You are on page 1of 10

BAB 3

METODOLOGI

Pengenalan

Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat dan mengkaji kesan perlaksanaan PBS dalam

mata pelajaran KHB disekolah menegah. Kajian juga adalah bertujuan untuk melihat faktor

yang mempengaruhi perlakasanaan PBS ini disekolah dalam aliran pertanian.

Bab ini member penerangan secara ringkas dan menerangkan perlaksanaan PBS dalam

mata pelajaran KHB, reka bentuknya dan metodologi bagi mengkajinya.

Konteks perlaksanaan PBS dalam Mata pelajaran KHB

Seperti yang telah diterangkan dalam bab 1, perlaksanaan PBS dalam mata pelajaran

KHB ialah satu aspek penting dalam pentaksiran tahap pencapaian pelajar mata pelajaran

KHB. Ini kerana ia mewakili 40% penilaian keseluruhan mata pelajaran KHB dan

mempengaruhi kelulusan seorang calon PMR dalam mata pelajaran KHB.

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, soalan kajian umum adalah seperti berikut:

1. Apakah kesan perlaksanaan PBS dalam mata pelajaran KHB kepada guru dan pelajar

di Daerah Kudat?

2. Apakah faktor yang mempengaruhi perlaksanaan PBS dalam mata pelajaran KHB?
Reka bentuk kajian

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih pendekatan reka bentuk kajian kes.

Ini kerana tujuan utama kajian ini ialah member focus kepada kes perlaksanaan PBS dalam

mata pelajaran KHB di sekolah dikudat. Sumber data utama bagi kajian kes ini pula ialah

daripada temu bual yang dijalankan secara berfokus kumpulan terhadap pelajar, temubual

individu terhadap guru dan kajian dokumen dan rekod berkaitan PBS iaitu borang penilaian

individu.

Kajian Kes

Menurut Stake (2000), kajian kes bukanlah merupakan pilihan ke atas metodologi

taetapi pilihan ke atas apa yang hendak dikaji. Yin (1994) mendefinisikan kajian kes sebagai:

“A case study is an empirical inquiry that investigates a contemporary phenomenon within

its real life context, especially when the boundaries between phenomenon and context are not

clear evident”

Justeru, disini jelas diketahui bahawa kajian kes ialah satu pendekatan yang komprehensif

dalam mengkaji atau menganalisis sesuatu kes atau beberapa kes secara mendalam bagi

mendapatkan gambaran sebenar fenomena yang berlaku. Ia merupakan satu system yang

bersepadu dimana ia bersifat spesifik, kompleks dan berfungsi. Merriam (1988) pula

menyatakan kajian kes adalah satu huraian holistic dan intensif bagi sesuatu fenomena atau

unit sosial.

Sebagai satu system yang bersepadu serta boleh berfungsi dalam ruang sempadan

tertentu, maka sesuatu kes itu perlu mempunyai sempadan yang membolehkan kita melihat

kes itu sebagai satu unit atau entity yang eksklusif. Menurut Othman (2007), Kajian kes
adalah berbeza dari segi kerumitanya. Yang paling mudah adalah merupakan deskripsi

tentang sesuatu peristiwa sehingga yang paling kompleks yang memerlukan analisis sesuatu

subjek dalam satu jangka masa yang panjang. Kajian kes amatlah sesuai apabila pengkaji

mahu mendefinisi dan menyiasat sesuatu topic yang luas merangkumi konteks dan bukan

sahaja fenomena kajian sahaja dan menggunakan pelbagai sumber bukti (Yin, 1994).

Fokus kajian kes ini adalah untuk melihat dan mengkaji perlaksanaan PBS dalam mata

pelajaran KHB di sekolah menengah dan kesan perlaksanaanya. Dalam kajian ini, pengakaji

menggunakan 3 sumber untuk mendapatkan maklumat yang bemakna iaitu temubual,

temubual berfokus kumpulan dan kajian dokumen. Berdasarkan sumber pelbagai ini, dapatan

dapat ditriangulasi bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan ketepatan data (Patton, 2002)

Stake (2000) membahagikan kajian kes kepada 3 jenis iaitu Kajian Kes Intrinsik, Kajian Kes

Instrumental dan Kajian Kes Kolektif. Pengakaji telah memilih untuk menjalankan kajian

intrinsik untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap perlaksanaan PBS dalam mata

pelajaran KHB di sekolah menengah.

Sebagai satu reka bentuk penyelidikan, kajian kes dapat menyediakan maklumat yang

kaya dan mendalam berbanding pendekatan lain. Dengan rangkuman beberapa pemboleh

ubah, kajian kes boleh mengenalpasti bagaimana keadaan yang kompleks boleh digabungkan

untuk menghasilkan manifestasi tertentu. Ia adalah satu kaedah kajian yang sangat versatile

dan fleksible dalam pengumpulan data. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kajian kes

untuk mengkaji, meneroka dan mendapatkan padangan yang lebih luas, maklumat yang

mendalam dan lebih bermakna daripada guru dan pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan

PBS disekolah. Bagi mendapatkan data yang terperinci dan kaya untuk kajian kes ini,

pengkaji tela menggunakan pendekatan kualitatif.


Kajian Kualitatif

Menurut Lankshear dan Knobel (2004), salah satu faktor utama perkembangan

pendekatan kualitatif ialah kerana pengkaji ingin cuba memahami dunia dari perspektif orang

lain. Merriam (1998) menambah lagi, kunci utama perhatian para pengkaji kualitatif ialah

untuk memahami sesuatu fenomena dari perspektif partisipan bukan pengkaji. Pada masa

yang sama mereka berminat untuk memahami maksud yang telah dibina oleh orang lain dan

pengalaman yang mereka alami dalam dunia ini. Seperti yang dinyatakan oleh Kervin et al.

(2006), “pengkaji kualitatif mempunyai matlamat untuk memahami kekompleksan

berbanding membuktikan kebenaran yang telah diketahui dimana melibatkan pemehatian,

perbualan dgn mereka, bertanya orang tentangnya dan cuba untuk memahami serta

menerangkan apa yang sedang dan telah berlaku tanpa sebarang sumber numerical atau

statistik atau pemboleh ubah sebagainya.

Oleh itu dapat dilihat bahawa kajian kualitatif adalah satu pendekatan yang sangat unik

dengan cara yang pelbagai bagi mendapatkatkan maklumat yang kaya dan mendalam tentang

sesuatu fenomena atau kes. Menurut Bogdan & Biklen (1992), kajian kualitatif melibatkan

satu interpretasi, pendektan naturalistic kepada dunia sebenar, mencuba untuk member makna

dalam bahasa yang boleh diekspresikan. Tmbahan lagi, Fraenkel & Wallen (2006)

menyatakan ia bukan sahaja mengkaji kualiti perhubungan, aktiviti, situasidan bahan tetapi

juga mencari jawapan bagaimana pengalaman sosial dibentuk dan diberi makna. Maka

dengan sifat kajian kualitatif ini, matlamat pengkaji untuk mengkaji dalam keadaan

semulajadi dan memahami apakah pengalaman yang dialami sendri oleh guru KHB dan

pelajar sepanjang pelaksanaan PBS serta bagaimana mereka member maksud setiap

pengalaman mereka dapat dicapai.


Setelah mengkaji pelbagai pendekatan dalam kajian dan mempertimbangkan tujuan

kajian serta latar budaya setempat masyarakat, kaedah penyelidikan kualitatif dianggap satu

pilihan yang tepat kepada penyelidik. Ini membolehkan penyelidik menyiasat, menaganlisa

dan melaporkan secara mendalam dan terperinci terhadap impak atau kesan pelaksanaan PBS

dalam mata pelajaran KHB.

Lokasi kajian

Lokasi bagi menjalankan kajian ini ialah di sebuah sekolah menengah bantuan penuh

kerajaan di daerah kudat. Sekolah ini menyediakan kelas daripada tingkatan satu sehingga

tingkatan enam. Sekolah ini pula digerakkan oleh 63 orang guru yang terlatih dengan

populasi pelajar sebanyak 980 pelajar dari pelbagai latar belakang dan multi etnik. Kumpulan

majority terdiri daripada kaum rungus diikuti bajau. Kebanyakan ibu bapa mereka adalah

petani dan sebahagianya adalah kakitangan keranjaan seperti guru dan kerani.

Sampel

Dalam kajian kualitatif, saiz sampel tidak boleh ditentukan lebih awal sepertimana kajian kuantitatif.

Pemilihan sampel adalah satu kerja yang berterusan sehingga sampai satu tahap dimana tidak lagi

ditemui maklumat yang baru. Pada ketika ia dipanggil titik ketepuan. Menurut Guba & Lincoln

(1985), kajian yang dijalankan secara teliti, melalui pemilihan yang yang dibuat secara bertujuan,

berturutan dan berkembang boleh mencapai titik ketepuan apabila jumlah sampel mencapai 12 orang

dan tidak lebih 20 orang. Sampel yang terlibat dalam kajian ini pula adalah secara persampelan

bertujuan supaya pengkaji dapat mengumpul data yang lebih spesifik dan relevan. Manakala

5 orang pelajar tingkatan 3 pula dipilih secara persampelan bertujuan bagi tujuan temubua

berfokus kumpulan. Bagi guru pula pengakaji telah memilih 2 orang guru untuk ditemubual

secara individu.
Pengendalian Kajian

Kajian ini akan dilakukan selama lebih kurang 4 minggu. Pemilihan partisipan dilakukan di

SMK Pinawantai Kudat. Partisipan yang terlibat dalam kajian ini melibatkan semua pelajar p

tingkatan tiga yang akan menduduki PMR 2011. Jumlah calon PMR 2011 di sekolah kajian

ialah sebanyak 160 pelajar.

Bagi mengkaji lebih mendalam faktor sebenar yang menjadi persepsi pelajar terhadap

pelaksanaan PBS dalam mata pelajaran ini, pegkaji membuat persampelan bertujuan dimana

5 orang pelajar dipilih secara persampelan bertujuan untuk menjadi partisipan dalam kajian

ini. Dalam penyelidikan kualitatif, persampelan bertujuan(manusia/tempat kajian) adalah

lebih sesuai kerana sampel dipilih mempunyai matlamat yang berbeza iaitu untuk

mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang fenomena yang dikaji. Manusia yang

dipilih adalah secara berkelompok dan bertujuan. Ia mengambilkira kerencaman fenomena

kehidupan dan social manusia serta keterbatasan generalisasi. 5 orang pelajar ini akan

dilakukan temubual secara kumpulan malalui kaedah perbincangn. Transkrip temuabual akan

dianalisis dan dibincang dalam perbincangan dan dapatan.

Strategi persampelan

Micheal Quinn Patton (1990) mencadangkan beberapa strategi persampelan yang

brtujuan memahami lebih baik fenomena kajian dan kes menarik serta bermakna. Strategi

persampelan yang paling berguna dan utama adalah persampelan variasi maksimum. Dalam

strategi ini, pengkaji cuba untuk memahami sesuatu fenomena dengan mencari individu atau

latar yang mewakili perbezaan atau kepelbagaian yang besar dalam fenomena tersebut. Ia

mengambil kira ciri-ciri ketidakboleh ramalan dan perubahan dalam persampelan secara

rawak. Dalam membina sampel, pengkaji boleh menggunakan teknik persampelan

‘SnowBall’. Dalam teknik ini, seorang individu atau satu latar akan member petunjuk untuk
memilih individu atau latar seterusnya. Bagi persampelan variasi maksimum, pengkaji

digalakkan menggunakan teknik snowball ini untuk mengesan individu atau latar yang

berbeza daripada yang pertama. Dengan ini persampelan variasi maksimum akan

berkembang dan berturutan.

Strategi lain bagi membantu pengkaji membuat keputusan tentang siapa yang boleh

dimasukkan ke dalam kajian adalah dengan berbincang dengan pakar yang berpengalaman

dan berpengatahuan (Lincoln & Guba, 1985). Selepas mendapat maklumat dari sumber

sampel yang relevan, pengkaji boleh mengenalpasti pemboleh ubah yang sangat berguna

untuk membina variasi dan membentuk profil persampelan. Profil tersebut menyediakan

permulaan bagi kajian kualitatif. Walaubagaimanapun, ia baru tekaan yang paling baik bagi

memulakan kajian.

Kaedah Pengumpulan Data

Merriam (1998) mengatakan bahawa data ialah bit-bit atau pecahan maklumat yang dijumpai

dari persekitaran. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa tulang belakang kepada

penyelidikan kualitatif ialah pengumpulan data yang komprehensif dan dari pelbagai sumber

maklumat. Menurut Marshall & Rosman (2006), terdapat empat kaedah yang digunakan

dalam penyelidikan kualitatif iaitu penglibatan pengkaji didalam kajian, pemerhatian, temu

bual yang mendalam serta analisis dokumen dan bahan. Oleh itu, pengkaji telah

menggunakan pendekatan temubual individu dan temu bual berfokus kumpulan bersama

dengan kajian dokumen PBS dan dokumen berkaitan bagi mendapatkan data yang kaya dan

mendalam.

Temu bual
Penyelidikan kualitatif banyak bergantung kepada temu bual dalam mengumpul

maklumat kajian. Tujuan utama temua bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang

khusus. Ia berbeza dengan perbualan harian biasa. Sebab itu Marshall & Rosman (1957)

mendefinisikan temu bual sebagai “perbualan bertujuan”. Menurut Patton (1990), penyelidik

hendaklah mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang. Oleh itu temu bual adalah

satu kaedah pengumpulan yang sangat efektif dalam mendapatkan maklumat terus dari

seseorang. Temu bual adalah perlu apabila kita tidak boleh memerhati perlakuan, perasaan

atau bagaimana manusia mentafsir dunia sekeliling mereka. Temua bual amat sesuai

digunakan dalam kajian kes yang mengkaji hanya beberapa individu terpilih (Othman, 2007).

Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual semi berstruktur yang

menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temu bual terbuka dengan ciri yang mengarah kepada

temu bual berstruktur. Soalan – soalan dalam temu bual ini ditentukan terlebih dahulu tetapi

jawapan kepada soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi bicara

penemu bual dan partisipan. Menurut Schensul et al. (1999), temu bual semi berstruktur

adalah yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor dan sub-faktor. Oleh itu ia

menjadi pendekatan yang sesuai kerana pengkaji dapat mengumpul data yang mendalam

berkaitan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan PBS dalam KHB di sekolah. Tujuan

utama menggunakan temu bual adalah untuk mengorek dan mendapatkan persepsi guru dan

pelajar terhadap pelaksanaan PBS ini. Tambahan pula, ini member peluang kepada mereka

untuk meluahkan pendapat dan cadangan bagi memperbaiki lagi pelaksanaan PBS

diperingkat sekolah agar ia lebih berkesan dan mencapai matlamat yang dihasratkan. Temua

bual dijalankan ditempat yang selesa dimana partisipan dapat meluahkan kata-kata dengan

selesa dan jelas serta dirakam dengan perakam suara digital. Temu bual dijalankan dalam

bahasa Melayu. Semua maklumat temu bual adalah rahsia.


Kumpulan berfokus

Kupulan berfokus ialah temu bual bagi mengumpul maklumat kualitatif. Ia adalah alat yang

penting bagi penemuan dan eksplorasi (Steward & Shamdasani, 1990). Ia melibatkan

pengumpulan beberapa individu untuk penyoalan yang sistematik sama ada secara formal

atau tidak formal (Fontana & Frey, 2000). Dalam kata lain ia lebih kepada perbincangan

dalam kumpulan dimana ahli dalam kumpulan akan berbincang bersama dalam menjawab

persoalan kajian. Oleh itu, pengkaji menngunakan pendekatan ini bagi mendapat kan

maklumat dan data daripada pelajar. Mereka dikumpul dalam kumpulan utuk dilakukan

perbincang. Tujuan pengkaji menggunakan pendekatan ini adalah supaya maklumat dan data

diperoleh dengan mudah dan banyak. Mereka lebih senang untuk bercakap dalam kumpulan

berbanding secara individu. Ini mungkin disebabkan perasaan malu atau janggal apabila

ditemubual secara individu.

Penemubual haruslah bersifat fleksible, objektif, empatik, pendengar yang baik dan

meyakinkan. Kebaikan kaedah ini ialah maklumat yang diperoleh adalah sangat kaya, banyak

dan elaborative hasil percambahan idea semasa perbincangan. Selaian itu ia tidak memakan

masa dan kos yang banyak kerana dijalankan serentak. Bagi individu pula, pertukaran

pendapat dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman baru. Namun disebalik kebaikan

ada kekurangan yang perlu diambil berat oleh pengkaji iaitu proses harus diawasi oleh

pengkaji bagi mengelakkan ada individu yang menguasai perbincangan kumpulan. Ada juga

antara pelajar yang bertindak sebagai pemerhati pasif atau rakan tidur. Oleh itu pengkaji

mesti mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua partisipan.


Triangulasi Data

Kebolehpercayaan menggambarkan situasi di mana sesuatu dapatan dalam sesuatu

penyelidikan mempunyai replikasi sekiranya penyelidikan dilakukan dalam situasi yang sama

(Merriam, 1998). Triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan

kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif (Merriam, 1998). Seterusnya, kaedah

triangulasi boleh meningkatkan kredibiliti penemuan dan saranan yang dihasilkan dalam

sesuatu penyelidikan (Lincon dan Stake, 1995). Diharapkan penggunaan kaedah triangulasi

yang melibatkan data dari pelbagai sumber temu bual seperti guru dan pelajar dijangka

mampu untuk meningkatkan kebolehpercayaan penyelidikan ini.

You might also like