You are on page 1of 24

JEJAKA SOLEH

AHLI- AHLI SOLEH


• AHMAD FARIS BIN MOHD FAUZI(K)
• AHMAD KAMAL BIN YUSOFF
• AIZAT FAIZ BIN ABDULLAH
• MEGAT AZHAR BIN MEGAT AHMAD
ZAHER
• ABDUL MUNIR BIN ABD RAHMAN
• LUQMAN HAKIM BIN NORBASHAH
PENGENALAN

KONSEP AKIDAH

ASAS AKIDAH SYAHADAH RUKUN IMAN


AKIDAH ISLAM
• Akidah yang menyemaikan keyakinan tentang
kewujudan Allah S.W.T
• Menjadi teras kepada akidah yang salih
• Akidah yang bersumberkan kepada wahyu assamawi
(datang -Nya dari Allah S.W.T) menylamtkan manusia
dari kesesatan kepad petunjuk yang sebenar(ISLAM)
• Firman Allah S.W.T:
• Kamu ( wahai umat muhammad )adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia kerana
kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang
dari perkara ynag (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah
Syeikh abdul aziz al-bazz
mentakrifkan

• Akidah yang salih perkataan danb


perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
Islam yang sesuai dengan dalil syarak
berdasarkan Al-Quran danSunnah dan
menjadi pegangan hidup muslim
Akidah yang salah
• Pegangan yang batal yang mana cabang dan rantingnya
berpunca dari perbuatan dan perkataan yang salah. Olh
itu Allah menolak seagal amalan yang dilakukan.
• Firman Allah
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwajibkan kepada
mu ( Wahai Muhammad ) Dan kepada nabi – nabi yang
terdahulu daripadamu : Demi sesungguhnya jika engkau
( Dan pengikut – pengikutmu ) mempersekutukan
( seseuatu yang lain daripada Allah ) tentulah akan
gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi daripada
orang yang rugi.
(Surah Al Imran:110)
• Islam amat menitikberatkan akidah yang benar
dan akidah yang lain daripada Islam adalah
palsu dan batil.
• Allah berfirman :
Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya inilah
jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-
jalan ( yang lain dari Islam ) kerana jalan-jalan
( yang lain itu ) menceraiberaikan kamu dari
jalan Allah.
(Surah Al-An’am:153)
Syahadah

• Makna Syahadah
• Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi
Muhammad itu adalah Rasulullah.
• Dinamakan dua kalimah syahadat keran mengandungi
dua bahagian syahadat.
• Syahadah pertama ialah, ‘La ilaha illallah’ yg bererti tiada
tuhan melainkan Allah.
• Syahadah kedua pula ialah, ‘Muhammadan Rasulullah’
yg bererti Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah
• Disebut juga Kalimah Tauhid
• Hukum Melafazkan Syahadat
• Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan
kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut Islam
menurut hukum Islam adalah dianggap seorang Islam
atau muslim yang mempunyai hak dan kewajipan
menurut syariat Islam, dan wajib dikenakan ke atasnya
segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.
• Sementara syahadah dengan lidah tetapi tidak diyakini
dgn hatinya disebut syahadat yg dusta (syahadat al-zur)
• Seorng islam itu hndklah terlbh dahulu membersihkan
hatinya drpd sgla bntuk kepercayaan, keyakinan dan
fahaman terhadap benda lain yg lbih berkuasa di dunia
ini dan menyakini sesungguh-sungguh akan kewujudan
dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa
syahadah
• Syarat-syarat dua kalimah syahadat
• Syarat-syaratnya ialah
• wajib mengetahui lafaz dua kalimah syahadat
itu, wajib mengetahui maknanya dan
kandungannya.
• Wajib mengikrar dgn lidahnya serta hendaklah
mengucapkan (membaca) dua kalimah
syahadah dengan selengkapnya.
• Wajib menyakini maksudnya dan tidak
mempunyai keraguan atau merasa sangsi
kebenaran isi dua kalimah syahadat itu.
syahadah
• Hendaklah yakin serta mengamalkan
tuntutan dan kehendak-kehendak dua
kalimah syahadat itu dan menolak
segala apa jua yg bertentangan dgn
maksud yg terkandung di dalam dua
kalimah syahadat itu.
RUKUN IMAN
• Iman bererti:
• Percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi
segala apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
• Segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesangupan
itu.
• Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah
yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.
• Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan
mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai
dan membenarkan kekuasaan Allah dan peraturan-peraturan
Nya.Kepercayaan yang mutlak itu hendaklah mengandungi tiga
unsur penting iaitu:
• Ikrar (dibaca) dengan lidah
• Ditasdiq (dibenarkan) dengan hati
• Dipraktikan dengan anggota
Huraian mengenai rukun iman
• Beriman kepada Allah
• Keimanan kepada Allah merupakan asas pokok di
dalam dasar keimanan seseorng.
• Sesuatu yang wajib ke atas manusia iaitu makrifat
kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin.
• Al-Quran Karim sebenar sumber ajaran dan hukum
Islam yang penting memberikan keterangan yang jelas
mengenai keimanan kepada Allah.
• Firman Allah S.W.T :
• Katakan wahai Muhammad bahawa Allah itu satu.
Allahlah tempat sekalian makhluk bergantung. Tidak
dia beranak dan diperanakkan dan tidak ada
sesiapapun yang setara seumpama dengan-Nya.
RUKUN IMAN
• Beriman kepada malaikat
• Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah.
• Mereka ialah makhluk di alam ghaib.
• Mereka tidak dapat dilihat,didengar,diraba,dicium dan dirasa.
• Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dgn kehidupan
alam semesta yang kita saksikan ini.
• Mereka tidak tidur dan tidak mempunyai nafsu syahwat.
• Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah:
– mereka dapat menyerupai makhluk lain yang bertubuh menurut
kehendaknya setelah mendapat keizinan dari Allah.
– Mereka dapat melalui perjalanan yang jauh dalam jangka waktu yang
singkat.
– Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang tidak
dapat dilakukan oleh makhluk lain.
– Mereka amat patuh kepada suruhan perintah Allah. Tidak sesekali
engkar dan menderhakan kepada Allah.
RUKUN IMAN
• beriman kepada rasul
• wajib yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan
nabi kepada manusia kedunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah
kebenaran dan kebahagiaan didunia dan di akhirat.
• Para rasul yang terdiri dri kalangan manusia bermula dengan Nabi Allah
Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup
bagi Nabi dan Rasul terakhir.
• Rasul diutuskan kepada seluruh manusia
• Nabi hanya untuk kaumnya sahaja.
• Rasul masing-masing mempunyai mukjizat tersendiri yang dikurniakan
oleh Allah bagi menguatkan pengakuan sebagai rasul dan nabi.
• Rasul ulul azmi bererti yang mempunyai keteguhan semangat kekuatan
mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam menghadapi apa jua
cabaran dan dugaaan.
• Mereka ialah Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan
Nabi Nuh a.s
RUKUN IMAN
• beriman kepada kitab-kitab Allah
• bererti kita wajib beriktikad dan
berkeyakinan dengan sebenar-benarnya
bahawa sesungguhnya Allah Taala itu
mempunyai beberapa kitab suci yang
merupakan firman Allah yang hakiki.
RUKUN IMAN
• Kitab Taurat : diturunkan kepada Nabi
Allah Musa a.s, mengandungi hukum-
hukum syariat serta iktikad yang betul,
benar dan diredhai Allah. Wahyu Allah yg
disampaikan kepada Nabi Musa untuk
disampaikan kepada kaumnya.
Kandungan taurat juga menceritakan
kedatangan Nabi Muhammad s.aw.
sebagai rasul terakhir
RUKUN IMAN
• Kitab Injil : Diturunkan kepada Nabi Allah Isa
a.s, mengandungi wahyu-wahyu Allah yang
mengajar manusia kembali menyembah Allah.
Juga diterang tentang kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah yang
terakhir dan penyudah segala rasul dan nabi.
Ada empat kitab injil pada masa sekarang iaitu
Injil matius, Injil Markus, Injil Lucas dan Injil
Johannes.Keempat-empat kitab tersebut
dikarang oleh empat orang pendeta Kristian dan
isinya saling bertentangan antara satu sama
lain.
Rukun Iman
• Kitab zabur
• Diturunkan kepada nabi Daud a.s.
RUKUN IMAN
• Kitab suci Al-Quran : kitab suci yang terakhir
diturunkan kepada umat manusia. Al-Quran
penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w di Mekah dan Madinah
selama 22 tahun 2 bulan 22 hari dan
mengandungi 6236 ayat. Isi kandungannya
sesuai untuk semua bangsa tanpa mengira
warna kulit dan bahasa serta sesuai dalam
semua keadaan dan tempat untuk semua
zaman. Al-Quran bersifat universal. Al-Quran
dapat dibuktikan keasliannya, tidak dicampur
aduk dengan bahasa percakapan manusia.
Qada’ dan Qadar
• Ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi
adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut
penentuan dan ketetapan Allah S.W.T.
• Muslim hendaklah beriman kepada pengabdian
pengetahuan Allah S.W.T. sebagaimana kekuasaan-Nya
untuk membuat sesuatu perancangan dan
melaksanakan segala perangcangan-Nya
• Firman Allah :-
– Maksudnya: “Dan tidaklah kamu berkemahuan (melakukan
sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki oleh
Allah”
(Surah Al-Takwir; 29)
Qada’ dan Qadar
• Dengan itu percaya kepada Qada’ dan Qadar bermakna
mempercayai bahawa penentuan Allah S.W.T. adalah
adil dan bersesuaian denagn kehendak-Nya kepada
manusia hak berusaha dan berikhtiar.
• Peraturan-peraturan berikut bersesuaian dengan-Nya
menjadikan manusia makhluk bertanggungjawab yang
dapat dipersoalkan amalan mereka di dunia dapat
dibalas di akhirat.
RUKUN IMAN
• Beriman kepada hari akhirat
• maksudnya ialah kita wajib beriktikad
dan yakin akan wujudnya Hari Akhirat
atau hari Kiamat
RUJUKAN
• Ahmad Bin Mohd Salleh,Selangor D.E.,
Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd(2004),Pendidikan Islam Asas
Dinamika Guru,Jilid 1 Edisi
kedua(semester 1 dan 3)

You might also like