P. 1
KULIAH 3- TAMADUN INDIA

KULIAH 3- TAMADUN INDIA

4.67

|Views: 21,297|Likes:
Published by wann644

More info:

Published by: wann644 on Aug 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/22/2013

pdf

text

original

KULIAH 3 – TA

MADUN INDIA

Objektif: Di akhir pelajaran ini anda akan dapat mengetahui 1. Latar belakang sejarah tamadun India 2. Mempelajari sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India (unsur-unsur utama dalam tamadun India) 3. Pengaruh Islam dalam tamadun India 4. Pengaruh tamadun India Kandunga n: 1. Pendahuluan 2. Perkembangan Tamadun India 3. Unsur-unsur Utama Tamadun India 4. Islam di India 5. Pengaruh Tamadun India 6. Kesimpulan Pendahuluan Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu: a. India Utara b. India Selatan Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Latarbelakang Per ke mbanga n Tamadu n India Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.

1

Tahap Per kem bangan Tamadun India a. Zama n Kuno (1 50 0 s. m. – 1 20 0 m) Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah GangesJamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu: 1. Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m) 2. Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya. b. Zama n Pertengahan Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal. b. Zama n Penjajahan Ba rat (mulai 17 50 ) Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan a. Perdagangan b. Politik c. Agama Krisitian Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

2

UNSUR-UNSUR UTAM Siste m Pemerintahan

A DALA M TAM ADUN INDI A

a. Raja/ Ketua Negara - Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India. - Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. - Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. - Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. - Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat – unit infantry, unit gajah dan unit kuda. b. Pentad bi ran Wilaya h - Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) - Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. - Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay. Aga ma a. Hindu b. Buddha c. Jaina d. Sikhism e. Islam Ilmu Sains dan Mate matik a. Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. b. Perubatan - perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.

3

c. Mate matik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya. d. As tronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan. Bahasa dan Sastera - Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit. - Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) – bahasa Tamil. - Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. - Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. - Tema-tema yang dibincangkan a. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravana b. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandara c. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan. - Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama “Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokohtokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir. Senibina - Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. - Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. - Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.

4

Kemasyarakatan dan Ke keluargaan - Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. Brahmin – golongan agama dan kerohanian b. Ksytria – tentera dan keselamatan c. Vaisya – peniaga d. Sudra – petani - Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu: a. Brahmacarya b. Ghastra c. Vanaprahasta d. Sannayasa - Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

5

ISLAM DALAM TAMADUN INDIA - Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu: 1. Dakwah 2. Perdagangan 3. Perkahwinan - Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India. - Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India. - Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (11891289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857). - Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas. - Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah a. Akhbar b. Jahangir c. Shah Jehan d. Aurangzeb e. Bahadur Shah - Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

6

PEN GARUH TA MADUN INDIA K EPADA DUNIA A. K eagamaa n dan K epercayaan Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara. Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi. B. Kesenian dan H iburan Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur. C. Bahasa dan Kesusast eraan - Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. - Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan sebagainya. - Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama. d. Pemerintaha n dan K erjaan Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya. E. Idea Polit ik dan Ber kerajaan - Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. - Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

7

Kesimpulan Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan. Soalan P erbincanga n 1. Pada pendapat anda, apakah unsur yang paling penting dalam Tamadun India? 2. Mengapakah Tamadun India tidak berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam Tamadun Melayu? 3. Bagaimanakah Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat India? Terangkan perbezaan sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam dalam Tamadun India? Rujukan 1. Besham, A.L., The Wond er That Was India , 3 rd Ed. London, 1967. 2. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India , New Delhi, Calcutta, Bombay Madras, Macmillan India, 1967. 3. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadu n Dunia , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999. 4. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994. 5. Mahayudin Hj. Tahya dan Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Isla m , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.

8

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->