You are on page 1of 1

Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia

Setiap orang pasti bangga menjadi rakyat negara mereka sendiri. Begitu juga dengan
saya. Saya amat bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara
yang aman dan damai. Walaupun negara Malaysia berbilang kaum dan agama, kita tetap
akan bekerjasama dan berdiri teguh sebagai 1Malaysia.

Saya dan keluarga saya tidak pernah menghadapi masalah dari segi kewangan
kerana kekayaan ibu bapa saya berpunca daripada pembangunan negara. Jika dibandingkan
dengan negara yang lain, rakyat negara Malaysia tidak hidup dengan susah. Mengapa?
Kerajaan selalu menolong orang yang susah untuk meringankan beban mereka. Contohnya,
Bandar Gaza. Negara kita, dengan seikhlas hati, telah menderma kepada rakyat Gaza untuk
menghapuskan air mata merka.

Negara Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.


Apabila kami sekeluarga pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di negara ini,
kami berasa bangga kerana tempat-tempat tersebut menarik perhatian orang dari luar
negara. Jadi, semua orang dapat menikmati keindahan negara Malaysia. Oleh sebab itu,
negara kita terkenal di seluruh dunia dan ekonomi negara turut meningkat.

Di negara kita, tiada apa-apa peperangan yang berlaku. Jadi, tiada nyawa akan
diragut begitu sahaja. Rakyat Malaysia pun dapat hidup dengan tenangnya tanpa kekacauan
. Selain itu, negara kita mempunyai banyak makanan tradisional yang enak dimakan.
Setelah mencubanya, kita pasti inginkan lebih.

Malaysia adalah sebuah negara yang melahirkan banyak atlet yang amat berbakat
dan rakyat yang berguna. Lee Chong Wei ialah pemain badminton kebanggan negara
Malaysia. Beliau merupakan pemain badminton yang terunggul di dunia. Beliau memberi
inspirasi kepada generasi muda untuk gigih berusaha dan terus berjaya.

Terdapat banyak perkara yang menjadikan seseorang bangga menjadi rakyat


Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang maju. Semua rakyat Malaysia pasti berani
menyatakan bahawa mereka bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya amat bangga dan
beruntung menjadi rakyat Malaysia.

Ditulis oleh: Deifilia Chong Min Li (6C/2010)

You might also like