You are on page 1of 9

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

STPM 1999 - 2009


Pengajian Perniagaan 2
BAB 2 – KEUSAHAWANAN

BAHAGIAN A
SOALAN 1
1999
(c) Terangkan perbezaan antara usahawan dengan peniaga.
[2]

2000
(c) Jelaskan maksud perikatan strategik, dan berikan dua kaedah bagaimana perikatan
strategik lazim dilaksanakan.
[2]
2001
(c) Huraikan maksud keusahawanan.
[2]

2002
(c) Namakan tiga agensi yang terlibat dalam memberikan bantuan kewangan kepada usahawan,
dan nyatakan satu contoh skim atau pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh setiap
agensi berkenaan. .
[3]

2003
(c) Terangkan program mentor-mentee, tujuannya, dan bagaimana program tersebut
dilaksanakan dalam konteks pembangunan usahawan.
[3]

2004
(c) Huraikan tiga pendekatan dalam mengkaji teori dan model keusahawanan.
[3]

2005
(c) Nyatakan empat faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang usahawan sebelum
memulakan perniagaan.
[2]
2006
(c) Jelaskan konsep perniagaan francais dan berikan dua contoh
[2]

2007

© Mariana Bt. Othman 1


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

(c) Jelaskan bagaimana sesuatu masalah boleh menjadi pencetus peluang kepada seorang
usahawan.
[2]

2008
(c) Huraikan tiga sumbangan usahawan desa kepada industri pelancongan negara
[2]

2009
(c) Jelaskan maksud modal teroka.
[2]

2010

BAHAGIAN A
SOALAN 2
1999
(a) Terangkan empat sumbangan usahawan kepada masyarakat .
[6]
(b) Huraikan tiga pendekatan yang disarankan oleh pakar keusahawanan bagi memahami teori
keusahawanan.
[9]
(c) Terangkan lima faktor yang medorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan
baru.
[10]
2000
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan, dan nyatakan empat kumpulan
yang memerlukannya.
[5]
(b) Terangkan lima faedah seseorang usahawan menyediakan rancangan perniagaan.
[5]
(c) Huraikan kandungan rancangan perniagaan.
[15]

2001
(a) Huraikan empat sifat peribadi usahawan berjaya.
[6]
(b) Huraikan empat sumber idea baru selain pelanggan.
[6]
(c) Terangkan bagaimana pendekatan ekonomi boleh digunakan dalam teori keusahawan.
[3]

© Mariana Bt. Othman 2


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

(d) Bincangkan empat peranan usahawan dalam masyarakat.


[10]

2002
(a) Huraikan empat peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam usaha membangun
dan memajukan keusahawanan di Malaysia.
[4]
(b) Terangkan tiga bentuk francais, dan berikan contoh bagi setiap francais tersebut.
[6]
(c) Seorang usahawan bercadang membuka sebuah kafe siber di sebuah kawasan perumahan
yang baru dibuka. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyediakan rancangan
perniagaan bagi perniagaan itu, Bagi membantu usahawan tersebut, anda telah membuat
tinjauan mengenai aspek pemasaran perniagaan kafe siber. Sediakan rancangan
perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut
[15]

2003
(a) Huraikan peranan agensi yang berikut dalam memberi bantuan kewangan kepada usahawan
(i) Kementerian Pembangunan Usahawan
(ii) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

[6]

(b) Jelaskan lima tujuan rancangan perniagaan daripada perspektif usahawan.


[10]
(c) Bincangkan bentuk khidmat nasihat dan perundingan yang boleh diperoleh daripada agensi
kerajaan, badan berkanun, dan swasta.
[9]

2004
(a) Analisis pasaran adalah suatu komponen rancangan pemasaran. Jelaskan perkara yang
berikut dalam analisis pasaran.
(i) Pasaran keseluruhan
(ii) Pasaran khusus
(iii) Faktor-faktor persaingan
(iv) Pengaruh persekitaran makro

[16]
(b) Jelaskan kepentingan rancangan perniagaan terhadap pihak yang berikut.
(i) Pengurusan
(ii) Pembiaya
© Mariana Bt. Othman 3
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

(v) Pekerja

[9]
2005
(a) Bagaimanakah seseorang usahawan yang inovatif dan kreatif dapat mengurangkan
pembaziran sumber?
[8]
(b) Kualiti bekalan air paip yang rendah, misalnya air yang mengandungi klorin berlebihan, air
yang berkeladak dan gangguan bekalan, sering menjadi rungutan para pengguna.
Bincangkan bagaimana seorang pengusaha yang memiliki ciri inovatif boleh mengambil
peluang perniagaan daripda isu ini.
[8]
(c) Sebuah tempat pelupusan bahan buangan industri sedang dalam pembinaan di Selangor.
Bincangkan bagaimana pengusaha projek tersebut menjalankan tanggungjawab kepada
pihak berkepentingan bagi memastikan keuntungan, disamping menjalankan
tanggungjawab sosial.
[9]

2006
Encik Khamis, seorang usahawan muda telah menerima tawaran untuk mengambil alih perniagaan
barang-barang elektronik daripada seorang pelabur asing. Bagi tujuan pengambilalihan itu, beliau
bercadang untuk mendapatkan pinjaman bank sebagai tambahan modal.
(a) Terangkan tiga ciri peribadi yang perlu ada pada Encik Khamis mengikut pandangan
McClleland. [6]
(b) Huraikan empat manfaat yang akan diperoleh oleh Encik Khamis melalui pengambilalihan
perniagaan tersebut.
[4]
(c) Sediakan draf rancangan perniagaan untuk Encik Khamis bagi tujuan mendapatkan
pinjaman bank.
[15]

2007
(a) Jelaskan bagaimana pelanggan dan jururunding professional dapat membantu memberikan
idea baru tentang perniagaan.
[9]
(b) Encik Sulaiman bercadang untuk membuka sebuah perniagaan yang menghasilkan pakaian
siap untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Dengan modal peribadi berjumlah RM50
000,
Beliau telah merangka satu rancangan perniagaan untuk memulakan perniagaannya.
(i) Huraikan empat tujuan Encik Sulaiman menyediakan rancangan perniagaan.
[8]
(ii) Huraikan empat pihak yang memerlukan rancangan perniagaan yang disediakan oleh
Encik Sulaiman.
[8]

2008
© Mariana Bt. Othman 4
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

Encik Ahmad Fikri merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan perabot di
Selayang Baru, Selangor. Perabot beliau dipasarkan di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Negeri
Sembilan. Baru-baru ini perniagaan beliau menghadapi masalah dari segi modal pusingan dan
pembayaran balik pinjaman kepada bank. Syarikat beliau tidak mampu untuk menjelaskan semua
hutang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
(a) Jelaskan aternatif yang boleh dilakukan oleh Encik Ahmad Fikri untuk mengatasi masalah
melunaskan hutangnya melalui pinjaman dan ekuiti.
[10]
(b) Sediakan rancangan perniagaan dari aspek pengeluaran untuk dikemukakan oleh Encik
Ahmad Fikri kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan.
[15]

2009
(a) Jelaskan tiga sebab seseorang usahawan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan
sendiri.
[9]
(b) Huraikan lima kelemahan dalam pengambilalihan suatu perniagaan.
[10]
(c) Jelaskan empat sifat peribadi yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan untuk
memastikan perniagaannya berjaya.
[6]

2010

BAHAGIAN B
SOALAN 4
1999
Puan Aminah berkebolehan untuk mereka bentuk dan memotong baju dengan baik. Setelah
bersara dari jawatan kerajaan, beliau memulakan perniagaan dengan membeli sebuah mesin jahit
yang berharga RM6000. Mesin jahit yang dibeli oleh Puan Aminah mempunyai jangka hayat l0
© Mariana Bt. Othman 5
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

tahun walaupun digunakan dengan lasak. Puan Aminah menerima pencen bulanan, dan beliau
merasakan mampu menampung kehidupannya jika beliau dapat memperoleh RMl000 sebulan
daripada perniiagaan jahitannya.

Puan Aminah membuat sepasang baju hasil reka bentuk terbarunya sebagai contoh dan
membawanya ke Butik Anggerik untuk dijual. Puan Anis, pemilik Butik Anggerik merasakan
hasil . jahitan Puan Aminah berkualiti dan reka bentuknya menarik dan unik. Beliau mahu Puan
Aminah menghasilkan baju tersebut dalam kuantiti yang banyak untuk dijual di butiknya. Puan
Anis berrtanyakan tentang harga baju tersebut tetapi Puan Aminah belum membuat keputusan
tentang harga baju itu. Puan Aminah memberitahu Puan Anis yang beliau akan datang semula
keesokan hari untuk memaklumkan harga baju tersebut.

Setelah pulang ke rumah, Puan Aminah cuba menentukan harga baju tersebut. Beliau telah
berbelanja sebanyak RM425 untuk membeli kain dan bahan-bahan lain seperti butang, zip, benang,
dan kain lapis. Bahan-bahan ini boleh menghasilkan 50 pasang baju. Beliau juga telah
membelanjakan RM42 untuk membelijarum, kapur, dan minyak pelincir mesin jahitnya. Kegunaan
barang-barang ini adalah untuk tempoh 6 bulan dan oleh sebab beliau bekerja di rumah, beliau
tidak menanggung perbelanjaan lain.

Puan Aminah merasakan bahawa beliau akan mudah menyelesaikan masalah untuk
menentukan harga apabila beliau menghasilkan sehelai baju. Puan Aminah bekerja selama 8 jam
sehari dan 25 hari sebulan. Beliau dapat menyiapkan sehelai baju dalam masa 4 jam tetapi masih
tidak tahu berapakah harga yang sesuai bagi sehelai bajunya.

(a) Berapakah kos sepasang baju yang dijahit oleh Puan Aminah?
[7]
(b) Cadangkan empat cara bagaimana PuanAminah boleh mengurangkan kosnya.
[8]
(c) Berikan lima cara bagaimana Puan Aminah boleh menambahkan nilai baju-baju
yang dihasilkannya.
[5]
(d) Sekiranya Puan Aminah ingin mengembangkan pemiagaannya, cadangkan lima
sumber kewangan yang boleh beliau peroleh.
[5]

2000
Seorang usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan boleh memulakan
perniagaan baru dengan sendiri ataupun dia boleh mengmbil alih perniagaan sedia ada.
(a) Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan perniagaan baru.
[9]
(b) bandingkan kelebihan dan kelemahan menjalankan perniagaan antara perniagaan baru
dengan perniagaan yang diambil alih.
[16]

2001

© Mariana Bt. Othman 6


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

Anda ditugaskan oleh Kelab Bimbingan Rakan Sebaya sekolah anda untuk memberikan
penerangan kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan dari kelas pengajian
perniagaan. Anda merancang untuk melaksanakan tugas tersebut menerusi satu siri kuliah.
Sediakan perincian kuliah anda yang mencakupi topik strategi memulakan perniagaan,
sumber pembiayaan disediakan, dan pihak yang memerlukan rancangan perniagaan.

[25]

2002
(a) Jelaskan bagaimana saluran pengedaran dan Penyelidikan dan Pembangunan boleh
membantu usahawan mencetuskan idea perniagaan.
[5]
(b) Pembiayaan modal perniagaan boleh diperoleh melalui modal ekuiti dan modal hutang.
Jelaskan.
[10]
(c) Dalam membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman kepada usahawan, pihak bank
biasanya akan berpandukan kepada faktor-faktor yang tertentu. Jelaskan faktor-faktor
tersebut.
[10]

2003
(a) Bagaimanakah dasar kerajaan dapat membantu mencetuskan idea yang berguna kepada
seseorang usahawan?
[5]
(b) Huraikan maksud sumbang saran dan nyatakan peraturan sesi sumbang saran.
[8]
(c) Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh yang relevan.
[6]
(d) Bagaimanakah seseorang usahawan desa dapat menyumbang kepada industri pelancongan
negara?
[6]

2004
(a) Terangkan peranan seorang usahawan sebagai model ikutan kepada masyarakat.
[4]
(b) Huraikan perbezaan antara model motivasi keusahawanan David McClelland dengan teori
Joseph Schumpeter dan Israel Kirzner dalam menerangkan kejayaan seseorang usahawan.
[6]
(c) Encik Sulaiman merupakan bakal usahawan dan telah menerima beberapa idea bagi
mengusahakan sebuah perniagaan. Bincangkan langkah-langkah yang perlu beliau ambil
bagi memastikan idea yang diperoleh itu dapat direalisasikan.
[10]

2005
Puan. Bedah, pemilik restoran di Seremban, mendapati perniagaan beliau semakin maju. Beliau
bercadang membuka satu lagi cawangan di Kuala Lumpur dengan mengambil alih sebuah restoran
yang sedang beroperasi.

© Mariana Bt. Othman 7


PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

(a) Jelaskan lima faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum beliau mengambil alih restoran
itu.
[10]
(b) Jelaskan tiga jenis sumber pembiayaan modal untuk tujuan pengambilalihan tersebut.
[6]
(c) Sekiranya beliau ingin menfrancaiskan perniagaannya, jelaskan kelebihan yang
diperolehnya sebagai francaisor.
[9]

2006
(a) Huraikan empat kebaikan dan empat kelemahan perikatan strategik.
[8]
(b) Program mentor-mentee merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh usahawan yang
berjaya untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan. Huraikan empat kaedah lain
yang dapat digunakan bagi tujuan tersebut.
[8]
(c) Bincangkan tiga bentuk bantuan yang boleh diperoleh oleh bakal usahawan daripada agensi
kerajaan.
[9]

2007
(a) Sebelum bersara daripada jawatan kanan dalam kerajaan, Encik Khamis telah mengikuti
beberapa siri kursus keusahawanan dan kewangan. Dengan bermodalkan wang ganjaran
persaraan dan simpanan sendiri yang berjumlah RM2 juta, Encik Khamis telah memutuskan
untuk mengambil alih syarikat Ceria Padu Sendirian Berhad, iaitu sebuah perniagaan
perkhidmatan pembersihan pejabat yang beroperasi di Putrajaya. Perniagaan itu telah
beroperasi lebih dari 10 tahun dan mempunyai 50 orang pekerja terlatih. Kedudukan
kewangan perniagaan itu adalah kritikal kerana perniagaan itu terikat dengan liabiliti. Harga
pengambilalihan yang ditawarkan kepada Encik Khamis lebih rendah daripada nilai bersih
aset syarikat.
Jelaskan lima alasan bagi Encik Khamis mengambil alih syarikat Ceria Padu Sendirian
Berhad sebagai strategi memulakan perniagaan. [10]
(b) Jelaskan lima kelebihan dan lima kekurangan perniagaan francais.
[10]
(c) Perihalkan bagaimana usahawan memperoleh idea baru daripada pesaing.
[5]

2008
(a) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan Model Motivasi Keusahawanan McClelland.
[8
]
(b) Huraikan lima aspek yang perlu ditekankan dalam perjanjian usaha sama.
[5]
© Mariana Bt. Othman 8
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2

(c) Nyatakan empat institusi kewangan kerajaan yang membantu menyediakan pembiayaan
kepada usahawan, dan jelaskan bentuk pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan
tersebut.
[12]

2009
(a) Jelaskan empat sumber idea yang boleh mencetuskan pembentukan perniagaan baru.
[8]
(b) Perihalkan empat sebab kegagalan usahawan kecil dan sederhana berdasarkan faktor
persekitaran perniagaan.
[8]
(c) Encik Ahmad bercadang untuk membuka sebuah stesen minyak di bawah skim francais
Petronas di Johor Bahru. Sediakan satu rumusan eksekutif bagi rancangan perniagaan yang
akan dikemukakan oleh Encik Ahmad.
[8]

2010

© Mariana Bt. Othman 9

You might also like