You are on page 1of 2

Menganyam

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak
hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun
di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk
meneruskan anyaman tudung saji.

Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar


mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan.
Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam
ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai
serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai
pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga
atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga
kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-
unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,
manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput,
kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan
bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan,
belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan
tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri,
kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama
yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.
Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau,
merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai
tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan
berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.
Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar

Bakul Pandan Tudung Saji

You might also like