Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Kursus ini mendedahkan pelajar kepada proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

Beberapa kaedah penyelidikan dibincangkan termasuk teknik-teknik pengumpulan data dan kod etika yang perlu dipatuhi ketika menjalankan penyelidikan di sekolah. Juga diberi perhatian ialah taracara penyediaan cadangan penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. BAB 1: Apa itu Penyelidikan dalam Pendidikan? LearningDomain Objektif Setelah mengikuti kursus ini, anda akan dapat: • • • • • memahami proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan membezakan di antara beberapa kaedah penyelidikan mengetahui memilih kaedah penyelidikan yang sesuai menggubal teknik-teknik pengumpulan data menyediakan satu cadangan penyelidikan yang lengkap

Dalam satu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa “Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”. Berikutan kenytaan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?. Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan. Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan? Diakhir Bab ini anda akan dapat: • • • • memberi definisi penyelidikan menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah menggubal soalan penyelidikan yang baik

Definisi Penyelidikan Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973). Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut: Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik 1. Mengenal pasti Masalah dan menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis

1

Misalnya. • Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir sesuatu organisasi pendidikan. ketagihan dadah di kalangan remaja. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. Menjawab Soalan Kajian atau menerima/menolak hipotesis LANGKAH 1: PENGHASILAN IDEA Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. Jika anda seorang pelatih korporat. masalah ponteng dan sebagainya. bagaimana hendak menjadikan pengajaran sains lebih menarik. Mereka Bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis 3. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. masalah ponteng dan sebagainya. kaedah mengajar. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. bagaimana mempertingkatkan pengajaran pendidikan moral. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. minat pelajar terhadap persekolahan.2. ketagihan dadah di kalangan remaja. Berikut ini ialah beberapa langkah pelajar boleh gunakan untuk mencari masalah. Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan PROSES PENYELIDIKAN Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. anda mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar matematik. Mengumpul dan Menganalisis Data 4. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah sukar bagi kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan pengajian. Setiap pelajar yang ingin menjalankan penyelidikan kan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan langkah penting ke arah menjadi penyelidik matang. 2 . Jika anda seorang pengurus pendidikan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. minat pelajar terhadap persekolahan. • • Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah. bahan pengajaran serta sistem penyampaian maklumat. berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah yang melibatkan dengan ciri-ciri pelajar. berbagai jenis idea wujud dalam bidang latihan yang melibatkan pelajara dewasa. Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap. bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran. • Jika anda seorang guru. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.

masalah yang hendak dikaji walau pun jelas. Contohnya. masih lagi umum dan perlu diperincikan kepada beberapa soalan kajian. Walau bagaimana pun sesetengah penyelidik juga menyatakan masalah kajian dalam bentuk pernyataan seperti. harus membuka peluang untuk diuji secara emprikal. Faedah mengemukakan masalah dalam bentuk soalan ialah kerana ia memudahkan perincian kepada soalan kajian atau hipotesis. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap. “Tujuan kajian ini ialah ………. Contoh: • • Adakah terdapat hubungan antara kebolehan penyelesaian matematik dan kekerapan guru menyoal? Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pencapaian mata pelajaran pendidikan seni setelah diajar dengan kaedah inkuiri-penemuan? Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. SOALAN PENYELIDIKAN ialah suatu pertantaan tentatif berkenaan hubungan antara dua atau lebih fenomena atau variabel.”. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? LANGKAH 2: MENGENAL PASTI MASALAH Lazimnya. • • Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru.. Contoh: Adakah sikap terhadap sekolah berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar? Adalah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pemilihan kerjaya? hendaklah jelas dan tidak mengelirukan dan dinyatakan dalam bentuk soalan.” atau :”Masalah kajian ini ialah ………. jika anda boleh mengukur variabel harga diri dan pencapaian akademik. langkah seterusnya ialah kebolehan menyatakan masalah yang hendak dikaj dalam bentuk ayat yang jelas.• Setelah menegenal pasti apa yang hendak dikaji. anda boleh menghubung kait kedua-dua variable itu. Masalah yang tidak memudahkan pengujian hubung kaitan antara variabel-variabel yang disebut tidak lagi masalah saintifik. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? LANGKAH 3: SOALAN PENYELIDIKAN 3 . Masalah yang hendak dikaji: • hendaklah dinyatakan sebagai hubungan antara dua atau lebih variabel. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap.

monograph dan sebagainya. metodologi yang digunakan. kaedah eksperimen adalah yang paling sesuai untuk menjawab soalan penyelidikan di atas. idea. Iaitu. Iaitu. • • BAB 2: TINJAUAN LITERATUR Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian. Soalan penyelidikan di atas juga mencadangkan bahawa metodologi yang paling sesuai untuk menjawab soalan berkenaan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau sematamata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki. buku. idea dan dapatan yang bersabit dengan topik anda. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal. soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca. ialah untuk menjalankan satu eksperimen. laporan penyelidikan. tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. JANTINA dan PENCAPAIAN MATEMATIK Soalan penyelidikan membolehkan penyelidik mengumpul data. Data boleh dikumpulkan tentang variabel JANTINA (boleh minta murid menyatakan jantina mereka) dan variabel PENCAPAIAN MATEMATIK (murid mengambil ujian matematik dan markah diperolehi).Soalan Penyelidikan: ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA MURID PEREMPUAN DAN MURID LELAKI DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK YANG DIAJAR DENGAN ALAT BANTUAN MENGAJAR? • Perhatikan bahawa soalan penyelidikan menunjukkan hubung kaitan di antara dua variabel. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh di gunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan: Pengenalan • • • • Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas? Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas? Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji? Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut? Kaedah • • Adakah hubung kaitan antara kaedah pengumpulan data dan soalan penyelidikan atau hipotesis? Sejauh manakah penulis mendefinisi dan memerihal tentang pemilihan sampel? Adakah kaedah pemilihan sampel diterangkan dengan terperinci? Adakah usaha untuk mempertingkatkan kesahan dalaman? Sejauh manakah insturmen sesuasi dengan kajian? Adakah dinicangankan tentang kebolehpercayaan dan kesahan instrumen? Adakah diterangkan prosedur pentadbiran instument? Adakah dikenal pasti limitasi kajian? • • • 4 . Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang ketengahkan. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk menyampaikan kepada pembaca ilmu. Tinjaun bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang anda ingin mengkaji. pemenuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda. isu.

Soalan memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru (Hauser. Dalam satu kajian awal oleh Stevens (1912). 1990). Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra sekolah. Untuk mempertingkatkan kefahaman. konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid. mahu pun di universiti. 1994) 2. didapati guru tidak sabar menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih daripada 1. Kajian yang dijalanakan oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari. murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dab Murrell.1 Pengenalan Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru dalam usaha menyampaikan fakta.2 Guru Menunggu Jawapan Murid Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987). didapati guru memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal murid. Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi pendapat dan buah fikiran mereka.5 saat setelah bertanya sesuatu soalan. sekolah menengah. Hornea (1982) melaporkan bahawa dengan memanjangkan masa guru 5 . sekolah rendah.Keputusan • • • Adakah jadual dan graf disampaikan dengan jelas dan boleh difahami? Adakah teknik statistik yang digunakan sesuai dan tahap signifikan dilaporakan? Adakah anda mahu cadangkan analisis statistik untuk kajian ini? Perbincangan • • • • • Apakah kesimpulan kajian? Adakah ramalan yang dibuat berkenaan penemuan munasabah? Adakah penulis mengaitkan menemuan dengan teori? Adajak penulis mencadangkan penyelidikan masa depan? Apakah baik tentang kajian ini? CONTOH: TINJAUAN LITERATUR Tajuk Kajian: Keberkesanan Penyoalan dalam Peningkatan Pencapaian dan Pemikiran Murid dalam Mata Pelajaran ___________________ Soalan Penyelidikan: a) Sejauh manakah penyoalan dalam bilik darjah meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran __________? b) Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian mata pelajaran ________ di antara murid yang ditanya soalan aras kognitif rendah dan murid yang diajar dengan penyoalan aras kognitif tinggi? Bab 2: Tinjauan Literatur 2.

cahaya matahari) terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Kaedah eksperimental mula digunakan dalam pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji keberkesanan berbagai jenis rawatan (seperti baja. 2. kaedah dan prosedur) terhadap pesakit. Juga. markah murid dalam mata pelajaran sains telah meningkat berbanding dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah. Kleinman (1965) menjalankan kajian di kalangan 80 murid sekolah rendah yang mempelajari sains.4 Kesimpulan Masa menunggu jawapan daripada murid dan aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan murid yang mana guru menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah. membuat analisis serta sintesis. BAB 3 KAEDAH EKSPERIMENTAL Apakah itu Kaedah Eksperimental? Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan ialah kaedah eksperimental. jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan tepat. Kaedah ini juga digunakan dalam bidang perubatan untuk menguji keberkesanan rawatan (seperti ubatan. Juga sikap murid terhadap pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras kognitif tinggi. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Smith (1999) yang dapati aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru dalam kelas tidak mempengaruhi pencapaian murid. soalan aras kognitif tinggi berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. 6 . Mills.menunggu jawapan daripada murid. air. murid yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi. Kajian ini telah dijalankan di kalangan 50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula. penglibatan murid dalam kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya lebih bernas. Kadangkala tidak sedar betapa penting menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri yang memberi jawapan. penglibatan murid dalam kelas telah bertambah.2 Aras Kognitif Soalan Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran murid. Murid lemah yang biasanya menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan. 2. Rice dan Berliner 2000) dalam kajian mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras kognitif soalan yang dikemukakan oleh guru semas pengajaran. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang menggunakan soalan aras kognitif tinggi. Adalah diuatarakan bahawa guru yang tanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran murid. Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam pengajaran pendidikan moral dapati bahawa prestasi murid telah bertambah baik apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi. Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kirakira 3 saat setelah soalan dikemukakan. Kini kaedah eksperimen digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Galakkan untuk menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk menjawab sesuatu soalan. Kajian yang dijalankan melibatkan 70 murid sekolah rendah. walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta menggalakan penglibatan murid. PENTING: ANDA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA SEMUA KAJIAN DAN LAPORAN ANDA SEBUT DALAM BAB 2: TINJAUAAN LITERATUR HENDAKLAH DI SENARAIKAN DALAM "RUJUKAN" DI AKHIR CADANGAN PENYELIDIKAN ANDA. Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras kognitif soalan tidak berkesan. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga murid lemah telah digalakkan bertanya dan menjawab soalan. selain pencapaian mereka meningkat. Soalan aras rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakan murid mengaplikasi konsep.

iaitu. Kaedah Kuliah dan Penyoalan Kaedah Permainan Kaedah Inkuiri dan Penyampaian Kaedah Makmal Manakah kaedah dan teknik pengajaran berikut lebih berkesan? Kaedah Eksperimental memang sesuai untuk mengkaji keberkesanan sesuatu kaedah atau teknik mengajar dalam bilik darjah. pelajar diajar oleh guru. Contohnya.Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal (Kerlinger. • Variable Bebas ialah variable yang dimanipulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa perubahan kepada variabel bersandar atau bergantung. jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar dalam kelas. manakala dalam Kumpulan 2. pengajaran menggunakan rakan sebaya dan pengajaran menggunakan kaeadah kuliah. Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis variabel yang penting. iaitu variabel bebas dan variabel bergantung (variabel bersandar). Variabel bergantung (variabel bersandar) ialah akhibatnya daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi. sikap dan sebagainya dinamakan VARIABEL (daripada perkataan Bahasa Inggeris 'Variable'). Contohnya. Variabel Bebas ialah jantina yang dimanipulasi untuk melibatkan perempuan dan lelaki. • Variabel Bebas ialah kaedah mengajar yang dimanipulasi oleh penyelidikan dan terdiri daripada dua jenis. penggunaan kaedah inkuiri dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi. • • Apakah itu Variabel? Mengapa Variabel penting dalam Kaedah Eksperimental? Kaedah mengajar. Variabel 'markah ujian' mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya. iaitu faktor-faktor (selain daripada rawatan) yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud disingkirkan. Variabel mempunyai nilai tertentu. Variabel 'kaedah mengajar' mungkin dibahagikan kepada 'kaedah inkuri' dan 'kaedah kuliah' • • Seorang penyelidik ingin menentukan keberkesanan pengajaran oleh rakan sebaya dalam penulisan karangan di kalangan pelajar tahun 5 di sekolah rendah (Lihat Rajah di atas). jantina. pelajar pencapaian tinggi mengajar pelajar pencapaian rendah. Variabel Bersandar ialah kebolehan Kefahaman Bacaan yang diukur dengan pelajar daripada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 diberi Ujian Kefahaman Bacaan selepas pengajaran • Kumpulan 1: Rakan Sebaya Kumpulan 2: Kuliah 7 . Dalam Kumpulan 1. Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal. untuk menguji sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam matematik di antara lelaki dan perempuan. Variable Bergantung (variabel bersandar) ialah pencapaian matematik. markah ujian. 1973). iaitu. Contohnya. • Variabel 'jantina' mempunyai dua nilai. Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang sengaja diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti markah ujian. 'lelaki' dan 'perempuan' dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk 'lelaki' dan 2 untuk 'perempuan'.

"Kawalan" ialah tindakan yang di ambil oleh penyelidik untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. iaitu. Contohnya. Kesahan ditentukan dengan mencari bukti ujian itu mengukur konstruk yang ingin diukur. 8 . ujian itu dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. respons atau jawapan subjek sama setiap kali ujian itu ditadbirkan. inventori minat. adakah ia menguji kefahaman. skala sikap. Kebolehpercayaan variabel bersandar boleh ditentukan dengan konsistensi repons yang diperolehi. anda dapat memastikan maksud bagaimana penyelidikan lain mengukur kebolehan bacaan. Kemungkinan besar. Kesahan ialah sama ada ujian itu menguji konstruk yang hendak diuji. Dengan membaca bahan literatur. pengaruh faktor lain yang mungkin menjejas keberkesanan rawatan. Menurut Christensen (1988). Sekiranya. murid dalam Kumpulan Kawalan akan mendapat markah tinggi dalam ujian pendidikan kesihatan: Topik "Kesimbangan Makanan" walau pun guru tidak menggunakan alat bantuan mengajar. terangkan apa yang diukur oleh ujian bacaan anda. • • Kebolehpercayaan ujian ialah konsistensi atau kestabilan ujian. Dalam Kumpulan Eksperimental. Salah satu menentukan kesahan sesuatu ujian ialah dengan memberi definisi dan keterangan yang jelas mengenai konstruk tersebut. sebahagian besar subjek di dalami Kumpulan Eksperimantal terdiri daripada murid yang mempunyai penguasaan bahasa yang rendah manakala subjek dalam Kumpulan Kawalan terdiri daripada murid yang mempunyai penguaaan bahasa yang tinggi. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya. adalah penting pengaruh variabel-variabel extraneous atau luar dikawal. anda menggunakan ujian bacaan sebagai variabel bersandar. murid diajar tanpa Alat Bantuan Mengajar. Katakanlah anda telah membahagikan murid kepada dua kumpulan (Lihat Rajah sebelah). ujian personaliti dan sebagainya. murid diajar dengan menggunakan Alat Bantuan Mengajar manakala dalam Kumpulan Kawalan.VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Kefahaman Bacaan Variabel bersandar boleh merupakan ujian pencapaian. Jika. Adalah penting sesuatu ujian bersandar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. kosa kata dan sebagainya. Kumpulan 1: n=35 murid Rakan Sebaya Kumpulan 2: n= 35 murid Kuliah VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Kefahaman Bacaan Apakah yang Maksudkan dengan KAWALAN? Untuk menjalankan eksperimen yang sah. Markah murid dalam Kumpulan Kawalan ini mungkin lebih tinggi daripada markah yang perolehi oleh murid dalam Kumpulan Eksperimental yang diajar menggunakan alat bantuan mengajar. terdapat penyelidik yang menggunakan kaedah eksperimental tidak memberi perhatian sewajarnya kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian (variabel bersandar) yang mengukur kesan sesuatu rawatan.

Oleh kerana. iaitu pengagihan rawak dan memadan. anda mungkin membuat rumusan bahawa penggunaan alat bantuan mengajar tidak membantu murid menguasai fakta dan konsep dalam pendidikan kesihatan. Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Murid Tahun 5 di pilih secara Rawak (n = 70) Populasi Sasaran (semua murid Tahun 5) Pengagihan secara rawak Bagaimana Hendak melakukan KAWALAN? Dua teknik kawalan dibincangkan. Oleh itu. anda perlu memastikan bahawa ciri-ciri dan kebolehan murid yang terdapat dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah hampir sama. 9 . terlalu ramai murid dalam Kumpulan Eksperimental terdiri daripada murid yang tidak fasih dalam bahasa. Pemilihan murid untuk kedua-dua kumpulan itu tidak betul. Apakah yang dimaksudkan dengan "rawak" atau "rambang"? Rawak atau rambang bermakna setiap subjek atau murid mempunyai peluang yang sama atau kebarangkalian sama untuk dipilih dan diagihkan sama ada kepada Kumpulan Eksperimenal (murid diajar dengan alat bantuan mengajar) atau Kumpulan Kawalan (murid diajar tanpa alat bantuan mengajar). bukan "alat bantuan mengajar" itu tidak berkesan. maka kemungkinan besar mereka tidak memahami apa yang mereka membaca dan tidak memahami soalan-soalan ujian.Berdasarkan keputusan ini. 1) Pengagihan Rawak Pengagihan rawak merupakan asas bagi kaedah eksperimental. Teknik Kawalan dalam Penggunaan Kaedah Eksperimental Kumpulan Kawalan (n= 35 murid) Tanpa Alat Bantuan Mengajar Kumpulan Eksperimental (n=35 murid) Penggunaan Alat Bantuan Mengajar VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Pendidikan Kesihatan Topik: "Kesimbangan Makanan" Sebenarnya. iaitu anda MENGAWAL ekseperimen anda.

sambung) Pengagihan rawak dilakukan untuk menyingkirkan bias atau pengaruh faktor-faktor lain dan untuk tujuan ini Jadual Nombor Rawak digunakan. Kedua. 70) melebihi 9.. Sekiranya.Kelebihan pengagihan rawak ialah kerana ia dapat mengawal variabel extraneous atau variabel luar yang diketahui dan juga tidak diketahui. Pilih lajur 1 and 2 (seperti di warnakan di atas). Nombor seterusnya ialah 62 dan agihkannya kepada Kumpulan Kawalan. anda mengagihkan atau memilih murid secara rawak atau rambang. baca nombor-nombor yang terdapat lajur 1 dan 3. Petikan Jadual Nombor Rawak ditunjukkan di sebelah. bilangan murid yang lemah penguasaan bahasa di dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah sama. Nombor seterusnya ialah 90 dan oleh kerana bilangan murid hanya 70. Perhatikan bahawa senarai nombor ini terdiri daripada sembilan lajur dan sembilan barisan dan setiap nombor yang tercatat diperolehi secara rawak dan mana-mana kombinasi nombor juga diandaikan rawak. pilih dua lajur kerana bilangan murid (iaitu. Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) 10 .. kemungkinan besar. bermula daripada atas menggunakan lajur 3 dan 4. Sekiranya.. Pilih pelajar nombor 53 dan agihkannya kepada Kumpulan Ekperimental. anda bertembung dengan nombor yang telah dipilih. bilangan murid tingii pengusaan bahasa di kedua-dua kumpulan juga hampir sama. Anda ingin berbuat demikian untuk memastikan bahawa ciri-ciri dan latar belakang murid di dalam kedua-dua kumpulan berkenaan adalah sama. Anda ingin mengagihkan 35 murid kepada Kumpulan Eksperimental dan 35 murid kepada Kumpulan Kawalan secara rawak atau rambang. Sambil itu. Nombor pertama ialah 53. Pilih murid nombor 10 dan agihkannya kepada Kumpulan Eksperimental. iaitu 10. Kemudian. berikan nombor 1 hingga 70 kepada setiap murid. CARA PENGGUNAAN • Anda telah memilih 70 murid Tahun Lima untuk menjalankan eksperimen. Ketiga. abaikannya. Jadual Nombor Rawak 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 • • • 5 6 9 1 3 5 1 4 3 2 3 2 0 0 2 4 0 2 7 3 9 1 1 5 1 7 6 2 9 4 5 2 6 9 7 1 0 0 1 5 6 2 4 4 3 2 1 2 3 6 7 7 7 7 6 7 8 4 0 7 8 4 7 6 6 8 7 7 5 8 0 1 2 8 4 9 7 8 4 9 7 5 2 2 8 4 3 5 7 • Pertama. Teruskan ini hingga sampai ke penghujung lajur 1 dan 31. Pengagihan Rawak (. tinggalkan nombor tersebut dan baca nombor seterusnya.

Adalah anda yakin pertambahan markah atau skor yang diperolehi oleh murid di dalam Kumpulan Eksperimental di sebabkan oleh penggunaan alat bantuan mengajar dan bukan faktor-faktor lain? Inilah yang maksudkan dengan "Kesahan Dalaman".Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pendidikan Kesihatan Mengagih SEORANG secara rawak kepada: 2) MEMADAN Pengagihan rawak ialah teknik berkesan untuk memastikan subjek yang diagihkan kepada kumpulan-kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. anda ketahui bahawa prestasi dalam pendidikan kesihatan mungkin mempengaruhi rawatan yang anda ingin menguji. 11 . Ulang prosedur ini sehingga kedua-dua kumpulan terdiri daripada murid yang prestasi pendidikan kesihatan hampir sama. adalah peningkatan pencapaian ini disebabkan oleh kerana guru menggunakan alat bantuan mengajar atau disebabkan oleh faktor-faktor lain. Berdasarkan markah atau skor yang diperolehi dalam ujian tersebut. 2 murid pencapaian TINGGI 2 murid pencapaian RENDAH • Kemudian. pilih DUA murid yang mendapat markah rendah dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan. • • Mula dengan memilih DUA murid yang mendapat markah tinggi dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan (Lihat Rajah di atas). Anda tanya diri sendiri. Setelah menjalankan eksperimen tersebut. Seterusnya. Untuk menyamakan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di antara murid di dalam kedua-dua kumpulan. pilih DUA murid yang mempunyai pencapaian sedehana dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan. Ujian Pos • • Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pra KESAHAN DALAMAN Apakah itu Kesahan Dalaman? Anda sedang merancang menjalankan suatu eksperimen untuk menentukan keberkesanan penggunaan alat bantuan mengajar dalam meningkatkan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di kalangan murid Tahun 5. Satu lagi teknik yang digunakan ialah Memadan. Dengan merujuk kepada eksperimen yang dibincangkan setakat ini. bagi tajuk "Kesimbangan Makanan" telah meningkat di kalangan murid yang diajar dengan penggunaan alat bantuan mengajar berbanding dengan murid yang diajar tanpa alat bantuan mengajar. anda dapati pencapaian dalam pendidikan kesihatan. Anda ingin memastikan bahawa pencapaian dalam pendidikan kesihatan boleh mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. ujian semester atau pun ujian yang gubal sendiri. anda boleh menggunakan markah atau skor yang diperolehi dalam sesuatu Ujian Pendidikan Kesihatan (seperti ujian bulanan.kumpulan itu.

Menjadi sukar untuk menentukan sama ada perubahan pengetahuan pendidikan kesihatan disebabkan oleh pengajaran atau murid secara semula jadi menjadi lebih kematangan. semasa eksperimen dijalankan. murid mungkin berubah setalah menjadi lebih matang. Jadi. Eksperimen yang dijalankan adalah seperti di gambarkan di atas. d) Instrumentasi Kesahan dalam terjejas apabila ujian-pra dan ujian-pos adalah tidak sama. Peristiwa seperti ini mungkin mempengaruhi tahap pengetahuan murid berkenaan topik yang anda mengajar dan menjejas eksperimen. Ujian Pendidikan Kesihata berkenaan Tajuk :Kesimbangan Makanan" diberikan kepada murid-murid sebelum eksperimen dijalankan dan ini dipanggil UJIAN PRA dan selepas eksperimen ujian yang sama diberikan dan ini dipanggil UJIAN POS. ada kemungkinan murid berfikir semula jawapannya pada pra-ujian dan menukar pendapatnya dalam ujian-pos. c) Pengujian Bagi ujian yang menguji pengetahuan. Perubahan-perubahan ini dipanggil sejarah. keputusan eksperimen berkenaan menunjukkan bahawa murid di dalam Kumpulan Eksperimen berjaya memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid di dalam Kumpulan Kawalan. KESAHAN DALAMAN ialah sejauh manakah variabel extraneous atau variabel luar telah dikawal atau disingkirkan apabila mengendalikan sesuatu eksperimen. PENYELIDIKAN TINDAKAN 12 . APAKAH YANG BOLEH MENJEJAS KESAHAN DALAMAN EKSPERIMEN ANDA? Lihat sebelah untuk jawpannya. setelah mentadbir ujian-pra. sekolah menjemput wakil daripada Jabatan Kesihatan untuk untuk memberi cermah kepada murud berkenaan "Makanan dan Kesihatan". Sepertimana yang nyatakan dahulu. Ujian Pos Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pra ANCAMAN KEPADA KESAHAN DALAMAN Campbell dan Stanley (1963) telah kenal pasti faktor-faktor berikut yang mungkin menjejas kesahan dalaman sesuatu eksperimen. sukar untuk menentukan sama ada perubahan disebabkan oleh rawatan atau murid berjaya mengingat beberapa soalan. Kadang kala penyelidik tidak sedar dia telah mengubah item-item dalam salah satu ujian. ada kemungkinan murid dapat mengingat soalan ujian-pra dan membetulkan jawapannya dalam ujian-pos. Jika anda mengkaji tentang sikap pula. b) Kematangan Di antara tempoh masa ujian-pra dan ujian-pos ditadbirkan. menulis semula soalan-soalan tertentu dan sebagainya. Jadi. Perhatikan bahawa murid dalam kedua-dua kumpulan diuji DUA KALI. perubahan sikap yang berlaku bukan disebabkan oleh pengajaran tetapi adalah kerana pelajar itu menukar pendiriannya apabila ditanya semula. membuang soalan-soalan lemah. Perubahan-perubahan ini menyebabkan kesan instrumentasi. a) Sejarah Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa tertentu berlaku yang mengubah persekiataran semasa eksperimen dijalankan. Contohnya. penyelidik cuba membaiki ujian-pos seperti membetulkan ejaan. Ini tidak bermakna penyelidik tidak boleh membuat pembetulan BAB 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Contohnya.Pendek kata.

berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka.PENGUMPULAN DATA 4. guru yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif. ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang dilakukan 3. MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN? Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru: • • Pertama. menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka. ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka Kedua. strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya. akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat. strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT langkah (lihat Rajah sebelah). melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran. Contohnya.PERANCANGAN 2. FASA PERTAMA Langkah 1: PERANCANGAN • • • • • Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang? Langkah 2: PELAN TINDAKAN • • Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah.REFLEKSIANALISIS DATA 1. tentukan manakah anda akan mengubahsuai? 13 .• • • • digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.PELAN TINDAKAN PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah.

PERANCANGAN SEMULA 6. latihan.Hasil kerja murid seperti lembaran kerja. berguna dan tidak memakan terlalu banyak masa .Temu duga murid .PERANCANGAN 14 .PELAN TINDAKAN 5.PELAN TINDAKAN 7. iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku 5. karangan.Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas .• Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah. guru lain.merekod pendapat. Panduan Pengumpulan Data: .Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di kalangan murid .Anda hendak jelas tentang bagaimana anda ingin menggunakan data yang dikumpulkan .mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah .REFLEKSIANALISIS DATA 1.PENGUMPULAN DATA 4.Adakah data menerangkan apa yang anda berhasrat? . strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda.Adakah maklumat berguna dapat dihasilkan dariapada data yang dikumpulkan? 3.ANALISIS & REFLEKSI Fasa 1 Fasa 2 Langkah 3: PENGUMPULAN DATA • • Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan? Teknik Pengumpulan Data: . tulisan dan lain-lain .Jurnal . lukisan.Dapatkan data daripada pelbagai sumber . perasaan dan pandangan guru .Tentukan banyak mana data anda hendak mengumpul .Data yang dikumpulkan hendaklah tepat.PENGUMPULAN DATA 8.Anda hendak jelas mengapa anda mengumpul data .Buku nota .Tape audio perbualan dengan murid.MERANCANG 2.

guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan.PELAN TINDAKAN 7. guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya.. Susunkan "perkataan".PENGUMPULAN DATA 8.. "frasa". Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas. guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian. "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu. guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil. anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar. • • • • • • Fasa 1 Fasa 2 Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA • Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan.. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.. murid suka membuat kerja secara berkumpulan.) Langkah 4: REFLEKSI ..SEMULA 6. • Langkah 6: PELAN TINDAKAN • SAMA SEPERTI LANGKAH 2 Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI • SAMA SEPERTI LANGKAH 4 Langkah 7: PENGUMPULAN DATA • SAMA SEPERTI LANGKAH 3 Manakah kaedah penyelidikan saya patut menggunakan.ANALISIS DAN REFLEKSI PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN (sambung. kekerapan..ANALISIS DATA • Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan"... murid pandai membantu murid lemah. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus. kaedah ekspermental atau penyelidikan tindakan? 15 .. sisihan piawai dan sebagainya. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul. Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan. "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan". "frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan. "ayat pendek" dan sebagainya. pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Kaji dengan teliti "perkataan". min. Cari tema.

pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Untuk tujuan tersebut terdapat TIGA teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan: • • • Pemerhatian Temu Bual Bukti Dokumen (seperti hasil kerja murid . Sesuatu yang biasanya dianggap rutin dalam bilik darjah. anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas. Pemerhatian (1) PEMERHATIAN (Observation) Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. kaedah eksperimental lebih memadai. meminjam buku murid lain. Untuk itu. bagi anda sebagai penyelidik dianggap sebagai maklumat penting. anda dapat merapatkan diri dengan murid disamping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. mendengar.tulisan. Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data juga memastikan pengkaji tidak hanya bergantung kepada satu teknik. Sebaliknya.Penyelidikan Tindakan tidak bertujuan untuk menggantikan kaedah eksperimental. Lazimnya. Penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda kurang pasti apa akan terjadi dalam bilik darjah ketika anda melaksanakan sesuatu kaedah atau strategi. Ini dimaksudkan dengan triangulation atau memperkukuhkan data. Contohnya. mengusik murid lain dan sebagainya. anda telah memerhati sesuatu tingkahlaku yang berlaku di kalangan murid tetapi kurang pasti apakah yang menyebabkannya. memerhati dan bertanya untuk mendapatkan memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. apabila anda ingin menunjukkan KEBERKESANAN sesuatu kaedah atau strategi mengajar. penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda ingin mengubah sesuatu kaedah atau strategi mengajar ketika melaksanakan kaedah atau strategi berkenaan. lukisan) Penggunaan beberapa teknik pengumpulan dara bertujuan memberi triangulation atau pengukuhan data. mengetuk meja dengan pensel. Setiap data atau maklumat yang diperolehi diperkuatkan dengan pemerolehan maklumat data atau maklumat dengan teknik lain. Dengan kehadiran dalam kelas. Melalui pemerhatian. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan "data deskriptif" supaya mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam bilik darjah. a) Catatan Lapangan (Field Notes) 16 . Hal ini akan memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan. dalam pemerhatian anda akan melihat-lihat. anda mungkin boleh temu bual beberapa murid untuk memastikan apakah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan yang realistik. Di dalam situasi tertentu.

Saya telah mengajar selama 15 tahun dan baru sedar bahawa pengajaran saya memang berpusatkan guru. • • b) Catatan Jurnal (Journal Notes) Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran. memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan membuat komentari secara peribadi terhadap data yang didapati.) 17 . murid yang enggan bercampur gaul. "tin kosong" dan saya sebagai guru perlu • • • Apabila saya mengaitkan sesuatu idea yang dipelajari dengan keadaan sebenar atau dunia sebenar. perancangan.. murid yang kerap bercakap.. Apabila sahaja anda teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas semasa menjalankan kajian.. • Contoh Catatan Lapangan: • Murid tertarik dengan cerita-cerita saya. murid lebih memahami dan minat mereka juga telah bertambah. jawapan yang diberi. masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas. dilema. Murid yang lebih pandai minat membantu murid lemah dalam penulisan karangan. Dengan perkataan lain. arahan yang diberi dan sebagainya fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid. Perbualan di antara murid lemah dan murid pandai lebih kerap. Beberapa idea diberi oleh murid pandai kepada murid lemah. pengalaman.Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. mengapa selama ini saya yang paling banyak bercakap dalam kelas? Baru saya sedar bahawa sebahagian besar pernyataan yang saya buat di kelas bermula dengan "Jangan". Zambri dan Swee Leong yang selalu diam kelihatan lebih cergas dan juga telah cuba bercakap. Catatan jurnal adalah seperti menulis sebuah diari dimana anda ber • • • peluang meluahkan perasaan. murid lebih selesa. Saya telah menganggap murid sebagai mencurahkan ilmu ke dalam "otak murid". Contoh Catatan Jurnal: • • Saya tanya sendiri. pendapat.. Kini saya elak menggunakan perkataan "jangan". iaitu pernyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya. murid yang tidak minat dan sebagainya. anda dikehendaki mencatatnya dalam jurnal. anda mencatatkan apa yang anda perhatikan secara langsung seperti: • pernyataan verbatim. murid yang menunjukkan minat. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung. Soalan-soalan yang dikemukakan sungguh mencabar.. Lebih ramai murid perempuan mengangkat tangan dan bertanya soalan.

Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran dijalankan Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh murid. Ini dimaksudkan sebagai TRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. thoughts. • • "Adakah anda suka berbincang dengan kawan-kawan anda?". data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan. We interview people to find out from them things we cannot directly observe. m. mendengar guru bercakap atau berbincang dengan kawan?".. Melalui temu bual. Anda mungkin temu bual mereka sebelum. anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap.s. perasaan. minat. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. We have to ask questions about those things. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas. We cannot observe how people organise the wjorld and meaning they to what goes in the world. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Dengan menemu temu bual Saiful. Cara Melakukan Temu Bual • Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat. "Manakah anda lebih suka. • • Berikut ini ialah panduan umum dalam temu bual proses pengajaran dan pembelajaran: 1) Mengenal pasti dan menentukan perlakuan atau tingkah laku yang tunjukkan. Contohnya. pengetahuan. kad kredit. Ini adalah penting. tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980). Murid kelihatan sungguh seronok berbincang dalam kumpulan kecil.. temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. 2) Tanya murid mengapakan sesuatu perlakuan atau tingkah laku di tunjukkan. anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang.. and intentions. semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.. perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif..Teknik Temu Bual (2) TEMU BUAL (Interview) Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah guru dan juga penyelidik. Mengapa? 18 . then is to allow us to enter into the other person's perspectives (hal: 196). iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa berada di perpustakaan. anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap. konsepsi. m. Bagaimana pun.. We cannot observe feelings. Menurut Patton (1980). Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah.s. bank atau sebagainya. The purpose of interviewing.

sajak.• • • Sukakah anda jika semua mata pelajaran memberi murid peluang berbincang? Mengapakah anda ketawa tadi? Dalam perbincangan tadi siapakah yang banyak sekali bercakap? Dalam kumpulan ini. Hasil kerja seperti senarai semak ujian kecerdasan. data juga boleh diperoleh daripada dokumen. Contoh Bukti Dokumen: • • • • • • • Nota yang dibuat oleh murid Latihan yang dibuat oleh murid Karangan.. Pengutipan dan pengumpulan maklumat daripada dokumen membolehkan anda menambah. bola jaring.) (3) BUKTI DOKUMEN (Document Evidence) Di samping teknik pemerhatian dan temu bual. catatan kebolehan bermain bola. arca. 19 . temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-verbal language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka ditemu bual. sepak takraw dan sebagainya. model. not-not muzik dan sebagainya.. pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian.sebagai ketua? 3) Seelok-eloknya. kraf tangan dan sebagainya • • Hasil kerja seperti ujian nyanyian.. Pita audio / video / Filem Diari / Buku catatan murid • • BUKTI DOKUMEN Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk. permainan perkusi.... puisi oleh murid Ujian yang diberikan kepada murid Lukisan murid Gambarajah yang dibuat oleh murid Hasil kerja seperti rekaan. Inilah yang dimaksudkan TRIANGULASI..... permainan alat muzik. membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatiang dan teknik temu bual. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung... adakah seorang ketua? Mengapakah anda memilih .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful