You are on page 1of 2

Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah

Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan
lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan
sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan
lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Lilin digunakan oleh
pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan
daripada terkena warna baru. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin
tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan
cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke
peringkat warna gelap.

Resis sangat penting untuk dipelajari di sekolah rendah kerana melalui resis murid dapat
murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
Selain itu murid juga dapat Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan resis.
Melalui kegiatan resis juga murid dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam
semua kegiatan seni visual.

Teknik resis yang pelbagai serta penggunaan pelbagai bahan mampu menarik minat
murid untuk belajar. Ini sekaligus dapat meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi
dalam kegiatan seni visual. Teknik resis juga membolehkan murid meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja.
Dengan mempelajari semua ini,murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat
pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai
estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.
Dengan mempelajari teknik resis,murid perlu berkongsi idea dengan rakan dan guru yang
menunjukkan kreativiti dari apa yang dilukis atau dihasilkan. Selain itu,murid juga akan
menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan
yang tidak disukai. Dengan ini ia dapat menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
murid. Ia juga dapat memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis
dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Teknik resis juga
menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid sekaligus memberi
kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja.

You might also like