengan kerja rumah yang lebih sistematik, terancang, bermutu, dan yang lebih
penting, menyeronokkan para pelajar.

Yang berikut ialah contoh satu program kerja masa cuti dengan menggunakan Dewan Siswa
sebagai bahan utama untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Program       :     Kerja Masa Cuti

                           Semester Pertama 2008

Media           :     Dewan Siswa,

                                    Mac, 2008

Tingkatan        :  5

Bil. Tugasan Soalan Rujukan


1. Menulis sinopsis cerpen Tulis sinopsis cerpen “Gendala Ruangan: Cerpen
Cinta Arkad”. daripada Siswa

Tajuk: Gendala Cinta


Arkad

Halaman: 22 -23

 
2. Menulis rumusan karangan Baca petikan dengan teliti, Ruangan: Cetusan
kemudian buat satu rumusan Pendapat
tentang        sebab-sebab
berlakunya pencemaran air Tajuk: Pencemaran Air
dan      cara-cara mengatasinya. 
Panjang rumusan hendaklah Halaman: 11
tidak melebihi 120 perkataan.
3. Menulis karangan jenis Sahabat pena anda dari  luar Ruangan:  Pesta Buku
rencana negara ingin mengetahui dengan
lebih lanjut tentang  Pesta Buku Tajuk:  Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur Antarabangsa Kuala
yang telah diadakan baru-baru Lumpur 2008
ini. Balas surat  sahabat pena
anda dengan menyatakan Halaman: 56 – 57
pengisian dan kelebihan pesta

41
buku tersebut.

Program       :     Kerja Masa Cuti

                           Semester Pertama 2008

Media            :     Dewan Siswa,

                            Mac 2008

Tingkatan       :     3

Bil. Tugasan Soalan Rujukan


1. Sistem Bahasa Kenal pasti kata nama, kata ganti, Ruangan:  Fokus 1 dan
kata bilangan, kata sendi dan kata Fokus 2
adjektif yang terdapat di dalam
petikan. Tajuk:  Remaja Hari
Ini Boros

Tajuk:  Pembaziran
Akibat Perubahan

Halaman: 12 – 15
2. Meringkaskan karangan Baca petikan dengan teliti.  Ruangan:  Cetusan
Berdasarkan petikan tersebut, Pendapat.
tulis satu ringkasan tentang
kepentingan mencintai alam Tajuk: Sayangi Alam
sekitar. Sekitar

Halaman: 10
3. Menulis karangan Lihat iklan pada halaman 61 Ruangan: Iklan
berdasarkan bahan dengan teliti. Huraikan pendapat
rangsangan. anda tentang kepentingan Tajuk: Koleksi Kamus
merujuk kamus .
Halaman: 61

42
 

                                                                       

MDK MEMBANTU PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

DS OKT – MAJALAH DALAM KELAS (MDK) 

  Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan


dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti  amali (hands-on) dan aktiviti minda
minds-on.

Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda
seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang

43
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat
kerja atau kehidupan harian. 

Oleh itu, teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau
psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Sebelum kita mengaitkan penggunaan majalah dengan pembelajaran kontekstual, ada lebih baik
jika kita mengetahui tentang proses pembelajaran.  Proses pembelajaran sebenarnya merangkumi
perkara-perkara yang berikut:

 Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi,


aktiviti amali (hands-on) dan peluang untuk penemuan kendiri.
 Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang
tidak asing kepada murid.
 Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,
belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang
positif.
 Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran
yang perlu dipelajari.

Sesungguhnya, dengan melaksanakan Pembelajaran Kontekstual, murid  akan mendapat faedah


seperti yang berikut:

 Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan.


 Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.
 Boleh memindahkan  kemahiran.
 Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.
 Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
 Dapat belajar secara kerjasama.

Di sini, cuba kita perhatian bahawa kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan melalui teknik
Majalah dalam Kelas (MDK) selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DAN MDK DENGAN


PEMBELAJARAN TRADISIONAL

Perkara Pembelajaran Secara Pembelajaran Secara


Kontekstual/MDK Tradisional
Objektif Mencari, membina dan Memindahkan maklumat.

44
mengaplikasikan maklumat kepada
dunia sebenar.
Peranan Guru Pembimbing dan mentor. Penyampai maklumat.
Peranan Murid Aktif mencari dan membina Penerima maklumat yang
maklumat melalui aktiviti sebenar pasif melalui syarahan.
dalam kehidupan harian.
Isi Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan Disesuaikan untuk kecerdasan
pelbagai. bahasa dan logik matematik
sahaja.
Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi Syarahan dan soal jawab.
Penilaian Berasaskan pencapaian atau prestasi Menguji fakta ujian (kertas
dan penyelesaian masalah. dan pensel).
Kesimpulan Objektif pembelajaran dapat dicapai Objektif pembelajaran lambat
  dengan lebih cepat. dicapai.

Di sini cuba kita ambil beberapa contoh kaedah pembelajaran MDK yang kebanyakannya 
selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.

Contoh:

Bil. Aktiviti MDK Pembelajaran Secara Kontekstual


1. Melukis komik daripada cerpen  Mencari, membina dan
mengaplikasikan maklumat
2. Watak dan perwatakan.
 Disesuaikan dengan kecerdasan
3. Menukarkan rencana kepada pantun, pelbagai.
syair dan lirik lagu.  Inkuiri, penemuan dan aplikasi
Menukarkan puisi kepada grafik.  Guru sebagai pembimbing dan
4. mentor.
Menukarkan grafik/gambar kepada
5. puisi, pantun, dan syair

MDK MEMANFAATKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

Bonus Dewan Siswa – November 2008

45
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai
hubung kait yang rapat  dengan bidang pendidikan. Pakar pendidikan mengakui bahawa setiap
orang murid memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan
belajar adalah berlainan antara seorang murid dengan murid yang lain.

Sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis TKP yang dikenal pasti setakat ini, antaranya ialah:

1. 1.      Kecerdasan Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Terangkum juga
kebolehan seseorang mengingati maklumat, meyakini orang lain serta kefasihannya bercakap
bahasanya sendiri.

1. 2.      Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami
kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.

1. 3.      Kecerdasan Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

1. 4.      Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah,
termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

1. 5.      Kecerdasan Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta
membeza atau mengubah rentak dana tempo dalam melodi yang mudah.

1. 6.      Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.  Kecerdasan ini juga
merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti
menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

1. 7.      Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak,
termasuklah kemahiran membanding beza antara satu sama lain. Kecerdasan ini juga dapat
membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau
kesedihan diri.

46
1. 8.      Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang, termasuk


rumput dan batu-batan, serta pelbagai flora dan fauna. Di samping itu, kecerdasan ini meliputi
juga kebolehan untuk mengenali  artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

Bagi merealisasikan TKP dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, pendekatan
“guru kreatif pelajar aktif” yang menjadi pegangan program Majalah dalam Kelas (MDK) amat
selari dengan teori ini yang antara lain berhasrat untuk:

 Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
 Mempelbagaikan cara penilaian.
 Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
 Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
orang murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan.
 Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak
terbatas.
 Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan.

Yang berikut dikemukakan beberapa contoh yang membuktikan keserasian antara aktiviti dalam
program MDK dan TKP yang berupaya memperkembangkan potensi dan kecerdasan murid dalam
suasana yang bermakna dan menyeronokkan.

Bil. Kecerdasan Pelbagai Aktiviti Program MDK


1. Kecerdasan Verbal-Linguistik 1. Ayat dan frasa yang indah

2. Pemahaman: Bukan sekadar menjawab


soalan
2. Kecerdasan Logik-Matematik 1. Menjawab teka silang kata

2. Membina teka silang kata


3. Kecerdasan Visual-Ruang a. Menterjemahkan puisi kepada bentuk
grafik/lukisan
4. Kecerdasan Kinestetik 1. Berlakon/drama
2. Menyanyi

47
3. Mendeklamasikan  puisi
5. Kecerdasan Muzik 1. Melagukan sajak

2. Mencipta lirik lagu


6. Kecerdasan Interpersonal 1.  Meramalkan watak dan perwatakan

2. Meramalkan kesudahan komik


7. Kecerdasan Intrapersonal        a.   Meneruskan cerpen
8. Kecerdasan Naturalis 1. Menukarkan rencana kepada pantun,
syair, sajak dan lirik lagu.

MEMANFAATKAN MAJALAH DEWAN SISWA

DALAM KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

48
Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

Bonus Dewan Siswa – Disember 2008

  Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian, iaitu Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) dan kertas
1225/2 (Kertas Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif, iaitu pentaksiran
yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral
dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan
nilai ini memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian
tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini
berlaku melalui dua elemen, iaitu:

 Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,

                                membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Elemen Iltizam    : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan

                               kebertanggungjawab calon dalam melaksanakan aktiviti

                               Tugasan Harian dan Kerja Amal

          Berdasarkan pengalaman, saya dapati majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid
untuk pentaksiran Elemen Iltizam khasnya dari segi Tugasan Harian. Dalam tugasan ini, murid-
murid dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal,
mendapatkan maklumat dari pusat sember, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat
dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

          Dalam Tugasan hari ini, murid-murid dikehendaki menulis beberapa buah rencana yang
panjangnya sekitar 250 perkataan. Antara tajuk atau tema yang disarankan untuk murid-murid
menulis rencana tersebut ialah:

Bidang Pembelajaran 1 : Perkembangan Diri (prinsip-prinsip Rukun Negara, usaha


membanteras rasuah, amalan hidup sihat, pentingnya remaja merancang masa depan, tokoh yang
boleh diteladani, semangat kejiranan, rekod kecemerlangan individu, SUHAKAM, Dasar Sosial
Negara dan kesan senjata nuklear).

Bidang Pembelajaran 2 : Sambutan Hari Ibu dan Bapa, keluarga yang bahagia,

                                       mengekalkan tradisi keluarga, Rumahku Syurgaku.

Bidang Pembelajaran 3 : Kesan pembalakan haram, kitar semula, Penilaian

49
                                      Impak Alam Sekitar (EIA) dan mengekalkan air yang

                                       bersih

Bidang Pembelajaran 4 : Barangan buatan Malaysia, bunga kebangsaan dan

                                       aktiviti mencabar yang dilakukan oleh rakyat Malaysia

Bidang Pembelajaran 5 : Hari Kanak-kanak, peranan wanita, Hari Pekerja,

                                       Orang Kurang Upaya (OKU) dan Triunal Tuntutan

                                       Pengguna

Bidang Pembelajaran 6 : Peranan undang-undang Antarabangsa, kebebasan

                                       akhbar di Malaysia, perayaan keagamaan di Malaysia

                                        dan sikap keterbukaan asas penyelesaian konflik

Bidang Pembelajaran 7 : Peranan pertubuhan antarabangsa meningkatkan

                                       persefahaman gloal, Wawasan 2020 dan

                                       perhubungan Malaysia dengan negara serantau

          Berdasarkan Bidang Pembelajaran di atas, jelaslah bahawa banyak ruangan di dalam
majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan bahan-bahan yang
sesuai dijadikan bahan rujukan semasa menulis rencana yang ditetapkan.

          Sebagai contoh, cuba perhatikan rencana-rencana yang disiarkan di dalam majalah Dewan
Siswa bulan April 2008 yang difikirkan dapat membantu     murid-murid dalam menulis rencana
untuk kerja kursus mereka:

         

Bil. Tajuk Halaman


1. Sekolahku Akarku 6-7

50
2. Cetusan Pendapat (Kegiatan Kokurikulum, Pencemaran 10-11
Alam, Kes Buli)
3. Fokus 1 (Sukan Lasak) 12-13
4. Fokus 2 (Ke Arah Cara Hidup Sihat) 14-15
5. Tanya Doktor Anda 18
6. Misteri Dalam Sains (Mengapa Air Laut Masin?) 26-27
 7. Bimbingan Remaja (Remaja dan Pertanian) 32
8. Antarabangsa (Sierra Leone) 34-35
9. Teknologi Baharu (Teknologi dalam Sekuntum Bunga) 36-37
10. Tanah Airku 38-39
11. Bimbingan Penulisan (Ahli Sukan Berwibawa) 40
12. Tip Belajar (Mencari Sahabat Ulang Kaji) 42
13. Sekitar Siswa 50-51
14. Zaman Remajaku 52-53
15. Menuju Cita-cita (Jurulatih Atlet) 54-55
16. Pilihan Raya (Memahami Proses Pilihan Raya di 60
Malaysia)

          Jelas, sekiranya murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral membaca
majalah Dewan Siswa pada setiap bulan, nescaya urusan mereka untuk menyiapkan kerja kursus
dan tugasan harian ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan bermaklumat.

MUTIARA KATA

1. abu senja melayang menyalut mangkuk malam


2. acap kali mengeluarkan kata-kata jenaka

51
3. ada  kepulan asap menerjah ke atas, lalu naik bercampur dengan kabus pagi
4. ada air mata kesal tercalit pada wajahnya
5. ada alur gembira bertimpal ragu
6. ada angin semilir yang menjamah pipi
7. ada cebisan belas di penjuru hati kemanusiaannya
8. ada debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat warkah itu kutatapi
9. ada gurat-gurat penderitaan yang terlindung di sebalik wajah ceria
10. ada intonasi protes dalam suaraku
11. ada kalanya simpatiku menjelma
12. ada keharuan yang melambai dada
13. ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwanya
14. ada lorong matahari
15. ada manik putih menempias pipiku
16. ada martabat atau nilai diri yang tersendiri
17. ada nada ejekan
18. ada perhitungan lain dengannya
19. ada rentak risau di hujung nafas
20. ada riak keletihan
21. ada selapis tipis bayang petang
22. ada simpati yang terketik di hati
23. adalah setanding kalaupun tidak lebih tinggi
24. adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah perlu diterapkan
25. agar kepentingan dan hak mereka terlindung
26. agenda kerja yang tersusun dan sempurna
27. air bercerau-cerau
28. air dan buih memercik ganas
29. air hujan meleleh-leleh jenuh hingga ke perdu

52
30. air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan
31. air mukaku menterjemahkan apa yang ingin kukatakan
32. air mukanya pun nampak kelat membuatkan aku kecut
33. air sungai beralun lunak berkilau-kilauan dipanah matahari
34. air sungai mengalir tenang tanpa kocakan
35. akan kulukiskan sekali lagi seluruh ilusi hidup ini
36. akan menampakkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi
37. akan mengungkai rahsia dirinya; akan meruntas mahkota maruahnya
38. akar-akar nyiur yang akrab mencengkam pasir
39. akhirnya akan menjahanamkan keturunan kita selama-lamanya
40. akhirnya aku bertawakal dan reda
41. akhirnya hatiku berbisik sendiri
42. akhirnya tersangkut di ranting kenangan
43. aku bangun dengan kesegaran yang tidak pernah kurasai sebelum ini
44. aku berhak mempertahan maruah dan hakku jika dicabar
45. aku bermonolog sendiri antara hati dan perasaan
46. aku berperang dalam diri, melawan kesabaranku
47. aku bungkam dengan kata-katamu
48. aku cuba  menyusun kata-kata untuk diluahkan
49. aku cuba memancing perbualannya, sekali gus mengorek rahsia
50. aku cuba memasukkan kata-kata itu ke dalam kalbu
51. aku cuba membuang kecanggunganku
52. aku cuba membunuh bayang-bayang itu tetapi tidak mampu
53. aku cuba mengumpul segala bicara yang terbenam di lubuk hati
54. aku dan dia sama-sama terpaku
55. aku diam melayani pertanyaan dalam diri
56. aku diamuk resah

53
57. aku digigit perasaan kesal yang teramat sangat
58. aku dihanyutkan oleh perasaan sendiri
59. aku hanya mampu menghulurkan simpati tiap kali menatap warkah dukamu
60. aku hanya memprotes dalam diam
61. aku juga mengongsi kesilapan itu
62. aku juga rasa bengkak hati
63. aku juga sudah banyak kali terluka dengan sikapnya itu
64. aku kenal akan ketulusan hatinya
65. aku ketawa renyah
66. aku lebih kerap menjadi pemerhati dan pendengar
67. aku masih degil untuk mengalah
68. aku masih tidak menyapanya ketika bergeseran bahu
69. aku melepaskan radangku
70. aku memarahi diri sendiri
71. aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa
72. aku membalas senyuman mereka seadanya
73. aku membayarnya dengan senyuman paling manis
74. aku membilang butir-butir hari
75. aku mempertajamkan lagi pemahamanku yang dangkal ini
76. aku memusatkan pandanganku
77. aku menagih kesedarannya untuk hidup normal
78. aku mendongak mencari sinar harapan matahari
79. aku mengagumi semangatnya
80. aku mengecur air liur
81. aku menggigit bibir menahan sabar
82. aku menghirup nafas dalam-dalam
83. aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati berlorongkan kesuraman

54
84. aku merasa bagai tercampak ke gurun tak berorang
85. aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap
86. aku rasa debar yang menghenyak dada
87. aku sebenarnya melayani perasaan yang riang tetapi berdebar
88. aku sebenarnya tidak punya waktu terluang
89. aku seboleh-bolehnya cuba mentafsirkan apa yang hendak disuarakan
90. aku segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa tali
91. aku sekadar akur
92. aku semacam dicengkam rasa bersalah yang amat sangat
93. aku sering diundang untuk menarik-narik kembali peristiwa itu agar terpancar di layar
ingatan
94. aku telah mencicirkan kasihku padanya
95. aku terkapai-kapai mencari kepastian makna
96. aku terlayang diriku sewaktu di alam persekolahan
97. aku terlempar ke alam nyata
98. aku terpaksa memaniskan muka mencipta perbualan supaya suasana tidak kaku
99. aku tidak dapat mengesan garis-garis luka pada wajahnya

1.             ada kerusuhan yang berbungkal di hati

1.             adat masih kuat melingkari kita

1.             agenda kepimpinannya dapat direalisasikan

1.             air mata mula luruh

1.             akhbar arus perdana

1.             akhirnya ditemui kaku

1. aku terpaksa membiarkan sahaja dia seiringan denganku


2. aku terpaksa menghadap malam menerusi jendela yang masih terbuka
3. aku terpana seketika

55
4. aku tersentuh hingga ke ufuk batinku
5. aku tersepit di antara keinginan hati dan kerisauan fikiran
6. aku terus terbuai dalam sentimennya
7. aku tetap bertahan dengan kepayahanku
8. aku tetap dibebani rasa tidak percaya
9. aku tidak berhak mencemburui kecantikannya yang dianugerahi Allah
10. aku tidak berhenti-henti diserang tanda tanya

1. aku tidak dapat tidur walau sepicing pun


2. aku tidak mahu hatiku yang tipis ini mencair dan menangis
3. aku tidak mahu kekontangan ilmu
4. aku tidak mahu menerima kerana harga diriku terlalu mahal
5. aku tidak mahu orang lain mengongsi derita yang aku tanggung
6. aku tidak tahan dengan kebisuan itu
7. aku tidak tahu bagaimana mahu mengukur ingatan itu
8. aku tidak tahu di mana cicirnya kepetahanku sebagai pemidato sekolah
9. aku tidak tahu mengapa perasaan itu harus tumbuh
10. aku yakin pada keikhlasan dan kejujuran
11. aku yang dilimpahi air mata
12. aku yang tertinggal rasa kebingungan
13. aku, tahu ada kebimbangan yang berakar di perdu hatinya
14. akulah yang sering berlaga-laga dengan masa, lalu tertewas aku
15. alam hijau dicoret oleh cat-cat alam semula jadi
16. alangkah gilanya perasaan
17. alangkah tenteramnya menjadi gunung itu
18. aliran sungai menjadi lesu
19. alun-alun mengembang dan berlarian seperti mendaki dan menurun           bingkai air
yang berbaris-baris

56
20. amarahnya meriap dan merisak
21. amat berat lidahnya untuk melepaskan itu semua
22. anak matanya tertancap pada sungai yang mengalir
23. anak-anak bermain di keteduhan perdunya
24. ancaman bagi mengakis jati diri umat
25. aneka cita rasa dan cita-cita
26. angan-angan kita turut melangit
27. angin malam masih membelai langsir, terasa seperti membelai hatiku
28. angin malam menerobos kasar menampar-nampar wajahku
29. angin menghambus sejarah
30. angin pada malam itu bagaikan mati layaknya
31. angin pagi kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah
32. angin pagi minggu terlalu malas bertiup
33. angin pengap berat meruntun jiwa
34. antara ramuan untuk membentuk masyarakat
35. apabila keadaan ini telah dapat kita realisasikan
36. apabila rosak budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu
37. apakah memang tiada lagi ruang untuk ceria seperti dulu
38. apatah lagi pada detik yang memisahkan antara keduanya
39. api kemarahan pun menjalar di setiap rongga hatimu
40. arena pentas juang kita
41. aromanya menusuk ke rongga hidup
42. arus berapung seperti pelampung putih
43. asap berkelun-kelun yang muncul
44. asap yang mengepul naik seolah menyangga awan
45. atas dasar tanggungjawab sesama manusia dan insan
46. atmanya meronta-ronta

57
47. aturan yang membekukan
48. awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan yang lebat
49. awan kumulonimbus berarak lesu
50. awan lamunanku lenyap
51. awan sisik ikan tertampal
52. ayah mengujarkan lembut penuh makna
53. ayat dan hijau azan memercik ke luar
54. badannya bergetar oleh keharuan yang amat sangat
55. bagai ada batu yang menindih lidah
56. bagai mengungkap satu realistik
57. bagai panahan arjuna yang tidak berpenghujung
58. bagai setitis embun pada rumput yang dipaksa kering oleh sinar mentari
59. bagaikan ada petir yang menyentap hulu hatiku, meskipun terik mentari      membakar
kulit
60. bagaikan kehilangan kata-kata kerana terlalu gembira
61. bagaikan langit runtuh menimpa tubuh
62. bagaimana harus aku menterjemahkan kegembiraanku
63. bagaimana kalam perpisahan yang dianggap sementara itu menjadi           tragedi
sepanjang hayat
64. bagaimana mahu mematikan ingatan padamu?
65. bagi memperbaiki impak yang tertentu
66. bagi seseorang menghantar idea atau gagasan pemikiran
67. bahasa pengkayaan dan penyebaran ilmu
68. bahasa yang cuma mempesona, menjadikan diri melayang
69. bahasaku kecil dan caraku terpencil
70. baik-baik meniti kaca, kalau pecah kaki terluka
71. bakal memperteguh tali-temali sosial
72. bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan

58
73. banyak lagi tugas agenda besar yang masih tergendala
74. barangkali aku bertindak di bawah sedar ketika itu
75. barangkali dia masih diburu rasa kesal yang tidak bertepi sejak peristiwa    itu
76. batas dan susila pergaulan
77. batas kesabaranku juga amat terhad dan minimum
78. batu mengepung waktu
79. batu tanda perjuangan
80. bawa daku bersama meniti pelangi
81. bayang rebah dalam diri
82. bayu bersilir perlahan
83. bebal dan tegar dalam diri
84. beberapa strategi mungkin boleh dirangka
85. bebola mata yang semakin layu dek kedinginan malam, terbuka kembali
86. bebola suria tidak kelihatan lagi
87. benaknya hampir pecah memikirkan hal ini
88. bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman
89. benteng pertahanan emosi yang rapuh
90. berada dalam kesamaran untuk mencari jawapan
91. berakar nasional dan berakal internasional
92. berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya
93. berbahang dengan gelojak pertengkaran
94. berbaur tekad dan iltizam yang sentiasa semakin padu
95. berbuah kesengsaraan bersadur kepalsuan duniawi
96. bercakap dengan bayang-bayang sendiri
97. bergelumang dengan ketidakpastian dan kekalutan
98. bergelut dengan penderitaan
99. bergelut dengan pertanyaan yang tiada penghuninya

59
100. berhadapan dengan serangan kebudayaan asing
101. berhempas pulas, di antara perasaan dengan fikiran
102. berjalan sendiri menundukkan muka seperti membilang langkah     gontainya
103. berjaluran panahan masyghul di wajah mereka
104. berjaya di peringkat kebangsaan dan serantau
105. berkaitan dengan kehidupan kebendaan
106. berkejaran dengan aktiviti tersendiri
107. berkerut muka bagai cermai masam
108. berlakunya kesan penyuburan negatif
109. berlanjutan ke garis persaudaraan
110. berlari merempuh kesuraman malam
111. bermain teka-teki dalam diri ini
112. bermuka tegang
113. berpaut pada pendapat yang digenggam
114. berputar-putar urat saraf medula oblangata
115. bersama fikiran yang rancu dengan kebimbangan
116. berselang cahaya
117. bersifat melengkapi dan saling mengukuhkan
118. bersikap dingin berterusan
119. bersimpati dengan seribu penderitaan
120. bersuara ganas dan sedikit hasad
121. bersulamkan tutur kata
122. bersyarah bagai halilintar
123. bertangkai kedurjanaan bersalut emas cahaya berkilauan
124. bertapak kelegaan di dadanya
125. berteraskan prinsip penjanaan dan pembudayaan ilmu yang tulen
126. bertunjangkan kekuatan agama dan moral

60
127. bertunjangkan kekuatan intelektualisme yang kukuh dan ampuh
128. berusaha keras mengilmukan diri masing-masing
129. betapa cepat usia menelan tubuh manusia
130. betapa kemujuran itu adalah bantuan Yang Kuasa
131. biar seganas mana ombak menghanyutkan
132. biar sekeras mana kerikil perlu kupijak
133. biarlah api kedegilan menjerit kepanasan
134. biarpun sakit tetapi hati tidak sepedih ini
135. bibir matanya terus menyekang
136. bibirku menyulam secebis senyuman, aku melahap wajahnya yang ceria   itu
137. bibirnya menguntum senyum nipis
138. bicara itu sudah menjadi begitu mahal
139. bicaraku mati di situ
140. bila ombak mencium kakinya
141. bilah-bilah hari tetap juga datang dan siang terus bangun di kawasan gigi   rimba
142. bilakan putaran ini dapat dihentikan?
143. bilik yang kecil ini sudah kutikari
144. bimbangnya semakin meruncing
145. bisa angin malam terus menggigit
146. bisa mengoyakkan kesabaranku
147. bising dunia yang menderita gilanya
148. bola itu menjadi ceridau di kakinya
149. budaya ketepatan
150. bukan hanya sekadar melimpahkan ilmu pengetahuan
151. bukan lagi satu keterasingan
152. bukan niat aku membawa semula hampasan hempedu itu menjadi            
santapan
153. bukan setakat ini menggetarkan sukma

61
154. bunyi angin kedengaran menyepak-nyepak daun
155. cabaran globalisasi yang masih ditangani dengan serius dan proaktif
156. cabaran globalisasi yang semakin menghimpit
157. cabaran yang membakar kendirinya
158. cahaya lampu menyala garang dalam kacanya
159. cahaya matahari menyimbah lemah
160. cahaya matahari rakus memancar ke dasar sungai
161. cahaya matahati sudah mencuri masuk menerusi juring atap
162. cahaya melanda mata
163. cahaya mengupas subuh
164. cahaya perak di ufuk timur semakin menyerlah
165. cahaya yang mencuri masuk melalui celah-celah dinding menyilaukan      
pandanganku
166. cerita yang menyentuh dua jiwa, lahir dari sanubari yang ikhlas
167. ceritera perjuangan dan kepimpinan
168. citra budaya dan jati diri bangsa kita
169. cuba meneroka setiap rona wajah
170. cuba mengendurkan rasa kegelisahan
171. cuba mengunyah hujah-hujah rakannya itu
172. cuba mengusir resah
173. cukup berpotensi untuk menggegarkan
174. cukuplah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan ini
175. cuma apa yang aku mahu ialah setitis penghargaan
176. cuma helaian kertas yang menjadi penyambung bicara kita
177. cuma mengumpul rindu dan membawanya pada musim-musim persuaan
178. cuma pendedahan media sahaja yang baru menghangatkan senario ini
179. dada sungai beriak kemilau dipancari cahaya matahari yang mencarak      sekali-
sekala

62
180. dadaku seolah-olah akan pecah menampung pertanyaan
181. dadanya yang terdedah dimandikan keringat
182. dalam diam-diam dia menanam semangat
183. dalam gementar resah dan kemelut harapan
184. dalam hatiku seolah-olah menyelinap suatu perasaan halus yang aneh
185. dalam keadaan yang serba asing
186. dalam kegembiraan, kukirimkan kepiluan
187. dalam kelu aku menyambut bungkusan itu
188. dalam menangani kehadiran abad ke-21 nanti
189. dalam menggapai keadaan sekeliling
190. dalam mimpi yang kian hadir
191. dalam puncak hujan petang menyulur gersang
192. dalam suasana dan persekitaran baru yang serba asing
193. dalam tempoh waktu yang relatif singkat
194. damaimu sesudah gerimis
195. dan dalam sinar bulan yang cerah, puncaknya seolah-olah menyapu          awan
dan mencecah langit yang biru
196. dan di sebelah timur, warna merah menyimbah puncak gunung
197. dan tentunya tidak mentah dalam menangani hidup penuh pancaroba
198. dapat memasarkan bahasa kita dengan secara meluas
199. dapat membaca kemuakan hatiku terhadap sikapnya
200. dapat meneka kebimbanganku
201. dapat mengesan perubahan yang berlaku
202. darah bagai tidak melewati wajahnya
203. darah muda yang menggelegak
204. darah yang sama merah tetapi berlainan keturunan
205. dari kelopak mata mutiara jernih pun menitis
206. dari masalah akan berumbi perjuangan menyuburkan ketabahan

63
207. dari segi kegiatan yang lebih konkrit
208. daun-daun akan berdesir menerbitkan lagu jika terpukul oleh angin semilir yang
jinak
209. daun-daun bakau dan berembang yang menari-nari dihembus angin
210. daun-daun kering yang ringan turut diseret angin
211. debar yang menghenyak dada
212. debu-debu itu berkecai kemudian lenyap gugur entah ke mana
213. debu-debu mengepul diusung udara yang turun secara mengejut
214. dedebu pula mengapung di udara
215. dendam pernah kuasuh dalam diri ini
216. dengan pasrah, segala yang terjadi berserahlah
217. dengan senang hati menerima aku dalam perjalanan hidup mereka
218. dengan senyuman yang belum lekang
219. dengan seribu perasaan bercampur baur
220. dengan suara yang tertahan-tahan digagahinya untuk bercerita
221. dengan wajah kusam
222. dengan wajah yang bertampang keras
223. derai ketawa yang masih bersisa
224. deruman menggema mengayak sepi malam
225. deruman menggema mengoyak sepi malam
226. desir angin bagai menyapa kedamaian
227. detik demi detik masih tergawang jelas dalam kotak fikirannya
228. dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah
229. di hatinya bercampur baur pelbagai perasaan
230. di jalan raya kedengaran tetap bertali arus tanpa mengenal erti jemu
231. di kota ini nilai ketimuran telah hilang
232. di langit bilik

64
233. di luar sedar aku mula menyikat peluh yang entah bila merintik di sekitar     dahi
dan leher
234. di luar zon kemahirannya
235. di persada antarabangsa
236. di sini masih ada rahmat ada keberkatan
237. di sudut mataku yang kian redup
238. di tengah-tengah perut kota yang serba merimaskan ini
239. di wajahnya ada keseriusan yang amat sangat
240. di wajahnya terpancar semacam rasa bersalah
241. dia akhirnya menjadi muak
242. dia amat istimewa kerana memiliki swadaya yang tidak pernah dimiliki        oleh
orang lain
243. dia bagaikan telah dilambung perasaannya sendiri
244. dia bercakap lambat-lambat semacam memancing kesabaranku
245. dia berjaya melimpasi semuanya dengan mulus
246. dia bingkas bangun dan meninggalkan aku dengan kebisuannya
247. dia cuba menepis segala yang datang ke mindanya
248. dia dapat melupakan kepiluan hatinya untuk seketika
249. dia dapat mengungkai apa yang sedang berselirat di dalam kotak fikiran
250. dia hampir ditenggelami rasa gembira
251. dia ibarat butir kemala
252. dia jadi letih dengan amarahnya sendiri
253. dia juga mahu lari dari lingkaran ganas itu
254. dia kesayuan
255. dia masih mahu meneruskan guruannya
256. dia masih terlalu muda untuk mempersiakan dirinya sekadar untuk            
bermurung
257. dia melangut

65
258. dia melumpuhkan imaginasiku
259. dia memahami betapa intimnya kami
260. dia memandang lekat pada bebola matanya
261. dia mendecip dengan muka masam
262. dia mendongak lenguh
263. dia menoleh sambil memberikan senyuman hambar
264. dia mungkin terhalau oleh hanya sepotong janji
265. dia sekadar mengangguk-angguk  beberapa kali tanpa sepatah  bicara
266. dia suka cakap berteka-teki
267. dia telah menyeksa perasaan sahabatku
268. dia terasa urat-urat keletihan yang tersulam bosan di wajah itu
269. dia terpaksa ketepikan keegoannya
270. dia tersandar dan melihat dirinya terapung
271. dia tersenyum lemah tetapi nampak bercahaya
272. dia tersenyum menyindir
273. dia tidak perlu gundah tentang itu
274. dia yang culas
275. dianggap antikebenaran dan menderhakai aturan
276. dianggap prejudis dan tidak berasas

1. dibaling kata nista


2. dibiarkan membangun dengan sendirinya
3. dihancurkan oleh pukulan angin yang keras
4. dihiasi suara kicau aku
5. dilaungkan keriangan itu agar seluruh sarwa alam tahu bahawa dia terlalu gembira
6. dilempar pada amarah matahari

66
7. dingin angin laut mencengkam rasa
8. dingin yang mencengkam urat-urat saraf tanganku menghadiahkan            sentakan yang
halus
9. dipenuhi dengan lautan manusia
10. dirangkaikan dengan dakwat perasaan
11. diresapi perasaan serba salah
12. dirinya itu ibarat penawar dan racun kepada ayahnya
13. dirinya mula diselimuti perasaan pesimis dan mengalah
14. dirinya terasa lemas
15. dirundung kecewa
16. diserang rasa bersalah lagi
17. diserbu perasaan cemas yang tunda-menunda
18. disusuli dengan tindakan dan amal kebajikan
19. ditekan sekuat hati agar tidak bertabur di pipi
20. ditelan perasaan bersalah
21. diterpa untuk menggali nasib di ibu kota
22. dituakan gelombang gelisah
23. diwarnai dengan infrastruktur kelas pertama
24. doa ini hanyalah sebuah permintaan yang singkat
25. dosanya bak buih di lautan
26. duduk aku di pasir landasan sepi
27. duka yang bersepah di sepanjang lorong hidupku
28. dunia sepi seperti tiada berpenghuni
29. dunia sudah sakit
30. dunianya adalah dirinya
31. ejekan berbekas terus di hatiku
32. embun halus terus gugur dari langit
33. embun telus mencerminkan rona-rona kesegaran hijau yang masih            mentah

67
34. entah mengapa aku seakan-akan kepayahan untuk menuturkan bicara
35. entah mengapa sayu dan pilu meresap ke sarafku
36. entah mengapa tiba-tiba hatiku diamuk rasa gementar
37. era baru itu pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran, transformasi dan canggih
38. fadhilat terpempan seketika
39. fikirannya cuba mengikis keresahan yang melanda
40. fikirannya dilemparkan jauh-jauh
41. fikirannya memusat kepada suatu perkara
42. fikirannya serabut, seserabut akar pepohon rimbun
43. fikirannya tidak ada di dalam kamar
44. gagahkan semangat
45. gagal dalam perantauan
46. gambaran yang muncul kian memabukkan perasaannya
47. gelak tawa mereka berderai
48. gelap gelita menyerkup ingatan luka petang tadi
49. gelodak jiwa kita membadai
50. gelodak resah di dalam dadanya berombak kencang
51. gelora ombak yang masih keras membadai
52. gelora perasaan kian berkecamuk
53. generasi wiraswasta
54. geramnya masih memulas
55. geramnya membuak-buak
56. gerimis tidak berhasil menutupi pandangan
57. gugur bersama malam
58. gunakanlah kapasiti ke tahap maksimum
59. gunung itu membiru berbalam-balam, terbaring diam seperti sedang          meneruskan
lena selama berabad-abad
60. Gunung Jerai yang membiru menirai kaki langit

68
61. guru selaku arkitek pembangunan manusia
62. hafra didiku pasti sekali tidak dapat diinjak-injak sesuka hati
63. hakikat itu mengosongkan hati ini yang kukira telah pun terisi
64. hakikatnya kita masih belum berjuang dan perjuangan kita masih panjang
65. hampir tujuh tahun kami menyimpulkan ikatan ini
66. hanya album kaku menjadi penawar rindu
67. hanya mampu berkata dengan amat hiba
68. hanya sejenak kerungsingan dan kerinduan itu menjadi tetamu jiwanya
69. hanya sisa-sisa semangatnya yang dapat meredah kegetiran hidup
70. hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui akan gelombang perasaanku
71. harapan menggunung sering berkecai
72. harapan menjadi tumpul
73. harapan secerah mentari
74. harapan yang dibina berkecai sudah
75. hari ini menjadi bukti yang sama
76. hari sudah mula ghurub tetapi masih ada sisa cahaya di sana sini
77. hari-hari baruku berlangsung amat lambat sekali
78. harmoninya dahulu, sukar untuk kugambarkan
79. harus dijadikan titik pengembaraan kejayaan
80. harus mencongak pantas segala ucapan
81. hasilnya halus dan bersih
82. hasilnya sungguh lumayan kalau kena cara pelaksanaannya
83. hati digigit resah yang bukan kepalang
84. hati diruntun rindu yang memuncak
85. hati kecilku sukar dimakan pujuk
86. hati menjadi terlalu keras dan pejal
87. hati murninya pula tetap gundah

69
88. hati seakan berdoa meminta jarum jam berhenti sebentar
89. hati tiba-tiba didera sedih yang teramat
90. hati yang liat kerana dipenuhi titik-titik noda dan dosa
91. hati yang mula disapa kecewa
92. hati yang sarat dengan tanda tanya
93. hatiku bengkak marah dengan jawapan itu                
94. hatiku dicakar resah yang teramat
95. hatiku dicakar resah, tidur diganggu gelabah
96. hatiku diragu tanda tanya
97. hatiku sekali lagi tersentap
98. hatiku seperti ‘dipajakkan’ kepadamu, dan mungkin tidak dapat kutebus      kembali
99. hatinya  berdetik hiba dan dari kelopak matanya tergenang air mata            hangat
100. hatinya bagai terhiris sembilu tajam
101. hatinya berbunga riang
102. hatinya berketul dengan gumpalan penderitaan
103. hatinya berputik yakin
104. hatinya gugur bagai gugurnya seroja di pusara
105. hatinya yang tenang terasa keruh
106. hawa begitu kering dan garing
107. hidup berkuah derita, berulam nestapa
108. hidup bukanlah untuk berhiba
109. hidup di birai waktu
110. hidup di dunia ini sekali cuma
111. hidup sebagai kelompok yang terasing
112. hidupnya dikuap tenang dan damai
113. hilang ditelan keramaian orang
114. hinggalah melangit ke angkasa lepas

70
115. humban sebarang prasangka
116. igauan mimpi dan igauan hatinya bertaut satu dan merebut keasyikan        yang
disulam
117. ingatanku segera berlari ke teratak usang itu
118. ingin membuka lembaran hidup pemilik diari tersebut
119. insan di pentas dunia sering mengejar bayang-bayang
120. insan yang terampil dengan pekerti dan akhlak termulia
121. insaniah berkelas satu
122. irama harmoni dan murni itu
123. jabat yang belum dilepas, dikemas dan dihenjutnya sedikit
124. jangan hanya omong-omong kosong yang dihamburkan secara longgar
125. jangan kau biarkan kegusaran bersarang di dalam dadamu
126. janganlah ditidakkan kehadirannya
127. janjinya kurang kukuh
128. jasamu tak bertepi
129. jawabku sekadar berbahasa
130. jelas tidak ada riak-riak dendam pada wajahnya
131. jenaka masih berplot desa
132. jika batasan dan keterikatan yang selama ini membelenggu
133. jiwaku kalut ketika melontarkan kata-kata itu
134. jiwaku menggelegak hangat
135. jiwaku takkan pernah rapuh
136. jiwanya diserang kesayuan
137. kabur di hati
138. kabus nipis masih belum lebur
139. kadang-kadang emosiku mengejek sikapku
140. kadang-kadang tersinggung juga dengan usikan yang keterlaluan
141. kadangkala lebih parah

71
142. kadangkala melampaui batas kemanusiaan
143. kadangkala timbul juga tunas cemburu di hati
144. kaki langit terjahit benang hitam
145. kakiku bagai terpahat di lantai
146. kalimah itu termuntah dari mulut
147. kalimat-kalimat itu bagai anak panah yang tajam menikam jiwanya yang    
memang sudah sakit itu
148. kalut di dada semakin bergulung-gulung
149. kalutku surut
150. kami berpisah dan hanyut dalam dunia masing-masing
151. kami berpisah dan hanyut dalam dunia sepi
152. kasihku kian menggugus
153. kasihku tertumpah melebihi selautan
154. kata-kata adalah pelukis setia untuk peristiwa
155. kata-kata cemuhan yang terpahat di hatinya membara
156. kata-kata itu mempusakainya saban detik
157. kata-kata yang melantun dari mulut kecilnya itu
158. kata-katanya menerjah  gegendang telingaku
159. kau penyeri keluarga idaman
160. kaum yang berjiwa pendekar, berdarah satria
161. kauracuni mereka dengan madu pukauan kau
162. keadaan mula berkabus tipis
163. keadilan ekonomi dan sosialnya yang tulus dan telus
164. kebencian membuak-buak
165. kebingitan kembali menerjah
166. keburukan sejarah akan terbongkar semula
167. kecairan jiwa kemanusiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi         muda
168. kecanggungan yang menakluk aku

72
169. kecantikannya itu sekali gus menutup kecacatannya
170. kecantikannya menari lincah
171. kecemerlangan dalam kehampaan
172. kecenderungan masyarakat moden yang menagih sesuatu yang unik
173. kedahagaan masyarakat terhadap budaya murni
174. kedamaian yang cuma secubit
175. kedatangannya ke situ merentasi perbatasan masa
176. kedegilannya memeningkan
177. kedua-dua belah kakinya seakan-akan terkunci di dada bumi
178. kedua-dua ulas bibirnya menguntum senyuman tawar
179. kegagahannya sudah mencair
180. kegawatan dunia menghadapi pelbagai pancaroba
181. kegelisahan itu menemaninya
182. kegigihan tersebut masih mendarah daging
183. kegundahan yang terpendam di lubuk fikirannya dapat ditafsirkan    daripada
pandangan mata dan raut wajahnya
184. kehambaran kasih sayang yang kami pupuk bersama
185. kehebatan dan karismatik para pemimpin
186. kehebatannya semakin ampuh
187. keheningan mengapung di udara sesaat
188. keimanan dan keikhlasan dalam perjuangan
189. kejauhan merapatkan kerinduan yang terpelanting
190. kejayaan dan kerancakan ekonomi negara
191. kejayaan kita kini dari mendasari lautan
192. kejujuran akaliah dan kecintaan pada kebenaran
193. kekadang rindu itu menjadi dendam
194. kekangan kebebasan bersuara

73
195. kekecewaan dan ketakutan di dalam jiwanya seperti belenggu yang           
membelit kaki
196. kekekokan kembali menerjah                                     
197. kekeliruan kian membaluti benakku
198. kekesalan bertimpa-timpa dalam lubuk hatiku yang sangat kecil
199. kekuatan dan ketajaman imaginasi dan kreativiti
200. kekuatan ekonomi yang cukup ampuh
201. keladak sungai memenuhi segenap penjuru
202. kelahiran generasi madani dalam konteks memajukan masyarakat
203. kelakuan tidak senonoh dan keruntuhan akhlak
204. kelihatan tidak adil di neraca kewarasanku
205. kemarau bertandang bererti terbunuhlah subur di ladang
206. kematian bicara
207. kemiskinan sifar
208. kemudian aku bagai terjerumus dalam alam fantasi yang menggetarkan     setiap
inci hatiku
209. kemudian kutatang seperti menatang hati piluku
210. kemungkinan-kemungkinan itu menggunting jiwa
211. kenakalannya merebak pantas ke seluruh kelas
212. kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah
213. kenangan itu mula membesar dan menjajahi benaknya
214. kenangan itu seperti melentur hati batunya
215. kenangan kemesraan kita yang tercalar
216. kenyataan-kenyataan itu membelah atmanya
217. kepalanya sakit menahan perasaan
218. kepalanya terasa ngilu
219. kepincangan sosial yang agak meruncing
220. kepingin benar menghadirkan pertemuan itu

74
221. keraguan demi keraguan mula menyelinap dalam fikiranku
222. keraguan yang bersarang di mindanya diluahkannya
223. kerana gurau jadi sengketa
224. kerana hutan-hutan dirodok
225. kerana mengajarnya menjejaki peta kejayaan
226. kerencaman sekitar dan suasana
227. kerisauan tiba-tiba menghimpit dirinya
228. kertas tebal itu berwarna kekuningan bagai rona langsat
229. kerungsingan yang membelit jiwanya
230. kerusuhan yang aneh
231. kerut-kerut khuatir di wajah
232. kes rasuah berprofil tinggi
233. kesabarannya selama ini seperti diperbudak-budakkan
234. kesayuan bergayut dalam fikiran
235. kesedaran dan keikhlasan bersepadu bersama-sama maruah, jati diri dan            
ketakwaan demi kepentingan dunia dan akhirat
236. kesedihan dan kebimbangan menguasai dirinya
237. kesedihan yang kian membuak
238. keseimbangan emosiku mulai tergugat
239. kesilapan pada satu saat membawa duka sepanjang hayat
240. kesucian kata-katanya
241. ketabahan dan kesabaran akan membuahkan nikmat yang tidak dapat       dinilai
242. ketandusan perilakunya semakin menjadi-jadi
243. ketawa yang bagaikan belati menghujam ke jantungku
244. ketenangan kini juga sudah punah dimamah waktu
245. ketidakpatuhan kepada undang-undang
246. ketika hati diruntun kepiluan yang begitu menekan
247. ketika itu, masa tidak bergerak sepantas kini

75
248. keunggulan Malaysia semakin menyerlah di arena antarabangsa
249. keupayaan menggembelingkan bakat dan potensi
250. kewibawaannya terasa dicabar
251. kian dibalut debar
252. kikiskan sifat sombong
253. kini, kegembiraan itu menyembunyikan diri di dalam sangkar masa
254. kipas di kamar pengap
255. kiranya aku masih samar-samar dengan mukadimah bicaranya
256. kita akan kembara lagi mencari janji
257. kita masih merangkak dalam lingkungan masalah kita sendiri
258. kita tidak boleh mengubah mereka supaya mendengar, kerana        gegendang
mereka bergetar sumbang dengan irama kita.
259. kita tidak hanya akur dengan arus ini
260. kolam derita dan ria diri
261. komitmen menyeluruh pegawai kerajaan yang terlibat
262. kotak memoriku mengimbas memori silam
263. kuinsafi manisnya kesabaran
264. kuasa minda
265. kubiarkan ia bergelumang dalam kolong rahsia
266. kubiarkan laungan itu berlalu dibawa angin petang
267. kukutip gembira pagi
268. kulitku ditakluki sejuk bukan kepalang
269. kumpulan sasar berbeza
270. kunanti camar putih membawa khabar dari selatan
271. kupaksa supaya menjelaskan duduk perkara sebenar
272. kupanjatkan doa paling tulus ke hadrat Ilahi
273. kurindui daratan tidak beralun
274. kutebarkan pandangan ke sekelilingku

76
275. kutelan madu kurasa hempedu
276. ladang dan sungai merekah retak sekeras batu
277. lakaran tak diundang akan menjelma
278. lalu kupotong saja lamunannya
279. lambat-lambat walaupun dalam gaya teragak-agak, dia mengangguk
280. langit yang menumpahkan air matanya bertali temali
281. langkah ini kuatur rapi-rapi supaya tidak kelihatan sumbang
282. langkahku mati di situ
283. langkahku pun akan mati dengan serta-merta
284. langsung tidak berniat hendak melupakan keakraban kita
285. langsung tidak terlekat di minda
286. lantai marmar menakung dingin
287. latar dan hidup yang berlainan membentuk kami dalam acuan sendiri
288. laut, aku datang lagi dalam syahdu dakapanmu!
289. layang-layang menghambat pepatung di gigi angin
290. lebih bersiasah dan berjiwa halus
291. lebih merasai bahana kelaparan itu
292. ledakan maklumat dan curahan hiburan
293. lega dan rasa lebih leluasa sedikit untuk bergerak
294. lemas dalam kecaian kenangan dan harapan
295. lembut tutur bicaranya setelah tangisnya reda
296. leternya masih tidak berubah
297. lidah api kelihatan hijau kemerah-merahan menggerutup memakan            papan
298. luluh jiwaku bila mengambil kembali kenangan lalu
299. lunak suaranya menyelinap di celah-celah lipatan hati
300. maafkan aku jika coretan ini mengembalikan semula jalur hitam yang        
terpahat dalam nostalgia silamnya yang sememangnya cuba dilupakan          oleh kau
301. macam ada masalah besar yang memenjaranya

77
302. maka jadilah aku pendengar paling setia pada cerita-cerita gembira
303. makan dengan selera hambar
304. makhluk yang termandat marah
305. maklumlah dialah yang paling banyak mencedok pengalaman
306. makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
307. malam dicengkam kedinginan
308. malam itu sama sahaja seperti malam-malam yang lalu
309. malam itu, mimpiku penuh wajah emak dan ayah
310. malam menginjak ke pagi dan fajar sidik mula menampakkan kilau            
jingganya
311. malam semakin memanjat usia
312. malam sudah berengsot ke pertengahannya
313. malam sudah menginjak ke pagi
314. malam tenggelam bersama dengkuran
315. malam terus memanjat usia
316. malam yang menyerkup perbukitan ini semakin pekat warnanya
317. malam yang samar-samar ini amat mengusik hatiku
318. mampu memberi pendapat tetapi tidak rela menerima kritikan
319. mampu mengadunkan satu kombinasi ruang yang harmonis
320. manifestasi kesanggupan bangsa Malaysia
321. manipulasi secara besar-besaran
322. manusia bukanlah ‘haiwan robotik’ yang tidak memilih rasa dan jiwa
323. manusia mementingkan diri sendiri apabila mendepani kemajuan
324. marahnya kian memuncak
325. martabat keluarga mesti kuletakkan di atas takhta
326. masa akan menentukan ketulusan perasaan kita
327. masa bergerak seindah gerakan tarian Mak Yong
328. masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

78
329. masa membataskan
330. masa tidak menanti sesiapa
331. masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
332. masalah sosial yang meruncing
333. masih belum merelakan air matanya luruh ke bumi
334. masih lagi dihantui kekejaman
335. masih lagi disaluti rasa bangga
336. masih lagi terkontang-kanting dalam mengenal dia
337. masih mahu mencungkil dan berhujah lagi
338. masih terbelenggu dengan cara berfikiran sempit
339. masing-masing mengepung perasaan yang bergelora
340. masing-masing mengunci mulut
341. masuk ke dalam perut gelombang yang serta-merta menerkamku
342. masuk ke perut hutan
343. masyarakat hari ini naif dengan kebendaan dan material yang melalaikan
344. matahari menghantarkan sinarnya yang tidak lagi memijar
345. matahari pagi Syawal mencuri masuk ke ruang bilik yang sayu itu
346. matahari sebesar nyiru telah beredar beberapa depa dari puncak
347. matahari senja telah lama gugur dari lindungan langit
348. matahari sudah hampir segalah di ufuk timur
349. matahari tegak di pusat langit
350. matahari tidak pernah mungkir pada janjinya
351. mataku meliar mencari tempat kosong dengan perspektif pandangan         yang
cukup baik
352. matanya berpinar-pinar, marah dan benci bercampur aduk
353. matanya diredupkan memandang hamparan biru
354. matanya masih curiga dengan suasana sekitar
355. matanya memandang jauh ke arah ruang yang kosong

79
356. matanya tajam menyorot terus mataku
357. matanya yang redup semakin membara
358. melahirkan pelapis kepimpinan  memenuhi tuntutan cabaran semasa
359. melahirkan teknokrat yang bertaraf dunia dan bermoral
360. melakar sejarah
361. melalui kata-kata bukan memikulnya
362. melancong di negara mimpi ngeri
363. melangkah dengan kekuatan yang kupaksa
364. melangkah ke gigi air
365. melemparkan ketenangan yang kuperoleh
366. melemparkan pandangan mengejek arahnya
367. melemparkan tempelak jatuh ke tunjang jantung
368. melepaskan dilema
369. meletakkan perasaan sebagai peniti ranjau, lalu akhirnya ditipu oleh            masa
dan ketika
370. meletuskan sekuntum bunga kecil suara
371. melihat cahaya lampu yang memancar dan mencuri keluar dari tingkap      kaca
kamarnya
372. melihat jutaan butir salji menggugur turun dari langit
373. melontar ketawa
374. melontarkan soalan yang cukup penting
375. meluncurkan ayat yang kurasakan sendiri amat keras dari mulutku ini
376. melupakan cita-cita yang lebih luhur
377. memaksa individu menilai semula kesedihan dan kemampuan diri
378. memalsukan fakta
379. memancarkan seribu satu keperitan
380. memancung lamunannya yang segar pada dahan ingatan
381. memandang curiga

80
382. memandang dengan mata nakal
383. memanglah banyak prasangka dan pengamatan yang silap
384. memantau peminggiran bahasa kebangsaan
385. memasuki kolong perasaan
386. membalas dendam atas janjinya yang tidak terurai
387. membangunkan generasi berketerampilan, berilmu dan bersahsiah mulia
388. membanting sarat keluhan
389. membawa perkhabaran tuah dirinya di rantau orang
390. membebani setiap inci ruang pemikirannya
391. membebaskan diri daripada belenggu pemikiran yang negatif
392. membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
393. membelenggu perasaan terhadapku
394. membenam budaya hendonistik yang tidak berfaedah
395. membenarkan kritikan terbuka
396. membendung isu ini secara berhemah
397. memberi gambaran yang terpisah daripada realiti
398. memberi manfaat kebijaksanaan dan menceriakan insan
399. memberi sinar di malam kelam
400. membetulkan kesalahan atau ketidaktepatan
401. membiarkan hembusan nafas kencang memenuhi ruang yang maha sepi
402. membimbing mereka memenuhi impian
403. membina impian masa depan yang cuma kabur-kabur kepastiannya
404. membina personaliti terbilang
405. membisu memendam luka
406. membisukan bahasaku
407. membotakkan kehijauan yang pejal
408. membuahkan senyuman yang indah dan bersih

81
409. membuang keletihan
410. membuat lonjakan berganda
411. membuatkan semangat dan jiwanya seakan-akan luruh
412. membuka dimensi fikir ahli mesyuarat
413. membuka lorong pemudah
414. membuktikan sensitiviti atau kepekaan dan keprihatinan mereka
415. membungkus dendam yang terbalas dan rindu yang berharga
416. memecah gegendangnya
417. memecah suasana yang diselubungi keseduan
418. memecah sudut kebencian
419. memendam gusar jauh di lubuk nalurinya
420. memilih menjadi warga berjaya dan bermaruah
421. memintal air mata di dunia sana
422. memintal kata putus
423. mempengaruhi minda dan fikiran generasi muda
424. memperkasa ekonomi bangsa
425. memperlihat kesatuan dan kepadatan
426. memperoleh ilmu yang tulen dan bernilai
427. mempersendakan obor semangatku yang mula menjalar rakus
428. mempertahankan perasaan saling bersefahaman
429. mempertingkat dan memperteguh kefahaman
430. mempertingkatkan rasa dukalaranya
431. mempesona imaginasi dunia
432. memprotes jalinan kami
433. mempunyai impak ke atas alam sekitar
434. memudaratkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat
435. memutuskan seutas benang erti

82
436. menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
437. menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
438. menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
439. menahan penderitaan yang berkudis di hatinya
440. menambahkan lagi darjah kepanasan di dalam kamar pengap ini
441. menambat hati serta minda orang ramai
442. menampan kemunculan suria
443. menampilkan satu wajah baru yang disulami tekad
444. menangis itu sebenarnya pembakar semangat
445. menapak goyah dengan nafas yang merasak-rasak
446. menarik nafas untuk merendahkan darjah kekecewaannya
447. menarik sisa-sisa kebahagiaan
448. menaruh minat yang mula mengalir di nafasnya
449. menatapku dengan pandangan yang sukar kutafsir
450. mencacatkan wajah bumi yang semakin uzur ini
451. mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti
452. mencantum kerut di dahi
453. mencederakan ketenangannya
454. mencerahkan hari yang suram
455. mencerminkan dengan jelas hakikat ini
456. mencerobohkan batasan-batasan dan keterikatan tradisional
457. mencincang-cincang umbi hatiku
458. mencurahkan rasa takjubku
459. mendambakan kasih
460. mendapat perhatian dan liputan media massa
461. mendapat rehat, keselesaan dan kepuasan yang maksimum
462. mendengar terpekur

83
463. mendepani masa depan yang tidak menentu
464. mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
465. mendesah panjang
466. mendukung amanah menggalas perjuangan
467. mendukung kebenaran yang kita sepakati
468. menebat martabat
469. meneduhkan rawan di hatiku
470. menemui sesuatu yang kelam
471. menenggelamkan kisah silam
472. menentang kehangatan udara petang
473. menerapkan ciri-ciri dan budaya keusahawanan
474. menerjah ke seantero dunia
475. menerjah sawang fikirnya
476. mengalami satu kegemparan yang pedih untuk ditafsirkan
477. mengalir jadi arus gelisah
478. mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
479. mengambil bahagian yang penting sebagai penyokong dan pendukung
480. mengangkasa tamadun bangsa
481. mengantarabangsakan
482. menganyam cita-cita menjadi kenyataan
483. mengapakah ucapan itu menerjah gegendang telingaku?
484. mengarah penjurusan peradaban
485. mengecap manis kemerdekaan
486. mengejar fata morgana di tanah datar
487. mengeluarkan air mata egonya selama ini
488. mengembalikan sinar harapannya
489. mengening ditusuk sembilu geram

84
490. mengesat air mata gembira yang mendesak-desak keluar
491. mengetuk kerjaya masa depan
492. menggadai prinsip
493. menggamit kerisauan pelajar yang semakin gulana
494. menggurit wirama berbaur walang
495. menghabiskan masa tuanya di ruang konkrit ini
496. menghadam soalan itu satu dua saat
497. menghalang sesiapa sahaja daripada mengendalikan tugas
498. menghantar ke alam mimpi
499. menghapuskan segala halangan dan masalah
500. mengharung udara lembap dalam dinihari
501. mengharungi air masin yang berombak lembut
502. mengharungi jerat-jerat kejayaan
503. menghirup perlahan-lahan kopi yang berasap tipis itu
504. menghirup udara hasil kemerdekaan
505. menghisab diri sebelum dihisab
506. menghunjam pandangan ke pinggir jalan
507. mengikut hatiku dalam kepiluan yang panjang
508. mengimbau langkah patriot
509. mengingati liku-liku hidup yang telah dan akan dilaluinya
510. menginjak anak tangga
511. mengintai awan yang kian menebal
512. mengisi kebangkitan ummah kualiti negara
513. mengisi liang ingatan
514. mengorak senyum kepadanya
515. mengorbankan sisa hidup remaja
516. mengorbankan terasa sempit

85
517. menguak daun pintu
518. menguak daun pintu perlahan-lahan
519. menguatkan hujah demi mengukuhkan kepercayaanku
520. mengucap ayat terseliuh
521. mengungkapkan kesemua ilmu dari mewariskannya kepada generasi        masa
depan
522. mengunjungi kamar ingatannya
523. mengusir angan-angan manis jauh dan jauh
524. mengutip dan menyusun tahun
525. mengutip sejambak bunyi
526. mengutuk kesunyian
527. menikmati belaian anak-anak ombak di kakiku
528. menimbulkan kenangan-kenangan lama  yang tidak pernah kering dan       usang
529. menimbus lopak dan gunung sejarah yang berpasir
530. menimbus lubang kejahilan
531. menimbusi perasaan sedih dan simpati
532. meninggalkan debu asap dan kesesakan bergelut
533. meningkatkan integriti
534. menjadi buruan soalan tentang keberangkatan itu
535. menjadi cerucuk utama pembangunan
536. menjadi kagum dan terkesima
537. menjadi misteri yang amat aneh
538. menjadi penyumbang utama terhadap kejayaan Malaysia
539. menjadi teras kepada generasi pewaris
540. menjadi tidak keruan
541. menjadikan teladan berganda
542. menjangkau jauh nampaknya angan-anganku pada pagi ini
543. menjanjikan keistimewaan yang tertentu

86
544. menjanjikan perubahan budaya dan pembaharuan dalam masyarakat
545. menjawat doktor fitnah
546. menjayakan cetusan mindanya
547. menjulang sehingga ke puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa
548. menjunjungi mercu kecemerlangan bangsa
549. mentari baru menebarkan cahayanya ke pelosok  buana
550. menumbangkan emosiku
551. menungku bertali-temali
552. menyambut gamitan menara impian
553. menyebabkan imej negara tercemar
554. menyebatikan perasaannya ke dalam keremangan malam
555. menyediakan khazanah yang begitu kaya untuk diterokai
556. menyediakan latihan dan kursus yang releven
557. menyediakan para belia untuk mempersiap diri dengan kemahiran mental dan
spiritual dalam menangani cabaran semasa
558. menyejukkan ruang hatiku
559. menyelam perasaan hatinya
560. menyelesaikan fenomena yang meragut ketenangannya
561. menyelinap ke dalam fikirannya
562. menyelitkan geram di bilah atap
563. menyemai benih harapan yang palsu
564. menyemai bunga di hati
565. menyembunyikan masalah utama masyarakat
566. menyendatkan benaknya
567. menyentak khayalannya
568. menyentak mimpi yang baru disulam
569. menyentak ruang fikir
570. menyeret perlahan hariku

87
571. menyimbah sinarnya pada tubuh bumi
572. menyinarkan cahaya keilmuan yang hampir padam
573. menyingkap butir bicara
574. menyingkap khazanah sejarah
575. menyuarakan pencapaian matlamat masing-masing
576. merasuki gerbang kepalanya
577. meraut secebis rezeki daripada kemakmuran negara
578. merebut kembali kebahagiaan yang direnggut secara paksa
579. meredakan kemelut harapan
580. merejam hati
581. mereka berjabat tangan, simbolik perjanjian perdamaian yang baru            
dimeterai
582. mereka berjaya dipancing
583. mereka bungkam seketika
584. mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
585. mereka pun mula mengorak langkah
586. mereka tidak lagi menjadi masyarakat menadah tangan memohon ihsan
587. merencana dan membina peradaban
588. merentasi perjalanan hidup yang masih terlalu jauh
589. merentasi semua bidang pengetahuan
590. merenung naik hingga terpampan bumbung
591. merintis laluan, menguji kecekapan
592. meronta-ronta seakan mendambakan kebebasan
593. merungkai natijah yang kutempuh
594. merungkaikan emosinya
595. merungut sambil memuncungkan mulutnya
596. mesti memiliki prinsip perjuangan yang unggul
597. mewujudkan masyarakat yang bermuafakat dan berpengetahuan

88
598. minda yang diasah dan dibasuh dengan sempurna
599. mindaku masih berteka-teki
600. mindanya ligat berputar
601. mindanya pantas mengingatkan diri
602. mindanya terasa sempit
603. mindanya terasuh dengan budaya kepimpinan yang tinggi
604. mindanya tidak lama di situ
605. moga-moga ayah terpancing
606. muafakat merupakan inti kepada perpaduan
607. muak dengan kata-kata klise
608. mujurlah aku tidak ikut membeku sama
609. mujurlah jantungku duduknya kemas di dalam dada
610. mukanya masam macam cuka berbaur  kemerahan
611. mula membayangkan ranjau-ranjau kehidupan
612. mulut kami seolah-olah sarat berisi emas permata
613. mungkin kebencian telah subur dalam dirimu
614. mungkinkah jalur keinsafan akan muncul?
615. nada suara yang kian kendur
616. nafas rasa terputus
617. nafasnya berlumba-lumba keluar
618. naluriku mula digigit rasa pilu
619. namun aku nekad untuk menjejak kebenaran yang disembunyikan
620. namun jauh di sudut hati, ada kepiluan yang menyayat
621. namun ketakutan itu keterlaluan
622. negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
623. ngilu aku mengingatkan cerita ini
624. nilai sejagat

89
625. nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat      kita
626. nostalgia bertaut seperti kiambang
627. nostalgia warisan lepas
628. ombak dan laut mengulit mimpiku saban malam
629. ombak gementar memintal derita
630. otaknya berpusing-pusing memikirkan seribu satu macam aral yang          
membenam niatnya itu
631. pada setiap patah manisnya menetas maung bohong
632. pagi menyelak langsir cuaca
633. pakatan itu menggetar debar dan resah di dada
634. paling bersahaja dalam mendepani segala masalah
635. panas mentari memaksa peluh keluar dari liang-liang roma
636. pandangan itu mengandung kecurigaan yang nyata
637. pandangan matanya melilau lagi
638. pandangan matanya menembusi segala sudut
639. pandangan pro dan kontra dipaparkan
640. pandangannya bermain-main di siling
641. pandangannya dilemparkan jauh ke luar
642. pandangannya dilemparkan ke wajah malam
643. pandangannya keluar melewati dinding
644. panggilan itu berupa sepatah kalimat yang akan berentetan lalu       membuahkan
bujukan
645. panjatkan dia di dalam hati
646. pantai yang tadinya suram dan ombak pula menghempas pantai dengan    lembut
kian bergelombang
647. paya yang nampak muram dan sedang tidur
648. pecah di gigi pantai
649. pedih di hati kukunci teguh

90
650. pedih kata-katanya, tapi itulah hakikatnya
651. pejal hijau ini sukar untuk dilestarikan
652. pelbagai cabaran yang bakal menghambat
653. pelbagai kesaktian hutan dara
654. pelbagai masalah sosial yang sedang menghinggapi masyarakat
655. pelerai kekusutannya
656. peluh hangat dingin memercik
657. peluh jantan mula merintik
658. peluh mula merembes
659. pembaharuan yang menjanakan daya fikir
660. pembangunan pesat ekonomi negara perlu dikekalkan momentumnya
661. pembentukan masyarakat akan terjejas
662. pembentukan masyarakat sakinah
663. pembinaan tamadun negara
664. pembudayaan ilmu perlu dibajai dan dijiwai oleh generasi muda masa kini
665. pembuka laluan kepada masa depan yang gemilang
666. pemerintahan yang kita tunjangi
667. penantian tetap sama dengan perasaan yang serupa
668. penantian yang kian berlabuh
669. penawar kucari racun kutemui
670. pendapatnya jangan disanggah, kalau disanggah panjanglah bahasnya
671. penderitaan dan penghinaan sentiasa bergumpal dalam diriku
672. pengakuan seluhur itu
673. penghuninya tidak pernah melewatkan bangun walaupun tidak pernah       
digerakkan oleh jam loceng
674. pengurusan yang bersifat jumud dan bersifat tidak bermoral
675. penuh dengan kegelapan yang seakan menindih segala kesabaranku
676. penuh hikmah dan sarat iktibar

91
677. penyelewengan bukan  soal remeh-temeh
678. perakam pengalaman dan sejarah
679. perasaan ingin tahu yang kuat menggeletik hatiku
680. perasaan resah yang mula menurap dirinya
681. perasaan rindu dan kasih berpaut
682. perasaan sayu bercampur hiba menyerbu  ke benakku
683. perasaan simpati membanjiri jiwanya yang meresap ke segenap anggota tubuhnya
684. perasaan yang aneh menjadi hatiku
685. perasaan yang berbaur di dada, ada bahasa yang berbicara di mata
686. perasaanku menerawang jauh
687. perasaanku yang sedia dicakar-cakar resah
688. perasaannya terus merakamkan gambaran hidup di sudut album    hidupnya
689. perasan kesal menujah hatiku
690. perbualan ringan begitu dapat menghalau jemuku
691. percanggahan antara hujah dan perbuatan
692. percikan sinar bintang timur
693. pergi ke akar masalah
694. peristiwa itu berulang tayang di pentas pemikirannya
695. peristiwa penuh bermakna dalam sejarah negara
696. perjuangan tak akan berakhir, selagi ada ombak di lautan
697. perjuangan yang perlu dilunaskan demi bangsa dan negara
698. perjuangannya berteraskan kebenaran dan keadilan
699. perkampungan itu amat lambat menerima cahaya matahari pagi
700. perkara yang kecil dibesar-besarkan dan dimomok-momokkan
701. perlu beralih kepada kegiatan yang lebih jitu
702. perlu dipacu
703. perlu menggembleng tenaga bagi menangani perlakuan jenayah

92
704. persada kepimpinan di seluruh pelosok dunia
705. persahabatan itu kian tertakma kejap
706. persaingan global
707. persis debu-debu yang diterbangkan angin, begitu juga kegelisahanku
708. persoalan demi persoalan bagitu kerap bertandang mengetuk kamar hati
709. persoalan demi persoalan silih berganti memenuhi lautan fikirannya
710. pertanyaannya seperti merenggut jantungku
711. pertemuan itu terjadi tanpa sesiapa mengaturnya
712. perubahan yang diharapkan masih belum menjelma
713. pesanan terakhir ibu kepada puteri tunggalnya ini
714. peta perjalanan lama
715. petang itu lembayung petang muram menyengat
716. petang mula remang merangkak senja. Cahaya merah  langit pudar dan    mula
bertaut dengan kegelapan
717. pewaris perjuangan
718. pidatonya berhati-hati tapi gersang
719. pihak yang meminggirkan bahasa kebangsaan
720. pintu yang terkuak menghancurkan lamunan
721. pipinya terasa suam
722. pohon-pohon rendang memagari menara gading itu
723. program informasi akan memaklumatkan masyarakat
724. propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
725. proses menjiwai tradisi intelektualisme
726. puisi dalam prosa kehidupan ini
727. pujukan syahdu
728. pulangan yang setimpal
729. pulih daripada kecederaan jiwa dan fizikal
730. purnama September sudah lama mengucapkan salam permisi

93
731. pusat pendidikan serantau yang cemerlang
732. puting beliung apakah yang melandanya
733. puting beliung melanda jiwanya kembali
734. putus semangatnya sekejap
735. rakyat muflis dan tercabut daripada budaya tradisinya
736. rambutnya terurai ditampan angin petang yang redup segar
737. ranting-ranting bertelanjangan
738. rasa benci dan meluat terbuku dalam hati
739. rasa bersalah dan bimbang melintasi ruang legar fikirannya
740. rasa bersalah menerpa dinding keikhlasannya
741. rasa bersalah yang menebal
742. rasa ego meneriak di hati
743. rasa kesalingan itu menjadi asas dorongan kepada muafakat
744. rasa malas menyelubunginya
745. rasa rindu yang berbuku kini terlerai
746. rasa seperti disimbah air lumpur ke muka
747. rasa sesak berlumba-lumba menggigit hatiku
748. rasa simpati dan kemanusiaan mula menggelepar dalam dadaku
749. rasa sunyi dan bosan membuak di dalam dirinya
750. rasailah  kemanisan udara  kampung yang pernah kita hirup udaranya
751. rasanya dia seperti pemburu yang sesat di hutan
752. redup matamu menjamah mesra wajahku
753. rempah kisah
754. renungan jauh disukat nostalgia
755. renungannya sedikit mengendur
756. resah jualah yang bertandang
757. resipi untuk kekuatan mental

94
758. riak air mengalunkan tubuh mereka
759. rindu resah dendam dan sayang menggeledah sudut hati
760. rintik-rintik hujan berjaruman menimpa tanah dan singgah juga di kakiku,    di
mukaku dan di mana-mana saja yang sempat disinggahinya
761. rintik-rintik hujan masih menggerutup
762. roh perjuangan
763. rosak oleh badai tahun
764. ruang bilik kecil itu sepi seketika
765. rumpai laut  juga meliuk lembut, seolah-olah melambaiku
766. rupa-rupanya, busut nanah dendam laki-laki itu masih membusung
767. rusuh hatinya meruntas
768. saat genting itu hanya Tuhan yang mengetahuinya
769. saat penentuan yang meresahkan itu menjengah juga
770. saban hari kita memupuk kesabaran di hati agar tidak meniris di kala itu
771. sakit di kepalanya terasa kian mengamuk
772. sakit hati, terkilan, kecil hati dan bengang meradak hatiku sekali gus
773. sambil melepaskan keluhan berat
774. sambil merenjiskan sedikit maklumat kepadaku
775. sambil tersenyum sinis ingin menduga hatiku agaknya
776. sampaikan salam maaf aku kepada tulus hati kau
777. sanubarinya terus diinjak oleh kaki-kaki kekeliruan
778. saraf tunjangnya menyuruh saraf motor menarik selimut
779. satu badan perasaan kurang senang dan resah
780. satu keluhan berat terlontar dari rekahan bibir
781. satu tamparan keras hinggap ke pipi
782. satu tempat yang penuh pesona
783. satu wabak yang lebih menyeluruh dan besar impaknya
784. satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan

95
785. sayangnya dendam ini memakan diri
786. seakan-akan membina temboknya yang sukar untuk dipanjat
787. sebagai satu tanda penzahiran kesyukuran
788. sebagai titik keseimbangan yang tidak ada titik hentinya
789. sebahagian aksara tidak dapat dibaca dengan jelas
790. sebak meresap ke dalam diriku
791. sebenarnya aku tidak mahu meraih simpati daripada sesiapa pun
792. sebuah keluhan berat sejak tadi seakan-akan tersumbat
793. secarik harapan duka yang begitu menjeratku
794. sedang menyaksikan perubahan yang pesat
795. sedetik aku bingung
796. sedikit pun aku tak mahu wajahku dijamah oleh silau matanya
797. sedu-sedannya yang menyayat itu terus berpadu dengan piluku
798. segala asam garam hidup yang telah dilaluinya itu mencuri masuk ke         dalam
mangkuk ingatannya
799. segala bicara yang terbenam di lubuk hati
800. segala bukti kukuh mengenainya akan kuhumbankan sekejap lagi
801. segala imbasan kenangan telah terputus
802. segala yang kulakukan canggung belaka
803. segelombang desakan kecil mengocak jiwanya
804. segera kulontarkan pandanganku
805. segera kupancung cakapan teman sebayaku itu
806. segera menapak masuk
807. segugus nafas berat dileraikan dari dada
808. segugus nafas tenat dileraikan dari dada
809. sejarah adalah guru terbaik kehidupan
810. sejarah sebenarnya penuh luka dan derita
811. sekadar melepaskan rindu menatap nur di wajahnya

96
812. sekadar mengisi masa menuju destinasi yang belum ketentuan
813. sekadar mengomel-ngomel kecil
814. sekali gus menyerap budaya persekolahan
815. sekali gus meragut kelincahanku
816. sekali pandang indera lihatnya begitu ceria dan normal
817. sekawan burung lelayang terbang melintasi
818. sekonyong-konyong semacam keriuhan menyinggahi telinganya
819. seksanya menjadi makhluk terpinggir
820. sekukuh azam kusematkan di hati
821. selagi hidup, selagi itu perjuangan tidak akan tamat
822. selama ini, kita cuma bertemu dan berbicara dalam surat
823. selaut dosa bangsanya
824. sel-sel neuron otaknya terus ligat memainkan peranan menghantar            impuls
yang diterima
825. seluruh pembuluh darah dan tubuhku, kurasa mengering detik itu juga
826. semacam perasaan ngeri menular dalam dadanya
827. semakin hari sifat ketidaktentuannya semakin menjadi-jadi
828. semakin kabur oleh ketidakpastian
829. semakin kuingat semakin memuncak rinduku pada kemesraan masa lalu
830. semangat juang menentang penjajah
831. semangat kesukarelaan semakin pudar lantaran kekukuhan ekonomi
832. semangatnya terbenam ke pusat bumi
833. sememangnya cukup mendewasakan Malaysia
834. sememangnya hukuman inilah yang wajar diterima
835. sementara hayat mengasuh hasrat
836. sempat memejamkan matanya, melupakan ancaman yang menyapa
837. semua manusia sementara
838. semuanya ini bakal bersemadi dalam khazanah pengalamanku selama-    lamanya

97
839. semuanya tertegun dalam diam yang panjang
840. sendumu kerap benar menampar ke telingaku
841. senjata manusia kontemporari
842. sensitiviti agama
843. senyum lemah terukir di bibir
844. senyuman bangga menghiasi bibir kedua-dua mereka
845. senyuman itu hadir bersama-sama berputiknya bunga harapan
846. senyuman orang keliling bagai kuntum-kuntum mawar merah dijamah       
mentari pagi
847. senyuman yang sudah lama tidak terlukis pada wajah seorang perwira
848. senyumannya masih kaku tersimpan di ulas bibir usangnya itu
849. senyumannya tidak lekang di bibir
850. senyumku menjamah sebentar ke mukanya
851. senyumnya menyelamatkan kegusaran yang bersarang
852. seolah-olah cuba menyelam sesuatu yang tersembunyi
853. seolah-olah ingin memuntahkan selautan hujan untuk menenggelamkan    bumi
854. seolah-olah menidakkan kecemasan di hatinya
855. sepasang mata letihnya
856. seperti akar-akar pokok nyiur yang akrab mencengkam tanah pasir
857. seperti sebuah medan yang baru dipugar
858. seperti sekuntum kiambang di danau puisi
859. seperti yang diketengahkan oleh pemimpin
860. sepi bertaburan di mana-mana
861. seribu kemanisan yang hakiki
862. sering kali dikaitkan dengan sesuatu yang ideal
863. serpihan kekesalan tersemat di sanubariku
864. sesekali dia tersenyum tawar
865. sesekali gelora sungai rakus menghempas tebing

98
866. sesekali terdengar bunyi batuk kesat
867. sesekali terselit juga rasa bimbang di hatiku
868. sesuatu perlu disuntik untuk mengubah tradisi negatif
869. sesuatu saranan intelektual yang berani
870. sesungguhnya hakikat itu benar-benar merobak-rabikkan hatiku
871. setahuku dia tidak pernah bersifat pasif
872. setiap liku dijelajahinya dengan teliti
873. setiap ruang tempat jantungnya berdegup bagaikan mati
874. setiap warga Malaysia perlu prihatin terhadap negaranya sendiri
875. seumpama petir yang memanah hangus hatinya
876. siapakah yang akan mengalah atau mengaku kalah, biarlah masa yang     
menentukan
877. sifat inkuiriku meluap-luap kembli
878. sifat keras kepalaku kini muncul lagi bermaharajalela untuk menentang     
penghinaan
879. sikap warga kota yang taksub mencari nafkah
880. sikap yang menentang kepuasan kebendaan
881. sikapnya yang degil melemaskan fikiranku
882. sinar mata lembutnya bertembung
883. sinarnya yang memercik tajam
884. sindiran yang mungkin sejak tadi bergantung di bibir mereka
885. sindirannya bagai tembusan peluru ke jantung
886. sisa daun bergantungan di ranting-ranting
887. sisa semangatnya datang lagi
888. sisipan kesetiaanku di celah kemanisan
889. solat itu jantung kehidupan
890. suara anak alam pada malam begini sering berpaut  mencipta satu            paluan
gamelan hutan yang aneh

99
891. suara itu hanya berlegar-legar dalam hati
892. suara itu mengagetkan
893. suara itu mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan
894. suara itu menikam cabaran
895. suara itu putus seketika
896. suara ketar yang sukar dikawal
897. suara memetir
898. suaraku tertampan di kerongkong
899. suaranya memanjat keyakinan
900. suaranya merebak kegusaran
901. suaranya perlahan mengandung sebak
902. suaranya telah mulai panas pada pendengaranku
903. suasana bungkam seketika
904. suasana mula dirayapi sepi
905. suasana yang kehijauan, hening dan sedikit dingin amat menenangkan
906. sudah cukup untuk membina kembali kemesraan yang hampir padam
907. sudah dasarnya penyangak alam sekitar
908. sudah dikumandangkan ke dunia dan akhirat
909. sudah dikumandangkan sejak beratus tahun lalu
910. sudah menampakkan kelembutan yang tersembunyi tapi dapat dikesan     oleh
mata hatiku
911. sudah ramai yang kecundang
912. suka berfoya-foya dan berseronok-seronok hingga melewati batas agama            
dan adat
913. sumbangan itu setara dan setanding
914. sungai mengerutkan kening alunnya
915. sunyi yang telah lama terhimpun di kolam rasa
916. tabah dan berdaya saing

100
917. takdir telah melontarkan aku ke sini
918. takut menguak intan terpilih kaca
919. takut nanti manik-manik mutiara gugur di hati wanita lemah lembut itu
920. tamadun cair jadi lumpur
921. tanah ini makin membotak
922. tanah pulau yang bersaudarakan hiba
923. tangan-tangan kebenaran meramas-ramas sanubarinya
924. tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
925. tangisnya tiba-tiba meninggi
926. tanpa dipinta, air jernih bertakung di kolam matanya
927. tanpa menghirau terapan angin malam yang menjamah tubuh tuanya
928. tanpa menjeruk perasaan walau serba kekurangan
929. tanpa penguatkuasaan dan pemantauan
930. tanpa secebis keadilan
931. tanpa setitik pun air mata tumpah
932. tanpa tekad dan azam yang kuat kita tidak akan ke mana-mana
933. tebing sungai itu telah ditinggalkan sepi, terbiar seperti perempuan tua        yang
melarat
934. tegakkan perancangan di atas tiang-tiang usaha
935. tekadnya bagai batu karang di lautan
936. tekadnya sudah bulat
937. tekak terasa kering kerana jeritan yang memanjang
938. telingaku mengesan sindiran di hujung ayat itu
939. teman yang pernah mengusap air mataku yang gugur pada suatu waktu
940. tembok yang dapat menahan ombak kepedihan yang menggelepar dalam dada
941. tempiasan budaya yang dialami oleh rakyat tempatan dengan kehadiran     pekerja
asing
942. tenggelam dalam arus kata

101
943. tenggelam dalam wajah senja yang semakin memberat
944. tenungan tajam itu seolah-olah ada dendam
945. teracun oleh sangka
946. terapung lelah di dada sungai
947. terasa ada suara dari sudut hati
948. terasa bagai tersembur terus kesesakan yang bersarang di dada
949. terasa bahang yang pelik
950. terasa bulan penuh mengambang dalam hati
951. terasa juga tipis-tipis angin panas masin
952. terasa sendat oleh aneka kenangan yang membosankan
953. terbenam dalam lubuk kenangan
954. terbersit gundah di jiwa
955. terbungkus rapi dalam ingatan
956. terdengar bicara menitip
957. tergelincir daripada landasan kebenaran
958. terima kasih kukalungkan kepadamu
959. terjebak ke dalam kancah percintaan
960. terkurung sepi dalam kotak sendiri
961. terlalu banyak waktu terlepas
962. terlalu payah meneruskan rutinku dalam keadaan sebegini
963. terlindung gurat-gurat penderitaan
964. terliuk-liuk dedaun nipah melambai awan
965. terluncur kata-kata
966. terngiang cemuhan itu di dalam kepalanya
967. ternoktahkah penantian ini?
968. ternyata masih tersimpan dendam terhadapnya
969. ternyata, tenaga tuanya tidaklah seberapa

102
970. terpaksa pecah janji
971. terpaut hati kepada idea dan kekentalan semangat
972. terpercik rasa benciku sekilas
973. terpercik secebis kejutan di wajahnya
974. tersandang ke alam percintaan
975. tersembunyi dalam santun bahasa yang berkias
976. tersentuh hati
977. tersenyum hambar dan diam
978. tersenyum lucu dan menggelengkan kepala melayan lintasan  fikiran
979. tersinar pada cermin keruh air
980. tertewas dalam khayalan
981. terumbang-ambing dipukul derita
982. terus unggul dan memuncak kemakmurannya
983. tetap mengakar dengan budaya tempatan yang luhur
984. tetapi bagaimana kalau apa-apa terjadi dalam kesementaraan itu?
985. tiada cacat cela pada hamparan alam yang menjadi karya agung dunia
986. tiada jalan singkat bagi mencapai matlamat ini
987. tiada suara terungkap di bibir
988. tiada teman baik untuk berkongsi derita
989. tiada yang menyangkal dan merendahkan keupayaan kita
990. tiba-tiba menempelak dengan muka yang masam mencuka
991. tiba-tiba pula dia mahu melupakan azam yang sedia tersemai sejak          
bertahun-tahun
992. tiba-tiba tertunduk-tunduk cemas
993. tidak akan bertemu pada titik atau rang
994. tidak berani memanggung kepala untuk menentang wajah ayah
995. tidak betah aku di situ
996. tidak boleh disangkal, salah faham selalu membawa padah

103
997. tidak boleh memberi jawapan mutlak
998. tidak boleh menyuburkan budaya yang bertentangan dengan hasrat           
masyarakat
999. tidak dapat lena walau sepicing pun
1000. tidak dapat membayangkan kebarangkalian masa hadapan
1001. tidak dapat mengelak daripada serangan gabrah dan gementar
1002. tidak dapat menggarap segala yang sepatutnya digarap
1003. tidak dibenarkan subur dalam masyarakat negara ini
1004. tidak ingin terpinggir dan terbelakang
1005. tidak kerana takut pada kegelapan
1006. tidak kurang juga yang kecundang dalam pelaburan itu
1007. tidak langsung menjalankan fungsi semula jadinya
1008. tidak mahu dia melimpahkan air mata sia-sia
1009. tidak mahu kekal berada dalam kepompong yang sama
1010. tidak mahu memanjangkan bicara
1011. tidak menafikan terus kemungkinan itu
1012. tidak mencetuskan apa-apa kontroversi
1013. tidak mengalami peningkatan yang ketara dalam menggerakkan     pembangunan
1014. tidak mengenal erti perit menempuh cabaran hidup
1015. tidak menggambarkan ketamadunan masyarakat
1016. tidak perlu sama ada seragam dan ciri umum yang sedia wujud
1017. tidak pernah luput daripada ingatan
1018. tidak pernah membuang lautan fikirannya
1019. tidak pernah membuang masanya dengan percuma
1020. tidak pernah mungkir dengan kata-katanya
1021. tidak pernah sama dengan situasi dan keruwetan yang terpaksa     ditanganinya
1022. tidak pernah sunyi daripada kegawatan
1023. tidak sanggup ku menghamburkannya

104
1024. tidak sanggup lagi membilang duka dan ranjau fitnah
1025. tidak tahu bagaimana lagi harus kuusir perasaan itu
1026. tidak tedengar lagi suara halusku yang merisik
1027. tidak tergamak meminggirkan rakyat
1028. timbang rasa masih berbaki
1029. tinta emas yang berukir sepanjang zaman
1030. tirai senja mula mengambil alih
1031. titis-titis hujan yang menimpa laman kurenung lunak
1032. tubuh yang merangka itu
1033. tugas untuk melaksanakan agenda perdana ini dipukul oleh generasi          muda
negara ini
1034. tulisan merintih mementaskan derita
1035. tunduk dan membuang menung ke hujung kasut
1036. tuntutan pengisian nilai budaya hidup
1037. tusukan peluru cabaran itu benar-benar membakar keegoan
1038. ubun-ubun gelombang kecil memutih
1039. udara bersih tepu berdebu
1040. udara mengucapkan debu kering
1041. ukuran kecemerlangan antara individu dengan individu
1042. umpama kerlipan bintang pada malam suram
1043. unggas rimba masih bersimfoni mengalunkan wirama
1044. ungkapan itu rasanya memukul
1045. untuk memutuskan rasa malu yang mungkin berpanjangan
1046. urat kakinya tersembul tegang minta direhatkan
1047. usahaku mencuri hatinya berjaya
1048. wabak ketamakan sudah mengganas
1049. wahana pengucapannya memberangsangkan kami
1050. wajah itu sekejap-sekejap menyelinap masuk dalam kenangannya

105
1051. wajah kerepot putih pucat
1052. wajah murungnya ditatap melalui pembalikan dirinya di dalam cermin
1053. wajah polos
1054. wajah yang jernih dan bertenaga
1055. wajahku merona merah
1056. wajahmu melahirkan segar sejarah
1057. wajahnya masih berupaya menyembunyikan rasa resah gelisahnya
1058. wajahnya mengunci rapat mulutku
1059. wajahnya serta-merta mendung
1060. wajahnya sudah ada garis-garis kedut yang bermukim
1061. wajahnya tegang dan semacam menyimpan kemarahan
1062. wajah-wajah yang beralun
1063. waktu menjerat usia
1064. waktu yang berlalu pantas telah mencuri sedikit kemesraan milikku
1065. wanita yang amat aku kagumi kerana ketegasan dan budi luhurnya
1066. wap yang memparasit kaca jendela digosok-gosok
1067. warga yang bersifat proaktif dan cekal sifatnya
1068. warkah bersampul kuning yang masih kejap di genggamanku
1069. warkah yang baru kuterima menghantar sejumlah debaran ke dalam          dadaku
1070. warna petang yang kering
1071. wataknya menjadi lebih jelas pada mataku
1072. yang berfungsi dan kepimpinan
1073. yang berfungsi sebagai asas rujukan dan penilaian
1074. yang berwibawa dan bermotivasi tinggi
1075. yang disogokkan kepada ahli masyarakat
1076. yang mahu diungkapi
1077. yang masih koma dengan situasi sebentar tadi

106
1078. yang melangkaui batas sempadan negara
1079. yang menerajui pemikirannya ialah niatnya
1080. yang menjadi musuh bukan penjajah tetapi diri sendiri
1081. yang menyimpan sisa pagi
1082. yang terkurung di penjara masalah
1083. yang tinggal hanyalah keresahan dan  kebimbangan yang bertali-temali di dalam
diri setiap insan

107

You might also like