You are on page 1of 19

RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

RANCANGAN PEMASARAN

Pemasaran merupakan aktiviti pertukaran yang berlaku antara sebuah entiti perniagaan
dengan pelanggan yang mungkin terdiri daripada individu, entiti perniagaan yang lain seperti
pengedar dan peruncit dan juga organisasi seperti bank dan jabatan kerajaan. Konsep pemasaran
adalah berpegang kepada falsafah bahawa segala usaha pemasaran perlu melandaskan keperluan,
kehendak dan kepuasan pelanggan di samping membawa keuntungan kepada perniagaan. Bagi
sesebuah syarikat yang baru, rancangan-rancangan pemasaran memainkan peranan penting
dalam memajukan dan melicinkan perniagaan sesebuah syarikat. Rancangan pemasaran
merupakan satu proses merancang dan melaksanakan konsep, meletakkan harga, mempromosi
dan mengedar produk, idea dan servis untuk membentuk pertukaran bagi memenuhi objektif
individu atau syarikat.

Sesuatu bidang perniagaan yang diceburi oleh usahawan dapat dilihat keberkesanannya
dan kejayaannya melalui pendekatan pemasaran yang diamalkan. Usahawan dianggap berjaya
dari segi pemasarannya sekiranya produk yang dipasarkan itu sampai kepada pelanggan sasaran
tepat pada masanya. Biasanya orang mengaitkan pemasaran sebagai satu bentuk pengedaran
daripada usahawan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun kunci kejayaan dalam perancangan
pengurusan pelanggan bergantung kepada kebolehan usahawan untuk melihat pemasaran dengan
dimensi yang lebih luas lagi. Usahawan di abad ke-21 perlu peka dengan persekitaran pemasaran
yang penuh dengan persaingan.

Syarikat yang ingin mencapai kejayaan perlulah mengetahui keadaan sebenar tentang
kedudukan para pesaing agar dapat melaksanakan usaha-usaha perancangan, pelaksanaan dan
pengawalan perniagaan dengan lebih berkesan. Sebelum operasi perniagaan dimulakan, beberapa
penyelidikan, kajian dan analisi pemasaran perlu dijalankan agar syarikat tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PEMASARAN

Kami telah menetapkan beberapa objektif supaya dapat memenuhi visi dan misi perniagaan
kami. Antaranya ialah:
 Dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan.
 Menawarkan harga yang berpatutan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan tepat pada masa yang ditetapkan.
 Memasarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
 Ikhlas dan amanah dalam memperkenalkan dan memasarkan produk keselamatan kepada
pelanggan.
 Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Matlamat utama syarikat kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat rangkaian keselamatan
di Malaysia. Selain itu, kami juga ingin menjadi sebuah syarikat multinasional yang memasarkan
barangan ke luar negara. Segala usaha yang dijalankan oleh syarikat kami adalah bersih dan
tidak bertentangan dengan hukum agama dan tatasusila dan tidak terlalu mementingkan
keuntungan tetapi mementingkan kehendak pelanggan.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

PERANCANGAN PEMASARAN

Di sini kami sangat mementingkan sikap kami terhadap pelanggan untuk mengekalkan
perniagaan kami. Maka, beberapa perkara seperti di bawah adalah dititik beratkan :-
• Dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.
• Sentiasa mementingkan kualiti barangan yang dibekalkan kepada pelanggan.
• Memperkenalkan barangan yang baru dan berfaedah kepada pelanggan.
• Sentiasa mematuhi kehendak atau keputusan pelanggan.

Selain itu, kami juga membuat perancangan pemasaran melalui media bagi memperkenalkan
barangan, perkhidmatan dan syarikat kami. Antaranya adalah:
 Membuat promosi melalui iklan di TV dan radio dan juga internet
 Membuat promosi malalui surat khabar dan majalah.
 Mengedarkan risalah dan promosi secara tidak langsung daripada pelanggan

STRATEGI PEMASARAN

Bagi tujuan meningkatkan lagi perniagaan syarikat, strategi pemasaran penting demi
menyakinkan para pelanggan dan bakal pelanggan serta pembekal untuk menggunakan
perkhidmatan keselamatan kami. Dengan itu, kami bukan sahaja boleh mendapat keuntungan
dan membina reputasi, malahan juga dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang telah
lama di bidang ini. Strategi pemasaran syarikat kami merangkumi 5 faktor di bawah:
i. Mengenalpasti pesaing
ii. Strategi harga dan cara pembayaran
iii. Keperluan modal
iv. Meramal jualan dan promosi
v. Perkhidmatan
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

(i) Mengenal pasti pesaing


- Syarikat kami mempunyai perkhidmatan yang tunggal dan unik
- Persaingan yang kurang rumit disebabkan perkhidmatan syarikat yang istimewa dan
profesional kurang terdapat di kawasan perindustrian ini.
- Sentiasa memberi perhatian kepada pergerakkan pesaing kami.
- Membuat persediaan awal apabila wujudnya pesaing baru.

(ii) Strategi Harga Dan Cara Pembayaran


- Pemberian kredit kepada syarikat perindustrian atau kilang-kilang besar dan pelanggan
tetap.
- Harga jualan adalah daripada jenis perkhidmatan yang diperuntukkan.
- Perletakan harga mengikut harga globalisasi dan berpatutan.
- Harga barangan dikenalkan sebagai harga jualan.
- 0% diskaun akan diberikan kepada 50 orang pelanggan pertama.

(iii) Keperluan modal


- Pembiayaan yang diperlukan adalah agak tinggi kerana kawasan yang disewa terletak di
kawasan bandar.
- Barangan tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi.

(iv)Meramal jualan dan promosi


- Pengiklanan di internet melalui laman web, akhbar dan yellow pages dan mengedarkan
pamplet serta broucer secara berkala. Contoh, perkhidmatan rundingan percuma atau
risalah percuma diberikan kepada pelanggan baru.
- Laman web dan blog sentiasa dikemaskini supaya perkembangan terbaru mengenai
produk dan insentif yang ditawarkan diketahui oleh pelanggan.
- Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan dan sentiasa memastikan
perkhidmatan yang diperlukan akan memuaskan hati pelanggan.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

(v) Perkhidmatan
- Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.
- Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.
- Pembinaan reputasi syarikat untuk meyakinkan pelanggan.
- Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan semasa urusniaga
- Menyediakan perkhimatan pengangkutan untuk setiap tempahan.

SITUASI (PERSEKITARAN) PERNIAGAAN DAN PERSAINGAN

Perniagaan percetakan pakaian atau lebih dikenali sebagai printing tshirt merupakan
sebuah perniagaan yang berdaya saing di zaman ini. Oleh itu, pemasaran memainkan peranan
yang penting untuk menjayakan perniagaan ini dengan memuaskan pelanggan dan pada masa
yang sama menguntungkan, serta tidak melebihi daripada kemampuan perniagaan kami. Selain
itu, dengan mengenal pasti sasaran pasaran, perniagaan ini dapat mengurangkan pembaziran
sumber dari segi kewangan dan tenaga manusia supaya dapat memaksimumkan keuntungan dan
meningkatkan prestasi perniagaan.
Sasaran pasaran kami adalah 60% dari golongan pelanggan dari kalangan para pelajar
terutamanya golongan remaja, golongan kakitangan kerajaan, manakala bakinya dari golongan
individu, syarikat berprofil tinggi dan juga badan bukan kerajaan.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Sasaran Pasaran

Untuk memastikan usaha pemasaran kami berjaya memuaskan pelanggan dan pada masa
yang sama menguntungkan, perniagaan kami perlu memfokuskan usaha pemasaran kepada
sekumpulan pelanggan terpilih. Ini penting supaya skop usaha pemasaran tidak melebihi atau
terkeluar daripada kemampuan perniagaan kami. Pada dasarnya, kumpulan perniagaan dipilih
berasaskan kepada keyakinan bahawa keperluan dan kehendak mereka dapat dipenuhi oleh
perniagaan dengan tepat.

Kumpulan pelanggan yang terpilih ini lebih tepat dikenali sebagai Pasaran Sasaran.
Maksud sebenar pasaran sasaran adalah sebagai sekumpulan pelanggan yang mempunyai
keperluan dan kehendak tertentu yang dapat dipenuhi oleh perniagaan melalui penawaran
barangan. Perniagaan kami mempunyai sumber tenaga, wang dan masa yang terhad. Pada masa
yang sama, barangan yang ditawarkan tidak mungkin dapat mengisi keperluan dan kehendak
semua pelanggan. Usaha pemasaran yang tidak mempunyai fokus dan cuba memenuhi keperluan
dan kehendak yang terlalu luas boleh mengelirukan pelanggan dan menjejaskan keseluruhan
usaha pemasaran.

Dengan mengenal pasti pasaran sasaran, perniagaan kami boleh menawarkan


perkhidmatan kepada kumpulan pembeli yang dianggap berpotensi untuk menghasilkan jualan.
Selain itu, kami dapat mengelakkan atau mengurangkan pembaziran sumber dalam perniagaan
kami. Seperti yang telah diketahui, perniagaan yang kami jalankan adalah berasaskan
perkhidmatan rangkaian keselamatan. Perkhidmatan ini digunakan dengan meluas sekali dalam
setiap organisasi dan individu di Malaysia. Oleh itu pasaran sasaran kami terdiri daripada agensi
kerajaan, golongan individu, syarikat berprofil tinggi dan juga badan bukan kerajaan.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Saiz Pasaran

Saiz pasaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesebuah perniagaan
yang dijalankan maju dan berkembang pesat. Saiz pasaran merujuk kepada keseluruhan potensi
belian oleh kumpulan pasaran sasaran tanpa mengira pembahagian mengikut pesaing yang wujud
dalam pasaran yang sama. Saiz pasaran lazimnya dinyatakan dalam bentuk unit belian, atau
ringgit belian bagi sesuatu tempoh seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan.
Saiz sasaran adalah meluas di mana kami mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri
bagi menunjukkan syarikat kami benar-benar komitmen dalam memuaskan hati para pelanggan
kami. Namun, ibu pejabat kami terletak di Selangor bagi memudahkan kesemua data pelanggan
kami disimpan setempat. Pasaran yang luas juga meningkatkan jumlah keuntungan syarikat.

3.4.3 Analisis Untuk Saiz Pasaran


RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Anggaran Jualan Tahunan

ANGGARAN JUALAN TAHUNAN JUMLAH JUALAN (RM)


TAHUN 1 250,000.00
TAHUN 2 300,000.00
TAHUN 3 350,000.00

Graf unjuran anggaran jualan bagi 3 tahun pertama


RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Ramalan Jualan

Dengan saiz sasaran perniagaan yang ada, diramalkan hasil jualan pada setiap bulan
terhadap setiap kumpulan pembeli tersebut adalah seperti jadual di bawah:

KUMPULAN HASIL JUALAN (RM)


Utara 8,550.00
Tengah 6,350.00
Selatan 3,400.00
Timur 2,000.00
JUMLAH 20,300.00

Justeru, saiz pasaran ditentukan berdasarkan keseluruhan potensi belian pihak sasaran
perniagaan ini. Berikut merupakan jadual anggaran saiz pasaran kami dalam bulanan mengikut
tempahan:

BULAN JUMLAH JUALAN(RM)


JAN 15,000.00
FEB 18,000.00
MAR 20,000.00
APR 21,000.00
MAY 27,000.00
JUNE 23,000.00
JULY 22,000.00
AUG 20,000.00
SEP 18,000.00
OCT 16,000.00
NOV 23,000.00
DEC 27,000.00
JUMLAH 250,000.00
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Senarai Pesaing

Kebanyakkan pesaing yang adalah syarikat-syarikat keselamatan yang sedia ada.

NAMA SYARIKAT PERKHIDMATAN YANG LOKASI


PESAING DIBERIKAN
E-MA-G-NA-C Sdn. Bhd Percetakan pakaian dan No 60,pekan jitra 2,
penjualan barangan kreatif 06000 Jitra Kedah Darul
Aman.
HP Sdn Bhd Percetakan pakaian dan No 2736, Mk 1, Lorong
menerima tempahan membuat Perusahaan Baru 2, Kaw
cop Perusahaan Mergong 2, Alor
Setar
Dimensi Sdn Bhd Percetakan pakaian No. 73, Lorong 1, Taman
Pertama, Pekan Lama Jitra,
Kedah Darul Aman.

Syer Pasaran
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Berasaskan maklumat-maklumat yang kami dapati melalui pelbagai tinjauan, anggaran


syer pasaran (di semenanjung) dengan kemasukan perniagaan kami adalah seperti berikut:

SYER PASARAN

30

25

20
SYER
%

15

10

e-MA-G-NA-C Sdn. Bhd.

HP Sdn Bhd

Dimensi Sdn Bhd


RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Kekuatan Pesaing

Persaingan banyak memberi kebaikan kepada perniagaan. Ini kerana dengan adanya pesaing,
seseorang usahawan itu akan sentiasa berusaha untuk menyaingi pesaingnya. Dalam erti kata
lain, seseorang usahawan itu akan berusaha melebihi pesaingnya dari segala aspek. Syarikat
kami telah membuat beberapa pengkajian dan tinjauan untuk mengkaji kekuatan syarikat pesaing
kami. Daripada tinjauan yang telah dibuat, antara kekuatan syarikat pesaing adalah :
 Mempunyai modal pusingan yang kukuh kerana telah lama beroperasi.
 Pesaing telah mempunyai pelanggan tetap yang berurusan dengan mereka.
 Mempunyai nama prestasi dan reputasi yang lebih bagus kerana kewujudannya yang
lebih awal.
 Pesaing mempunyai pengalaman khasnya dalam bidang pemasaran, oleh itu segala
masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

3.4.9 Kelemahan Pesaing

Walaupun syarikat pesaing kami telah lama ditubuhkan berbanding dengan kami, namun
begitu syarikat pesaing ini juga mempunyai kelemahan-kelemahan mereka. Dengan adanya
kelemahan pada perniagaan mereka, ini membolehkan syarikat kami mempelajari kelemahan
syarikat mereka dan seterusnya cuba menyaingi mereka. Antara kelemahan pesaing adalah :
 Perkhidmatan dan servis kurang memuaskan kerana pelanggan sering membuat aduan
tentang kesilapan pesanan, barang tidak berkualiti dan kelewatan penghantaran.
 Harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak berpatutan.
 Lokasi perniagaan tidak strategik dan tidak peka terhadap masalah pelanggan.
 Kebanyakan saingan kami menjanjikan penghasilan pakaian yang bermutu tetapi
kadangkala mereka tidak memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan.
 Kebanyakan corak pakaian yang ditawarkan tidak selaras dengan kehendak dan citarasa
pelanggan masa kini.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

Kekuatan E-MA-G-NA-C SDN. BHD.

Setelah menganalisis kelebihan dan kekurangan syarikat pesaing, syarikat kami akhirnya
dapat mengenal pasti kekuatan yang terdapat dalam perniagaan kami. Kekuatan ini memberikan
kami semangat untuk bersaing dengan syarikat lain dalam memajukan perniagaan kami. Antara
kekuatan syarikat kami adalah:
 Tawaran harga yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah kompetitif dan rendah, dan
bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas serta tepat pada masanya,maka pelanggan
tidak perlu risau akan kelewatan penghantaran barangan
 Pelbagai insentif dan juga kemudahan serta potongan ditawarkan kepada pihak
pelanggan.
 Mutu dan juga kualiti produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami adalah lebih baik
berbanding syarikat-syarikat lain.
 Kami juga menerima tempahan secara online melalui laman web kami,ini dapat
memudahkan para pelanggan untuk membuat tempahan barangan.
 Syarikat ini tidak hanya membuat percetakan pakaian semata-mata malah menawarkan
perkhidmatan tempahan barangan cenderahati dan kraftangan.

ANALISA SWOT

Strength (Kekuatan)
- Terdapat perkhidmatan servis selepas jual beli (after sell services) dan penerangan ditawar
bagi pemilihan design yang terkini dan yang lebih menarik..
- Merupakan perniagaan tunggal iaitu tidak melibatkan sistem birokrasi yang rumit.
- Kemudahan tempat meletak kereta secara percuma dan pelbagai bank di sekitar kawasan
syarikat.
- Lokasi perniagaan yang strategik berdekatan dengan kawasan pendidikan dan kediaman
- Syarikat kami juga memberi peluang kepada para pelanggan untuk mereka design mengikut
citarasa mereka yang tersendiri.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

- Menawarkan harga kompetitif dan rendah berbanding dengan syarikat yang lain.

Weakness (Kelemahan)
- Modal tidak mencukupi dan pengaliran modal bermasalah pada peringkat permulaan.
- Kurang pengalaman berniaga dan masa melatih pekerja baru kerana syarikat kami baru
ditubuhkan.
- Belum mempunyai jaringan yang baik dengan pihak sekolah dan IPT serta para pelanggan.
- Reputasi syarikat kurang popular pada peringkat permulaan perniagaan.

Opportunity (Peluang)
- Terdapat banyak institiusi pendidikan dan taman perumahan di sekitar kawasan syarikat.
- Merebut peluang yang ada terutamanya dari para pelajar untuk membuat pakaian universiti,
kelab dan sebagainya.malah kami juga mendapat tempahan dari golongan kerajaan bagi suatu
acara
- Terdapat banyak pasaraya yang mencari pakaian yang mengikut citarasa remaja masa kini.

Threat (Ancaman)
- Terdapat syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan percetakan pakaian yang lebih
canggih dan murah daripada kami.
- Syarikat yang telah lama beroperasi mempunyai pengalaman dan pelanggan yang banyak.
- Kenaikan harga minyak dan isu lain telah membebankan kos pengangkutan dan pengeluaran.
- Kos sara hidup yang semakin meningkat serba sedikit mengurangkan tempahan dari para
pelanggan.
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

3.6 BELANJAWAN PEMASARAN

Imbuhan Pekerja Tahun 1


GAJI ELAUN KWSP PERKESO JUMLAH
JAWATAN BIL BULANAN (RM) (12%) (2%)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pengurus Pemasaran 1 2,000 125 240 40 2,405
Wakil Pemasaran 2 1,500 0 180 30 1,710
JUMLAH 3 3,500 125 420 70 4,115
Jadual Imbuhan Balas Jasa Pekerja

Imbuhan Pekerja Tahun 2


GAJI ELAUN KWSP PERKESO JUMLAH
JAWATAN BIL BULANAN (RM) (12%) (2%)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pengurus Pemasaran 1 2,200 130 264 44 2,638
Wakil Pemasaran 2 1,550 0 186 31 1,767
Pegawai perkhidmatan 1 1,000 0 120 20 1,140
JUMLAH 4 4,750 130 570 95 5,540

Imbuhan Pekerja Tahun 3


GAJI ELAUN KWSP PERKESO JUMLAH
JAWATAN BIL BULANAN (RM) (12%) (2%)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pengurus Pemasaran 1 2,500 135 300 50 2,985
Wakil Pemasaran 2 1,600 0 192 32 1,824
Pegawai perkhidmatan 1 1,000 0 120 20 1,140
JUMLAH 4 5,100 135 612 102 5,949

Perbelanjaan Promosi Bulanan


PERKARA HARGA (RM)
Iklan melalui surat khabar dan majalah 1,000.00
Iklan melalui Radio 4,000.00
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

JUMLAH 5,000.00

Jadual Belanjawan Pemasaran Tahun 1

PERBELANJAAN
BUTIR BULANAN (RM)
Iklan
Suratkhabar dan majalah 1,000
TV dan radio 4,000

Kos buruh tak langsung


Pengurus Pemasaran 2,000
Wakil Pemasaran(2 org) 1,500
Pegawai perkhidmatan 0
 
Kos overhead
Elaun 125
 KWSP 420
PERKESO 70

JUMLAH 9,115

PERBELANJAAN
BUTIR BULANAN (RM)
Iklan
Suratkhabar dan majalah 1,000
Jadual Belanjawan TV dan radio 4,000 Pemasaran Tahun
2
Kos buruh tak langsung
Pengurus Pemasaran 2,200
Wakil Pemasaran(2 org) 1,550
Pegawai perkhidmatan 1000
 
Kos overhead
Elaun 130
 KWSP 570
PERKESO 95

JUMLAH 10,545
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

PERBELANJAAN
BUTIR BULANAN (RM)
Iklan
Suratkhabar dan majalah 1,000
TV dan radio 4,000

Jadual Belanjawan Kos buruh tak langsung Pemasaran Tahun


3 Pengurus Pemasaran 2,500
Wakil Pemasaran(2 org) 1,600
Pegawai perkhidmatan 1,000
 
Kos overhead
Elaun 135
 KWSP 612
PERKESO 102

JUMLAH 10,949
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

JADUAL IMBUHAN PEKERJA BAGI 3 TAHUN PERTAMA

TAHUN JUMLAH (RM)


1 35,380.00
2 46,480.00
3 55,388.00

JADUAL PROMOSI TAHUNAN BAGI 3 TAHUN PERTAMA

TAHUN JUMLAH (RM)


1 35,000.00
RANCANGAN PERNIAGAAN EUW 224- KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN

2 35,000.00
3 35,000.00

JADUAL BELANJAWAN PEMASARAN BAGI 3 TAHUN PERTAMA

TAHUN JUMLAH (RM)


1 70,380.00
2 81,480.00
3 90,388.00

You might also like