P. 1
Definisi Dan Konsep Pendidikan Khas

Definisi Dan Konsep Pendidikan Khas

|Views: 6,160|Likes:
Published by An Nur

More info:

Published by: An Nur on Nov 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2015

pdf

text

original

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS "Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999) PENGENALAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk

mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang

berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah; KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;
y

KURANG UPAYA PENDENGARAN KURANG UPAYA PENGLIHATAN

y

masalah emosi dan tingkah laku. masalah komunikasi. masalah pembelajaran dan kanak-kanak cerdas pintar. mereka ditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan dan .y KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL) KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN KURANG UPAYA PEMBELAJARAN GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU PINTAR CERDAS y y y y y Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti di bawah. Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran. masalah pendengaran. masalah fizikal dan kesihatan.kanak-kanak y y Menurut modul berkeperluan khas ini terdiri daripada 8kategori iaitu masalah penglihatan. masalah mental. y BERMASALAH PENDENGARAN BERMASALAH PENGLIHATAN BERMASALAH PEMBELAJARAN       Lembam (Slow Learner) Sindrom Down Hiperaktif Disleksia Palsi Selebral Autisma Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS.

Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990). Abdul Rahman Bin Talib. Mereka ini ditempatkan di dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa. Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta.astigmatisme.kecederaan dan penyakit. . Menurut Hallahan &Kauffman (2002).ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.2007). Menurut Heward Masalah (1996). kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya. Rabun atau kurang Nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca. y MASALAH PENGLIHATAN penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Hewett Fan Forness(1974). Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir. Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat pendidikan formal (En.sifilis.49% kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia.myopia.rubella.seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.pendengaran. Manakala kanak-kanak yang lain diletakkan di bawah kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

kurang zat pemakanan. . Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas. sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja.masalah ini berlaku adalah faktor baka.7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan.bahagian tepi mata kelhatan merah.pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej.keliru dengan huruf.kelopak mata bengkak.selalu terlanggar objek.juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata.diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar variola.47% disebabkan jangkitan selepas lahir.15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma.timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal).selalu mengerut atau mengecilkan mata. Menurut Menon(1981).mata selalu berair.33% akibat peracunan. Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar.kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%. Tingkah lakunya pula.kerap berkedip.mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek. matanya sensitive terhadap cahaya.menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa. Disebabkan kekurangan yang mereka ada. Tidak dinafikan juga.

Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.semasa lahir dan selepas lahir.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. y Sebelum lahir ü Baka disebabkan genetic ü Bukan baka § Jangkitan semasa hamil seperti rubella.(1995).Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975). mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa. Asmah Haji Omar (1984).tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan. Menurut Chua Tee Tee (1992). kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.y MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.contoh ia mempunyai pendengaran yang separa. Menurut Bee H.kencing manis dan sebagainya § Pengambilan dadah semasa hamil .adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.caar.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir. meningitis.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.campak.

.tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.kelihatan selalu berkhayal.terkejut apabila dihampiri daripada belakang.percakapannya tidak jelas.§ Mengandung terlalu kerap § Oksemia pada peringkat akhir kehamilan y Semasa Lahir ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telinga ü Kelahiran tidak cukup bulan ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir ü Penyakit µhomolisis¶ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh) y Selepas kelahiran ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga ü Terdedah kepada bunyi kuat Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas.

Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Menurut Marityn Friend (2005).kerap pelupa dan kerja tidak teratur · ADHD Hiperaktif-impulsif ü Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi . Bagi perkembangan sosial pula. · ADHD Kurang Tumpuan ü Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas. y MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. cara layanan yang diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. Ia dikenali sebagai Attention ±Hyperactivity Disorder (ADHD). Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu. ia bergantung kepada pengalaman mereka.Bagi perkembangan fizikal.motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal.

y MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN . Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak . Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan.PALSI SELEBRAL µCELEBRAL¶ bermaksud OTAK.kerap membuat kesalahan akibat kecuaian.tidak suka dan enggan melakukan tugasan.gagal menyiapkan kerja sekolah. sukar mengatur tugasan. Manakala µPALSY¶ membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK¶.ü Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir · ADHD Gabungan ü Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan. tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya.hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal.mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik. tidak berkodinasi dan juga meliuk. palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya kejang.dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula. Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang. . Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanakkanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri. Bagi palsio selebral athetiod pula. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. palsi selebral athetiod. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walaubagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus.tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P.guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti. TERENCAT AKAL Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah.Oleh itu. . Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi(baka) dan persekitaran. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut.sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian.y MASALAH MENTAL A.Mereka juga sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau focus kepada proses P&P didalam kelas. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran. ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka.kurang matang dan mempunyai masalah dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.menggigit kuku.

belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata.tapak kaki lebar dan jari kaki pendek.mulut kelihatan kecil dan bibir nipis.bentuk muka leper. Istilah Sindrom Down diambil daripada perkataan µsindrom¶ yang bermaksud koleksi tanda atau ciri-ciri dan µdown¶ iaitu nama seorang doktor yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca.B. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu.bentuk leher lebih pendek.kaki dan tangan pendek.mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata. Punca yang sangat jelas terjadinya sindrom down adalah kelebihan 1 kromosom iaitu pada pasangan yang ke-21(dikenali sebagai Trisomi 21). . · Trisomi 21 Standard terjadi apabila kromosom 21 telah wujud di dalam sperma atau dalam pembahagian pertama · Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai sel-sel trisomi · Trisomi 21 Transiokasi terjadi apabila kromosom berlebihan berpindah lokasi(bercantum atau melekat dengan kromosom yang lain) Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas.telinganya kecil dan bekedudukan rendah. SINDROM DOWN Sindrom Down bermaksud kecelaruan genetic yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak.

Daripada segi emosi. fungsi otak dan lain-lain lagi. Punca menyebabkan autism adalah tidak diketahui tetapi kajian yang dijalankan tertumpu kepada masalah genetic. kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan. Sebelum dan selepas kelahiran ü Jangkitan rubella semasa dalam kandungan ü Encephalitis ü Kurang oksigen semasa lahir ü Keracunan makanan . Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. masalah semasa dan selepas kelahiran. A. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. AUTISMA Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.sederhana.teruk dan sangat teruk. Baka ü Adik beradik autism lebih berisiko mengalami autisma berbanding orang lain ü Kecelaruan genetic A.

. Ø Sering ketawa. Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubah-ubah.sisitem limbic dan kemungkinan temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autism Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain. Fungsi Otak ü Ketidakfungsian serebelum. LEMBAM (SLOW LEARNER) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan.A.menangis dan marah tanpa sebab Ø Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini Ø Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu Ø Ada kalanya mencederakan diri sendiri MASALAH PEMBELAJARAN A.

mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu.adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanakkanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat. Maka ini memberi maksud µkesukaran dengan perkataan bertulis¶. . Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan. DESLEKSIA Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu µdys¶ yang bermaksud kesukaran dan µlexia¶ yang bermaksud perkataan. kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan. Menurut Messe(2001). B.sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. sukar memproses maklumat. Di dalam mata pelajaran matematik. sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosialemosi. Disebabkan masalah kurang tumpuan.Walubagaimanapun. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian. mudah membuat kesalahan akibat kecuaian.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.

disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.1996). mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah. ü Keliru kedudukan perkataan ü Pembalikan perkataan ü Keliru b. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan.pendengaran dan penglihatan yang lemah.mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Perkembangan fizikal. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan.inggeris dengan b. Semasa membaca pula.melayu ü Penambahan huruf ü Kependekan perkataan ü Pembalikan huruf dalam perkataan .menulis dan mengeja(Sanders dan Myers.

Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas.memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain. mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek. Dari segi emosi. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru.sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. . Menurut Ross(1993).sama pengalaman dan persekitaran. Kanak-kanak ini boleh merancang.y PINTAR CERDAS Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik.seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenalpasti semasa pra sekolah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->