You are on page 1of 14

APA ITU KOMUNIKASI

Terdapat pelbagai tafsiran dan andaian mengenai definisi dan interpretasi kepada aktiviti komunikasi. Secara ringkasnya,

komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama di antara dua atau lebih pihak yang terlibat.

Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapatlah dirangkumkan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan

idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti

komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak ada

bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh,

misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal

atau bahasa isyarat.

Manusia berkomunikasi untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi

manusia termasuk bahasa tubuh, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting dan ia boleh dibahagikan

kepada komunikasi interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan

perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain akan tetapi, komunikasi hanya

akan efektif apabila maklumat dan idea yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan dan difahami seperti

mana yang ingin disampaikan oleh penyampai maklumat oleh penerima maklumat tersebut.

Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling

memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak

disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi

dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.

KOMPONEN KOMUNIKASI

Komponen komunikasi merupakan perkara asas dan penting bagi memastikan proses dan aktiviti

komunikasi berlangsung dengan berkesan. Komponen-komponen tersebut antara lain sebagai berikut.

 Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan
idea kepada orang lain.
 Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerimamaklumat dan idea dari pihak
lain.

 Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu
pihak kepada pihak lain.

 Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya.

PROSES KOMUNIKASI

Secara ringkas, proses komunikasi dapat digambarkan seperti berikut.

1 Penyampai maklumat yang berkomunikasi dengan orang lain menyampaikan suatu maklumat kepada orang yang

dimaksudkan. Maklumat yang disampaikan itu biasanya disampaikan dalam bentuk bahasa ataupun simbol-simbol

yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

2 Maklumat (Message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran baik secara langsung maupun

tidak langsung. Penerima (receiver) akan menerima maklumat yang disampaikan dan menerjemahkan isi maklumat

yang diterimanya itu ke dalam bahasa yang difahami oleh kedua pihak.

3. Penerima (receiver) perlu memberikan tindak balas (feedback) atau tanggapan atas maklumat yang dikirimkan

kepadanya, bagi memastikan sama ada proses penyampaian maklumat itu berkesan atau tidak.

Satu Model Ringkas Proses Komunikasi

Mewujudkan Idea

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->
 

Apakah yang ingin disampaikan ?


 
Membuat Enkod

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> Menukarkan


idea atau apa yang ingin disampaikan
ke dalam bentuk perkataan, carta atau simbol yang sesuai

Menyampaikan mesej

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->
 

Memilih saluran mesej.


 
 

Menerima

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->
 

Penerima akan menerima mesej yang disampaikan.


 
 

Dekod

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

Penerima cuba memahami mesej.

Pemahaman hanya dalam minda penerima.

Penerimaan

<!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->
 

Penerima bertindak balas menerima atau menolak mesej yang disampaikan.


 
 

Menggunakan

<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->
 

Penerima menggunakan apa yang disampaikan melalui mesej seperti yang


  difahaminya.

Maklum Balas

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

Maklum balas ini boleh diberi oleh penerima mesej dalam bentuk lisan, tulisan atau tindakan.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Kemahiran komunikasi merupakan satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi adalah kehidupan yang diperlukan oleh

manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat kematian yang bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang kewujudan kita.

Menurut Harrel seseorang yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berkomunikasi mempunyai kemungkinan yang tinggi

untuk berjaya dalam kerjayanya berbanding mereka yang tidak menguasai ilmu komunikasi.

Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat mempunyai tahap kepentingan yang tinggi tetapi

kita perlu memahami apakah maksud komunikasi, kepentingan, langkah dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai

komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha

untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia.

Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja tidak mampu untuk menjamin kejayaan seseorang

itu dalam hidup kerana kecerdasan itu perlulah disertai dengan kemantapan emosi ( Emotional Quotient ) atas rasional keupayaan

individu dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

berkomunikasi.

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta

pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang

digunakan manakala 90% lagi ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.
MODEL KOMUNIKASI

Sepertimana yang telah diketahui dan difahami terdapat enam unsur utama yang memainkan peranan penting dalam proses

komunikasi iaitu sumber, maklumat atau mesej, saluran, penerima maklumat, maklum balas terhadap maklumat yang

disampaikan dan juga gangguan terhadap maklumat yang disampaikan. Komunikasi yang berjaya dan berkesan dapat dilakukan

apabila maklumat yang disampaikan oleh sumber dan penerimaan maklumat oleh penerima berjaya difahami sepertimana yang

diinginkan oleh penyampai tanpa mengambil kira medium apa yang digunakan untuk memastikan maklumat dan idea itu berjaya

disampaikan. Sekiranya tahap kefahaman yang tinggi diperoleh daripada proses komunikasi maka model yang digunakan akan

membantu para pengamal untuk mengaplikasikannya.

Model secara sederhana membawa maksud gambaran yang dirancang untuk mewakili kenyataan. Menurut kenyataan Runyon,

(1977:57) model didefinisikan sebagai “a replica of the phenomena it attempts to explain.” Manakala Burch Dan Strater

(1974:117) pula menggambarkan model sebagai “ a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a

precise manner.” Fisher (1978:64) “ an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or

properties or components of that phenomenon that is being modeled.”

Model Komunikasi membawa maksud gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang memperlihatkan kaitan antara satu

komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka

penting dalam memperihalkan unsur yang terlibat dalam sesuatu fenomenologi atau hubungan sebab dan akibat ( causal

relationship ). Dalam erti kata yang lain, model adalah satu gambaran teoritas dan satu struktur yang terdiri daripada simbol dan

peraturan yang sepatutnya yang akan memadankan dengan satu struktur atau proses yang wujud.

FUNGSI MODEL

Pengaplikasian dan pengeksploitasian terhadap penggunaan model komunikasi merupakan langkah yang efektif kerana model-

model komunikasi yang wujud mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Antara

fungsi kewujudan model komunikasi ini termasuklah menjadi medium perantara yang mempermudah kefahaman terhadap

sumbangan elemen-elemen dalam sesebuah proses komunikasi.

Selain itu model komunikasi juga merupakan satu medium perantara yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memberi

pengertian dan kefahaman terhadap proses komunikasi yang berlaku sama ada proses komunikasi itu berlaku secara sehala

seperti model komunikasi Lasswell, Shannon, Weaver dan Berlo mahupun dua hala.
Model komunikasi yang wujud juga berperanan sebagai panduan kepada proses penyelidikan dan kajian dalam komunikasi

disamping menjadi medium yang terbaik dalam memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting yang wujud dalam

mempengaruhi dan menentukan keberkesanan sesuatu proses mahupun aktiviti komunikasi yang berlaku.

MODEL SCHRAMM

Wilbur Schraumn memberikan model proses komunikasi yang mempunyai perbezaan dengan dua model komunikasi

sebelumnya. Melalui model ini beliau memperlihatkan tentang peri pentingnya peranan pengalaman dalam memastikan sesuatu

proses komunikasi itu berjaya dilakukan dengan berkesan. Menurut beliau persamaan lapangan dan pengalaman yang wujud

dalam diri penghantar atau penerima maklumat seperti pengalaman lepas, tahap pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa

akan membentuk rangsangan kepada proses komunikasi yang berkesan. Bidang pengalaman inilah yang akan menentukan sama

ada maklumat atau pesanan yang dikirimkan oleh penyampai ditreima oleh penerima maklumat sama dan sesuai atau tidak

dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh penyampai maklumat.

Menurut beliau disebabkan setiap orang mempunyai lapangan pengalaman tersendiri, maka jika tidak ada persamaan dalam

bidang pengalaman, bahasa yang sama, latar belakang yang sama, kebudayaan yang sama maka terdapat kemungkinan maklumat

yang diterima oleh penerima maklumat tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh si penyampai dan ini

secara tidak langsung membuktikan bahawa persamaan lapangan pengalaman menjadi agen yang akan memberi rangsangan

kepada proses komunikasi dalam menentukan sama ada interaksi itu berkesan atau sebaliknya.

 
ISYARAT
Lapangan Pengalaman
SUMBER / enkod

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!--[if gte


vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]-->
<!--
[endif]-->

 
 

 
<!--[if !
<!--[endif]--><!--[if !mso]--
vml]--><!--

[endif]--
<!--[endif]--> 
><!--[if gte
vml 1]> <!
Dekoder / Destinasi
  [endif]--
<!--[if !mso]--> ><!--[if !
<!--[endif]--><!--[if !mso & ! vml]-->
vml]--> <!--[endif]--><!--
[if !vml]-->
 

<!--[endif]--><!--
[if !mso]--> 
<!--[endif]--> 

Lapangan Pengalaman
 
<!--[if !mso]-->
<!--[endif]--><!--
[if !mso & !vml]-->
<!--[endif]--><!--
[if !vml]-->

<!--[endif]-->

Rajah : Model Schramm – Lapangan Pengalaman yang satu arah

( Ruben, 1988 )

Contoh situasi 1 :

Seorang Pensyarah sedang menggambarkan bagaimana proses membuat keputusan dalam organisasi kepada pelajar-pelajarnya

yang mengikut kursus Komunikasi Pengurusan. Gambaran bagi pelajarnya yang pernah mempunyai pengalaman bekerja

mungkin membayangkan keadaan masyuarat yang pernah mereka hadapi. Berkemungkinan pengalaman yang dihadapi oleh

pelajar dan pensyarah itu berbeza dan berlainan. Situasi ini akan menyebabkan pelajar bersifat pasif dan ianya hanya memberi

kesan kepada kelancaran komunikasi antara pelajar dengan penyarah berkenaan

Contoh situasi 2 :
Dua orang pelajar sedang berinteraksi mengenai pengalaman mereka semasa bersekolah. Mereka menceritakan bagaimana

pengalaman mereka dimarahi oleh guru ketika berkhemah di kawasan hutan. Kedua-dua pelajar ini dapat berinteraksi dengan

berkesan kerana mereka mempunyai pengalaman yang sama ketika berhadapan dengan situasi lepas

Berdasarkan kepada dua model Schramm terdahulu, beliau memperkenalkan unsur maklum balas dan penglibatan peranan antara

dua manusia dalam proses komunikasi. Mengikut Schramm, tidak semestinya setiap usaha komunikasi bermula dengan seorang

sumber menghantar mesej kepada sesuatu destinasi lain tetapi penerima juga bertindak sebagai sumber apabila memberi tindak

balas atau maklum balas kepada sumber permulaan yang telah disampaikan kepada mereka.

Lantaran menyedari kepentingan maklum balas dalam memastikan sama ada proses komunikasi itu berkesan atau tidak maka

Schramm telah menyempurnakan model komunikasi ini menjadi model dua arah. Maklum balas daripada penerima penting

kerana ia akan menceritakan kepada kita bagaimana pesanan atau maklumat yang disampaikan oleh penyampai diinterpretasikan

oleh mereka yang menerima maklumat tersebut. Apabila penerima telah menerima maklumat dan mesej yang disampaikan dan

memberi maklum balas terhadap apa yang telah diterima maka secara tidak langsung si penerima itu akan mengambil alih

peranan si penyampai maklumat sehingga proses komunikasi yang berlaku bukan lagi komunikasi satu arah tetapi merupakan

proses komunikasi yang berbentuk kitaran dan lingkaran. Hal ini berlaku kerana , setiap individu yang terlibat dalam sesuatu

aktiviti komunikasi itu boleh dipandang sebagai penyampai atau penerima maklumat. Proses komunikasi yang berlaku ini boleh

dikatakan berkesan apabila wujudnya persamaan lapangan rujukan atau persamaan dalam proses penafsiran makna ( enkod dan

dekod isyarat yang diterima). Gambar rajah di bawah ini akan menunjukkan bagaimana Model Schramm dikatakan sebagai

model komunikasi dua hala.

<!--[if gte vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!--[if gte vml 1]> <![endif]--><!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->

DEKODER

PENAFSIRAN

ENKODER
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

MESEJ

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

MESEJ

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!–[if mso & !supportInlineShapes &


supportFields]> SHAPE \* MERGEFORMAT <![endif]–>

ENKODER

PENAFSIRAN

DEKODER
<!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!–[if mso & !
supportInlineShapes & supportFields]> <![endif]–>

Model Schramm ( Penafsiran Makna) yang berbentuk Sirkuler

PENGGUNAAN MODEL SCHRAMM (LAPANGAN PENGALAMAN) DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Bagi memastikan maklumat atau ilmu yang ingin disampaikan kepada para pelajar berjaya diterima dengan berkesan, maka guru-

guru hendaklah memikirkan tentang beberapa aspek penting yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan pengalaman atau

ilmu yang telah dimiliki oleh pelajar antaranya termasuklah pengalaman lepas, ilmu yang dimiliki, tahap penguasaan bahasa,

perkembangan umur, latar belakang pelajar dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana, Model Komunikasi Schramm memberi

penekanan penting terhadap peranan pengalaman dalam proses komunikasi yang dilakukan kerana pengalaman yang berbeza di

antara penyampai maklumat iaitu guru dan penerima maklumat iaitu pelajar berbeza dan mengganggu proses interpretasi

maklumat yang diterima. Perbezaan ini secara tidak langsung menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan oleh penyampai

maklumat itu gagal diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh guru.

Bahasa merupakan salah satu daripada entiti penting yang mempunyai pengaruh yang cukup tinggi dalam memastikan sama ada

proses komunikasi itu berkesan ataupun tidak. Hal ini bertepatan dengan pendapat dan kenyataan Barton (1994) yang

menyatakan bahawa penggunaan bahasa lisan mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Menurut buku Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Dr Roselan Baki ) pelajar mempunyai
tahap penguasaan bahasa yang berbeza mengikut peringkat umur masing-masing termasuklah perbendaharaan kata dan

kemahiran dalam melakukan interaksi lisan. Memandangkan guru merupakan pihak yang mempunyai keupayaan mengajar yang

tinggi maka mereka cuba untuk menyampaikan maklumat dan ilmu dengan cepat dan menyeluruh. Namun disebabkan wujudnya

perbezaan yang ketara dalam penguasaan kemahiran lisan dan berbahasa dalam kalangan pelajar mengikut umur mereka maka

kecekapan berbahasa perlu dipraktikkan oleh guru. Dalam erti kata yang lain, guru haruslah menggunakan bahasa yang mudah

difahami oleh pelajar sesuai dengan keupayaan yang mereka miliki. Contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar

darjah 3, guru-guru haruslah menggunakan bahasa yang ringan dan mudah difahami bukannya menggunakan bahasa atau

perkataan yang terlalu tinggi dan bombastik kerana penggunaan bahasa yang tinggi tidak difahami oleh pelajar itu

memandangkan pengalaman dan penguasaan berbahasa mereka masih rendah.

Selain aspek penggunaan bahasa, guru-guru juga perlulah memberi perhatian khusus terhadap pemilihan bahan pengajaran yang

akan dijadikan sumber pembelajaran pelajar. Hal ini berlaku kerana maklumat yang cuba disampaikan kepada para pelajar

perlulah sesuai dengan tahap perkembangan psikologi dan minda mereka. Sebagai contoh, pelaja-pelajar yang berada dalam

jurusan sastera dan kemanusiaan adalah bereza dengan pelajar-pelajar yang berada dalam jurusan sains mahupun kejuruteraan.

Justeru, formula-formula dan istilah sains gagal untuk dinterpretasikan dengan tepat oleh pelajar sastera kerana mereka tidak

mempunyai pengalaman terhadap penggunaan formula dan istilah tersebut dalam mempraktikkan ilmu sastera. Lantaran

menyedari bahawa terdapatnya perbezaan yang ketara dalam pengalaman ilmu yang dimiliki maka bahan pengajaran yang

digunakan perlulah bersesuaian dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Maka, secara tuntasnya bahan pengajaran yang memberi

fokus terhadap sastera dan kesenian juga tidak dapat difahami oleh pelajar yang mengambil jurusan sains mahupun kejuruteraan

kerana mereka berada dalam kelompok yang berbeza dari segi keilmuan dan juga bidang. Sekiranya perkara sebegini berlaku

maka komunikasi yang berlaku adalah tidak berkesan kerana akan wujud kemungkinan para pelajar tidak dapat melakukan proses

interpretasi maklumat seperti mana yang diinginkan oleh penyampai.

Aspek seterusnya yang menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut model Schramm ialah perkembangan umur

pelajar itu. Hal ini turut menjadi satu faktor penting dalam komunikasi kerana ia akan mempengaruhi tahap pemahaman pelajar

terhadap apa yang cuba disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah rendah yang tidak mempunyai

pengalaman yang luas dalam bidang politik, pemerintahan dan sebagainya maka guru-guru perlulah berhati-hati dalam

menyampaikan maklumat kepada mereka. Boleh dikatakan pelajar-pelajar di peringkat rendah tidak mempunyai pengalaman dan

ilmu dalam bidang politik dan pemerintahan Negara yang kompleks. Maka maklumat yang berbentuk pemerintahan tidak sesuai

untuk disampaikan kepada mereka kerana proses pemahaman dan penaakulan minda mereka terhadap maklumat yang

disampaikan akan mengalami percanggahan dengan apa yang cuba disampaikan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman

dan tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya perkara itu beroperasi dan berlangsung. Kondisi ini merupaka situasi
yang akan menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan kepada mereka tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang ingin

digambarkan oleh penyampai. Lantaran itu, kerajaan telah memperkenalkan Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mengawal dan menjadi

panduan terhadap guru dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Latar belakang pelajar juga perlu diambil kira dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjaya

dilakukan dengan berkesan. Keadaan ini merupakan situasi penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh guru yang mengajar

bagi mempermudah aktiviti pengajaran dalam keadaan yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang lahir

dalam kondisi dan kelompok masyarakat di kampung dan pedalaman lebih mudah memahami maklumat yang disampaikan oleh

guru kepada mereka sekiranya maklumat itu mempunyai pertalian dan perikatan yang hampir dengan kehidupan dan budaya

mereka di kampung seperti ilmu berkaitan ladang, kebun, hutan dan sebagainya kerana unsur-unsur tersebut berkait rapat dengan

pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang membesar di kawasan tersebut sebaliknya jika guru-guru tidak memberi

perhatian terhadap latar belakng pelajar tersebut dan cuba untuk menyampaikan maklumat berkaitan keadaan hidup di bandaraya

Kuala Lumpur yang penuh dengan kesesakan dan kehidupan metropolitan maka akan wujud masalah yang cukup besar dalam

membantu pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini untuk menggambarkan bagaimana sebenarnya keadaan yang cuba

disampaikan oleh guru kerana mereka tidak mempunyai pengalaman tersebut.

MODEL SCHRAMM (PENAFSIRAN MAKNA) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Bagi mengaplikasikan model ini dalam pengajaran dan pembelajaran, kita perlu memahami bahawa maklum balas daripada

penerimaan maklumat itu penting bagi memastikan proses komunikasi itu berkesan atau pun tidak. Justeru, maklum balas atau

tindak balas pelajar terhadap maklumat yang telah disampaikan perlu untuk dititik beratkan dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Lantaran menyedari hakikat ini, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan

oleh guru sepanjang proses pengajaran berlangsung yang akan memperlihatkan wujudnya interaksi dan komunikasi dua hala iaitu

guru dan pelajar masing-masing boleh mengambil peranan sebagai penyampai maklumat dan bukan sekadar menjadi penerima

sahaja.

Kaedah pertama yang boleh diselaraskan seperti yang terdapat dalam Model Schramm ialah teknik soal jawab. Di peringkat awal

guru perlu bertindak sebagai penyampai maklumat dengan menghuraikan idea yang cuba disampaikan dalam keadaan terbaik dan

sesuai dengan pengalaman pelajar itu. Selepas selesai. Guru boleh melontarkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan apa

yang telah disampaikan kepada pelajar dan melakukan penilaian terhadap apa yang telah difahami oleh mereka dan adakah

pelajar itu berjaya menginterpretasikan maklumat yang disampaikan itu seperti mana yang diharapkan. Melalui teknik ini guru

dapat menilai tahap keberkesanan penyampaian maklumat yang berlaku sama ada ia berkesan atau pun tidak.
Selain itu guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain seperti mengarahkan pelajar yang bertindak sebagai

penerima maklumat itu supay berubah peranan sebagai penyampai maklumat iaitu memberi tugasan kepada pelajar dalam bentuk

kumpulan dengan mengarahkan mereka untuk menghuraikan dan melakukan penerangan kepada kelas tentang tahap pemahaman

mereka dalam menginterpretasikan maklumat dan ilmu yang telah disampaikan kepada mereka dalam bentuk pembentangan.

Kaedah dan teknik sebegini juga membolehkan guru melakukan penilaian terhadap pemahaman pelajar setelah guru selesai

menyampaikan maklumat lalu membuat rumusan sama ada komunikasi itu berkesan atau tidak, sesuai atau tidak dengan

pengalaman dan perkembangan pelajar dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan maklum balas atau tindak balas antara guru dan pelajar berlaku dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu mempraktikkan beberapa perkara asas dan penting bagi memastikan

keadaan kelas berada dalam keadaan terkawal dan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kondisi aktif bukan pasif. Justeru

bagi memastikan keadaan kelas aktif dan terkawal teknik-teknik penyoalan, penggiliran, insiasi, pencungkilan, dan sebagainya.

Malahan guru perlu untuk memastikan teknik yang cuba digunakan perlulah bersandarkan kepada pengalaman pelajar agar

gangguan seperti percanggahan pentakrifan maklumat tidak berlaku dalam proses penyampain maklumat.

KESIMPULAN

Berdasarkan penghuraian dan kupasan yang telah dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan model komunikasi

banyak dikembangkan dengan penambahan elemen komunikasi yang akhirnya bertindak sebagai pemangkin kepada proses

komunikasi yang lebih berkesan. Di samping itu , komunikasi yang wujud antara manusia bukan sahaja memntingkan kepada

penyaluran maklumat atau mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain malah turut menitikberatkan unsur pengalaman,

maklum balas, pengarauh budaya dan persekitaran dan sebaginya seperti mana yang telah digambarkan dalam Model

Komunikasi Schramm. Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dilakukan melalui interaksi dan

komunikasi yang berkesan maka setiap aspek yang telah diperincikan dalam model Schramm perlu untuk diberi perhatian yang

menyeluruh oleh guru-guru bagi melakukan aktiviti pengajaran yang lebih berjaya dan sempurna. Tanpa persediaan yang lengkap

tentang tahap pengalaman pelajar, penguasaan bahasa dan latar belakang pelajar, di samping memberi penekanan khusus

terhadap peranan maklum balas pelajar maka pelbagai bentuk masalah terhadap penyampaian maklumat akan berlaku yang

akhirnya akan menggagalkan proses komunikasi berkesan dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

DAFTAR RUJUK

1. Drs. Jalaluddin Rakhmat M. SC, Metode Penelitian Komunikasi : Dilengkapi Contoh Analisis Statistik. Bandung Pt Remaja

Rosdakarya 1999.
2. Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda ? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur,Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd 2000

3. Dr. Roselan Baki, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia

4. A. Fanar Syukri Berita Sorotan Bulletin Buku Tamu : Rambu-rambu Berkomunikasi Tokyo, Ketua Divisi Publikasi

ISTECS-Japan, Universiti Of Electo- Communications (UEC) afanars@fedu.uec.ac.jp 2003

You might also like