You are on page 1of 2

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam

melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara


menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus
pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancer. Ada guru yang menekankan
penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan
dua hala yang mesra.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan


terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada
strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua
strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang
tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman
kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah
mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik
darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara
berkesan.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek


keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat
bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang
mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk
memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran
dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan
merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar.
Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku
pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien.

Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi
guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, factor yang mendorong
wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi
memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah.

You might also like