You are on page 1of 5

Sinopsis Cerpen Mariah

Cerpen ini mengisahkan tekanan jiwa yang dialami oleh seorang pelajar tingkatan enam bernama Mariah kerana perlakuan
ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Edah, rakan Mariah menyampaikan hajat Cikgu Tini supaya Mariah berjumpa dengannya
di bilik kaunseling pada masa pertama selepas rehat. Pelbagai persoalan bermain-main di kepala Mariah sebelum bersemuka
dengan Cikgu Tini. Dalam pertemuan yang disifatkan sebagai pertemuan kakak dengan adiknya, Cikgu Tini cuba menyiasat
punca-punca yang menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik Mariah. Mariah berasa amat malu untuk meluahkan
masalahnya yang sebenar, tetapi dia tidak sanggup untuk berbohong. Apabila Mariah diminta supaya berterus terang kerana
Cikgu Tini sudah mengetahui segala-galanya, Mariah mula menceritakan masalah yang sedang dihadapinya. Mariah
menceritakan bahawa kematian adiknya, Hilmi menyebabkan ayahnya berasa bersalah dan jiwanya tertekan apabila disalahkan
oleh ibu. Ayah Mariah mula menjadi seorang kaki botol dan tekanan perasaannya lebih parah lagi apabila isterinya turut
meninggal dunia selepas itu. Keadaan ayahnya semakin menjadi tidak menentu dan mabuk serta sering meminta wang
daripada Mariah. Mariah menghadapi dilema untuk menunaikan permintaan ayahnya sedangkan dia mempunyai keperluan
untuk membeli buku rujukan.
Setelah mendengar pengakuan ikhlas daripada Mariah, Cikgu Tini cuba membantu Mariah dengan meminjamkan beberapa
buah buku rujukan kepadanya. Sebaik sahaja Mariah keluar daripada bilik kaunseling, Edah memberitahu Mariah supaya ke
pejabat untuk urusan biasiswa. Namun, sebelum sempat ke pejabat, Bibah datang memberitahu Mariah bahawa ada seorang
pemuda bernama Borhan ingin bertemu dengannya. Borhan menyampaikan berita sedih tentang kemalangan yang menimpa
ayah Mariah. Cikgu Tini tidak dapat menahan kesedihannya setelah mendapat tahu berita tersebut. Borhan menyatakan
hasratnya untuk membiayai kos persekolahan Mariah sekali gus ingin melihat Mariah berjaya dalam pelajaran.

Sinopsis Cerpen Di Sisi Rinda

Cerpen ini mengisahkan pengorbanan seorang lelaki tua bernama Jumari Jipan yang terpaksa menjaga seorang anak yatim piatu
iaitu Deliah akibat daripada tragedi peperangan yang memisahkannya dengan keluarga yang turut terkorban. Seluruh keluarga
Deliah terkena ledakan born dan dia tinggal sebatang kara. Jumari Jipan terharu mengenang nasibnya lantas mengarnbil
keputusan untuk menjaga Deliah bersama-sama dengan kucingnya yang bergelar Rinda apabila rnengenang kembali ikatan
persahabatan yang terjalin antara Jumari dengan datuk Deliah iaitu Ripin. Jumari amat menyayangi Deliah kerana dia tidak
mempunyai cucu sendiri.

Pada suatu hari ketika Jumari dan Deliah berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah yang terbiar, mereka terjurnpa sebilah keris
pusaka yang dianggap oleh Deliah sebagai keris sakti milik datuk Deliah iaitu Ripin di sebuah tempat yang mempunyai pelbagai
cerita mitos. Semasa arwah datuk Deliah masih hidup, keris tersebut dikatakan masih ada tetapi terus ghaib sampailah dia mati.
Malah seingat Jumari, keris itu sudah pun hilang beberapa waktu sebelum kematian kawannya itu. Sementara itu, Jumari
mendapati ada beberapa buah khemah yang sudah didirikan di sekitar tempat tersebut oleh tentera Jepun. Suasana
persekitarannya amat sunyi kerana sebahagian besar daripada penduduk kampung telah meninggalkan kawasan itu sebelum
kemaraan tentera Jepun. Tanpa disedari, tiba-tiba datang seorang askar Jepun menghampiri mereka untuk mengambil kucing
kesayangan Deliah. Tetapi, Deliah dan Jumari cepat bertindak dan terus melarikan din menuju ke jeti untuk menaiki bot. Deliah
yang sudah biasa dengan semak-samun di situ berlari dengan mudah di celah-celahnya, dan sesekali terdengar bunyi tembakan
dari arah belakang. Rupa-rupanya mereka tertembak sesama sendiri. Deliah berasa lega apabila mendapati Jumari turut
selamat dan terus menaiki bot di samping menyedari keris tersebut benar-benar hilang.

Sinopsis Cerpen Sebutir Pasir di Kaki

Cerpen ini mengisahkan sikap tegas Fuad yang tidak rela membiarkan Datuk Sukar mengambil alih tanah pusaka arwah
ayahnya. Kejadian itu berlaku sewaktu Fuad bercuti di Singapura dan Datuk Sukar cuba mendapatkannya dengan meminta ibu
Fuad menurunkan cap jarinya di surat serah kuasa. Fuad sangat marah dengan tindakan Datuk Sukar yang
membelakangkannya. Lantas, Fuad bertekad untuk berjumpa dengan Datuk Sukar dan mengambil semula geran tanah dan
membatalkan surat serah kuasa yang ditandatangani oleh ibunya. Walaupun dilarang oleh ibunya, Fuad tetap berdegil dan
terus ke rumah Datuk Sukar. Setelah didesak, Fuad menjelaskan maksud kedatangannya kepada Datin Sipah dan Junainah
sementara menanti Datuk Sukar balik.

Sekembalinya Datuk Sukar dari jamuan kerajaan, dia sudah dapat menjangkakan maksud kedatangan Fuad. Datuk Sukar cuba
menerangkan kedudukan yang sebenarnya tentang tujuan pengambilalihan tanah tersebut dan menjelaskan projek yang
sedang dirancang secara usaha sama dengan tauke Ban Heng. Dia menawarkan harga yang agak lumayan sebagai ganti rugi
kepada Fuad supaya dia dapat membeli lebih banyak tanah lain. Namun, segala tawaran Datuk Sukar ditolak oleh Fuad kerana
dia tidak sanggup meninggalkan bandar tersebut dan membiarkan tanahnya diambil untuk kepentingan orang lain. Malah, Fuad
turut menyatakan kesediaannya untuk mencarikan Datuk Sukar tanah yang lain jika diperlukan. Bagi Fuad perkara ini bukanlah
kecil baginya kerana soal tanah pusaka ini melibatkan masa depan keluarganya. Tindakan tegasnya menyebabkan Datuk Sukar
marah dan menganggap Fuad cuba menggagalkan projeknya dan melepaskan peluang untuk menjadi kaya-raya. Kemarahan
Datuk Sukar tidak dapat dibendung kerana dia amat kesal dengan sikap Fuad yang tidak mengenang budi dengan mengungkit-
ungkit segala kebaikan dan keistimewaan yang diberikannya kepada Fuad. Selain itu, dia turut memberhentikan Fuad daripada
syarikatnya dan memutuskan hubungan cinta yang terjalin erat antara Fuad dengan Junainah, sekali gus membatalkan
hasratnya untuk menerima Fuad sebagai menantunya.

Sambil menyerahkan semula geran tanah tersebut, Datuk Sukar terus mengusir Fuad keluar dari rumahnya. Fuad menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan. Pada masa itu, kedengaran suara Datin Sipah memanggil Junainah dan Fuad untuk meminta
bantuan mereka kerana Datuk Sukar pengsan.

Sinopsis Cerpen Aku, Kris dan Kristal

Cerpen ini mengisahkan pengalaman hidup suka duka seorang anak dagang bernama Hana Hashim, ketika melanjutkan
pelajarannya di Cardiff, Britain. Semasa berada di sana dia rapat dengan Kris dan Kristal. Mereka menjadi sahabat karib.
Sebelum berpindah ke apartmen, Hana dipelawa oleh Kris untuk tinggal di rumah ibu Kris, semasa ayah Kris bertugas di
Malaysia. Hana sering dibawa oleh Kris dan Kristal melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Britain. Walau
bagaimanapun, Hana yang mempunyai pegangan agama yang kuat sentiasa menjaga adat ketimuran dan batas pergaulannya.
Apabila berpindah ke apartmen bersama-sama dengan rakan-rakan, Hana bebas untuk mengadakan usrah dan mengikuti
program yang dianjurkan di Malaysian Hall. Puan Doogan, ibu Kris sesekali datang menjengok Hana. Sejak itu, perhubungan
antara Hana dengan Kristal mulai renggang dan tidak semesra dulu apabila Kristal mendapati Hana mendapat perhatian yang
lebih daripada Kris. Tanpa diduga, Hana menerima sepucuk surat dari kampung yang memintanya untuk menerima peminangan
daripada Cikgu Wan Hadi. Hana tidak membantah, malah menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapanya untuk membuat
keputusan.

Pada masa yang sama keadaan salji di luar sudah beransur kurang. Hati Hana semakin sebak apabila mengenang kembali detik-
detik pertemuannya dengan Kris dan Kristal. Kristal pernah menemui Hana untuk bertanya tentang hubungannya dengan Kris.
Hana berterus terang dan menafikan sebarang ikatan dengan Kris sambil memberitahu Kristal bahawa dia sudah pun bertunang
dengan orang lain. Kristal berasa lega dengan pengakuan Hana. Lewat senja, Hana menerima panggilan telefon daripada Kris
kerana dia ingin berjumpa dengan Hana. Kris menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya di Jerman Barat kerana
kecewa apabila mendapat berita bahawa Hana sudah bertunang. Kristal turut kecewa kerana pemergian Kris dirahsiakan
daripadanya. Mulai saat itu, Kristal berkenalan dengan Fiztgerald dan tingkah lakunya semakin berubah. Perasaan kecewanya
terhadap Kris membuat Kristal mengambil tindakan membunuh din dengan mengambil terlalu banyak pil tidur. Ketika Hana
mengenang kembali detik pertemuannya dengan Kris dan Kristal beberapa tahun yang lain, serta memerhatikan keadaan salji di
luar jendela, tiba- tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang pernah dikenal sebelum itu.

Sinopsis Cerpen Virus Zel untuk Abah

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Zel yang menghadapi konflik jiwa ekoran daripada perpisahan
kedua -dua orang tuanya. Dia amat sedih kerana masalah keretakan rumah tangga keluarganya tidak mendapat simpati
daripada rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana dia tetap disayangi oleh mamanya yang sentiasa
melayaninya dengan baik dan memberi perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walaupun sibuk menguruskan
perniagaannya yang semakin maju. Zel tidak pernah dilarang untuk berjumpa dengan abahnya atau bergaul sesama saudara
tirinya. Namun, walaupun sudah 10 tahun berpisah dengan abahnya, dendam Zel terhadap abahnya masih tidak padam. Zel
berhasrat untuk bertindak memasukkan virus ZEL dalam program ZQ 1308 milik keluarga baru abahnya. Dia masih mempunyai
teman baik seperti Win yang turut memahami masalahnya dan sentiasa menasihatinya. Hubungan akrab mereka sejak kecil lagi
membolehkan Win berjaya memujuk Zel untuk membatalkan rancangannya. Ternyata daripada pujukan Win, Zel akhirnya akur
dan membatalkan hasratnya untuk merosakkan program komputer abahnya.

Sinopsis Cerpen Tragedi

Cerpen ini mengisahkan tragedi yang sangat menyedihkan Pak Ismawan yang kehilangan anaknya, Iswan dalam kemalangan
jalan raya. Iswan ialah seorang remaja yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan,
khususnya permainan badminton. Dia pernah mewakili negara ke pertandingan Piala Thomas. Kehebatannya mendapat
sanjungan para peminat. Ketika Pak Ismawan sedang berdoa, dia didatangi olah Irnawati, rakan sekelas Iswan sejak tingkatan
satu. Sambil mengucapkan takziah, Irnawati memohon keizinan daripada Pak Ismawan untuk menyimpan raket badminton
kepunyaan Iswan sebagai kenang-kenangan. Semasa hayatnya, Irnawati pernah berselisih pendapat dengan Iswan apabila
bercakap tentang permainan badminton.

Kemalangan berlaku sewaktu Irna menemani Iswan sambil berbasikal untuk latihan stamina. Ketika mereka menyusuri jalan,
sebuah kereta dari belakang telah menabrak Iswan. Dia dilanggar oleh rakannya sendiri, George Bulang yang memandu
kenderaan dalam keadaan mabuk dan masih lagi di peringkat bawah umur. Iswan dikejarkan ke hospital, tetapi doktor gagal
menyelamatkannya. Beberapa bulan kemudiannya, kes kemalangannya diputuskan oleh mahkamah sebagai kes langgar dan
lari. Pak Ismawan bersedia memaafkan George Bulang walaupun dia sebenarnya sangat marah dan sedih.

Pada suatu hari, Pak Ismawan didatangi oleh seorang pegawai dan Majlis Keselamatan Jalan Raya yang bertujuan untuk
mengundangnya memberikan ceramah sempena kempen keselamatan jalan raya. Pak Ismawan bersedia memberikan
penerangan tentang tragedi yang menimpa anaknya sebagai iktibar kepada para hadirin. Dalam keadaan sebak, dia menasihati
mereka supaya berhati-hati di jalan raya, di samping mematuhi peraturan dan tidak sekali -kali memandu dalam keadaan
mabuk.

Sinopsis Cerpen Budi Yang Tak Terbeli

Cerpen ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu bernama Jemah terhadap anaknya Murni. Jemah yang masih tinggal di
kampung sering diajak oleh Murni untuk tinggal bersama- samanya di bandar. Setelah memujuk beberapa kali, akhirnya ibunya
mengikut Murni ke rumah sewa Murni di bandar. Pada hari pertama lagi, apabila Murni dan suaminya iaitu Jamal ke pejabat,
Jemah berasa kurang selesa dan risau apabila terkenang akan kampung halamannya. Kebiasaan membuat kerja di kampung
menyebabkannya tidak selesa duduk diam. Lantas dia mengambil kesempatan itu untuk menajak rumput di sekeliling rumah
anaknya, Tetapi, perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan menantunya, Jamal apabila dia balik dari tempat kerja.
Manakala pada sebelah petangnya, Jamal sekali lagi tidak senang hati apabila melihat pokok ketapang di depan rumahnya
ditebang oleh ibu mentuanya. Jamal menunjukkan sikap marahnya sambil menyindir ibu mentuanya. Pada petang itu, Murni
membawa ibunya bersiar-siar melihat keindahan kota, tetapi ternyata Jemah tidak terhibur dengan cara hidup yang
dianggapnya serba tidak selesa itu. Dia mahu balik ke kampung.

Pada suatu hari Murni dan Jamal menerima surat daripada Jemah di kampung yang meminta mereka supaya balik. Kehadiran
surat itu tidak menyenangkan hati Jamal dan berprasangka buruk terhadap ibu mentuanya. Jamal sebenarnya seorang menantu
yang terlalu berkira-kira sehingga wang yang dikirim oleh Murni kepada ibunya di kampung diminta supaya dikurangkan.
Apabila mereka balik ke kampung, Jemah meminta Murni supaya menurunkan cap jarinya. Murni tertanya-tanya akan tujuan
ibunya menyuruh dia berbuat demikian. Jemah menjelaskan kepada anaknya bahawa dia ingin memindahmilikkan tanah yang
baru dibeli daripada Long Kasah atas nama Murni. Perbuatan ibunya itu benar-benar membuat hati Murni dan Jamal tersentuh
dan tidak menyangka sama sekali ibunya begitu mengambil berat akan dirinya. Jamal sedar akan sikap buruknya selama ini
terhadap ibu mentuanya itu. Pengorbanan dan budi Jemah ternyata tidak terbalas.
Sinopsis Cerpen Lambaian Malar Hijau

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama Daneng. Dia tinggal di sebuah perkampungan orang asli yang
dikelilingi oleh hutan rimba yang penuh dengan flora dan fauna yang pelbagai jenis. Selepas menduduki PMR, dia tidak
berminat untuk menyambung pelajarannya lagi kerana hutan belantara baginya sudah cukup untuk meneruskan kelangsungan
hidupnya. Pada suatu hari, Cikgu Jo bertandang ke rumahnya untuk mengajaknya pergi memancing. Sebenarnya, kesempatan
itu digunakan oleh Cikgu Jo untuk menasihati Daneng supaya menyambung semula pelajaran sehingga ke peringkat universiti.
Cikgu Jo amat yakin akan kebolehan Daneng, kerana dia merupakan seorang murid yang bijak. Pada peringkat awal, Cikgu Jo
tidak berjaya mempengaruhi Daneng dan berasa kecewa apabila Daneng tetap dengan pendiriannya yang tersendiri yang mahu
tinggal terus di daerah pedalaman itu. Hal ini demikian kerana Daneng sudah sebati dengan kehidupan di dalam hutan
belantara, di samping meneruskan warisan nenek moyangnya. Namun, kemudiannya Daneng berubah fikiran dan bersedia
untuk menurut Cikgu Jo balik semula ke sekolah. Selepas 25 tahun berlalu, kini Daneng sudah bergelar “Datuk” setelah berjaya
menjadi orang yang berpengaruh. Tetapi, jasa gurunya tetap dikenang. Cikgu Jo amat bangga akan kejayaan Daneng dan
Daneng pula berasa terhutang budi kepada gurunya itu.

Sinopsis Cerpen Kerana Manisnya Epal

Cerpen ini mengisahkan kegigihan dan kesabaran seorang pekebun epal bernama Buchanan, yang berjaya mendapatkan kebun
epalnya semula yang mempunyai nilai sentimental baginya. Dia mengusahakan kebun epalnya dengan menanam hampir 200
jenis epal walaupun usianya sudah lanjut. Buchanan amat kecewa kerana pengorbanannya tidak dihargai oleh kelima-lima
orang anaknya yang menyisihkannya. Dia dibantu oleh dua orang anak angkatnya, Mazlina dan Yvonne yang menuntut di
Universiti Richmond. Mereka bekerjasama membantu Buchanan memetik buah epal dan menjaga pohon epal yang pelbagi jenis
itu dengan baik. Tetapi, pada suatu hari Buchanan menerima sepucuk surat daripada pihak Gabenor yang menolak rayuannya
untuk mengekalkan kebun epalnya itu. Dia keberatan melepaskan kebun tersebut kepada pihak pemerintah yang bercadang
untuk membina lapangan terbang tentera. Dia menentang keras usaha untuk memusnahkan kebunnya dengan mengancam
untuk menembak mereka demi mempertahankan haknya. Namun, pada akhirnya sebelum pihak Gabenor memulakan operasi
membersihkan kebun epalnya, datang perkhabaran terkini yang membatalkan rancangan tersebut setelah Gabenor menikmati
rasa manis dan lazat epal di kebunnya itu.

Sinopsis Cerpen Annyss Sophillea

Cerpen ini mengisahkan perbezaan kehidupan makhluk di planet bernama Alstonia dengan warga di Bumi. Makhluk di Alstonia
yang dimaksudkan ialah Annyss Sophillea yang telah berkenalan dengan Akmal, seorang pemuda warga Bumi. Walaupun jarak
masa persahabatan yang terjalin agak singkat namun kedua-duanya begitu intim sehingga akhirnya membawa kepada
pengorbanan yang tidak terkira nilainya. Annyss sebenarnya sedang berusaha untuk mencari saudara kembarnya, Eyrique
Etiqaz yang sepatutnya menaiki takhta di Alstonia menggantikan bapa saudaranya. Namun, pencarian Annyss hampir gagal.
Tetapi dengan berbekalkan semangat gigih dan kental, Annyss berjaya menemui saudara kembarnya yang dikurung oleh Strenn.
Eyrique sebenarnya diculik oleh Strenn dan konco-konconya kerana dia ingin menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya. Strenn
juga mencuba untuk memikat Annyss supaya menjadi Permaisuri Alstonia. Satu pertarungan yang hebat telah berlaku antara
Strenn dengan Eyrique sehingga Eyrique nyaris ditewaskan. Walau bagaimanapun, dia dibantu oleh Akmal dan berjaya
menewaskan Strenn.

Sinopsis Cerpen Menatap Wajahnya

Cerpen ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Muliati yang tinggal bersama-sama dengan neneknya sejak
peristiwa kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya yang tersayang. Dia seorang gadis yang cacat akibat kecelakaan
semasa menyertai ekspedisi anjuran Kelab Kembara sekolahnya. Sebelum itu Muliati berperwatakan lincah dan rajin membantu
gurunya, di samping terkenal sebagai olahragawati sekolah. Tetapi, sejak kemalangan itu dia mula menyepi dan menyendiri.
Namun, berkat usahanya yang gigih dan atas dorongan Cikgu Balkis, dia berjaya menjejakkan kakinya di menara gading. Semasa
belajar di universiti, dia sangat merindui bekas gurunya, Cikgu Balkis yang banyak membantu dan menyara persekolahannya
sejak terjalin hubungan yang rapat hampir tujuh tahun. Kini, mereka berpisah kerana gurunya berpindah ke daerah lain dan dia
tidak dibenarkan menemui Cikgu Balkis atas sebab-sebab yang dia sendiri kurang pasti. Dia cuma diberitahu bahawa suami
Cikgu Balkis mahu Cikgu Balkis memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya yang baru dilahirkan setelah lima tahun
mendirikan rumah. Muliati yakin anugerah Ilahi yang diterima itu ialah berkat Cikgu Balkis mengasihi anak yatim piatu.
Meskipun sudah bertahun-tahun mereka berpisah, Muliati sentiasa berdoa semoga tercipta bibit pertemuan antara mereka
kerana ingin berkongsi kejayaan yang diperolehnya. Hal ini amat dirasal oleh Muliati pada saat dia akan menerima ijazah
kepujian pada majlis konvokesyen. Poskad yang diterimanya daripada Cikgu Balkis membuatkan Muliati berasa sayu apabila
mendapat tahu Cikgu Balkis sedang menjalani pembedahan kerana menghidap sejenis penyakit ganjil sejak beberapa tahun
yang lalu. Cikgu Balkis mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan meminta supaya Muliati mendoakannya supaya selamat
menjalani pembedahan tersebut.

Sinopsis Cerpen Pusaran

Cerpen ini mengisahkan hubungan rapat antara seorang budak lelaki bernama Junid dengan seekor anak lembu jantan bernama
Pusaran. Junid sangat sayang akan Pusaran dan dijaganya sejak Junid berusia empat tahun. Junid dan Pusaran seolah-olah tidak
dapat dipisahkan. Junid akan jatuh sakit kalau dipisahkan daripada Pusaran. Hal ini jelas terjadi semasa Junid dihantar ke rumah
datuknya untuk bercuti. Semasa tempoh perpisahan itu, Junid dan Pusaran jatuh sakit. Walau bagaimanapun apabila tiba
masanya Junid disekolahkan, ayahnya Mohsin dan ibunya Musalmah fikir sudah tiba masanya Junid dan Pusaran dipisahkan.
Lagipun, sudah dewasa dalam perkiraan seekor anak lembu jantan dan telah memenuhi syarat untuk dikorbankan. Pada suatu
hari, Junid amat gelisah apabila kembali dari sekolah, dia mendapati Pusaran tidak ada lagi di kandangnya. Junid pun mencari-
carinya di merata-rata tempat. Akhirnya dia menemui Pusaran yang hampir menghadapi saat-saat untuk dikorbankan oleh Tuan
Haji Subki. Penistiwa ini menyebabkan Junid mengalami tekanan perasaan. Apabila melihat keadaan ini, Tuan Haji Subki
membatalkan hasrat untuk menyembelih Pusaran.

You might also like