You are on page 1of 11

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA

IPOH PERAK

TAHUN 2 SEMESTER 2

TUGASAN INDIVIDU

CASE STUDY

TAJUK : ANEMIA

PENEMPATAN KLINIKAL
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK SUNGAI SIPUT (U)

NAMA : NOOR KHAFIDAH BINTI AHMADI


NO.MATRIKS : BPP 2008-6055
NO. K/P : 891010 - 01 - 6084
PENGENALAN
ANEMIA
Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai sel darah
merah yang mencukupi untuk untuk membawa oksigen yang diperlukan ke seluruh
tisu.Jika seseorang itu mengalami anemia , mereka akan mudah letih dan lesu serta
tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Terdapat pelbagi jenis anemia yang disebabkan oleh faktor-faktornya yang


tersendiri. Anemia boleh berlaku untuk sementara dan untuk jangka masa yang
panjang. Anemia boleh berubah dari keadaan yang tidak membahayakan hingga
kepada keadaan yang membahayakan.

Anemia dapat menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Rawatan untuk anemia bermula dengan pengambilan suplemen sehingga kepada
prosedur perubatan. Anemia boleh dicegah dengan mengamalkan diet yang sihat serta
pelbagai.

Seseorang itu memerlukan rawatan sekiranya berasa letih dan lesu tanpa
sebab , serta mempunyai symptom-simptom anemia. Namun begitu, letih dan lesu
bukanlah sebab yang tepat untuk mengatakan diri anda mengalami anemia. Keadaan
letih dan lesu boleh terjadi disebabkan oleh banyak keadaan selain anemia.
PENCARIAN LITERATURE

Definisi

- Anemia adalah suatu keadaan di mana kepekatan hemoglobin yang rendah


disebabkan oleh kurangnya penghasilan sel darah merah atau isipadu plasma
yang tinggi ketika mengandung.
- Hemoglobin yang rendah bagi :
 Lelaki - <13.5 g/dL
 Perempuan - <11.5 g/dL

Manifestasi klinikal

 Pucat
 Letih dan lesu
 Takikardia
 Sesak nafas
 Sakit dada
 Pening
 Masalah kognitif
 Berasa sejuk pada tangan dan kaki
 Sakit kepala
Investigasi

 Full blood count


- Untuk menentukan tahap anemia yang dialami oleh seseorang itu serta
jenis anemia yang dialami melalui perubahan pada bilangan sel darah
merah.

 Ujian hemoglobin
- Untuk menentukan kadar hemoglobin dalam darah.

 Ujian iron
- Merangkumi ujian ferritin dan serum iron yang diperlukan untuk
menentukan sekiranya anemia tersebut disebabkan oleh kekurangan iron.

 Hemoglobin elektroforesis
- Untuk mengesan keabnormalan pada hemoglobin dalam darah serta
untuk mendiagnosa sickle cell anemia ,thalassemia, serta anemia yang
berlaku disebabkan oleh keturunan.

 Biopsi bone marrow


- Untuk mengenal pasti sama ada penghasilan sel berlaku secara normal di
dalam sum-sum tulang

 Reticulocyte count
- Untuk mengetahui kadar sel darah merah yang belum matang bagi
menentukan kadar penghasilan sel darah merah berada pada tahap
normal.

 Liver function test


- Untuk mengetahui tahap fungsi hati serta untuk menentukan penyebab
lain yang menjadi punca penyebab anemia.
Penyebab

 Iron deficiency anemia.

- Kekurangan iron akan menyebabkan gangguan kepada sum-sum tulang


untuk menghasilkan hemoglobin.
- Tanpa hemoglobin yang mencukupi , tubah tidak dapat menghasilkan
hemoglobin yang mencukupi kepada sel darah merah.

 Vitamin deficiency anemias.

- Folat dan vitamin B12 dperlukan dalam menghasilkan bilangan sel darah
merah yang sihat.
- Kekurangannya akan menyebabkan kekurangan penghasilan sel darah
merah.

 Anemia of chronic disease.

- Sesetengah penyakit kronik seperti kanser,HIV/AIDS,rheumatoid arthritis


atau penyakit Crohn’s dan penyakit inflamatori yang lain dapat
mengganggu penghasilan sel darah merah yang mengakibatkan anemia
tahap kronik.

 Aplastic anemia.

- Berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan sum-sum tulang untuk


menghasilkan sel darah (sel darah merah , sel darah putih , dan platlets)
- Penyebabnya tidak diketahui tetapi dipercayai disebabkan penyakit
autoimun.

 Anemias yang disebabkan oleh penyakit sum-sum tulang.

- Gangguan penghasilan sel darah akan bermula daripada yang tidak


membahayakan sehinggalah ke tahap di mana proses penghasilan darah
tidak lagi dapat dijalankan
 Hemolytic anemias.

- Berlaku apabila pembentukan sel darah merah dimusnahkan lebih cepat


sebelum sum-sum tulang dapat menggantikannya.
- Sesetengah penyakit darah dapat mempercepatkan sel darah merah
untuk dimusnahkan
- Penyakit autoimun dapat menghasilkan antibodi untuk memusnahkan sel
darah merah yang belum matang.

 Sickle cell anemia.

- Disebabkan oleh defective form of hemoglobin yang menyebabkan sel


darah merah untuk membentuk sickle.
- Bentuk sel darah merah yang irregular ini akan musnah sebelum matang
yang dapat mengakibatkan kekurangan bekalan darah yang kronik.

 Other anemias.

- Berlaku disebabkan defective hemoglobin seperti thalassemia dan


anemias.
PERBINCANGAN
Cara-cara untuk mengatasi anemia semasa mengandung :

- Ibu hamil perlu mengambil susu sebagai minuman untuk mendapatkan


keperluan zat besi yang dapat membantu dalam pembentukan
hemoglobin.
- Ibu hamil perlu mengambil makanan yang seimbang namun kaya dengan
zat besi seperti kerang , lala , tiram , ikan bilis , sardine , ikan cencaru ,
hati ayam atau lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
- Ambil buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan
penyerapan zat besi seperti jambu batu , mata kucing , betik , limau ,
rambutan , mangga , atau nenas.
- Masak sayur-sayuran bersama dengan perencah seperti kerang , ikan
bilis , bebola ikan , daging atau telur untuk ,menambah zat besi.
- Ibu hamil juga boleh memerah limau ke atas makanan untuk menambah
kandungan vitamin C dalam makanan.
- Elakkan dari mengambil minuman berkafein seperti the kopi atau susu
ketika mengambil hidangan utama atau ketika mengambil pil zat besi
kerana dapat menghalang penyerapan zat besi.Ambillah bersama dengan
jus buah atau air limau.
- Mengambil bekalan pil hematinik bagi memastikan paras hemoglobin
berada dalam tahap yang normal.
RUMUSAN
- Anemia dapat mengancam nyawa ibu dan bayi jika tidak dikesan pada
peringkat awal
- Anemia dapat menyebabkan ibu mudah mendapat jangkitan.
- Jika berlaku pendarahan,keadan akan menjadi lebih memudaratkan ketika
bersalin.
- Risiko untuk bayi dalam kandungan untuk gugur adalah tinggi jika
hemoglobin berada pada tahap yang rendah.
- Bayi pra matang biasanya dilahirkan oleh ibu yang menghidap anemia.
- Bayi juga akan dilahirkan dalam keadan tidak cukup berat badan.
- Ibu perlu mengambil bekalan hematinik kerana makanan sahaja tidak
mencukupi untuk memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika
mengandung.
- Ibu hamil yang menghidap anemia biasanya akan mengadu mengalami
keletihan walaupun melakukan kerja-kerja ringan.
- Tanda anemia yang paling mudah dikesan adalah keadaan kulit ibu yang
pucat.
LAMPIRAN

Bentuk sel darah merah yang matang dan sihat

Simptom-simptom yang dialami oleh penghidap anemia


Rajah 1 menunjukkan sel darah merah yang matang.

Rajah 2 menunjukkan sel darah merah yang berbentuk sickle

Hemoglobin mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.


BIBLIOGRAFI

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia
2. http://kidshealth.org/parent/medical/heart/anemia.html
3. http://www.anemia.com/about_anemia/about_anemia.jsp
4. http://www.emedicinehealth.com/anemia/article_em.htm
5. http://www.mayoclinic.com/health/anemia/DS00321
6. http://www.medicinenet.com/anemia/article.htm
7. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000560.htm
8. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/understanding-anemia-basics
9. Longmore , Wilkinson , Turmezei , Kay Cheung , Oxford Handbook of
Clinical Medicine Seventh Edition , 2007 , New York.

You might also like